Saturday, 29 December 2007

Dinner

Last week, hasben aku ada Dinner & Dance event utk offfice dia kat The Zone, JB. Itu kira annual Dinner le tu ... Tapi dia takleh bwk spouse, sbb dia join the company tu kira dah last minute. takpe ler, x de rezeki aku le tu... dapat ler doorgift jam tangan, passtu dapat le lucky draw crystal chess set .. Ok le tu, better then nothing, ada le something from FM*C for him before he left the place.. ekekeke ...



Bila dia balik last weekend, aku la yg excited nk tgk benda2 yg dia dapat from the dinner. Dia kuarkan kotak jam tangan tu, aku bajet ada satu jam plastik le kot yg mcm kat kedai premium abg aku tu ekeke ... tapibila bukak, rupanya ada sepasang jam .. for man and woman. .. Not bad la jam tuh, nampak kelasla jugak, okla kalau nak masukkan dalam almari hiasan kot... ada logo company printed on the watch. nice utk kenanng-kenangan.



Rupanya, bukan ada sepasang je jam dalam kotak tu .. rupanya ada terselit satu lagi jam .. yang tak ada chop company, tapi ada brand lain kat jam tu .. and, jam pompuan . ekekeke .. aku dah mcm senyum senget2 dah.. tapi, aku buat2 cool, aku tanya kat hsuband aku, jam sapa plak ni sesat ni ... Well, jawapan nya haruslah dah terduga kan?? yess.. it was for me .. huhuhu .. tersuprise le gak aku, sbb no specialoccasion pun masa tu utk kami or utk aku .... Dia kata, dia tau dah lama aku tak pakai jam sejak jam hantaran kawen 'buat hal' ... so memandangkan dia rasa bersyukur dapat balik kerja kat sini, and plus, dia merasa gak half month bonus from FM*C, walaupun baru 3 months kat situ, tu yg dia rasa nak kasik something utk aku .. dia kata sorry la tak dpt kasik jam from designer2 mcm Guess or Bonia ke .. sbbnya itu
jek dia mampu .. cet, aku plak rasa, OK sangat le kan ... his effort to make me suprise jek dah lebih mahal dari the brand .. tapi, dia sempat sindir pesan, dah ada jam yg kena terus melekat kat tangan, tak leh la lewat bangun kan?? alamakkk.. tu dia, my husband ... ekekeke...



OK, annual dinner dia dah lepas, semalam ni, turn annual dinner company aku plak. Setelah 4 tahun berturut2 annual dinner company aku dibuat kat Dewan P*erdana F*elda, tahun ni baru le ada kelainan.Annual dinner nya malam tadi, kat Dewan Mer*deka, P*WTC. Kalau tahun lepas tema tradisional, tahun ni plak tema flora, sesuai le kot ngan nama dinner malam tadi, Fiory Nite.



Keseluruhannya, the dinner was ok. better from previous year walaupun pada aku, dewan per*dana lebih grand kot especially lighting and arrangement dia ... tapi dari segi food, mmg this year sangat sedap. selalunya bila dinner aku tak berapa makan, tapi malam tadi aku mkn dengan penuh selera. The dinner was emceed by Shamsul Ghau Ghau. OKlah jugak dia mengelolakan majlis... smart jek ngan suit hitam. Tapi,lawak dia takleh nak lawan lawak ebby Yus last year. Performance pulak, artis jemputan kali ni Adibah Noor. Memang Superb la dia nih ... suara power habis and semua lagu2 yang dia bawak plak lagu2favorite aku..mmg aku la org paling enjoy! Cuma satu jek yg tak bestnya pasal Adibah nih .. dia suka sangat buat lawak berdasaarkan her look and personality.. sikit2 dia dok cakap pasal kemontelan dia and expectppl to laugh when she jokes about it. Aku rasa tak best plak gitu .. sekali dua ok lah, tapi kalau dah setiap kali dia bukak mulut cakap pasal tu, better lah dia nyanyi aje sbb dia nyanyi mmg best! tak semput punwalaupun nyanyi banyak lagu ...paling best masa dia nyanyi lagu Bunga tanjung .. dan dan tu aku rasa mcm nak beli cd karaoke lagu tuh wakakkaka!!!! Last year masa Faizal tahir, mamat tuh nampak sgt mengah lepas 2 lagu, pastu siap panggil artis lain(yg baru jugak, anak didik M Nasir, aku lupa nama) utk nyanyi so dia leh rest kot ekeke ...tapi sbb dia hansome, aku suka lah gak lalalalalala...



Bab lucky draw ... aku tak dapat la grand price ... tapi dapat la 2 hadiah bertuah .. satu hadiah ialah hadiah pinggan lucky .. bila semua dah duduk, emcee announce sila tgk dibelakang pinggan anda, masa tu la aku dapat ekekeke .. ada tulis suprise!!! kat belakang pinggan aku ... then satu lagi, nombor aku 0250, naik masa cabutan ler .. tapi kedua2 hadiah aku x tau lagi apa dia .. kena tunggu pegi office baru tau ..sabau jek la .. cuma yg grand price je yg dibagitau hadiahnya ... tapi sbb aku x dapat, tak perlulah aku nak nyatakan kat sini wakakak!!


Monday, 17 December 2007

Sinar 2008

Aku baru lepas baca blog anne. Bila dia cerita pasal exchange gift tu, aku teringat husband aku pun citer kat ofis dia ada buat camtu, kena beli hadiah around rm15-20, then exchange. Cuma bezanya, tak ada lah wish list tu .. and cabutan nama pun buat masa hari tu jugak ... Husband aku dia beli toolbox sekali ngan isi2 yg comel2 tu, sekalituh dapat kat boss dia ... huhuhu, nasib baik boss dia suka walaupun tatau sapa yg kasik... Jarang2 aku dengar husband aku join buat benda2 mcm tu, baguslah kerja kat situ, he learns new things and discovers new ofc environment...


Agaknya itu yang buat dia sedih bila dia kena tinggalkan office dia tu. Kesian jugak dia .. aku tau dia dalam dilema tu.


Husband aku, memulakan karier dia lebih kurang 7 tahun lepas, kat Kilang Rubber Gloves kat Berjuntai Bistari (dulu batang berjuntai). Dia kerja kat situ kejap aje, dalam 3 bulan... then he was offered to join satu lagi Kilang yang bersangkutan Getah gak .. Kilang tyre kat PJ. Dulu D*unlop, now ni dah jadik C*ontinental. Selama 6 tahun dia setia bersama kilang tu, bila akhirnya dia termasuk dalam list kena retrench. Sempat lah dia menganggur sebulan sebelum mendapat tawaran berkerja di Johor.


Masih dalam manufacturing area, cuma kali ini menjurus kepada pembuatan bahan2 carigali minyak, and dia tak buat maintenance mcm kat Conti. Totally new things for him. Most of the time kat office aje, which for the first few days tu dia rasa bosan dok office tak ada kerja. His job is more on material planning instead of machine maintenance. tapi after one week, dia start rasa seronok dengan kerja baru tu. Dia seronok mengenal new terms in his working area. Setiap kali called aku, sure banyak cerita baru dia. Aku kenal suami aku ni, sebagai seorang amat passion dalam tugas2 dia. Jarang aku dengar dia mengeluh dengan kerja2 dia .. macam semua menyeronokkan bagi dia. Jadi tak hairan ler dia suka kerja dia skarang ni walaupun mula2 dia rasa bosan. Maklum je, dapat mempelajari hampir kesemua perkara2 baru. lebih2 lebih lagi oil n gas area mmg dah jadi trend sekarang ni .. semua orang berebut2 nak join OnG ni. Walaupun tak betul2 direct dengan company Oil n gas, tapi cukuplah untuk dia menimba banyak ilmu sebagai batu loncatan kalau nak mengembangkan kariernya dalam bidang tu.



So, bila dia dapat called for new job offer, dia dah dalam dilema. Kesian sangat kat dia. Dia dapat tau about the offer last month. Again, dari Kilang, and again, kilang yg berasaskan rubber jugak. Kat Shah Alam. Kilang tyre gak. Go*odYe*ar.


Untuk offer baru ni, kelakar pun ada. Masa dia kena retrench, dia pergi ke serata tempat, hantar resume tak kiralah ada opening atau tak. So dia ke GY ni, and tanya kat Guard sama ada ada opening tak kat situ. Guard kata tak ada .. tapi husband dia mintak tolong Guard pass kan aje resume dia kat HR, mana lah tau kalau2 ada rezeki.


Actually, sebelum dia ke start kat Johor, GY dah panggil dia for an interview. Cuma masa tu dia terpaksa tolak sebab date interview tu tak sesuai untuk dia attend, sbb baru sangat mula dekat Johor. Dia biasalah, jenis tak suka nak cuti2 especially masa baru2 kerja. Pada dia, dia takut nanti yg interview tak dapat, yang kerja baru plak rekod buruk pasal cuti/EL. Aku masa tu OK kan aje lah. afterall, dia dah secure kerja aku dah bersyukur Alhamdulillah walaupun jauh.



So memang masa tu aku dan dia dah tak berharap lagi GY akan make another call. Tapi, rupanya kami silap. Masa dia kat Johor, GY called lagi, and dia seboleh2nya mintak interview tu dibuat on SAturday. Bukanlah dia sombong tak bertempat, tapi mcm yg aku kata tadi, dia taknak jadi mcm yg dikendong berciciran, yg dikejar tak dpt ... So sekali lagi dia seakan let go peluang tu.Lepas tu, sekali lagi GY called dia ... kali ni with good news, dia boleh attend interview on Saturday. Masa tu bulan September, and the interview is scheduled on October. Punyalah lama sbb nak dapatkan slot Saturday tu.


He got the unofficial offer during that interview itself. it was 2 months back. Masa tu, dia masih rasa confident dia akan keluar dengan senang hati. Tapi, tau jek la proses2 nak dpr job offer ni.. nak ke 2nd interview pun lama, pastu nak kuarkan offer letter pun lama ... walaupun dah confirmed dapat .. sometimes husband aku dah give up tunggu. So dalam pada tu, dia dah start sayangkan kerja baru dia kat Johor.



So masa HR GY called dia suh dia amik offer letter, dia tanya lah what position .. HR kata maintenance.. dia rasa something wrong plak, sbb dia pergi interview tu for position in Quality Technology. Dia tanya HR, kenapa offer Maintenance, not Quality? HR kata, ada 2 vacancies and experience dia plak in maintenance sbb tu dorang offer dia maintenance ... So laki aku sudah rasa keciwa la kan ... memanglah dia ada experience 6 yrs in tyre machine maintenance .. tapi, dia tak nak lah selama2nya buat maintenance .. dia kalau boleh nak go for new things ... mcm Quality, dia nampak ada banyak opportunity kat situ sbb Quality ni broad ... and experience dia in Tyre maintenance pun boleh digunakan dalam Quality Technology gak. Orang HR to plak kata, kalau dia nak yg Quality, he has to reject this offer dulu, and HR akan buat another round of pemilihan utk Quality plak. Adeh!



Dia called aku, tanya pendapat aku ... so aku dah jadi confuse plus sedih ...dia kata, dia dilema sama ada nak accept or tunggu dorang offer post Quality tu. Kesian aku kat laki aku masa tu .. aku suh dia tanya kawan2 dia lah .. sebab kalau tanya aku, sure aku akan jadik selfish .. suh dia amik je offer tu, tak kira dia minat ke tak .. semata2 sebab dia akan dekat dengan aku ...


The next day, dia tanya aku .. tak nak ke aku ke Johor? alamakkk ... nampak gaya memang dia tak nak accept the job offer la kot. Aku kata, bukan tak nak .. tapi of course la bukan sekarang, and ngan condition aku ni, rasanya aku prefer kat sini aje ... banyak benda nk kena fikir kalau nak aku ke Johor ... Bila aku kata gitu, dia diam aje ... Sedih pulak aku .. mcm memaksa dia plak ..and menggunakan kelemahan aku as senjata... Dia cool kan aku, dia kata dont worry ... dia kena betul2 fikir, sbb skang dia dah bekerja ... lain lah masa dia tak ada kerja, he will just grab apa saja yang datang ... benefit or minat fikir kemudian .. tapi, once dia dah kerja, dia kenalah pandang jauh sebelum buat any decision .. sebab tu lah dia kena tengok semua kemungkinan.


Malamnya, he called me to inform his decision. Dia kata, dia accept the offer. Aku pulak rasa guilty. Aku tanyalah, abang dah fikir betul2 ke ... dia kata dah. Dia kata family comes first. dia kata, he will try to talk to HR GY, utk tukar the offer, kalau tak dapat jugak, dia tak kisah, at least dia dah try. banyak lagilah dia bgtau.. dia dah tanya2 kat kawan2 gak ... ada yang kata suh dia continue kat Johor, ada gak yang kata accept the new offer ... so last2 dia kena gak buat the final decision. ya Allah, aku rasa sukar betul masa tu .. penat jugak nak fikir ...


