Untung pulak rasanya ada blog. Lagi pulak blog yang dah 'berusia' macam blog saya ni hahaha! Cuma sayang betul tak semua story saya abadikan dalam ni.. ada lah tahun2 yang agak mandom jek tak de mood gitu nak blogging.
Eceh, tetiba sentimental lak petang2 bulan ramadhan ni kan. Sebenarnya tadi dok jalan2 kembali ke entry lama-lama saya, zaman mudo-mudo dulu, zaman anak baru sorang dua kekdahnyer! haha! Terasa dah lama tak story pasal anak dara sulong saya tuh, Lydia. Dulu, di awal pembabitan saya dalam blogging (amboi pembabitan!), memang nama Lydia je la yg muncul kihkih sikit2 lydia sikit2 lydia... pastu bila kuar adik2 .. dah makin sikit entry pasal dia.. tapi entry adik2 pon tak la banyak pun... sebabnya mak tak berapa rajin dah.. tu yg sayang banget tu!!! aargghh rugi!
2008 dia 4 tahun, now dia 10 tahun.. makin beso makin gelap hewhew... |
Tapi mmg bagus la saya kurangkan story pasal Lydia dah.. dah beso kekdahnye kan.. dah 10 tahun .. huhu cepat sangat masa berlalu! Dia macam tu lah, still suka bercakap, cuma bercakap dengan org yg tak kenal tu dah kurang la.. malu dah kot.. dan yang paling sama, ialah still sangat takut dengan segala jenis serangga, sama ada yang terbang mahupun yang merayap. nama je serangga, memang mcm org histeria dia.. cuma lately dah agak improve tapi still annoying hahaha!
Selain serangga, kepantangan dia ialah... air bergas, ubat-ubatan dan segala bagai supplements yang rasa pelik2... ini termasuklah Shaklee. Ada dia kisah mak dia jual Shaklee? kalau dah dia takmo, takmo la dia.. puas le mak pujuk kata sedap lah, tak rasa ubat la.. tak danya mengubah pendirian dia..
Contoh, adik2 dia kemain suka Chewable Vitamin-C 100gm tu.. termasuk lah adik cenonet dia si Daleela bambam tu.. makan macam gula2 siap mintak tambah amboiii ko ingat coklat? hahaha.. But not for Lydia.. kalau vit C tu dalam bentuk M&M kot baru dia nak.. aduhai..
Jadi, tak hairanlah kalau tahun lepas, seminggu dia masuk ke ward, sebab kurang nutrisi.. dah le memilih makanan.. susu takmo, sayur takmo, ikan pun memilih... nak kasik vitamin pun takmo.. sudahnya demam panas, sampai admittted, dah tak puasa selama 5 hari.. harap2 peristiwa tahun lepas tak berulang tahun ni kat semua anak2...
Tahun ni, awal2 lagi mak dah plan mcm mana nak handle 'penafian' lydia terhadap multivitamin. Mujurlah Shaklee ada MEAL SHAKES, multivitamin perasa vanila dalam bentuk serbuk tu... Tahun ni, setiap pagi waktu sahur memang saya tak pernah missed beri dia Meal Shakes. Dia nak ke? hahahah jangan harap lah kalau dia tahu saya bagi Meal Shakes. Diam-diam saya sorokkan dalam air milo yang saya buat untuk semua orang, dalam teko. saya mix kan 2 sudu besar meal Shakes dengan 4 sudu besar milo. lepas tu masukkan air suam2 sedap.. tak ada gula, tak ada susu.. rasa dia dah sedap dah.. Syukurlah Lydia tak komplen haha.. dia tanya gak air apa ni mak? saya jawab milo laaa.. hikhik.. fuhh berjaya.. siap bertambah lagi dia minum ... sedappp... bukan Lydia je dapat manfaat, bila dah buat kat teko, semua orang lah dapat khasiatnya... Alhamdulillah..
mixture of Meal Shakes dan milo.. namanya MEALo hehe.. tinggal tambah air suam2 panas sket minum waktu sahur memanag sedap! |
Yang penting, dia dapat lah nutrisi yang ada dalam Meal Shakes tu...
Misi saya BERJAYA!!! Terima kasih Meal Shakes!!! buat milo takyah beli susu penuh cream.. gula pon tak pakai.. haha.. Meal Shakes cuma RM113.75 sahaja untuk satu canister of around 500gm... paling best, bila bukak je penutup dia, semerbak bau vanilla yang sedap...
Info on Meal Shakes .. |
Meh order kat LINK INI ye.. Mudah, cepat dan selamat!! paling best kalau gandingkan pulak dengan Performance Drink.. tambah nutrisi, elak dihadrasi.. hebat sekali! :-)
Sekian sahaja perkongsian saya hari ni... semoga memberi manfaat untuk anda semua ye :-)
Salam ceria! :-)
Fara 0192390107
jadi ibu ni mesti pandai buat tipu helah kan..
ReplyDeletetipu helah bawa kebaikan, tak pe..heee