Tak sabar sangat-sangat nak balik kampung. Plan asal nak balik kampung malam ni jugak, tapi lepas tu tak jadik, sebab MIL nak mintak tolong hantarkan dia ke KLIA. MIL nak ke Bintulu, ke rumah adik ipar yang kerja Petronas kat sana. MIL pergi sekali ngan FIL, sekali ngan biras aku. Biras aku nih ke sana jugak sebab husband dia (abang ipar aku), kena stationed ke Miri dan Brunei .. so, tu yang MIL pun nak ke sana, nak ke Brunei jugak.
So esok pagi2 dah nak kena ke KLIA, then straight ke Batu Pahat, Johor. Tak sabar-sabar nak balik kampung. Main reason of course lah sebab dah lama tak balik kampung, sejak raya puasa hari tu. Aku bukan boleh kalau tak balik kampung lama, nanti kat sini semua kerja tak menjadik. Mula lah rasa nak nangis lah, rasa serba tak kena jek.
Second reason, apa lagik, sebabnya mestilah Lydia dah tak sabar2 nak tunjuk skill berjalan dia kat nyai dia ... hehehe.. mesti nyai suker tgk Lydia dah jalan...selain nyai, tu haa.. sepupu Lydia sorang tuh,anak kakak sulong aku, kemain dia nanya bila lah nak tgk Lydia jalan2 nii.. hahaha...
Selain tuh, aku nak balik kampung sebab nak attend sepupu aku kawen. Family kitorang nih bleh kata rapat. Mak dia (makcik aku) tuh adik mak aku ... Sejak awal minggu lagi mak aku dah ulang alik ke sana, tolong2 mana yang patut. Memang pun, time aku nak kawen dulu, mak cik aku nih pun berulang alik gak ke rumah aku .. awal seminggu dia dah datang tolong rebus telur pindang, yang mmg wajib ada dalam wedding family aku.
Yang berkahwin nih, dia sorang je pulak anak pompuan mak cik aku .. aku dpt membayangkan kemeriahan majlis nih. Mesti meriah mcm time aku kawen dulu. Wah rinduuu sgt lah time tuh. Meriah giler. Mestilah kan? kita mesti rasa majlis kita yang paling meriah kan? Mana tak nya, last week aku pergi wedding umah besan mak mertua aku kat kedah, mak aihh..malam kenduri tuh mcm tak der apa jek. orang boleh dikira ngan jari ... aku rasa umah aku malam raya lebih meriah lagik. Belum kira time kenduri biasa lagik ... kenduri kawen mmg jauh beza lah ..
Kemeriahan majlis kawen aku dah bermula seawal 4 malam sebelum malam kenduri .. bila dorang start rebus telur pindang .. yaaaa .. maknanya mmg dah mula la tuh kebiziannya ..telur pindang kena rebus 3 hari 3 malam .. baru rasa dia masuk ..
Time pasang khemah pun meriah jugak .. sebab gotong royong orang kampung.
Then malam berikutnya, ialah malam di mana pelamin dinaikkan oleh abang2 dan kakak2 aku yang memang kreatif tuh. kain-kain yang besar, pinjam dari sedara mara, bunga-bungaan, kakak aku supply dan gubah sebab dia mmg ada business bunga. Lepas pelamin siap, hias bilik tidur pulak. Bila esoknya mak andam datang dari KL (yer, andam aku dari KL, bukan sebab aku takmo mak andam kampung, tapi sebab aku x der masa nak balik kg nak survey, so aku amik jek mak andam dari shah alam.) , dia siap tak percaya tuh pelamin wat sendiri .. ikhlas ke tak tu aku x tahu la kan.. tapi, aku sendiri puas hati lah ... kerusi sanding tuh siap pinjam dari kedai perabot kat pekan hehehe ,mak pinjam sebab kat rumah takder la pulak kerusi yang sesuai, nak sewa dari andam macam tak patut la pulak setakat sewa kerusi jek. So, lepas beli tilam kat kedai perabot tuh, mak kata pinjam la sekali kerusi hahaha ... cina pun sporting jek kasik pinjam.