Lepas tu, aku rasa dia called lagi GY. Dan Alhamdulillah ... dia berjaya gak mintak HR GY tukar the offer ... tapi, kena deduct sket salary ... HR kata, dia deduct sbb husband aku dikira tak ada experience in Quality. Husband aku tak kisah ... ala, sikit aje pun tolaknya, dia rasa lebih rugi ambik yg maintenance tu sbb ngan experience of 6 yrs, he shld get more.. so mmg tak rugi langsung ditolak sket utk dia dapat what he wants. and still, lebih dari what he gets in johor. Alhamdulillah .. pada aku, dapat bersama semula dah lebih dari mencukupi dah ... kalau dia dapat gaji sama mcm masa dia kena retrench pun aku OK aje... well..being selfish kan .. aku nak dia dengan aku, period.



tapi, aku takut jugak .. kalau2 nanti dia rasa menyesal .. aku tanya dia pasal ni, dia kata tak lah. Dont worry ... dia kata dia mmg dah bulat nak accept the offer. Tengok muka dia, aku percaya. And dia yang aku kenali, memang jarang tak minat apa yang dia buat. Dia selalu ada passion kalau buat kerja... Dalam diam2, aku bersyukur Allah menjodohkan aku dengan dia.



Jadinya, january 2008 dia start kat tmpt baru ... 2007 tahun penuh cabaran buat aku ... buat kami .. and harapan aku, tahun 2008 penuh dengan rezeki pulak ... dan semoga kebahagiaan tetap menjadi milik kami, tak kira tahun bila2 ... InsyaAllah ...


Salam.

Wednesday, 12 December 2007

Aku cuti ni sebab pagi tadi gi monthly checkup kat klinik, doktor plak bermurah hati kasik MC, takkan la aku nak poyo kata tak nak kan?


Dah 32 minggu dah kandungan aku ni. Macam x caya plak, mcm baru jek dapat tau pregnant 8 minggu, tetiba dah 32 minggu ... 8 bulan, phewwww ... patut le pun aku dah rasa lenguh2 pinggang dah .. rupanya dah time for shopping!!!! hehehehe!! Tapi, tadi pun tak scan so still tak tau apakah gender dalam perut aku ni ... isk, i have to wait for another 2 weeks for the following checkup. Next checkup dah kena buat ngan Gynea kat hospital kat mana aku nak deliver nanti. Mcm masa Lydia dulu, kali ni pun Insya Allah aku akan deliver kat Shah Alam, DEMC, dengan Dr. Norleen. Tadi sejurus lepas dr. Adibah kata aku dah boleh booking hospital, terus aku carik balik kad rawatan DEMC aku, tapi ntah mana aku letak, so terpaksa la aku ke Shah Alam booking for appointment kat situ. So my next appointment with Gynae is on 26.12.2007 .....


Balik dari Shah Alam, aku gi umah MIL, Lydia kan kat situ ... masa aku tinggalkan dia before ke klinik, dia tengah ngan FIL, kat belakang rumah buat reban ayam .. selalu2 nya, kalau x hujan, sure dia ikut MIL ngan FIL gi kebun ..ekeke, bila aku tgk life anak aku, dah sebijik macam masa aku kecik2 dulu .. kebun tu dah mcm playground jek ....


Lepas Zohor, aku ajak Lydia gi Puchong umah abang aku ni ... mak aku ada kat sini sebab abang aku dah nak balik dari Mekah 2 minggu lagi ... aku ni dah hidup mcm org nomad jek, pindah sana sini kelek beg ... terpaksa le, sebabnya takyah le aku terangkan kat sini, malas dah. huhuuhu... So now aku kat umah abang aku le ...


Apa lagi citer? oh, dah akhir tahun ni, apa lagi la citer yang lebih hangat kalau tak pasal Appraisal kan? Aku rasa mcm baru je semalam kisah DI aku tu berlaku. DI yang menyebabkan appraisal aku tak ada effect. Dapat excellent pun mcm tak dpt excellent. ngan x de increament .. promotion jauh sekali la kan .. hahahaha! tak habis2 lagi aku rasa baran bila ingatkan increament aku dorang hold and tak release2 sampai skang.


Dah setahun berlalu, now dah appraisal lagi.. turn aku Isnin semalam. again, aku dapat excellent.. ye, sila beri tepukan gemuruh ye hadek2! hahahh! ciss, seriously, aku rasa tak de feeling langsung ngan result tu .. apsal ntah aku rasa mcm excellent tu tak sesuai jek .. aku pelik, aku rasa this year segala apa yg aku buat, tak nampak pun result yg memberangsangkan .. result yang kelam kabut ada ler ... tak pasal2 orang lain jadik mangsa disebabkan aku punyer kelemahan in planning. Jadi excellent tu untuk apa, aku tatau la .. aku rasa pelik sebab dalam project aku ni, performance bukan dinilai dari cara kita bekerja, tapi measured by the result, the output, the deliverables ... bla bla bla .. hmm.. and aku admit, semua tuh aku lom ada. Tapi, dah dapat excellent, takkan aku nak berlakon kata tak suka kan? manalah tau, rezeki aku ada increament lumayan ...


Aku mmg akui ler, aku mmg kerja keras few months back ni... tapi, aku ada reason for that. reasonnya, ini jek la masa yang ada utk aku bagi my full comitment to this project. Despite rasa kecewa yang aku rasa, aku buat jugak kerja dengan bertungkus lumus. Cuma on multitasking, nope aku tolak ketepi. Aku tak sanggup buat kerja multitasking dalam keadaan aku yang tgh kecewa tu ekekekeke ... Aku kata ini jek masa yg aku sure aku leh bagi full comitment, sebab masa ni, walaupun aku pregnant, itu adalah aku, asalkan aku leh control stress, insyaALLAh aku leh kerja mcm org tak pregnant, infact lebih cargas dari org x preg ... ada anak pun dah besar, dah boleh dibawak bercakap .. dah tak berapa menyusahkan orang kalau ditinggal bersama mereka masa aku kena kerja lebih masa.


Aku sendiri bayangkan, lepas ni, aku akan bersalin... so 2 bulan sah sah aku akan cuti .. mmg tak akan tau menahu langsung pasal kerja ... bila masuk kerja, dah mcm orang baru .. semua benda dah tertinggal. and aku tak rasa aku boleh bekerja sekomited macam sebelum or masa aku pregnant. Ada baby, so dont expect me to go back late le kan .. ofkos aku takmo orang yg jaga baby rasa terbeban .. tau jek la jaga baby bukan mudah ...


Jadi, itulah sebabnya kenapa aku sedaya upaya komited sekarang ni .. sementara aku boleh komited utk project. Tidak sekali2 kerana nak nak dapat promotion yang aku dah terlepas last year. Lagipun, DI aku last year tu, outcome nya ialah no promotion for this year .. ekekeke .. unless ada miracle .. aku bersyukur aje lah ... sesungguhnya rezeki ditangan Allah kan ...Dapat baby pun rezeki jugak, bukan promotion aje rezeki kan ...


la, panjang bebel, ha, baru la blogger tegar namanya nih kahkahkah!!! fuh bestnyer dapat update blog panjang2 hahaha ... nampaknya kena selalu MC la kot baru leh update blog!


ada banyak lagi la benonya citer ... tapi lain kali lah .. Lydia dah merengek2 nak main kat luar .. maklum le dah biasa duk ngan atuk, petang2 main kat laman rumah .. so bila petang dalam rumah dia rasa rimas kot..


OK ols! semoga ketemu dilain waktu yach!


Salam.

Friday, 7 December 2007

Aku ni, nak kata workaholic memang tidak le kan ... tapi, tak tau apasal aku punya tahap kesibukan kat ofis tu leh merubah kehidupan bersosial aku di alam maya nih. Sebagai bukti, tengok lah apa dah jadik kat blog aku ni. Ada update seminggu sekali, itupun seciput aje ... macam buat syarat aje ... hmmm...


Tapi tu ler, aku mmg busy giler sekarang ni. Kerja bertimbun2 ... sebijik macam dalam gambar kat blog applepie tu ... tak tau la mcm mana nak kata. ... nak plak berhadapan ngann users yang mulut mcm cibai je kan .. sava jek la mek. KAdang2 aku cibaikan balik je ... bak kata Angah, to Hell with kata2 customers are always right tu. Macam la aku x de kehidupan lain selain puaskan hati dorang! urgh! Tapi aku ni kan, sebenarnya dalam pada memberontak dalam hati, tak sampai hati plak nak buat tak tau dan tak ambil kisah pasal segala masalah yg timbul. Dek kerana itulah, aku tetap gak bersabar menahan segala cabaran cewah. Sebab bila fikir2 balik, ilmu tu yang aku nak kejarkan .. so terpaksalah berkorban emosi segala. Kalau nak ikutkan stress, cuma Allah aje yang tau how stress i am being in this project. Maybe kereta aku faham la kot, sebab kat dalam kereta lah tercurah segala luahan dalam bentuk jeritan2 berlagu, dalam bentuk tangisan, dalam bentuk omelan sendiri, semua ada dalam kereta tu.. pendek kata kalaulah kereta tu leh berkata2 .. dah lama dia jerit kat aku balik kot ekekeke ....


Memandangkan esok dah hari Sabtu, dan minggu ni jek dah dua kali aku balik kul 6 pagi, sbb nak make sure users get what they wanted and apa2 yg tergendala boleh diteruskan .... kalaupun badan still larat, aku rasa otak aku dah sampai tahap tepu yang tak boleh lagi nak tgk coding2 dalam script2 tu semua, maka aku amik keputusan nak bercanda2 aje dengan bloghopping. lagipun, nak balik lom boleh sbb malam ni laki aku balik dari JB, so sementara tunggu dia sampai ke Pudu, leh la aku update dulu blog ni. Nak sambung buat kerja memang seriously dah tak ada hati dah .. dah letih!!



Terperanjat jugak aku bila tgk banyak blog2 yang dah ditutup ... tatau la kalau dorang dah tukar address ke apa ... sedih plak rasanya sbb dah lama x jenguk blog kawab2 .. tetiba dah tak der plak address tu ... ishhh ... satu hal lagik, aktiviti tag lagi lah aku dah lama x campur .. adeh, terasing sungguh aku jadiknya, tapi x leh buat apa lah ... terpaksa bersabar aje ...



Aku pernah kata weekend terasa amat pendek sejak laki aku duduk jauh ni .. dia balik sini Jumaat malam dah tgh mlm baru sampai .. pastu terpaksa la tidur kat umah MIL sbb Lydia aku letak kat situ sementara aku balik lewat manjang ni ... so bila dah kul 1 baru sampai umah MIL, tak sedap le nak angkat Lydia balik rumah .. so Sabtu pagi tu baru la balik rumah ... so satu malam jek dapat tidur kat rumah sendiri .. bila weekdays plak mmg aku duduk ngan MIL sbb aku balik tak pernah kurang kul 10 pm, so kesian nak letak lydia kat nursery ... sbb tu aku salu sedih and nangis dlm kereta benonya everytime dalam perjalanan balik ke rumah .. sbb aku rasa kucar kacir sangat life aku ni .. hmmm tak tau la aku, benda ni semua dugaan ke ataupun balasan kepada dosa2 aku ke ... bila husband aku balik, mmg aku happy sangat tapi kejap sangat so bila Ahad petang tu, mula la aku monyok2 and bila dia tanya je kenapa, laju je air mata aku merembes..bosan betul aku dengan life mcm ni...



la, ni yg malas update blog ni ... tak der citer lain asyik nak bitau pasal emosi aku jek ... urgh! segan lah aku ngan org2 sekeliling kan. laki aku salu kata aku ni pregnant kali ni mmg byk sgt bersedih .. tak baik utk kesihatan kan? aku sedar le tu semua, tapi nak wat camner .. hhuhuhuhu ...



Hopefully baby nanti keluar tak la jadik penyedih pulak ... ada lagi about 8 weeks before the due date. Tak sabar pulak rasanya. Ramai orang kata perut aku stil nampak kecik utk 30 weeks pregnancy ... this week baru aku start pakai uniform maternity ke office ... aku malas plak orang tak caya aku kata dah 7 bulan pregnant ekekeke ... nampak sgt badan sedia kala mcm org pregnant ahaksss ... last month tak berjaya tgk baby ni girl ke boy, frust le jugak, sbb aku actually bukan apa, aku nak le lite2 shopping ke... nak gak pilih2 carik nama baby ... kalau dah ada hint2 ni best sket .. girl or boy is no matter for me .. asalkan sihat walafiat cukup sifatnya, Alhamdulillah la sangat... hmmmm satu lagi, aku tgh survey2 nak simpan blood stem kat dalam stem bank tu ... ada member2 aku dah buat dah ... and from program majalah 3 ..aku rasa byk benefit dia ... aku lom bgtau kat hubby, tapi insyaALLAH leh diskas ni .. ada masa lagik ...


