Dah masuk hari ke enam umat islam berpuasa .. Alhamdulillah ..Last year, aku puasa ketika mengandungkan Fahren. Alhamdulillah takde sebarang kesulitan masa tu .. semua lancar.. cuma byk nak kena menjawab ngan colleagues yg kebanyakannya pelik kenapa aku puasa masa pregnant.. maklumla dorang tu non muslim .. dah la non muslim, foreigner plak tu .. mmg asing sungguh pada dorang .. kalau non muslim local ni rasanya sedikit sebanyak dah faham and tak de byk soal. Leceh gak nak eplained. kena hati2 sbb tak mahu dorang bertanggapan yang islam ni memaksa orang2 yg keadaan lemah tu berpuasa .. kena hati2 utk explain yg berpuasa ni good for your health .. and tak kisah even if you are pregnant, fasting will not make u weak or your baby weak .. unless memang ada kesulitan yg tk dapat dielakkan.
So this year aku tak de la nak explain benda2 tu ...cuma yg tak bestnya berpuasa di kalangan non muslim ialah kita tak dapat nak share happiness kita pasal pencapaian masa ramadan.. contoh ... takleh nak share resepi2 berbuka dan bersahur .. sebab bila aku citer pasal bersahur .. nanti dorang mesti byk plak persoalan tak letih ke bangun pagi2? ada selera ke makan pagi2? semuanya , kalau tak berhati2 menjawab akan end up dengan satu kesimpulan dalam hati dorang yang bersahur dan berpuasa tu menyusahkan. last year aku tak share ngan sesapa and dorang pon tak bother sangat nk tanya ..
tapi this year sbb aku dah semakin close ngan dorang.. esp. si enjolie (nama gelaran lah) tu .. dia suka bercerita and bertanya .. selalu dia tanya aku pasal anak2 sbb anak lelaki dia pon 6 tahun sebaya lydia .. tu yg byk discuss benda2 keibuan.. antara soalan dia, mana aku dapat masa nak solat 5 kali? pastu bila dia nampak pic lydia pakai tudung lagi la dia banyak soal.. dia tanya kenapa kasik lydia pakai tudung? tak kesian ke? and hari tuh, aku tak sengaja, dengan excited bgtau kat dia yang Lydia dapat completekan puasa ... terbeliak mata dia terus .. adeh! puas le aku explain kat dia yg puasa ni sikit pun tak akan memudaratkan budak2 tuh .. infact anak2 sangat seronok nak berpuasa .. and benda2 ni kalau dah jadik way of life, tak akan menjadik kesulitan langsung .. tapi dia ofkos la stil tk faham sbb aku pun bukan hebat nak berdakwah bagai kann.. dia selitkan gak nasihat kat aku jgn la kasik lydia puasa... kesiannn .. hmmmm ..
bila bukan puasa, baru la confirm dapur aku berasap setiap hari. itupun untuk sahur sahaja. untuk berbuka memang belom pernah masak pun. selalunnya aku sampai rumah dah tinggal berbuka je. Terima kasih yg tak terhingga untuk hubby la of course... setiap hari, dia singgah kat param untuk beli juadah berbuka. bayangkan lah, pergi param, dukung fahren, lps tuh tangan plak pimpin idlan dan lydia maklum la orang ramai so kena la berhati2 .. and still dia hadapi semua tu .. aku tak berbangga nak cerita ni .. sbb itu adalah bermakna kelemahan aku sebagai isteri dan ibu.. tapi aku nak story, sebab itu kekuatan hubby yg aku amat bangga.
puasa pertama, dia beli kuih muih untuk dia, lydia plak nasik lemak .. aku plak dia belikan laksa asam. itu lah juadah berbuka. aku balik, buat air teh-o panas.
puasa kedua, kuih muih untuk dia, roti john utk anak2 .. and nasi tomato untuk aku.
puasa ketiga, berbuka kat rumah MIL .. so nasi for everyone ..
puasa keempat, berbuka kat umah kakak kat kluang, so nasi for everyone
puasa kelima, still kat rumah kakak so nasi for everyone ..
today, insya Allah berbuka kat rumah, and insya Allah aku nak prepare for buka .. aku cuti ni, maka insya Allah akan berasaplah dapur aku hari ni untuk memasak for berbuka. menu tak de plan lagi tapi not nasik lah sbb dia dh pesan no nasik .. nasik only for sahur ...
pasal Lydia plak .. This year dia sangat bersemangat untuk berpuasa .. senang sangat nak kejut dia sahur .. banyak plak tu dia makan .. lauk dia everyday atas request dia adalah telur dan kicap. aku goreng ayam dia tak makan, aku goreng nugget dia tak makan ... sbbb mmg dia nak makan telur dan kicap saja .. hari pertama tu aku balik and tanya dia puasa tak. dia kata puasa .. aku tanya betul2 dia tiga kali .. last2 dia kata dia tak makan seharian tapi masa tgh hari tu dia tak tahan so dia minum sikit lepas tu sambung puasa. dia menangis masa cerita tu .. aku senyum je and aku kata bagus lah sekurang2nya boleh tahan lapar .. its okay lah tak tahan haus .. tak tau apsal dia nangis padahal aku ngan hubby tak kisah pun ..