Yang aku paling suker time malam aku kawin tuh, as usual la kan, anak pompuan mak aku sure kena wat khatan Quran ngan berzanji. Tuh kalau tak der rasa mcm tak complete lah majlisnyer. So malam aku kawen tuh, fuhh ramai lah orang datang join majlis berkhatam ngan berzanji.. bergilir2 sorang amik satu rawi for berzanji.. siap ada mikrofon lagik huhuu..sampai pukul 12 baru majlis tamat ... bila habisss jek aku baca doa berjanji ... tu dia.. budak2 muda yang dari awal malam dah datang kupas bawang sambil borak2 atau sambil intai2 anak dara pun mula lah mainkan kompang... wahh!!! sporting habis la dorang niiii !!!... terasa best giler time tu ... dorang tuh main kompang sebab practise tuk time aku sanding besoknyer ..
Masa kompang habis practise, baru lah aku berinai .. bukan ada majlis berinai .. inai dengan family je lah.. sebabnya dah lewat malam ... cuma ada makcik2 terdekat nagn adik beradik.. yang inaikan aku sapa lagik kalau bukan anak2 buah aku berdua anak dara tuh .. aseh ngan ana, tu pun ngan mata kuyu2 tuh sanggup gak inaikan aku tuh .. thanks yer korang, nanti korang kawen, cik fara suh Lydia inaikan korang plak hahahha ... laaa.. sure la korang kawen tu Lydia masih kecik kan? takkan korang nk tunggu Lydia anak dara gak? hishhh sabar ke korang ?hahahha *wink*
Bila aku habis imai tuh rasanya dah pukul 2 ke 3 pagi, kat belakang rumah masih ramai ngan cahaya terang benderang lagik .. laa.. .. ada yang tengok cd wrestling .. biasa lah pakcik2 tu mmg suker ar tgk wresting. Dorang tak balik la kot sebab jaga daging lembu tak nak anjing liar datang .. tau jek ar umah kat kampung kan .. masak2 sumer kan kat luar rumah .. agaknyer itulah kelainan kalau masak sendiri dengan masak catering ...
Hari pengantin, tak perlulah cerita...sama jek lah ... hehehe ...pagi nikah kat umah, then lepas zohor sanding lah ...
haiiii.. tak sabarlah nak attend wedding cousin aku nih ... aku rasa dia pon mcm aku, sebab mak aku kata dia tu nanti pon nak ada berzanji ngan khatam gak ... akekekek..
hmmm .. aku rasa bertuah lah kawen kat kampung, yang masih amalkan semangat kerja sama macam dulu2 jugak.
Ala...tak sabarnyer nak balik!!!!
Friday, 16 December 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Fara,
ReplyDeleteBalik kampung memang best. Tapi start puasa lepas dah x syok kerna Datukku kahwin....waaaaaa dpt tok baru... :(
Laaa tgk tuh, punya dia excited nak citer pasal balik kampung ngan kisah kawen ... sampai tersalah2 eja .. majlin khatam jadik 'khatan' ... berzanji jadik berjanji .. .heheeh ... bukan apa nih .. Quadrant 4 kan ... kena proof reading nih :D
ReplyDeleteAnyway fara 7 habits dah abis :D
Selamat Balik kampung!
ReplyDeleteNasib saya baik. Kampung dekat. Dapat balik kampung setiap minggu.
same as mine, 3 hari seblom dah sibuk sbb dah mula rebus telur pindang, dah pasang khemah, buat tempat basuh pinggan mangkuk dan buat tempat nak masak, walau pun dok kat area bandar, tapi masa aku dulu kitaorg still buat rewang...imagine, pukul 3,4 pagi bau bawang tengah tumis...aahhh...bestnya saat tu...:)
ReplyDeleteSori ler terlambat nak dekat 1 week....aku bz menjelang akhir tahun ni....anyway mmg stil terasa kemeriahan perkahwinan kita kan....fresh lagi gitu....
ReplyDelete