Lydia, mcm tu lah dia ... mmg aku bersyukur Allah kurniakan aku Lydia tu .. dia amat memahami lah aku rasa ... kadang2 tu, sebelum tidur tu, dia usap2 bahu aku, dia kata Diya sayang mak, nanti Diya doa banyak2 bapak kerja dekat ... dari segi minat dia plak, dah semakin terserlah minat2 keperempuanan dia .. suka main masak2 .. suka main dandan2 rambut, berangan berlipstik, berangan jaga baby ... buat aku senyum sorang2 jek kalau dia tgh main jadik mak2 jaga baby. Selain tu, baru aku sedar, lydia ni sabar orang nya .. mcm bapak dia, tak mcm aku lah .. Aku kata gitu sebab, dia boleh tak tidur, siapkan puzzle .. dan aku tak sangka dia leh buat puzzle sendiri .. memula tu adalah guide dari husband aku, lama2 dia dah boleh buat sendiri .. and dia berminat plak nak solve puzzle .. so not like me la kan.. itu mmg anak bapak tu. So bila satu puzzle dah siap ... sbb tak ada puzzle lain, dia suh husband aku bukak balik puzzle tu, and dia pasang balik .... huhuhu ... kalau aku, idak ler kan .. sampai la nih aku tak minta buat puzzle ....



so itu jek la update aku ni ... lain kali sambung lagi



Salam

Tuesday, 27 November 2007

Ha, nasib baik aku dah renew lesen ... sebab when i went home at 3.30am this morning, ada roadblock plak ... phewwwwwwwwww!!!

Monday, 26 November 2007

Untuk aku, hikmah kepada demonstrasi ahad semalam ialah, aku renew jugak lesen kereta yang aku abaikan sejak last week. dan lesen tu actually dah mati sejak bulan 3 lepas. semalam niat ke office aku batalkan sebab event tu jadi betul2 depan ofc aku, selain tu, banyak roadblock kat mana2. Aku takut kena tangkap memandu tanpa lesen, so pagi tadi aku gi JPJ renew lesen. tak sampai 5 minit pun. apalah suka bertangguh2.

Monday, 19 November 2007

Weekend jadi pendek sejak husband duduk jauh. Sepanjang Syawal, sabtu ahad penuh dengan rumah terbuka, sampaikan rumah sendiri tak pernah terbuka ... weekend semalam ni, tak ada lagi dah open house ... so we decided to just spend our time at home .. bermalas2 di rumah ... Saturday pagi2 aku bangun, buat lempeng, cicah ngan sambal tumis sardin ... sementara aku buat bfast, hamid dok potong pokok bunga kertas depan rumah yang dah lama terbiar, sampaikan nak bukak pagar pun susah ... habis je prepare bfast, dia dah siap ngan pokok2 dan jugak dah siap sidai baju ... sabau jek la aku nih lembab sungguh kat dapur ... so we enjoying our bfast together .. best je rasa .. masa tuh dah kul 8 kot. Lepas tuh terus ke pasar pagi sabtu, nak beli barang2 dapur .. semua dah habis, bayangkan sejak raya, tak pernah jenguk dapur ... manjang makan kat rumah orang or kat kedai ... so hamid plak teringin nak makan kari kepala ikan ... adeh! ada ke lagi skill masak aku ni??? tapi aku dah warn dia awal2 ... kalau x sedap, jgn mare ekekeke ... dia kata sure sedap punyer! well, haruslah dia kata gitu sbb nak aku masak kan??


alahh later sambung ....

Monday, 12 November 2007

Sireh Pulang Ke Gagang

Dan ketika Lydia berada di dalam dakapanku, tanpa diduga airmata ku mengalir jua ...


mahu kukhabarkan kepada semua tentang kegembiraan ini ...


tatkala suara suami dihujung talian berbicara, kuntuman senyuman kegembiraan tidak dapat aku sorokkan dari bibir ... tatkala suami bertanya tentang pendapatku, laju sahaja bibirku memberi jawapan ... tatkala Lydia berlari ke arahku, pantas kudakap puteriku itu ...


Dan ketika Lydia berada di dalam dakapanku, tanpa diduga airmata ku mengalir jua ... kali ini kerana terlalu gembira .... atas kasih sayangNya yang tidak putus2 dilimpahkan kepada kami ....


...

Wednesday, 7 November 2007

Sepatah Dua Kata

now i can feel the existence of other human in my body. The kicking is getting stronger, maybe dancing for deepavali ...


Happy deepavali ... those who celebrating!


Lets watch Padaiyappa...or Sivaji???? :-)

Monday, 5 November 2007

Fokus

ok, now ni mood focus kat kerja je, mood raya ke, mood open house ke, mood dinner ke...semua dah aku tinggalkan menjadi kenangan terindah .. untuk semua yg menjemput ke open house, Terima Kasih kami sekeluarga ucapkan ... tahun depan, jangan serik menjemput ...


aku ada dateline, yg sangat sukar untuk dipenuhi.


fokus ni.


syyy.

Monday, 29 October 2007

Sekitar Gegar Ria 2007

Aku terasa mcm nak tukar jek nama dari Gegar Ria kepada Gegar Gala Nite wakakkaaka!!! Sebab, perkataan Ria tuh, mcm small aje ngan compared to keseronokan malam tu ... aku x dpt nak update panjang ... tgk aje gambar2 dulu and baca update dorang yg lebih menyeluruh ...


Cuma, few things yang aku ralat ...more to myself la .. esp. aku segan benonyer, sebab nama jek AJK tapi satu hapa pon aku x der contribute, so agak memalukan gak ler bila emcee dok introduce AJK, and aku pon ada .. iskkk ... AJK apa datang mcm tuan puteri ... kosser .. the only thing that i did was betulkan setup wireless, itupun untuk laptop aku wakakakkaka!!!! hopefully tak ada lah yang sentapz yer hadek2 .. lesson learnt, lengkali letak nama aku as tetamu sahaja ekekeke ...

Then, selain itu, tak dapat nak berlive telecast with joe as planned.

Yang lain2 .. rasanya aku Seronok!!! ... dapat lucky draw pun Alhmadulillah, walaupun tak se excellent Poii atau Delinn atau Jijo ... still merasa lah kannn .. something from Gegar ... Thumb drive ngan set kuih muih ...

Now, Thousand Thanks to JOE, to ALL SPONSORS, to Committees, to ALL the VVIPs who attended the party which without ya all, it will never comes into reality, a WOW! reality!! CAYALAH OLS!


mari kita sama2 bersorak ramai2 ... hip hippp... HOORAYYYYY!!!! APPLAUSE TO OURSELVES!!!

Korang tgk lah CD plak lps nih ... best giler!!! esp. masa kasik ucapan before masuk .. sorang2 control, mrasa lah u ols mcm temubual red carpet Anugerah ERA huhuhu ... or rather mcm melodi .. ekekeke!!!




The Party Kids


The Family ...


The memories ...


The Performances ...



(Some of) The AJKs ...



The Crowds ....



For more reviews, updates and photos, please visit these links.

Update dari Lord Budak, guitarist of Gegar Ria
Update on Gegar dan kisah2 rentetan Gegar, dari Angah, co-emcee of Gegar Ria
Gambar2 dari Delinn, Seksateri Gegar Ria

Update dari Elf
Update dari Sempoii
Photos dari Cma
Photos dari Coco

Thursday, 25 October 2007

Mak sudah bertambah sihat

Alhamdulillah, semalam mak ada appointment kat pusrawi, dan doktor kata mak bertambah sihat .. and mak paling lega bila doktor kata tak perlu operation walaupun kalau buat operation lebih elok .. tapi mak prefers tak operate ... aku, apa2 pun aku cuma nak mak happy je. Aku dgr suara mak ceria betul semalam. Memang lain sangat dengan mak masa hari raya baru2 ni. Masa hari raya tu kat kampung tu, sebelum tidur je, wajib aku peluk laki aku sambil nangis .. sebab aku sedih tgk keadaan mak yang sangat lemah ... sampaikan aku tak sanggup nak duduk kat depan mak, takut aku tak boleh menahan air mata aku ... satu, memangis sebab mak mcm tu, kedua, sebab raya ke3 je laki aku dah nak balik JB ... lom puas lagik berweekend ngan dia ... Dia coolkan aku, katanya, mak tu kuat semangat ... kalau tak, masakan mak boleh membesarkan kami adik beradik seorang diri lepas bapak meninggal dunia ... so kalau anak2 tak kuat semangat, mak semakin susah hati nanti ... pastu dia kata, aku pun sebenarnya kuat mcm mak aku jugak, cuma manja je lebih. .. dan aku patut bersyukurlah, walaupun jauh sikit, ada jugak suami tempat bermanja dan mengadu, sedangkan mak, nak tak nak kena telan gak keperitan hidup seorang, semua galas kat bahu sendiri ... walau ada anak2, mestilah lain anak2 dengan suami....hmmm so dalam pada memujuk tu, laki aku kata, relakan la jugak dia kerja jauh sikit, , ceh kata aku manja plak, saja nk kenakan aku tau... tapi, terpujuk jugak la aku dgn kata2 dia tu ..tak kisah la dia cakap tu just to cool me down je kan.. sesungguhnya aku mmg kena ada shoulder to cry on masa tu.



AKu lupa apa nama penyakit mak ni. tapi, something to do dengan backbone dia lah .. kalau ikut kata abang aku, doktor kata, tulang belakang mak dah lari kedudukannya, dan kedudukan yang lari tu, bila mak buat pergerakan, akan menyebabkan sakit sebab tulang yg lari tu, kena kat saraf pulak ... so, doktor kata operation boleh tolong betulkan balik keadaan tulang tu ... tapi, mak pula, as orang tua, sangat takut pada operation ... nampak sangat risaunya bila doktor suh dia fikir utk menjalani operation ni. Kami adik beradik mmglah nak dia sembuh, so kami nasihatkan dia jugaklah buat operation, tapi still hormat gak lah pendirian mak tu. Bila dengar mak happy, aku pun jadi happy gak :-)



Semoga mak diberikan kesihatan yang baik sepanjang hayatnya, amin...

Wednesday, 24 October 2007

Sedikit Pembetulan

ohh aku nih baru je baca update delinn .. memula aku nk kasik komen kat dia jek , tapi last2 aku kata better la aku komen as another entry ...

wakakakaka! gilosh betul lahh .. memang lah kemain aku poyo dok diskas ngan dorang bab nak berGEGAR tuh ... saja lah kannn .. aku nih nk mewujudkan rasa excited dalam diri aku nih ... konon2 nya lah aku nk ke kedai make up bagaii ... kosser .. aku tau takkan menjadik pon, sebabnya, aku mmg tak pernah ke kedai make up so aku agak gentar la kan ... pastu secondnya, sabtu siang tu, aku ada 3 open house yang semuanya jauh2 ... kul 1 start, kat Sepang .. pastu kat Bangi kul 2 ... pastu, kul 6, kat Mantin, bleh?????? dua yg awal tuh leh la aku konsider tapi yg kul 6 tu, adehhh harus mmg x sempat le kan, kul 6 start, kul brp plak aku nak balik? kul brp plak aku nak sampai ke GEGAR??? kalau nak kena DENDA ngan angah yg berbisul tu, datang lah kul 8.30 gitu ... ekekeke takmo ahh .. seram aku membayangkan suara angah yg sentapz, ngan mikrofon lagik tu ... So, aku decide tak pergi lah umah boss aku kat Mantin tu walaupun sedih gak sbb semua pegi and boss aku nih close gak ngan all the team members. tapi, demi GEGAR, aku lupakan semua itu ...


Baju baru aku??? Tak de la mcm yg delinn kata .. bergemerlapan bagaii .. infact baju yg simple plain aje pun .. ngan kaler gelap lagi ... mcm berkabung ler plak adehhh ... so idak ler aku berkilauan yer hadek-hadek.. pembetulan di situ .. ekekekke


So malam itu, aku maintain aku lah ... nothing new .. ekekkee ... tapi aku tetap datang dengan harapan yg sangat besar!!! hendak mendapat lucky draw yg aku dah jampi.. bertemu taggers2 semua!!


:-) Sekian, Salam.

