Thursday, 6 April 2006

Di Bawah Bayu Sabah - Part II

***

Seputih Kabus, Senyaman udara Kundasang


Perjalanan kami akhirnya menemui simpang tiga. Simpang yang menghubungkan 3 jalan. Jalan ke Kota Belud (yang aku lalui), ke kiri Jalan ke Ranau dan ke kanan jalan ke Tuaran/Tamparuli/Kota Kinabalu. Seperti yang dirancang, kami menuju ke Ranau. Rupanya daripada ke Kota Belud untuk sampai ke Simpang tiga ini sahaja jaraknya lebih kurang 40km, dan daripada Simpang ini ke Pekan Ranau jaraknya juga dalam 30 KM. Aku tengok husband relax aje, aku as usual gabra semacam. Memang penat bila memikirkan tentang apa nak jadi kalau minyak habis sebelum sempat kami berjumpa dengan petrol station


Tetapi, perjalanan di sini agak menenangkan kerana sudah banyak bas-bas tourist dan kenderaan-kenderaan lain lalu lalang kerana ini lah jalan utama yang menghubungkan KK dengan Gunung Kinabalu. Barulah aku boleh tersenyum. Sekurang-kurangnya adalah orang nak mintak tolong kalau terjadi apa2 hehehe! ... Lori-lori besar pun boleh tahan juga lajunya mungkin sudah biasa dengan jalan yang bergunung-ganang di sini. Cuaca di luar semakin sejuk kerana waktu itu sudah menunjukkan pukul 2.30pm waktu sana. Aku off kan aje aircond untuk menjimatkan minyak.


Dalam pada kami berjalan menuju ke Ranau, rupanya kami sudah melepasi jalan masuk untuk ke Taman Kinabalu, salah satu tempat tujuan kami hari itu. Kami tidak berpatah balik kerana lebih penting untuk kami settlekan dulu hal minyak kereta ni. Jadi, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Ranau kerana sudah pasti di situ sahaja terdapat pam minyak.


Tiba-tiba mata aku terpukau dengan pendangan sebuah penempatan yang sangat indah dan nyaman. KElihatannya seperti sebuah pekan kecil. Di lereng-lereng gunung tersergam rumah-rumah penduduk sehingga ada rumah yang dilitupi awan. Sungguh mengasyikkan! aku menyangka inilah Pekan Ranau dan hati mula tersenyum. Namun aku silap! rupanya itu adalah Pekan Kundasang ... Ada papan tanda iklan hotel2 untuk diduduki dengan harga yang agak murah, rasanya untuk mereka yang datang ke Sabah khas untuk mendaki Gunung Kinabalu ... Ada hotel, tapi tidak petrol station .. hmmm .. hampanya aku ... jadi kami tidak berhenti di situ .. kami tetap mahu ke Ranau .. Aku berkata pada suami, nanti on the way nak balik ke KK, kita mesti stop kat sini untuk menghirup udara nyaman Kundasang.

(Saujana pandangan di Kundasang)

Kami sampai juga akhirnya ke Pekan Ranau ... Selama ini aku bayangkan Ranau ni macam pekan biasa, manalah aku tahu Ranau ni pekan atas gunung .. samalah dengan Kundasang pun, aku ingatkan kat level2 bawah aje macam bandar pekan biasa. Kalaulah aku tahu nak ke Ranau tu kena mendaki sure aku berfikir tiga belas kali nak ke sana. Aku kan ke gayat .. hahahah!


Dari jauh aku dah nampak Lambang petrol station minyak tempatan. Fuhhhh!!! tak dapat aku jelaskan kegembiraan aku pada masa itu. Semua rasa burung2 terbang dalam perut hilang serta merta, diganti dengan rasa nak membuang pulak .. hahaha !! so kat situ aku settle sket lah ... tukar diapers Lydia semua .. dia pun dah kepenatan duduk dalam kereta, bila kereta stop aje, cepat2 dia ajak keluar jalan ... sementara kereta diisi minyak, aku melayan Lydia berjalan ke sana sini ... Pekan Ranau agak padat jika dibandingkan dengan pekan Kundasang. Rumah-rumahnya pun modern-modern ... Oleh kerana jam dah pukul 3, kami bergegas naik ke kereta semua, meneruskan perjalanan ke hadapan sedikit, ke Poring Hot Spring yang terletak lebih kurang 5 KM daripada Pekan Ranau.




