Saturday, 27 August 2016

Bacaan yassin dan solat hajat sempena UPSR 2016

Alhamdulillah, husband offer nak jaga anak-anak dan memberi peluang saya ke sekolah untuk event ni. Husband memang tahu saya suka sangat hadir ke setiap event sekolah anak-anak. Kejap je Lydia dah darjah 6. Tahun terakhir dia kat sekolah rendah. Guru besar kata, dah 5 tahun 8 bulan mereka bersekolah rendah. Wow! Rasa mcm masih segar di ingatan menghantar lydia di hari pertama darjah satu.. 

Pukul 6.30pm saya dh sampai di perkarangan sekolah. Suami hantar saya sekaligus ambil Idlan yang bersekolah di sesi petang. Belum ramai parents yg datang hehe saya mmg sokmo early bird.. Tapi kali ni saya tak terus ke dewan.. Saya duduk dulu kat luar. Bila ada beberapa parents masuk baru le saya masuk huhu.. Terus je daftar nama dan ambik dinner pack. Alhamdulillah rezeki dapat makan nasi tomato dengan kuih-muih.

Majlis bermula dengan solat maghrib berjemaah, kemudian bacaan yassin , solat isya dan solat hajat. Alhamdulillah.. Selesai solat hajat, majlis restu ilmu.

Semoga usaha kerjesama kami (murid, ibubapa dan guru) ni mendapat keberkatan dan besar sangat harapan saya agar sekolah Lydia dapat melahirkan seramai mungkin pelajar cemerlang daripada UPSR 2016 ni, dan semoga lydia juga adalah salah seorang pelajar cemerlang itu.... Aamiin...










No comments:

Post a Comment

Popular Posts