Tuesday, 23 October 2007

Tulis sikit sebab bosan

woke up in the morning and felt so excited to attend GEGAR! why eh?? izit because i have bought new dress for the nite? ekekekekek ... teruja nak melaram dek non! or izit bcoz am excited to win lucky draw presents yg tersgt tempting itteww??? if lucky best laa kan? .. if not, maybe am still lucky to be part of the crowd la kot. ohhhh ... hah!!! aku tau!!! maybe its bcoz aku sooOOO excited to see zaidee? ekekekeke!! opss.. lupa zaidee dah berpunyer ...ok ok... maybe am just excited to enjoy the night ... hopefully everything goes well mlm tuh. ...

giler lah aku ni, dah near to 11 and am still in the ofc!!! rasa bongok sgt tauuuu!!! rasa venci sgt!!! lepas update ni aku nak straight balik lah! bleh jalan la ngan kerja2 ni sumer ... ekekeke! hamboiiihh tu diaa ... kang x der kerja aku gak yg susah .. adehh amponnnsss !! itu luahan jiwaku yg sedang kacau yer hadek2 .. jadi jgn sesekali ingat aku tak bersyukur and tak suka bekerja ... well ... sesekali kurasa teringin ocayyyyyy!! ekekeke .. teringin lepaskan hangen satu badan!


aku ni dah entering month 6 of pregnancy rupanya. maybe time to start shopping for new preg dress yg cute miut semua kan? ermmm ... malas nk pakai baju lama lah, ntah mana pegi ... maakk.. tak sabar le nk shopping baju for babies gak ... aku dh kena byk berjalan ni .. now nih kerja byk sgt duduk ... jalan sket dah pancit! pinggang pon dah rasa2 lenguh2 dah ni .. seram je kalau susah nak deliver .. oh, jauhkan la ...


dah dah .. mau pulang ke pangkuan anak terchenta ..


salam.

Wednesday, 17 October 2007

Perasaan Kala Syawal Tiba

Bila dah balik semula ke Kapar, rasa dah hilang semua suasana hari raya, lagi pulak kat pekan kapar tu dah sibuk ngan promosi deepavali.


Tak ada mood nak update malam ni ... ngantuk tu tak le, tapi bila fikirkan esok nak kena bangun ke offis, terus hilang semangat nak menulis... Oh, tapi kalau tak tulis, sampai bila pun tak tulis kan? ok aku kasik ringkas je lah ... kasik highlight je yg pa yang aku rasa di Syawal ini


Syukur
Semua ahli keluarga ada berkumpul ... dengan semua orang dah besar, bila berbuka puasa petang akhir Ramadan tu... terasa makan berhidang dah kurang sesuai lagi dah ... nak kena besarkan rumah berbuka style buffet nampak gayanya ...


Kesal
Malam raya, lepas melayan anak dan anak2 buah main bunga api, aku terus flat ... aku mamai2 je tgk anak buah aku dok pasang langsir ... bila sedar2 dah kul 5 pagi ... terus kelam kabut sebab baju langsung lom iron, duit raya pon tak masuk dalam sampul lagi ... adeh! Kesal kerana tidur awal, kerana malam raya aku suka stay up lama2 ... tak nak kemeriahan malam raya tu hilang ...


Sayu dan menyayat hati
melihat keadaan mak yang tidak begitu sihat pada raya kali ni. Aku tak pernah terfikir, wanita yang selama ini menjadi payung kepada kami sekeluarga, begitu tidak bermaya pada hari raya ke dua. Jelas sekali kesedihan walau cuba disembunyikan.


Insaf
Tatkala berziarah ke rumah ibu2 saudara, ramai yang sudah kelihatan uzur dan tidak bermaya. Mereka yang suatu ketika dulu, sangat ceria dan aktif, amat berbeza pada hari itu ...


Hiba
hati ketika menghantar suami ke rumah sewanya di johor bahru pada hari raya ke-3.


Debar
Memikir tugas yang menanti bila pulang bekerja


Bimbang
Memikir mak akan menjalani operation selepas hari raya


Panik
Gegar Ria yang semakin hampir


Geram
dengan telekom nih sebab aku balik rumah tadi, phone line tak der ... grrrrrrrrrrrrrrr!!!!!

Fara,
5 Syawal 1428 11.28 PM
Klang

Wednesday, 10 October 2007

Selamat Hari Raya 2007


Kad raya Ihsan MalimKundang, taggers di tag Joe


Tak kira, busy pun aku tetap nak update entry, tak nak ketinggalan nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa sahaja yang singgah kat blog aku ... Mesti ramai dah start cuti ni .. aku esok cuti, balik Johor beraya sana ....


Banyak sangat kisah nak dikisahkan tapi belum ada masa lagi ... sure dah basi dah nanti tapi wat to do, seriously aku teramat busy sampaikan tak terasa kemeriahan nak menyambut raya ni kalau berada kat office ... BOSAN! dengar lagu raya pun macam tak ada feeling.


Preparation raya sangat sederhana, yang basic2 pun tak habis prepare ... kasut raya, actually aku malas nak beli kasut sebab kasut yang aku beli last 2 months baru pakai sekali, tapi aku rasa mcm dah tak sesuai berkasut tumit halus dengan pregnancy ni. So, aku dah tanya husband leh tak nak melawat modern mom tgk kasut2 pregnant yg comfortable .. dia OK je, aku ingat lagi kasut pregnant aku pakai masa Lydia dulu, sampai lunyai .. memang berbaloi sangat beli mahal pun .. pakai start pregnant 2 bulan, sampai Lydia setahun kot.


Husband aku, dalam tak de plan nak beli baju raya, akhirnya beli jugak. Bukan sahaja baju melayu dia baru, baju kemeja baru, seluar baru, kasut baru .. semuanya gara2 kerja tempat baru yang tak beruniform ... memula dia ingatkan tak de safety shoes gak, so dia beli le kasut raya cum kasut kerja ... tapi rupanya ada gak safety shoes .. safety shoes kali ni plak, tak mcm safety shoes pun.. cun je design ..kalah kasut raya .. hmmm .. cuma aku belum sempat nak carik butang maju melayu dia ... alah.. baju melayu johor, butang satu jek pun ... tapi x sempat nak beli sebab puasa kali ni lunch hour mmg tak keluar langsung ...


Lydia, as usual lah, baju kurung 2 helai tu jer .. kasut dengan baju2 jalan, aku tak beli baru, kesian plak tapi tengok lah kalau2 ada masa lagi shopping masa kat BP nanti ... last minute shopping, macam masa aku kecik2 dulu, last day puasa, gi beli kasut kat bandar, naik bas ngan arwah bapak sambil dia beli songkok. Itu je la yg beli pun, lain2 semua mak buat ... dulu2 masa aku baya2 Lydia, mana ada pernah pakai jeans2 ni semua ... baju raya sekadar baju kurung, pastu gown sepasang, itupun mak buat sendiri siap ada smocking tuh ... maybe sbb tu preparation raya org dulu sangat meriah kot ... sebab semua buat sendiri ... kuih muih jgn citer lah, awal puasa dah start kat luar rumah semua jemur tepung, sebab tepung dulu bukannnya berkualiti tinggi mcm sekarang, bukan ada tepung segera macam sekarang ... dulu kalau nak pastikan kuih menjadik, tepung kena lah dijemur dulu ..maybe tepung dulu, tak betul2 kering kot masa beli .. hiks!


OK lah, Untuk melengkapkan entry aku ni, aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat Islam, semoga ramadhan kali ni diberkati dan beraya dalam keadaan yang fitrah, tanpa dosa. Aku dan keluarga mengambil peluang ini meminta ampun dan maaf zahir dan batin, orang jawa kata, "njaluk ngapuro" huhuhu ...


Semoga semua dah mendapat apa yg dihajati dari Ramadhan ni ... sapa nak puasa penuh, sapa nak terawikh penuh, sapa nak tadarus sampai khatam, sapa nak save bajet, dan jugak sapa nak kurus .. semoga semua dah tercapai yeah! cakap pasal kurus, aku check doktor last week, 22 weeks pregnancy, berat aku bukan sahaja tidak naik sejak awal pregnant, malahan sudah turun 3 kg ... which doktor maafkan sebab bulan puasa .. kalau tak puasa, tak dimaafkan .. lagipun dia check baby punya heartbeat ngan baby punyer ukuran OK .. hmmm.. kalau x pregnant tak nak pulak le turun berat badan, time2 pregnant le plak turun ... camner la x turun, sejak asing ngan suami ni, buka puasa dalam kereta ngan kurma, pastu sahur ngan susu jek ..itupun sbb fikirkan ada baby .. kalau tak, haruslah tak sahur kot. hmmm apa2pon hope lepas raya naik la sbb aku niat nak melantak habis habisan ketupat ngan lodeh ngan 'tetel' masak merah resepi keluarga ... slurrpppppp!!!!!!! dah berapa hari dah aku ngidam mcm tu wakakakak!!!


Dan untuk rakan2 di reban, semoga bersua di Gegar Ria yeah!!! aku belum ada baju merelip nih ... :-)


Salam Aidilfitri,
Maaf zahir Batin

Tuesday, 2 October 2007

Bila Terasa Rindu

Well, aku baru je lepas baca entry Angah ... tetiba aku pun rasa nak mengupdate blog gak ... giler lama tak jenguk blogger nih .. nasib baik ingat login password segala ..

Kalau blog Angah ada lirik, aku pon nak letak lirik, lirik pasal rindu gak, tapi lagu ni .. lagu budak2 muda, ye la sbb aku pun masih muda lagi ni huhuhu!

Bila Terasa Rindu - Dafi

Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasa seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meskipun tubuh dah jauh beribu batu
Sesaat seperti tahun lamanya
Semasa kau tiadaApa yang terdaya…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lagi ku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu…

Bila terasa rindu ku sebut namamu
Dengan harapan kau akan muncul dalam tidur
Bila terasa rindu ku bayang wajahmu dalam angan
Dan barulah ku terasa bagai disembuh

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian dari pengorbanan
Bekalan andainya hari sukar mencabar

Suka lak aku lagu nih ... cuma kalau laki yg nyanyi kat kat aku, lebih berpatutan le kot, ah tak kira, yg fenting, message dia aku rindu tuh kan? dan memang tepat sungguh ler bagai di kata dek orang, bila jauh ni ... lebih merapatkan .. maksud aku, merapatkan perhubungan ye hadek hadek ... ceh!
seriously la kan ... hari-hari yang berlalu ni, pada aku sekadar satu penantian aje, penantian nak habis waktu kerja, penantian nak berbuka puasa, penantian nak berjumpa anak, dan actually penantian yang paling tepat ialah, penantian nak menunggu hari minggu, untuk berjumpa kekasih hati (mek ciplak ayat angah)

Dah masuk minggu ke tiga rasanya aku dok sendiri nih ... dia balik dua minggu sekali atas permintaan aku ... kesian lak nk rush, kalau umah aku gan pudu tuh sekangkang kera, lain citer .. nih nak ke pudu pon mcm nk ke johor jek .. ahakss.. so, aku relakan kepulangan dia dua minggu sekali ... Alhamdulillah, bila siang ok jek sbb bz kat ofc, tapi malam kalu, letih den! especially malam2 yang mek susah nak tido, mula la segala imaginasi kuar, last2 sampai sahur takleh tido .. kadang2 saja jek kacau2 Lydia so dia nangis ke apa .. at least bukan aku sorang yg jaga ketakutan ..ahakss ..

Selain itu,yang lain ok je la kot ... bil api maybe lah kurang sbb kul 9 aku dah tutup semua lampu, masuk bilik, layan lydia tak lama dah lelap sbb letih .. tapi, sat lagi, kul 11 gitu, dikejutkan dek bunyik tepon, dah berulang balik dah mcm zaman belom kawen dulu ... setiap malam gayut ... bil tepon le plak naik nih .. ishh .. kitorang tak reti le plak nk sms2 nih .. leceh! maksud mcm tak sampai jek ahakss .. lagipon masa zaman percintaaan dulu kan ke sms2 nih lom begitu berleluasa .. so skang nih pon still nak gayut tepon gak .. kosser!

Bila dia balik, mcm le dah setahun tak jumpa, sampaikan nak tidur pun malas .. sayang nak lepaskan masa yg ada utk berborak .. kalau biasanya nak ke mana2, naik kereta tak sampai 5 minist aku dah lelap, tapi now tidak lagi! mulut tak berenti bercakap .. semua benda aku nak cerita ... especially pasal Lydia le kan .. so amat tepat le org kata, anak pengikat kasih suami isteri ... :-)aku siap kata kat dia, abang tau tak, saya sanggup tak update kat blog cerita2 pasal Lydia, sbb nak abang tau dulu before orang lain... sava jek la ..alasan leh pakai tak tu for not updating ??? ahaksss!

tapi, sebest2 mana merasa rindu ni, aku still rasa hidup bersama lebih bererti .. kerana itulah adat suami isteri .. dengan itu, aku tetap berdoa semoga suatu hari nanti aku dapat ikut dia, or dia dapat balik ke sini lagi ..

amin..