Poring Hot Spring memang terkenal kerana kolam air panasnya, dan sampai di sana, ramai betul orang sedang mandi manda dengan air panas. Kami pulak bukan dalam mood nak mandi .. so usha orang mandi aje hahaha ... sampai sahaja, kami disambut oleh sebiji jambatan gantung. Tak panjang, dalam 100 m aje kot. Tapi Ya Allah!! kenapalahhh mesti kolamnya letak di sebeleh sana!! patut ke aku pergi ni!! Di bawah jambatan tersebut pula adalah air terjun yang airnya mengalir sangat deras ... menderu-deru bunyi air tuh.



Cuma yang tak bestnya, air panas dalam pool yang disediakan tuh kotor .. kelam2 aje warnanya ... tak der pun orang mandi kat situ, semua pakat tadah air dari paip, masuk dalam baldi dan jirus badan.. dalam tu jugak ada hotel, yang siap dengan swimming pool sekali .. aku tak sure pool hotel tuh air panas ker air sejuk ... tak der la pulak aku merasa.

Setelah puas usha2 dan Lydia berlarian .. kami pun beransur meninggalkan Poring Hot Spring ..untuk menuju ke Kinabalu Park di kaki gunung Kinabalu yang kami sudah lewati tadi. Bermakna kami akan melalui lagi PEkan Ranau dan KUndasang.


(Berhenti tepi jalan amik gambo, gayat semacam sebab tinggi. Lydia siap dah tangkap lentok)


Seputih Kabus, Sedingin Hembusan Bayu Kinabalu

Memang confident rasanya kalau kereta cukup supply minyak heheheh ... tak berhenti mulut aku berborak2 .. sampaikan hubby tau aku dah tak berapa risau macam tadi sebab tadi aku diam sangat ...

Sampai kat Kinabalu Park dah pukul 5 kot. Kinabalu Park ni kat kaki gunung kinabalu (kaki pun dah tinggi giler) Lepak lama kat situ sebab Best sangat udara nya sejuk!! Kat situ ada tugu Warisan Dunia, ada macam pusat pameran, ada trail2 untuk orang berjalan2 dalam hutan tuh...ada gak accomodation .. ramai gak ptg tuh yang dtg sbb nak mendaki keesokan harinya. Tapi, kalau datang tgh hari agaknya lebih cun sebab tak der banyak kabus macam masa kitorang sampai tu .. dalam setengah jam kitorang lepak, kawasan tuh jadi putih jek ... seram pulak aku .. for sure tak nampak jalan ni, mcm mana pulak nak balik? aduhhss!!! risau lagi!!!

Dalam pukul 5.30 tuh kami decide untuk balik semula ke KK. Sebab dah petang sangat .. Memang tebal betul kabus, lampu kereta plak ala2 hidup segan mati tak mahu..sabo jek la ... tapi takmo la memaki2 dalam keta, sat lagik rosak terus tak ke lagi haru?? hahaha !!

Perjalanan balik ok sikitlah sebab tak la rasa misteri sangat .. Kami melalui jambatan Tamparuli yang glemer tu. Sempat jugaklah aku termenyanyi lagu Jambatan Tamparuli tuh. :-)

Sampai kat KK dah pukul 7.30, malam tuh makan kat Putatan, Siti belanja kat Jati Tomyam, sedaaapppp!!!

oklah sambung nanti












7 comments:

  1. Anonymous3:02 pm

    dekat pekan kundasang ada stesen Shell kan...sblh kiri kalau dari KK, tak perasan kot :) belakang kedai yg jual kepak ayam tu. Siti tu lect. UMS ke?

    -lyn-

    ReplyDelete
  2. Teruja pulak aku nak pegi..
    cepat sambung...

    ReplyDelete
  3. Lyn, oo ye ker .. mesti aku tak perasan tuh .. next time aku ke sana aku check .. hehehe ;-)

    Siti tuh cikgu sekolah :-)

    Ed, Pegi jgn tak pegi!! :-)

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:21 pm

    sambung cepat....nanti boleh pergi pulak

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:15 am

    Huhuhuu.. lagi sakan ko berjalan berbanding ngan aku.. jambatan tamparuli.. huhuhu.. terbayang aku si minah gedik tu buat muka muncung.... ahakz...

    Sambungg...Sambungg...Sambungg... lambat nyer... hehehe

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:31 am

    bestnyeee...entry ko menerujakan aku la fara...
    bila la anak aku tu nak besar cam lydia. Senang skit nak bawak jalan...

    ReplyDelete
  7. boleh hafal lagu jambatan tamparuli??? biar benar fara oi!! kehkehkeh.. bestnyeee..

    ReplyDelete

Popular Posts