***
Jumaat lepas, aku berkesempatan membeli sebuah novel, setelah agak lama tidak menambah koleksi buku aku. (Koleksi aku kebanyakkannya adalah novel..entah bilalah agaknya aku hendak bertukar membaca dan mengumpul buku-buku ilmiah pula)
Novel terakhir yang aku beli adalah 'Adam & Hawa'. Aku belum habis baca. Aku tak rasa aku nak habiskan membaca novel tu. Ceritanya yang tak best ke? Padahal, itu adalah hasil tulisan sorang penulis yang hasil karyanya sebelum ini belum pernah mengecewakan aku. Atau mungkin agaknya aku sendiri yang sudah mulai bosan dengan penceritaan yang lebih kurang sama di dalam novel-novel melayu.
Bosan-bosan pun, sekali lagi aku membeli novel melayu. Hasil tulisan novelis lelaki. Ada kelainan lah sikit kononnya. Selalu perempuan aje. Antara novelis lelaki yang aku pernah baca, adalah Ahadiat Akashah dengan DR. HM Tuah Iskandar al-Haj. Ini kali pertama membaca karya Ramlee Awang Murshid.
Sebagaimana aku tidak berani dan tidak suka menonton filem-filem thriller suspens dan seram, begitu juga aku sebenarnya tidak begitu menggemari novel-novel berunsurkan thriller seram. Tetapi, tatkala melihat sinopsis Bagaikan Puteri, aku jadi tertarik. Walaupun Ramlee Awang Murshid sememanhnya terkenal dengan karya-karya thriller beliau, namun Bagaikan puteri bukanlah sepenuhnya thriller. Untuk mengatakan ianya sebuah novel cinta, juga bukan. Di situlah aku mula tertarik. Sebuah ceritera epik antara dua zaman.
Macam biasa dengarkan? Ceritera epik? Dalam kepala aku Wajah M Nasir sebagai Hang Tuah sudah mula terbayang dek kerana filem PGL yang aku tonton di vcd berharga rm9.90 kerana membeli KFC. Bukan apa, bukan ke filem itu diwar-warkan sebagai sebuah filem epik terhebat?
Taklah, ini bukan cerita Puteri Gunung Ledang. Cuma sebenarnya aku rasa, penulis sebenarnya seperti mendapat ilham berdasarkan filem tersebut. Kerana di dalam buku ini beberapa kali juga filem itu disebut. Dan ada satu ketika bila watak utama novel ini, Haryani, ketika hilang ingatan, juga telah memilih untuk menggunakan nama Gusti Putri Retno Dumilah dari kerajaan kadipaten Majapahit.
Ini hikayat Saifuddin atau Sunan, seorang laksamana malayu Johor yang merantau ke acheh dek kerana fitnah. Di Acheh, dia berguru dengan seorang wali dan menjadi seorang laksamana yang hebat.Saifuddin hidup pada akhir kurun ke 15, yang juga zaman di mana Hang Tuah hidup di Melaka.
Dan ini juga kisah Haryani, seorang wanita lincah kurun ke 21, yang koma akibat diragut dan di dalam komanya telah melangkau zaman dan kembali ke penghujung kurun ke 15 dan bertemu dengan sunan.
Ini juga kisah Dani dari abad ke 21, yang menyintai Haryani ketika kali pertama terpandang wajak gadis itu ketika di dalam keadaan koma. Dan satu kebetulan yang terlalu kebetulan, Dani adalah keturunan Laksamana Sunan.
Dan kisah seorang wanita yang harus memilih antara dua insan, antara dua zaman.
Kisah cinta sebenarnya sekadar selitan sahaja. Penulis lebih banyak bercerita tentang kehebatan Laksamana Sunan yang mempunyai keupayaan layak seorang ulama', yang mampu berbual-bual menggunakan kuasa deria ke enam, atau menggunakan firasat sufi, untuk berhubung dengan gurunya, juga seorang wali di Acheh. Dengan kehebatan itu, Sunan melawan musuh-musuh Islam yang kebanyakannya adalah penyembah syaitan. Di sinilah munculnya balan-balan (penanggal), kuntilanak (pontianak), dan orang minyak, antara hantu-hantu yang popular di kalangan orang melayu. Dulu dan kini.
Dan macam sudah menjadi kelaziman pula, macam filem, kalau sebut time travel saja, semestinya mereka memilih untuk ke zaman kurun ke 15 itu. Macam filem XXRay tu. Maka sudah wajiblah Sultan Mansur Shah ada. Begitu juga Hang Tuah, begitu juga Puteri Gunung Ledang. Cuma di tangan Ramlee Awang Murshid, watak-watak ini hanyalah watak sampingan, malahan di dalam ini, Hang Tuah sebenarnya sudah menderhaka dengan raja. :-) akhirnya!
Aku terfikir, kenapa tidak balik ke zaman P Ramlee sahaja kan? :-)
Aku jadi lebih teruja pada ceritera ini kerana tempat-tempat yang menjadi latar belakang ketika kurun ke 15 adalah di Johor. Ketika nama Kampung Punggor pertama kali aku baca, aku pula yang seperti terasa dekat dengan Laksamana Sunan. Kampung Punggor adalah kampung emak aku dilahir dan dibesarkan. Sama dengan tempat kelahiran Laksamana Sunan! hehehe!! Disebut juga parit raja di Batu Pahat, Johor yang semakin membangun. Nampak seperti penulis sememangnya sudah biasa ke Parit Raja, kerana memang betul pun apa yang diperkatakan. Aku tahulah, kerana saban bulan aku akan balik ke situ. :-)
Walaupun aku suka gaya tulisan, jalan ceritanya, tetapi aku rasa macam antiklimax lah novel ni. Walaupun dah baca habis, aku rasa macam kurang aje. Dan endingnya seperti tergantung.