Ok, pasal pregnancy aku plak ... \alhamdulillah, dah 5 bulan dah umur kandungan aku ... less then 20 weeks to go before dapat baby ... berat masih sama .. fizikal pun tak de la nampak lagi sgt .. tapi, yg best, aku dah rasa baby bergerak2 dalam perut .. this weekend maybe dapt tahu the gender .. kalau tak lelaki, pompuan ler... hihihi .. mana2 pun aku bersyukur le .. kesian lydia dah lama x de geng.

dengan itu, i ols mengundur diri ..

Salam ...

Monday, 17 September 2007

Detik Doa Dipanjatkan

...

Aku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga ke atas segala rezeki yang Allah limpahkan ke atas kami sekeluarga ... Selepas berita gembira kerana mendapat peluang menimang cahayamata kedua, sekali lagi, pintu rezeki kami terbuka, suami pula mendapat pekerjaan baru. Alhamdulillah ...


Cuma, tentang pekerjaan baru suami aku tu, apa yang membuatkan kehidupan kali berubah sedikit, adalah kerana dengan menerima tawaran bekerja, secara automatik kami tidak berpeluang menjalani kehidupan berumahtangga seperti kebanyakan pasangan lain.


Agaknya, dek kerana terlalu memikirkan perkara itu, ramadan kali ini, aku buka lembarannya dengan catatan tidak menarik, aku telah melanggar sebuah lori ketika mahu ke tempat kerja. Oh, mungkin bukan kerana terlalu berfikir ke arah itu sahaja, tetapi mungkin lebih kepada 'bermimpi' ke arah perkara2 yang akan terjadi berhubung dengan perkara itu.


Lydia, yang keakraban dengan ayahanda tidak dapat disangkal, tanpa putus2 berdoa agar ayahanda tercinta mendapat pekerjaan dekat ... sering, anak kecil kami itu, berdoa begini,


"Ya Allah, nanti bapak dapat kerja dekat, amin" Menambah kesayuan kami berdua.


Hari ini, hari pertama suami bekerja, Lydia demam .. aku selimutkan dia dengan pelikat milik ayahandanya ... semoga lena tidur anak kecil itu. Dan aku, dalam pada menerima segala yang terjadi, sbenarnya payah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.


Detik 12 Malam 3 Ramadan ini, bersama kesyukuran yang aku panjatkan, Ya Allah, maafkan aku jika aku masih mahu meminta, agar kami bersama semula, tidak kira di mana sahaja. Kerana, tidak lengkap aku tanpanya.


Amin.

...

Tuesday, 11 September 2007

Servis low class

Aku geram dengan Telekom ni ... sejak aku masukkan line telefon 2 bulan lepas, dah 3 kali cable kena curi, bila kena curi, sampai 2 minggu line tak ada .. and then dorang letak balik cable baru, line ok seminggu, kena curi lagi, tak der line lagi 2 minggu ... mcm tu je lah ... aku tak marah kat pencuri sbb dorang dah mmg kerja mencuri and tak makan ajar punya kan .. kalau makan ajar, tak der la dorang jadi pencuri kot ... yang aku geram ni, telekom ler... dah tau kawasan aku tuh ramai pencuri, buat ler something to improve the security .... invest sekali, utk long term ... urghh ... daripada dok berkali2 pasang cable baru, better la tanam aje cable tu kat bawah tanah ke, sekali invest je ... pelik betul!



Aku geram dengan orang strimix ni ... ok mmg ler aku dah aggree nak signup utk strimix line kat rumah once telefon ada ... so sbb tu terus je dapat line telefon, padahal before nih dah berjanggut aku apply tak pernahnya dilayan ... tapi bila aku kata nak signup strimix, laju je plak datang phone line tu ... so, bila dah ada phone line, laju le org strimix ni kejar kitorang, nak suh install modem segala ... aku dah explain, yang selagi line telekom tak stabil, at least 6 bulan tanpa kecurian mcm ni, aku tak akan install strimix tuh .. ye la, wat rugi la aku bayar kalau lebih lama tak de connection drp ada ... itupun dorang yak paham ... last weekend, dapat poslaju, sekotak modem dihantar ke rumah ... hah!!!! giler ke apa??? aku bengang , terus aku pulang aje modem tuh .. sebelom kena charge ...


HAMPAS ler servis macam ni!

Friday, 7 September 2007

Imbas Kembali

Sekitar 20 tahun yang lalu ...

Di dalam sebuah sekolah rendah ...

Masa tu aku memang ler hampeh sangat dalam bahasa inggeris, sekarang ni, hampeh le gak tapi dulu mmg consider tak paham sepatah haram apa pun bahasa omputeh nih ... sekadar tau I Love U je la kot .. ekekeke ..

Then, masuk sekolah rendah darjah 1 hingga 3, cikgu tu mengajar bahasa inggeris ngan menggunakan bahasa melayu, boleh? kitorang layannn jer la kan .. aku pun lupa apa ntah syllabus masa tu .. tapi yang aku ingat, masa darjah satu, aku suka sangat masuk kelas bahasa inggeris sbb cikgu tu suka bercerita ... apa2 cerita pun aku suka, even though pasal ayam je pun ... tapi, dia citer in BM rasanya ...

So, bila darjah 4, kelas kitorang dapat cikgu bahasa inggeris baru, namanya cikgu Rosnah ... cantik orangnya .. macam baru lepas grad je la kot, ... so, kitorang as usual la ingatkan dalam kelas walaupun subject bahasa inggeris, sure arahan cikgu akan bagi dalam bahasa melayu ... tapi, dengan cikgu Rosnah ni, meleset tekaan aku ...

Masuk je kelas, terus dia speaking tanpa pedulik yg kitorang ni faham ke tidak .. harus lah kitorang menganga je ... tapi tetap diam .. well biasa ler budak kampung kan .. takut gitu nak bersuara dalam kelas kalau tak disuruh .. so tak paham pon layannn jek ... ekekeke

Tapi, maybe dia perasan kot ke'blur'an kitorang, so dia pun cakap melayu ...

"ok, cikgu nak kamu semua bagi tau cikgu dalam bahasa melayu apa yang cikgu cakap kejap lagi, siapa tahu, angkat tangan ye ..."

Semua kata okay ... setuju le kan ... walaupun memasing hati berdebar2 tunggu apa la yg cikgu nakc akap ...

" OK class ... I hope you are ready to start our lesson today"

Gulp!! alamak.... serious, betul2 serious aku tak faham apa makna 'lesson' tu ...aku cuma tau nak nak start something .. tapi aku taktau apa isi penting ayat tuh ... alamak... then ada sorang member aku angkat tangan .. .errmmm aku plak ... errr ... aku rasa, dalam kelas tu, aku antara top student gak le kan .. so, aku rasa macam aku punya ego akan jatuh ler kalau aku tak angkat tangan kan ... so, demi menjaga ego, aku tak fikir2 panjang .. terus angkat tangan ... aku tak kisah pun sama ada aku sure ke tak jawapan aku betul ke tak ...

Then cikgu tu jalan ke arah aku ... aku dah berdebar tapi still buat muka macho, control je konfiden semacam .. pastu, bila dia tgk aku konfiden semacam, dia beralih plak ke member aku tadi ... dia tunjuk, dan suruh member aku ni jawab ...


"Saya harap kamu sudah bersedia memulakan pelajaran hari ini"


so saat itu gak aku confirm jawapan member aku tu betul! (maknanya aku tau la gak kan? kalau x, takkan aku tau dia jawab betul kan?) Dan aku sangat gembira kerana dia betul!!!! sebaabnye, lepas je dia tanya member aku .. dia tanya aku pulak apa maknanya .. and aku jawab ..


"I have the same answer, teacher.." wakakakakkakaka!!!! serious, masa tu aku terasa amat berterima kasih kepada member aku tuh sebab bagi jawapan betul sekaligus menyelamatkan aku ....


"Thats right" kata cikgu Rosnah....


Dan sejak hari tu, cikgu Rosnah dah cop kitorang as terer english ler ... wakakakakak... tapi, honestly, mmg ler antara yg lain kitorang pun yang hebat ekekekekeke ...


Pastu, bermula la belajar dalam kelas in full english ... and atas kepoyoan aku dalam kelas, Cikgu Rosnah pilih aku utk wakil sekolah ke pertandingan bercerita antara kelas, which aku menang dan terus aku wakil sekolah, which aku kalah. Well ... at least la kan .. pada aku, tu semua sbb tak cukup preparation .. kalau cukup, harus aku memang tuh akekekekekek!


OK, back tu my fren yg dah menyelamatkan keadaan tadi ... mmg ler aku ngan dia kira mcm rival le gitu kot .. tapi biasanya dia la menang .. sebab dia ni pandai dan rajin .. tak macam aku, aku pandai tapi malas .. wakakkkaka! so of course la kalau dalam kelas, macam boleh teka, dia no. 1, aku no. 2 .. susah sgt aku nak potong dia ... aku kena potong dek orang lain tu ada la beberapa kali ... biasa la meks kan tak fokus ...


Selain dalam study, dia ni pun hebat gak dalam seni..pelik pulak aku, macam otak dia ni dua2 leh pegi, maths n science power, art pun power ... art tu dalam seni lukis dan jugak seni menulis ... aku plak, err ... maybe ingatan aku je la kot yg baik kot ... bab2 seni lukis mmg hampeh, bab2 menulis pon tak power, bab2 maths pon slow, bab sains plak salu confuse, bab muzik plak, periksa rekorder dapat D .. ekekeke .. so maybe kepandaian aku tu sbb aku mudah ingat apa cikgu ajar dalam kelas, and aku punyer last minutes study tu berkesan sbb aku pengingat ... well itu dulu okayyyy ....


Tapi, itu tak menjadik alasn utk aku rasa rendah diri ngan dia .. aku cuma rasa dia rival jek .. selain dalam akademik, dalam ko-kurikulum pun sama, apa je kuiz yg dia ada, aku ada, apa je pertandingan yg dia masuk, aku pun masuk .. menari ke, menyanyi ke, mengaji ke, apa2 jek la ... cuma, dalam part luar bilik darjah ni, memang aku akui le kan, nampak le aku lagi menyerlah .. well.. poyo kan .. ahaksss ...tapi still kitorang bekerja sama gak arr .. ada sekali, dia cipta puisi, then part2 mendeklamasi tuh, aku ler kan.. biasa le ratu mic terserlah sejak azali ... ekekekeke....



Then ... UPSR, result kitorang utk UPSR sama je .. 4A1B tak salah aku, which B is english la of course .. aku tatau B dia apa ... tak kisah le kan .. yg penting sama ahaksss.. and tak de org pun dpt 5 A masa tu ... adehh .. paling baik kitorang le 4A1B tuh .. sabau jek la .. sekolah i ols kan ke sekolah gred C, yg bilangan murid sangat sedikit, so mmg le sungguh glemer masa tuh ahaksss ... aku rasa, kalau kitorang pulun lebih sket, sure dapat 5A kot .. sbb kitorang tak berapa pulun maybe sbb competitors x ada .. errrmmm ... tapi, sekolah aku tu sekarang ramai jek 5A .. well bebudak sekarang kan makin pandai ...


Kitorand dapat offer form 1 kat sekolah bandar yg sama, dalam program RK. Dok kat hostel. kat situ kitorang x de la ngam sangat .. just baik mcm tu je la .. still satu kelas, dan Alhamdulillah, still rival gak .. cuma competitors memang ramai giler la.. ngan bangsa lain lagi kan .. so, masa tu, aku yag malas nih, sedikit demi sedikit agak tertingggal le daripada dia ... yg mana masa SRP, aku tatau la dia punya aggregate berapa tapi aku sure dia lebih dari aku.. .. :(


Form 4, kami dua2 dapat masuk Sekolah Berasrama penuh .. aku ke sekolah sains Johor Kluang, dia ke STF .. so mmg dia menang le dah .. and lepas tu, memang dah tak berapa tau pasal dia .. and aku langsung tak tau SPM dia berapa .. pastu aku dapat tahu dia ambik degree kat jepun ... so, sah sah ler aku dah tak bleh nak compete dia sbb SPM aku memang teruk sangat!! Semuanya gara2 aku malas tahap gaban! dapat 1st gred pon agaknyer sbb ingat2 dalam kelas je kot .. kalau tidak, harus SAP ...urghh! nyesal pon tak guna ... huhuhuhu ...


And bila dah kerja, langsung tak tau apa cerita member aku tu ...