Hari ke dua dia kata dia puasa betul2. tak makan tak minum. begitu juga hari ke tiga. hari ke empat, sabtu.. pukul 2 tu dia datang kat aku .. bgtau tak tahan and nak minum .. aku kata makan la .. so dia makan la nugget yg aku goreng untuk idlan .. aku tanya kenapa kat taska tahan kat rumah tak tahan? dia kata kat skul kawan2 ejek kalau tak puasa.. bleh plak gitu .. lepas mkn nugget tu dia kata dia sambung puasa .. aku kata itu dah tak puasa namanya, terus dia nangis and dia kata hari ahad dia nak puasa betul2 ...
Ahad, puasa ke 5 ... Alhamdulillah dia puasa sampai ke petang... untuk elakkan dia rasa lapar... dia tidur kul 1 ... so masa tuh rasa lapar lom datang .. kalau rasa lapar dah datang, nak tido pon susah kot .. makklum la budak2 kan .. So hari ni tak tau lah ... ala dapat sehari dua tu dah bagus la tu. latihan je pun ..
Idlan pun kata dia puasa .. bila tanya puasa tu apa, dia kata puasa tu 'api' ... lydia kata maksud idlan puasa tu ialah 'kuasa' dan 'api' tu adalah kuasa ultraman .. boleh? idlan dan ultraman mmg takleh dipisahkan ... segala benda dia nak kaitkan ngan ultraman ..Idlan tak pernah ikut bangun sahur pun .. cuma dah beberapa minggu ni, idlan nak bangun pagi dan mandi kat rumah ... pencapaian la tuh .. senang sket anak2 gi taska dah mandi ..
Fahren bangun setiap kali sahur. kadang2 aku tgh masak dia bangun .. so terus aku bangunkan dia suh dia main2 dulu .. senang gak dia dah meniarap terpusing2 sana sini golek2 gitu .. tangan pun dah mencapai2 .. cuma gigi lom tumbuh. tak per la, tak la dia menggigit masa BF kan .. ekeke! this month dia masuk 7 bulan ... kejap je kan?
Oh sebut pasal BF .. sad to say aku dah tak mengepam lagi ... sejak fahren dah makan nestum awal bulan ni .. tetiba susu menyusut .. and semangat aku tetiba menyusut gak .. ditambah ngan kesibukan kat ofis .. time tuh baaanyak giler yg jadik kat opis .. issues especially. Menguji kesabaran. alasan ke? tak pe lah .. Allah je tau perasaan aku masa bgtau hubby decision aku tak leh nak continue mengepam .. hubby biasa lah sentiasa memahami tiada paksaan .. so malam dan weekend je full BF .. hari siang kerja dia makan nestum ngan susu formula. susu perahan dalam stok pun tinggal sikit sgt .. and aku cuma kasik dia kalau dia demam untk bekal ke taska.. sedih lah, cita2 nak full BF smapai 2 tahun tk kesampaian tapi aku tak nak lah terlalu frust sangt .. dah rezeki sampai situ, redha je ... insya Allah, kalau ada rezeki lagi, akan berusaha lagi .. :-) ... bukannya tak BF langsung, cuma dah tak exclusive dah ... sorry fahren ...
eh dah panjang lah! mentang2 cuti ... best gak dh lama tak update blog panjang2 ..
ada baaaanyak lagi aku nak share kat blog .. insya Allah, later ...
Salam Ramadan, u ols!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
i like...alhamdulillah and tahniah utk our kids. Tapi rasa bersalah plak sbb aku baru lepas pukul irfan sbb tak puasa on 1st day tu....reason sama mcm lydia bg. AKu pun kena cont blog aku ni.....kang citer kat sini melampau plak....heheheheh
ReplyDeleteseronok baca citer pose budak2 nih. Alhamdulillah lydia nak belakar posa sekecil tu. Kat rumah, sarah pun sibuk bila KM kata kami berposa. Dia pun nak posa tp dia posa makan laa .. dlm ertikata lain dia posa yangyuk laa.
ReplyDeleteApapun tak paksa dia posa selagi dia tak bersedia la. Kesian dorg masih budak2. I remember my fren penah citer, ada kisah sorg budak pompuan ni umur 5 tahun.Mak dia soh dia posa, tp bila tghari tu dia dok ckp kat mak dia yg dia lapar. Si ibu ni soh gak tahan n jgn buka posa. 2 3 kali lepas tu dia bgtau lagi si ibu yg dia tak tahan. Si ibu soh tahan gak n soh si anak kecil ni tido untuk mengelak dia merasa lapar. Bila tiba waktu berbuka posa, si ibu ni pun mengejutkan anak kecil ni untuk berbuka tp then dia sedar yg anak dia dah tak bernyawa.
So kawan2 i pun tak sure citer ni betul2 happen or not. Mcm fara ckp islam bukan menyusahkan. So jgn laa kite bertegas sgt pada anak2 kecil yg belum akhil baligh lagi untuk melakukan ibadah yg agak susah utk diorang. Jgn dia posa or sembahyang sbb takut kite or takut dgn ejekan org lain ..
Apapun am proud of lydia ... elin .. haa jgn pukul irfan tu ok. Slow talk laa dgn dia.