Membaca novel ini seperti menonton filem-filem pertarungan Indonesia, lakonan barry Prima .. :-) ... Dan aku laju betul baca novel ni. Macam laju shot-shot camera ketika menonton adegan pertarungan.
Husband pun habis membaca, dan berkata, lepas ni dia nak aku beli lagi novel Ramlee Awang Murshid. Aku okay saja, walaupun terpaksa membaca sambil menyelit-nyelit di antara suami dan anak yang sedang tidur, sebab aku takut! :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
aku dah lama betul tak baca buku cite melayu.. last book i read was "the broker" by john grisham. ok le buku tu..
ReplyDeletesis,
ReplyDeleteaku dah lama giler tak baca novel melayu nih. Last i read penulis novel melayu was Ahadiat Akashah's million years ago..Mengada ke aku nih tak baca novel melayu. Mags dan article melayu aku bacalah..current book yang aku tengah baca ialah And then You die, by Iris Johansen tapi baru baca 2 ms.. bila nak habis baca asyik masak jek..
Anakmalaya,
banyak jugak baca John Grisham ni, most of it kot.. Ada yang ok.. ada yang terlalu predictable dan boring.. what do u think..
anak malaya dan arena, aku baca sekali jek John Grisham, lama dah .. dan kurang menarik minat aku lah .. tapi, aku rasa nak try baca balik ..
ReplyDeletenovel melayu aku start sejak kerja nih. masa kat kolej, layan sidney sheldon ngan jude deveraux
macam best je citer bagaikan puteri tuh, bley pinjam...:)
ReplyDeletekalau nak cari kelainan dalam novel, try baca novel tulisan abdul rahim awang dan abdul talib hassan, selain dari diaorg ni lelaki, tulisan diaorg mmg lain dari yg lain, especially dgn novelis pompuan mcm syarifah abdul salem, norhayati berahim, ..etc yg kebykkannya cerita cinta tangkap leleh dan meleret2...
kupasan 2 novelis yg tersebut ni, aku suka sgt sebab bahasanya yg unik, bershaja tapi mengandungi maksud2 tersirat, kalau pun ada bab politik atau seksual, bahsanya sgt molek dan cantik. idea2 yg bernas dan info2 yg menarik dlm penulisan diaorg...cam sidney sheldon gitu...
antara novel tulisan abdul rahim awang yang aku penah baca dan mmg best ORANG KETIGA, JEJAK-JEJAK SONGSANG, SAKA DAN VERDICT, manakala abdul talib hassan, PELARIAN DAN SAGA, namun begitu kalau org yg tak suka berfikir atau kupasan cerita yg berat, maybe diaorg tak suka la baca novel2 macam ni...
opss...sori fara, panjang pulak komen kali ni..hehhe...maklum la, lama dah tak 'mengomen', kira cam lepas geram la nih...heheh
pinjam? no hal! jom la dtg umah, sambil bwk koleksi2 ko jugak hehehe..
ReplyDeleteAku selalu gak belek2 cerita2 yang sebut tuh kalau ke kedai buku, memang nak beli, tapi takut tak best pulak...tapi sebab ko dah kata best, so bleh lah aku try ...
Kupasan berat? Aku rasa memang dah masanya aku baca cerita2 berat nih. :-)
Thanks Noha!
arena,
ReplyDeletesikit lebih kurang camtu gak le about grisham's. so far, the best among his book is his first book, 'time to kill'. yang tu, i think very the power.
tgazfa,
try le baca buku grisham tu balik. not that bad. bila baca 'the firm', imagine tom cruise. bila baca 'the pelican brief', imagine julia roberts..
angah, rasanya buku time to kill tu ada kat umah, adik aku kot punya .. oo best yeh? nk baca lah..
ReplyDeleteMM pun dah lama tak baca novel. Skrg nih lagi lah dah kena sindrom baca lompat2 ...tuh rasanya lagi ler susah nak baca novel. Tapi kalau ada satu novel yg boleh menarik hati baca dari mula sampai abis w/o lompat2 chapter mesti lepas tuh tak berenggang ler ngan novel nih :D
ReplyDeleteApapun citer tuh macam best jer .. kuntilanak tuh hisap darah org tak dlm citer tuh .. iskkk seramnya
Fara,
ReplyDeleteaku masa kat U banyak baca historical romance jek..muakakakka. Judith McNaught, Jude Deveroux, Susan Johnson, Amanda Quick dan also Sheldon's lah. Iris johanson aku suka jugak lain sikit cerita nya interesting.. barbara taylor bradford, same jek.. bosan..oh ya VC andrews pon baca masa muda2 dulu.. predicteble jugak...
MM, saya nih kena start balik baca, once started barulah ada momentum nak baca .. once stop mmg malas sgt nk baca balik ...
ReplyDeletearena,
aku agak dah ko sure layan historical romance .. sama ngan aku hehe.. tapi aku tak berapa layan judith mcNaught tak tau kenapa .. Barbara Taylor okay gak romance dia suka wat citer2 princess (since dia pun mak angkat lady D kan?) .. Iris lom pernah (nak cariklah)
tgazfa
ReplyDeletelast aku baca novel melayu...tajuk IMAM...tapi aku dah lupa siapa penulis dia...rasanya dalam tahun 95/96 macam tu la...
Fara,
ReplyDeleteaku mmg jarang baca novelis lelaki. ada sekali aku baca terus aku campak buku tu...SIL aku bagi pinjam..tak best..until last 2 weeks aku baca bulu John Norafizan ok buku ni. Taklah mcm kisah cinta yg ko boleh dpt kat semua novel melayu.
aku suka buku Danielle Steel mmg best. kat rumah ada buku Judith McNaught tak sempat baca lagi...