Sampai lah dua hari lepas,entry aku mendapat komen ... yang daripada description yang dia bagi, tak syak lagi ler, dia lah member aku masa sekolah rendah dulu!!!!! YESS!!! hiksss!!! and macam dia tgh pregnant aje jugak, tatau la anak ke berapa .. aku belum call lagi ni .. sbb bz amat .... so to Ip*h, Aku happy giler dpt news dari ko, and aku tatau langsung ko jemput aku masa ko kawen .. agaknyer mak aku lupa bg tau .. ke surat tak sampai??? masa aku kawen, aku jemput ko gak kan? ke tak eh?? apa2 pun, do keep in touch ... nnt senang2 aku sms ke call eh ..


satu lagi, thanks pasal yg cikgu Rosnah tuh .. aku x pernah bgtau ko pun pasal nih ... and aku tak sure sama ada ko masih ingat tak pasal tuh .. but benda tuh segar sangat dalam ingatan aku .. well.. aku kan pengingat yang baik... ahaksss ... banyak lagi yang aku ingat termasuk pasal ehemm ehemm ehemm tuh ekekekekeke!!!!


Itu saja entry aku, mengimbas kembalik kenangan aku dan member aku :-)


Salam

Tuesday, 4 September 2007

My Weekend's summary

Masa Merdeka Day tu, aku tak de la plan ke mana-mana, biasanya lepak je depan TV tgk parade,so aku assume sama le kot ... dengan aku patutnya kerja weekend tu nak settlekan report development le niatnyer .. tapi bcoz of few dependencies, tak dpt nak start the development, so cuti ler weekend ngan merdeka day tu. Nak mengemas rumah pun rasa x de mood je, well yg nimmg manjang x de mood wakakaka! .. so aku saja2 le suggest kat husband, ok tak kalau ke Shah Alam tgk parade kat situ. Mcm biasa, Lydia le umpannya .. :-) aku tanya dia, nak tak tgk 'marching' .. so dia tanya kat bapak dia, "bapak, jom la kita pergi mancing" ...bapakdia pelik, ada ke nak mancing tetiba .. sabo jek la Lydia ...


Dalam kul 8.30 tu kuar ler ke Shah Alam .. parking kat sebelan Af*inBa*k area2 HotelGelombang Biru tu .. aku mmg suker Shah Alam tatau la kenapa..aku rasa Shah Alam especiallyarea tasik, muzeum, library ...mcm cool n peace je kat situ ...so pagi tu mmg meriah ..masa aku sampai parade dah half way kot .. tapi still we can enjoy the moment. Lydiapun terikut2 gaya marching. AKu confident kuarkan camera, nak merakam kemeriahan, tapi hampeh!Battery Low so langsung x leh snap pic!! tensi aku! tapi aku lupakan je semua tu, and enjoyje .. paling aku suka bila group pancaragam lalu ... aku mmg dari dulu suka tgk band ni marching... in fact aku dulu mmg nak join band group masa form 1, tapi atas sbb2 tertentu, terpaksaaku batalkan .. huhuuh.. dulu2 kan ke band girls semua pakai short skirt! ahakss.. ahkak malu dek non! wakakkaka! so aku bgtau husband aku, kalau boleh aku nak Lydia join band .. wakkakasemua yg aku x dapat buat, Lydia kena buat .. laki aku kata, kang stress lydia tu ... ekeke!


Then masa lagu Jalur Gemilang, dengan Malaysiaku Gemilang, berderau gak darah aku .. huhuhu! well,i ols kan emosi lebih sket .. maafkan le ehhh ... tapi aku vangga menjadi sebahagian daripadaevent ittew .. tapi, masa jeritan 'Merdeka' tu, aku tak plak join wakkaka .. aku rasa peliklak jerit gitu .. kalau nyanyi aku rasa OK je plak, heran bin ajaib je ... Lydia je la semangatjerit, sambil tangan sebelah pegang Milo free. :-) Then masa tu gak le aku nampak AZ, one ofthe pengskodeng tetap kat tag Joe. Dia kata anak dia pun join perbarisan ... tapi dia plakbaru sampai .. and masa tu, dah habis dah semua pasukan .. adeh! harus kecewa anak dia wakakkaka!


Habis tu, dah pukul 10.. baru la perut rasa lapar. Terus ke Imtiyaz Sek 18, breakfast roti canai kat depan PPP tmpt cinta berputik wakakakak ..kosser okayy mengimbas kembali u olsss!
after that, gerak ke Puchong, umah abang aku. err.. actually semua adik beradik aku, dudukkat bndr kin*r*ra tuh, abg satu, abg dua, kakak, adik ... semua kat situ .. cuma kakak sulong je dok kat johor ..and aku kat Kapar nun .. kebetulan, merdeka day tu, mak aku ngan kakak kat johor datang, anak2 kakak aku yg belajar kat penang pon sumer turun, nak shopping baju raya kata dorang .. tu yg aku pon ke sana, join the crowd .. lepas asar, kitorang ramai2 pegi Jln TAR. Aku memula mmg niat tak der le nk beli apa pun, baju dah banyak aku beli masa pergi kelantan hari tu ... cuma husband aku le nak belikan baju for his sister. Gi Jakel kat Masjid India, masa hubby dok suh aku pilihkan baju kakak dia, aku pon amik kesempatan rembat sehelai .. ahakss.. maka cita2 aku nak balik tangan kosong tak le tercapai u ols!


Malam tu balik rumah terus flat, esoknya pagi2 gi pasar beli daging 20kg sbb MIL nak wat kenduri on Sunday ... lepas hantar daging kat rumah MIL and lepak2, kitorang pegi Puchong lagi, kali ni ke rumah abg no. 2 plak .. dia wat BBQ dinner memandangkan the whole family dah berkumpul kan ... aku amik kesempatan wat party tuk Lydia sekali ... ada ramai anak2 buah, meriah le sket nyanyi lagu besdey ramai2 diiringi alunan piano daripada kakak ipar aku ... pastu, aku baru makan sekeping lamb dah kenyang dah .. biasa le bila ramai2, borak lebih, mkn sikit jek. Bila tgh lapar mcm sekarang, baru nak menyesal wakakakakka! Malam tuh aku tak tido pun umah abang aku, aku balik umah gak.


Sunday, pagi2 dah bergegas ke rumah MIL, nak tolong2 prepare for the kenduri. Kenduri kali ni masak kat rumah hantar ke surau aje, so tak der la kecoh sangat. Tapi tak kecoh pun, letih gak ar sbb adik beradik lain tak der, so last2 MIL aku ajak adik beradik dia tolong2 gak.. wakakakka.. kalau nak harapkan menantu dia yg sorang nih, harus sampai malam lom siap kot nak membungkus2 bagai ...


Masa tgh bz2 memasak tu, sempat gak aku cilok kuar sat .. gi klinik wat check-up, ala klinik Meru jek pun, actually Sabtu aku dah pegi, tapi rupanya klinik tutup kul 3 on Saturday and aku datang kul 4 ... so hari Ahad, tutup kul 1, so kul 11 gitu aku kuar rumah ler .. nasib baik klinik kosong, so terus je dapat turn.


Pregnancy dah 17 weeks .. meaning dah 4 months ler .. aku decided wat regular check up kat situ aje lah .. sbb malas nak ke DEMC kat Shah ALam macam masa Lydia dulu. Masa Lydia dulu tu sbb aku kerja kat Shah Alam, so senang le.. this time mmg susah. Aku respek plak doktor ni, langsung tak guna ultrasound tu nak check ukuran rahim semua ... kalau masa kat DEMC dulu, every visit mmg ultrasound le ... mmg best wat scan ni.. leh tgk baby .. tapi nak membayar le plak extra .. ahakss ... so semua OK ngan baby dan mak baby ler so far ... tak de ubat (folic acid ke, obimin ke..) pun ... and bila nak bayar, budak tu kata rm17 jek.. terkujat aku wakakaka! masa Lydia dulu, every time visit, sure paling murah rm60 .. huhuhu.. not that aku berkira, saja la aku nk compare .. rm60 pon, still aku rasa OK and amat berpuas hati jugak ... itu lah aku, orang yang mudah berpuas hati ...


So itu ler update aku kot..


Oh, ada satu lagi ... good news, Alhamdulillah, husband aku dah dapat new job offer ... itu nantilah aku update lain kali - soon.

Tuesday, 28 August 2007

3 Tahun yang Bahagia


Semalam, genaplah 3 tahun kehadiran Lydia dalam hidup kami. Semoga kehidupan Lydia dberkati dan mendapat lindungan daripada Allah selalu .. Amin.
Entry ni pulak, kisah details waktu2 terdekat aku nak melahirkan Lydia ... Masa aku check balik entry2 lama sbb nak carik link, banyak betul rupanya entry pasal Lydia .. maklum la anak baru sorang kot ... Actually, Lydia ni aku anggap miracle baby ler sbb dia datang disaat2 aku mmg ternanti2 dia, dan aku rasa susah sangat nak dapat baby. In fact, masa doctor kata aku pregnant, aku tak caya, sbb aku masa tu tgh under treatment pasal PCOS aku ... Alhamdulillah, berkat doa semua orang agaknya, Allah kurniakan Lydia kepada kami ... dan sejak 27 August 3 tahun lepas, Lydia menjadi penyeri hidup kami, pengerat hubungan kami ...
Aku tak de hadiah pun utk birthday Lydia ... Cake tu je, last minute malam tadi balik kerja singgah, nasib baik sampai rumah dia belum tidur, bila aku bukak kotak cake, mmg obvious dia terperanjat, satu sebab kek, dia sbb kek tu bentuk Panda Bear .. nasib baik dia tak seram ... huhuhu ...
Puisi ini, aku hadiahkan pada Lydia pada hari lahirnya yg pertama, 2005.

Sunday, 26 August 2007

Selamat Pengantin Baru Twin!

Dah lama aku rasa excited nak attend wedding one of my close friends during my years in college dulu. Kebetulan, nama dia pun farah, and birthday dia pun in June ..so among us, aku kata kitorang twin, walaupun kalau tgk paras rupa mmg jauh le kan .. huhuhu ...


1st time aku ke kelantan was in 1996 rasanya ..more than 10 years back. Masa tu, Farah le bawak kitorang ke rumah dia, weekend dalam bulan puasa ... daripada Kuantan ke KB naik bas, punyer lah aku rasa letih giler!


2nd time, awal tahun ni, in February tak salah aku ... with husband's family. Sama la, sangat meletihkan! maybe sbb pegi time peakhour, mmg jem giler jalan... so aku dah give up nak ke sana naik kenderaan darat ...


Sbb tu siang2 aku dah book flight utk ke wedding farah ni. Yang best member2 wajib semua ada .. so petang tu masa check in kat hotel, meriah betul! paling best, Farah pun sanggup tinggalkan kesibukan preparation kat rumah dia, and join kitorang lepak kat hotel dan dinner sekali. Maza pun, last minute turun gak walaupun terpaksa balik sejurus lepas Farah nikah, sbb dia ada wedding cousin dia... Aku suka semangat setiakawan kitorang ..the same ppl get together .. daripada wedding Juita,ke wedding aku,ke wedding Maza .. semua ada ... aku pernah buat satu entry pasal dorang rasanya ... tajuk entry tu, Kawan-Kawan itu kot ...


Jumaat yang cerah tu, Alhamdulillah ... Farah pun selamat dah jadi isteri orang, which aku rasa sayu dan terharu masa Azlan lafazkan akad nikah tu .. automatik,semua kenangan dengan farah dan kawan2 rapat masa zaman2 kolej dulu menari2 dalam mata aku ... kejap je, kenangan 12 tahun lepas dah kami tinggalkan ... lebih2 lagi, farah ni antara favorite kitorang, jadi bahan usikan, sbb dia blur sporting, mmg best! :-)... sampaikan masa dia datang lepak kat hotel sehari sebelum dinikahkan, still kitorang dok mengusik2 dia .. hmmm.. and sehari lepas tu, rasa macam dah ada jurang ... hiks! aku tau tak de la jurang gitu, cuma baisa le, meks over feeling wakakkaa.. ... hopefuly husband farah pun sporting jugak macam dia ... sbb so far, husband Ju dengan husband Maza dua2 sporting jea.. husband aku .. maybe tak byk ckp compared to them,tp dlm kategori sporting le, sbb ON jea kalau aku ajak lepak ngan dorang ..kitorang gossip2 dan usik2 sesama sendiri dengan over pon dorang layan jek ... mmg tak stress la dapt husband mcm ni.. we dont have to pretend to be someone else in front of them .. :-)

Lepas ni, tak tau turn sapa plak ... sapa2 punyer turn pun, hopefully marrriage tak akan merenggangkan kitorang le ..walaupun actually now ni dah tak close mcm 12 tahun lepas, still aku rasa dorang ni kawan rapat aku .. maklum aku kan x berapa ramai kawan ...


