Masuk tahun ni, dah 5 tahun la aku bekerja kat company P (Bukan nama sebenar) nih. Daripada aku anak dara sampai dah melahirkan anak dara, daripada aku takder kereta, sampai dah ada hati nak tukar kereta... aku tetap di sini.. Kebanyakan kawan-kawan aku dah bertukar kerja lebih dari 3 kali. Dan semestinya aku pun teringin jugak nak tukar-tukar kerja macam aku tukar-tukar baju kerja..
Tapi apa nak buat ... kenyataannya tetap sama .. aku tetap di sini .. ( ayat novel)
Ini tempat kedua aku bekerja selepas tamat pengajian 5 tahun lepas. Kerja kat company pertama sekejap je, tak sampai pun 3 bulan. Selain waktu kerja yang agak odd (10am-7pm), faktor utama of course la bayaran .. untuk sara diri sendiri yang bujang trang tang tang ok la kot, tapi untuk jangka masa panjang, hmmm ... bijak la langkah aku keluar dari situ. Satu lagi sebab cara pembayaran gaji, dibuat 2 kali sebulan...alahaiiii..gaji yg sikit, semakin sikit la jadinya .. susah nak buat budget planning.
So bila member ajak joined this co, aku try la nasib. 1st interview was not that good lah, bukan sebab apa, sebab time tu aku sakit mata ... time tu aku takder kereta, time tu aku kerja kat tmpt lama yang kalau aku cuti, gaji tolak sehari.
So aku ponteng half day, aku gi interview dengan uniform tempat kerja yg tak boleh cuti tu ... aku pergi ngan mata merah. Taktau la kenapa lah agaknyer aku tak mahu tunda appointment tu. Agaknya aku takut kalau sekali mintak tunda, terus dicancelnya nama aku..tak ke haru?
Aku ingat lagi, En. I (bukan nama sebenar) the interviwer tu tak berapa nak tanya soklan kat aku, maybe dia ingatkan aku nih minah pet kot, mata merah cam saga ... aku expalin la aku sakit mata, so dia caya (atau buat2 caya) je. So 1st interview tu rasanya cuma nk tunjuk muka jer sebab tak sampai 5 minit, dia suh aku balik umah berehat (rasanya dia takut jangkit kot?) - tapi aku hargai sungguh concern dia ...
Tapi aku tak balik, aku gi tmpt kerja lama .. tunjuk muka gak b4 dorang suh aku gi klinik amik MC. kat klinik, ada ke doktor tu bleh buat lawak,
Doktor: "Sakit mata?"
Aku: (lagi mau tanya). Angguk
Doktor:"habis, nak MC ke?"
Aku:"Boleh je tak MC, tapi satu opis kang jangkit plak"
Doktor:"Itu yg saya nak...then ramai2 datang klinik ni.."
Dia dok gelak2 .. aku rasa nk tampar jer ... tak lawak okay?
So a week after that, 2nd interview plak. Kali ni aku mmg ambik cuti je .. and tak sakit mata dah..interviewer still ngan En. I (err..nama sebenar kot) dan sorang lagi En. A (bukan nama sebenar..kot). Dan aku ingat soalan ni;
En. A: "Cuba beritahu siapa anda 5 tahun akan datang"
Aku: (Dengan penuh yakin dan innocent) "Insya Allah, saya dah manager time tu"
Dan mereka berdua gelak. Dorang kata aku too ambitious. Masa tu aku tak faham.
Sekarang aku faham.
Thursday, 18 August 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Teramat laa faham kenapa 5 tahun tuh takkan menjadikan kite manager kat company P(bukan nama sebenar) tuh kan .... :D
ReplyDelete