Semalam, DEMC called (the staff nurse la yg called). Untuk follow up on detailed scan yg supposedly buat today. Tapi aku actually dh lupa plak pasal appointment tu so aku pun selamba takde la apply cuti bagai. Jadinya aku cancel la appointment for detailed scan tu. Tapi nurse cakap aku dh minggu ke 24 which is dh almost berakhir waktu yg sesuai utk buat scan tu.. waktu sesuai (according to her) is between 22 to 25 weeks huhuhu.. tapi ekceli aku lom ada bajet nk scan tu minggu ni. Maklum le lom gaji lol. aku tanya dia if the scan is compulsary. hahaha saja la tanya.. of coz i know its not but ofcourse i know its recommended especially for a 40 yrs old pregnant mom like me hehe.. hmmm nanti lah aku try utk buat next week after the pay day. kalau setakat seratus dua bleh je la anytime kan .. kalau ompek ghatuih.. kena la well planned kan haha.. bukan berkira sekadar usaha utk berhemah in budgeting je. #2018resolution remember? hahaha
Pregnancy kali ni baru sekali jek check up kat DEMC. sebelum tu 3 kali check up kat Umra. Memula planned nk terus je bersalin kat Umra.. tapi hmmm till now pun lom ada final decision. and ada gak masuk dalam planned to deliver kat public hospital. haih dilema anak ke-6 gini la pulak hehehe... so we'll see lah nanti rezeki ke mana... so now aku ada 2 kad .. Umra ngan DEMC.. and planned to register and get myself a pink book from the government hospital too.
apa-apa pun, semoga pregnancy kali ni dipermudahkan seperti sebelum-sebelum ni... bak doa yg selalu daleela baca sebelum dia tidur,
"Ya Allah, semoga emak sihat semasa mengandung, dan sihat jugak selepas mengandung.. aamin.. ya Allah semoga baby pun sihat jugak dalam perut mak dan lepas keluar dari perut mak..."
mmg insaf aku bila daleela berdoa sebelum tidur. sangat specific dan cover semua orang dalam keluarga..
buku biru kat Umra. Buku biru DEMC tak ada pic pulak.. |
No comments:
Post a Comment