So, untuk Farah, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru, Semoga Berbahagia dan Berkekalan Selamanya ...

Monday, 20 August 2007

I'm Proud of him ...

Aku dah OK dah. Actually aku dah OK as soon as aku publish previous entry tu. So, masa aku join the birthday bash utk delinn, alangz ngan sempoii tu, aku dah sepenuhnya OK. Tak sedih tak pilu tak de apa2 ... aku pun ada skill mcm angah gak, skill memujuk diri sendiri ... :-)


OK update sket lah pasal story tu.. now disebabkan aku pun dah banyak citer kat orang, and orang pun dah byk tanya, and aku pun dah boleh accept semua yang terjadi, so let me just share it here je .. untung2 ada lah kot2 boss2 mana2 le kan nak offer kerja kat my beloved husband kan .. Rezeki, mana lah kita tau kan ...


Aku tatau le apa reason aku nak keep it as a secret before ni ... sebab aku mcm terasa benda2 mcm ni adalah satu kekurangan, dan aku sentiasa je ada perasaan macam orang akan gelak2 kan aku disebabkan perkara macam ni ... ntah apa2 je la .. tapi itu le perasaan aku tu, aku segan nak bgtau org sbb itu menunjukkan kelemahan diri .. tapi bila aku tgk kecekalan husband aku, aku jadi bangga plak and aku malu pulak ngan diri sendiri sbb rasa malu .. ishh ..


Ye lah, husband aku tu, aku kategorikan dia sebagai seorang yang cekal dan tabah lah .. dalam keadaan dia tergolong dalam golongan org2 yg khidmatnya tidak lagi diperlukan, dia still positif in life .. tak macam aku langsung lah .. aku ni, baru je cabaran datang dalam bentuk angin sepoi2 bahasa je pun dah rasa negatif. Memang la tak boleh dicontohi. OK takmo citer pasal aku, aku nak citer pasal husband aku je ...


Husband aku ni, aku salu ingatkan dia ni pendiam sgt, sure kat kilang pun pendiam n tak berkomunikasi gitu, sure x ramai kawan gitu ... sbb susah benonyer nak borak ngan dia ni, sepatah ditanya, sepatah dijawab .. kengkadang aku risau jek dia tak boleh nak adapt ngan orang lain ... TAPI rupanya sangkaan aku meleset .. dalam pada pendiam tu, dia actually lebih ramai kawan daripada aku .. serious ... aku pun pelik camner dia leh ramai kawan .. kengkadang tu ada gak aku terfikir jahat sket, entah2 dia ni senang kena buli kot, maklum le pendiam .. orang wat lawak pon dia cool jek ... sure org suka jek main2kan dia ... macam aku salu buli budak2 pendiam .. oopsss.. tapi, sebaliknya rupanya .. daripada kawan2 dia, aku tau le dia ni boleh kata menjadi tempat rujukan le gak ... so, no wonder lah, bila je dpt tau psl retrenchment tu, berpusu2 sms daripada member2 dia yang entah dari mana2 .. sampaikan aku terharu plak (biasa le mek kan senang terharu) and no wonder lah, kat kilang dia, he is one of AJK tertinggi utk staff association gitu .. sort of kesatuan pekerja, tapi utk management level le ... tau je la kilang sure ada benda2 mcm ni ...


Aku, selalu je x puas hati kat dia kalau dia aktif semacam dalam tu. Pada aku, benda2 mcm tu cuma untuk buat tunjuk perasaan aje mcm dalam TV .. hehehe ... tapi, bila dia kena retrench ni, baru le aku tau why association is needed in every companies ... betul2 aku rasa nasib terbela ngan adanya kesatuan .. ada tmpt kita nak refer kalau company buat something yang tak ikut rules.. aku ni, rules2 as pekerja pon aku zero .. hampas ..


So, dia ni, bila je dapat surat retrenchment, terus je dia bz meeting ngah kesatuan ... dok bukak semua file2 .. and terus dapat khidmat nasihat peguam dalam industrial relation .. yang, kalau kita takder kesatuan, semua kena buat sendiri thru pejabat buruh, yg of course le progressnya tidak begitu meyakin kan ... and peguam pun x leh nak pilih ... yang kalau kita kalah, kita kena bayar dua2 lawyer ... kalau kat kesatuan, kita x kuar apa2 duit (bayar tapi x nmpk sbb byr sket2 bulanan duit kesatuan kan)


So, IR lawyer dia kata, kes dia ni mmg akan menang .. sbb company punyer cara tu, tak ikut Collective Agreement yang dah diendorse dek mahkamah IR. Rasanya hari tu husband aku kata ada 4 strong points yang mmg kesatuan akan menang kalau bawak ke court ... aku tak ingat lah .. semua berbalik pada CA yg company dah sign ngan semua ahli kesatuan ... ermm ..i ols of kos le x begitu memahami benda2 ni .. tapi best gak bila dgr dia cerita ... aku teras mcm bangga plak laki aku dok ckp2 pasal law nih ... wakakkaa.. salu dia citer pasal machines jek ... which aku bangga la gak sbb aku pon bukan tau apa2 pasal machine ... ahakss ..


So hopefully berjalan lancar le urusan court ni ... mmg makan masa.. normally takes 2 years to settle .. kalau menang, adalah benefit tu aku kurang sure ... kalau kalah pun x de la apa2 effect, at least dah berusaha ...and few days ago, org kesatuan dah called husband aku, maybe husband aku kena panggil masuk kerja balik sbb dorang tak mahu masuk court. Husband aku kata, nak panggil balik pun bukan boleh suka2 je .. sama ada dorang kena panggil balik SEMUA yg effected, ataupun ada ganti .. means husband masuk, ada la org kena keluar ... dah yg kuar tu kena yg betul2 menapati syarat2 dalam CA .. contoh nya LIFO system tu semua ...yg mana husband aku kata, bila wat gitu, haruslah org2 yg kroni akan kuar (sbb now ni dorang stay dalam tu menyebabkan husband aku yg kena kuar, sbb nak selamatkan dorang - Huallahu'Alam)


Tapi, harapan aku, semoga dia dapat tempat kerja lain lah .. senang citer ... tak pyh pening2 nk mengadap org yg sama, at the same time nak fikir dilema2 lain .. maklum la dah kuar masuk balik.. sure ada lah benda2 yang tak tersangka boleh berlaku kan ... ermmm .. Ya Allah, semoga rezeki kami dipermudahkan .. AMIN...


Next update - Soon. hehehe

Monday, 6 August 2007

Aku Tak Akan Bersuara, Walau Dirimu Kekurangan

Allah menduga makhluknya dengan pelbagai jenis dugaan. Minggu lepas, kami sekeluarga mendapat berita yang kami akan diuji dengan satu dugaan yang pada hemat aku, amat berat untuk ditanggung. Dan hari ini, berita itu menjadi kenyataan.

Aku belum mampu untuk menulis di sini panjang lebar tentang dugaan itu. Walaupun bukan aku sendiri yang menerima ujian itu, namun tempias yang mengenai, sememangnya besar kepada aku.

Semoga ketabahan milik kami. Aku tidak mampu menangis kerana tangisan akan melemahkan semangat seseorang itu. Aku mahu seseorang itu tahu, apa saja terjadi kepada nya, apa saja terjadi kepada kami, hati aku tak pernah berubah, tidak sekali-kali juga aku akan menolak takdir yang akan menimpa kami. Jika dengan keterbukaan hati aku menerima dugaan ini mampu menguatkan semangatnya, maka Ya Allah, tabahkanlah hatiku .. izinkan aku mengumpul segala kekuatan untuk terus berusaha demi kami sekeluarga .... sehingga cahaya muncul semula.

Monday, 9 July 2007

happy hour



Gambar2 di sekitar office karaoke kat Redbox Sogo. Thanks to vendor for the sponsor. We really enjoyed ourselves malam tu and everyone were so sporting to sing at least one song, at least semua pegang mic la ... :-)


Aku agak kelam kabut sket Friday tu ... plan aku nak ke Ampang Par*k lunch hour tu, kononnya nak beli tudung ler nak dipadankan ngan baju baru, nak digayakan ke Wedding cousin aku ... lagipun dah lama plak tak merasa tudung baru ... tapi bila lunch time, malas le plak ... bebudak tu plak dok suh aku jalan2 kat Jln TAR aje tgk2 tudung kat situ before ke red box tuh .. aku pun OK je lah ... cadang nak gerak from office kul 5.15 on the dot ler ... tetiba ada plak halangan... so kuar dah kul 6 suku. Jalan plak jem kemain .. last2 bila parking kat sogo tuh dah kul 7 ... mmg x sempat ler nk shoppin bagai ...


So tak der ler tudung baru u olsss ...
Posted by Picasa

Thursday, 5 July 2007

Di Sekitar Gath Ayam Goleks ...

Coco tengah menetiliti Deo dengan penuh konsentrasi


Happy Birthday Budak! Jangan Gerak!

with The happiest person of the nite... our very own DQ! ahakss


Geng Jahat Reban. Paling Jahat dok depan, sapa jelita dok baris tengah (mcm aku jek sorang dok baris tgh)

Aku dan IV, 1st time jumpa tapi mesra giler IV nih, Respek lah aku .. dia nih suka mencuit rupanya .. ahakss.. sikit2 dicuitnyer lengan aku .. last2 aku lari dok sebelah arc *lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiik! hahahha peach IV, acah aje!

Manis senyuman nih ... masa kena usik ngan delinn... tapi deo nih sporting ahhh .. cayalah deo ..


Wei! Kan aku kata JANGAN GERAK! apsal korang gelak2 ?? adeh! kan dah kuar goyang2???? aku suka gambo tak der flash sbb terang semua belakang depan ... tapi tu ler, tak leh gerakkk u olss!!! ahaksss

Delinn ... patut2 ar weiiii ...

Pandangan mata semua tgh kyusyuk ngan ceramah Bilal

Loving Couple, Arc n Budak
MERIAH!!!!
Salam.










4 things

Tagged by Delinn

4 THINGS

Four (latest) jobs I’ve had:
Malas nk jawab lah ... wat sakit hati jek ahaksss

Four movies I can watch over and over:
1. The Sound of Music
2. Back To The Future 1
3. Face Off
4. Gila-Gila Remaja

Four places I’ve lived
1. Batu Pahat
2. Kluang
3. Kuantan
4. Shah Alam

Four TV shows I love
1. Heroes
2. Lost
3. Oprah
4. Family Sitcoms

Four places I’ve vacationed:
1. Semenanjung Malaysia - Utara
2. Semenanjung Malaysia - Pantai Timur
3. Sabah
4. Sarawak

Four of my favorite dishes:
1. Nasi bariyani jiran aku
2. Asam Pedas resepi keluarga aku (ahaksss)
3. Pecel sayur resepi mak mertua aku (ahaksss)
4. Soto Wak Lemon

Four places I would rather be right now:
1. Kampung halaman Johor with family
2. Kat rumah jaga anak(s)
3. -
4. -

Four bloggers I am tagging:
SEMUA YG MEMBACA!

Sunday, 1 July 2007

Rezeki

dah lama rasanya aku tak de amik2 gambo guna digicam aku tu ... sbb nya now nih semua org pun dh rajin bwk digicam ke mana2 .. so aku menumpang aje lah .. ahakss .. last 2 weeks, before aku balik kampung, aku kuarkan ler digicam aku tuh dari laci, charge batteri dia .. and lepas tuh bila aku try nak snap, tak berfungsi le plak ... ish.. panic gak ler aku kan .. iye ler, walaupun digicam aku tuh dah lama usianya, free plak tu, kalau nk rosak pun, tunggu ler time keadaan kewangan aku tgh bagus .. kalau time2 skang ni, memang sukar ler nak membuat penggantian .. gabra le aku, sebab susah gak takder digicam nih kalau nak gi bercuti2 tanpa org lain .. ahakss..


So aku dah berkira2 nak beli aje lah digicam baru yg lebih uptodate .. kalau compare digicam aku ngan yg latest2 ni, mmg ler jauh ketinggalan .. digicam aku tuh, aku dpt free lucky draw masa company annual dinner tahun 2003, maknanya dah dekat 4 tahun dah ... Masa tu, 4.2 Megapixel dah hebat sangat ler ... now nih 10 mp kot eh? ke lebih? so maybe its time to buy new digicam kot .. aku bajet gitu ler.


Bila aku kasik suggestion kat laki aku, dia kata kasik dia tgk dulu kot le dia leh fix it. So, bila dia dah kuarkan set2 skru dia tu, aku dh mcm terasa tak der ler rezeki aku nak beli digicam yg latest2 tuh ahakss .. and betul pun, digicam tu dah OK dah pun ... boleh ler guna lagik .. gambo pun elok lagi ... selamat le duit walaupun sedih gak tak dpt nk merasa digicam baru ...


OK lah ...


Satu citer lagi, rasanya aku dah update psl ni kat tag ... tapi itu belum confirm .. so better aku update kat sini lah psl benda nih.


Aku dah tak larat nak merasa keletihan and wat self assumption kata aku stress ler, low blood pressure ler, hormon tak stabil ler, masalah berat badan ler .. so, aku decide nak wat test for pregnancy aje lah ... infact home test kit tuh dah lama aku beli, cuma aku takut nak test sbb takut negative. Masa bulan May tu aku da buat and it was negative, so aku malas kalau this time negative lagik.. sure frustrating. Tapi, sebab malas nak gi doktor terus, aku buat aje lah sendiri pagi2 lepas bangun tidur ..


tetiba jantung aku berdegup2 kencang bila aku nampak satu 2 line timbul ... aku mcm tak percaya, cepat2 aku kejut kan laki aku, tanya kat dia, itu satu line ke dua line??? dia tgh mamai2 kata .. 2 ler .. aku kata, maybe saya pregnant ni .. sambil tak tahan nak kontrol senyum .. dia pun terus segar .. :-) and tak sabar nak jumpa doktor to confirm it. Tapi, terpaksa pergi kerja dulu .. ermmm ..


balik kerja, ambik Lydia terus gi klinik ... jumpa doktor, dia kata, kalau nak scan, kena ada air kencing at least 2 jam especially for early pregnancy, maybe susah ultrasound tu nak detect kalau takder air kencing, aku plak baru jer melepas kat umah masa amik Lydia .. urrghh!!! kecewa rasanya walaupun aku rasa mcm tak berapa logik jer rasanya .. but she's the doctor kan .. aku pun balik ar ngan tangan kosong .. sedangkan hati masih meronta2 nak tau result.


So, at last ... on Saturday, aku pergi klinik .. klinik lain plak ... and aku dah tahan kencing more than 4 hours kalau tak cukup taktau ler wakakaka! ... sampai situ, assistant klinik tu plak suh aku kencing sbb dia nak test ngan test kit dulu .. adeh!! nak aje aku kata kat dia, saya dah test dah dik ... nih nak scan aje ni .. kang kalau akak kencing, habis terus le semua .. arghh! tapi aku buat gak ar .. kasik dia buat test tuh ... and masa doktor panggil, aku dah gabra balik .. satu, sebab takut negative .. dua, takut dia takmo scan sbb air kencing mmg dah takda!


MAsuk ke bilik doktor, aku nampak test strip aku tuh atas meja dia .. Still ada dua line! maknanya positive ler gak! yes! pastu doktor tanya when was my 1st day of last period.. aku kata ler March, dia kata dah 3 bulan dah nih .. aku kata tak mungkin doktor, sbb period aku mmg ler tak regular, and aku dah test on may result was -ve. So dia suh aku baring, for ultrasound... yeah!!! takder plak dia tanya ada air kencing ke tak .. ermmm..


and bila scan tu, aku nampak ler ... kecik je lagi ... baru 7 weeks plus. baru nak masuk 2 bulan ... :-) Alhamdulillah ... lega betul rasanya ... rezeki yang tak ternilai ni ...


doktor kata, due date aku is 14/02/08


tak sabar plak rasanya ... huhuhu

Monday, 25 June 2007

Sedikit Update Hari ini

Aku ingatkan dengan adanya access to internet kat rumah, akan selalu le blog aku ni berupdate .. tapi nmpk gaya mcm angan2 aku tuh tak menjadi nyata jek .. aku terpaksa ler mengaku yg aku rasa kebelakangan ni ketegaran aku terhadap blogging nih dah berkurang daripada dulu. Ish .. tapi tak leh nak kata gak, kang bila dah kata camtu, tetiba plak terajin update sampai dua kali update sehari .. tak kisah le tu kan? kalau ada, adalah .. kalau tak de, toksah ler ditanya ke mana kupergi .. wakakaka!


Jumaat lepas aku balik kampung. Dah lama sangat tak balik, bukan tak nak balik tapi ada je hal yg jadikkan salu tertangguh. tapi bila mak aku kata nak buat kenduri kirim arwah sempena nak sambut Ramadan ni, cepat je aku mintak cuti kat Friday & Monday. So tadi siang aku baru sampai kapar ... Aku malas je rasa nak balik sebab mak aku pun tak berapa sihat, tapi balik jugak sbb cuti sampai senin aje kan .. lagipun lagi 2 minggu aku nak balik lagi coz cousin aku kawen .. yg tuh tak ler cuti, just normal weekend aje .. tapi, seminggu lepas tu plak, aku cuti lagi Friday n Monday sbb nak ke Bintulu tuh ... sure boss aku geleng2 kepala jek sbb kerap cuti plak aku masa projct tgh kritikal nih .. nak wat camner boss, saya menurut kata suami ... lagipun cuti2 mesia nih dah lama di plan .. takkan nak kansel plak last minute ...


Lately, aku rajin balik rumah awal. Kengkadang rasa gak guilty sbb aku tau banyak kerja .. tapi nak buat mcm mana, walaupun aku OK aje nak balik lewat sket, tapi bila husband dah question psl worth ke tak aku balik lewat selalu, aku jadik tak sedap hati la plak .. he is right and walaupun aku tau aku enjoy doing what i'm doing, aku kena gak fikir psl orang lain yang memandang dan menjaga kebajikan aku ... so, bila dah balik awal, during office hour aku mmg seboleh2nyer aku settle kan mana2 yg boleh aku settlekan.. aku buat semampu aku lah .. dlm kul 6 gitu aku dah mula pandang2 phone aku .. tunggu time husband aku call. Dia pun, dalam pada bersoal jawab, tak de la dia kejam suh aku balik kul 5.15 on the dot gitu .. biasa nya, as long as aku kuar before 7, dia OK ... aku rasa reasonable la tu ... and bila keadaan betul2 memerlukan aku to go back late (after 8), dia okay juga, cuma bila dah selalu tu, tu yg dia hangin jek, and i understand that.


Aku dah tak kisah dah orang2 pandang mcm aku slow sket lately. Aku cuma nak membalancekan keadaan aje. Aku tak nafikan, kat office aku tu, ada ramai yg sacrifies kan masa diorang ngan family .. itu pilihan masing2. Aku, dalam pada nak membuat yang terbaik dalam kerjaya aku, aku tak naklah mengorbankan terlalu banyak perkara2 lain yg penting mcm keluarga. ish apa ler aku cuba nk sampaikan ni eh .. huhuhu! abaikan. Ngantuk kot.


Aku ada masalah kesihatan rasanya. Maybe tahap kolesterol tinggi, atau maybe low blood pressure ke, atau imbalance hormon ke, tak tau ler .. tapi mmg ketara lately aku mcm kurang bermaya aje .. pastu kepala pun rasa berat n pening semacam aje, driving nak ke ofc pun kemain lagi kelopak mata mcm ditarik2 aje .. sampai tensi aku dibuatnyer. Terjerit2 dalam kereta mcm org gila tu dah jadik kebiasaan dah pada aku. Tu yg aku prefer husband hantar so that aku leh tidor masa dia drive wakakaka.. ishh ... tapi, seriously, aku stress ngan keadaan aku ni ... bila nk jumpa doktor je aku rasa mcm malas plak, sbb aku mcm tau jek sure doktor suh aku turunkan berat badan utk normal kan semua yg tak normal dalam badan aku ni ... hmmmm ... tengoklah, insya Allah this week aku pergi jugak lah jumpa doktor for consultation ...


Ermm ok lah dulu dengan luahan aku malam ni ... ngantuk plak n esok kerja ... Salam ..

Monday, 18 June 2007

This is The Day!

Dah dua hari aku tangguh nak update blog ni. Actually on saturday aku bersemangat habis, pagi2 dah bangun konon2 nyer nak kemas rumah, maklum ler ada org nak mai rumah .. wakkkaaa.. bukan ler tetamu pun tapi ditunggu2 le jugak .. ahaksss ... last Monday husband aku kata, weekend nanti dorang nak install telephone kat rumah, punyer la aku excited sampaikan aku rasa mood aku sepanjang minggu tu ceria semacam ... ahaks...


So hari yg ditunggu2 pun datang ... dlm kul 10 gitu dorang datang .. terus lah sambung2 wayar mana2 yg patut ... berbunga2 lah hati aku kan ... dalam kepala dah berkira2 nak wat miss call kat delinn once line ada ... ahaksss... tinggi cita2 tuh dek non!


Masa technician tuh kuarkan set telephone nak cucuk kat point, saat2 yg aku tunggu tuh semakin hampir le kan ... bila je dia cucuk ... tetiba dia kata ..

"tak boleh ni bang, something wrong ngan wiring dlm dinding ni..."

aku dah mula tak senang duduk.. arghhh!!!! kenapa ler ada aje halangan nihhhh ... uwaaaa...waaa..waaa..waaa...hati ku menangis filu. Husband aku soh dia double check le kan .. dia pun buat ler.. lepas dah tripple check, still tak der pun bunyik toot toot tu .. meks sentapz uols! pastu aku dengar technician tuh cakap,

" kalau abang nak kitorang fix benda ni, boleh, tapi charge lain ler" aku tgk je muka husband aku .. ngan harapan dia Ok kan aje ...

"Berapa u ols charge" Hasben tanya

"rm200 je" Tu dia.. nak tersembur aku dengar .. tapi aku masih lagi berharap hasben aku akan kata OK and tawar sket2 harga tuh ... ada tanda2 desperado gitu mek masa tuh.. well, keinginan mengatasi segala u ols! tapi kali ni mmg punah sepunah2 nyer la kan bila hasben aku ngan vangga nya kata tak apa lah dia try carik wireman lain jek. Hati mek dah mula nk meroyan jek time tu .. wireman lain??? bila??? bila?? bila?? tangki rumah tuh sampai la nih dok prob sbb dok nak carik plumber ... uwaaaaa ... ada gaya ler mek punya impian nak berkoneksi secara alam maya hanya tinggal impian saja ... uhuk uhuk!


Bila technician balik jer, mek dah tarik muka 14 dah ... aku tgk hasben senyum2 aje .. cis! pastu dia amik kunci kereta, dia kata nak amik tangga kat umah MIL. aku dalam monyok2 tuh sempat gak kirim suh beli ikan tuk masak lunch ...


Bila dia balik, ada le tangga sekali .. kami semua terus ler menuju ke dapur .. aku start masak, hasben plak start panjat tangga naik atas ceiling rumah..aku tanya wat apa ... dia kata tarik wayar .. ocayyyy...tak sampai 15 mins gitu, dia senyap aje kat atas tuh, aku tatau apa dia buat, mek risau gak ler kan .. of course ler risau u ols.. suami tuh u ols...huhuhu... aku pun panggil le kuat2 .. dok panggil 3 kali baru nyahut .. rupanya dia dah jalan sampai ke bilik depan ... dia tanya aku, mana nk letak phone .. aku kata ler kat depan bilik lah ...and few mins after that dia dah ada balik kat dapur, nak turun tangga yg dia naik tadi ....

"Dah settle, cuba test sket" aku mcm malas je nak caya, tapi berharap gak ler masa aku angkat gagang tepon tuh ... wohooo... ada bunyik ler wehhh .. toot.. toot bunyik dia .. tapi.. err... apsal mcm bunyim engage aje ni????


"mana boleh bang .. bunyik engage je ni, abang silap nih" konfiden aku sound


"Ler... kena la activate kan dulu sayanggggg... "


"errr...." malu mek u olssss!!! tapi mek tetap hampa


"maknanya still kena tunggu monday ke bang?" aku dah start nak bosan lagik


"hmmm... nah ni, number technician tadi, dia kata kalau dah OK, call dia, kang dia call le ofc dia suh activatekan .."


"Hari ni gak?"


"Iye ler..."


"hehehe..Thanks abang.."


wakakakakkaka... kalau ikut desperado aku, harus dah terbang rm200 tadi tuh ... ceh ...


Oh lupa, dlm kul 3 gitu dah boleh dah wat call out .. dah takde mood aku nak miss call delinn wakakka!!!


Satu lagi, masa turun dari tangga tuh, husband aku mcm tergelincir gitu, hari tu mcm tak der apa... then masa Ahad, dia ngadu sakit kaki ... pastu petang Ahad dah start bengkak dah .... isni pagi semakin teruk .. so aku bawak dia gi klinik ... dapat ler MC .. aku pun amik EL sbb kesian nengok kan dia tak leh jalan ... semata2 nak line telephone berfungsi ...


and now, i'm blogging from home u ols!


:-)

Popular Posts