...
Aku panjatkan kesyukuran yg tak terhingga ke atas segala rezeki yang Allah limpahkan ke atas kami sekeluarga ... Selepas berita gembira kerana mendapat peluang menimang cahayamata kedua, sekali lagi, pintu rezeki kami terbuka, suami pula mendapat pekerjaan baru. Alhamdulillah ...
Cuma, tentang pekerjaan baru suami aku tu, apa yang membuatkan kehidupan kali berubah sedikit, adalah kerana dengan menerima tawaran bekerja, secara automatik kami tidak berpeluang menjalani kehidupan berumahtangga seperti kebanyakan pasangan lain.
Agaknya, dek kerana terlalu memikirkan perkara itu, ramadan kali ini, aku buka lembarannya dengan catatan tidak menarik, aku telah melanggar sebuah lori ketika mahu ke tempat kerja. Oh, mungkin bukan kerana terlalu berfikir ke arah itu sahaja, tetapi mungkin lebih kepada 'bermimpi' ke arah perkara2 yang akan terjadi berhubung dengan perkara itu.
Lydia, yang keakraban dengan ayahanda tidak dapat disangkal, tanpa putus2 berdoa agar ayahanda tercinta mendapat pekerjaan dekat ... sering, anak kecil kami itu, berdoa begini,
"Ya Allah, nanti bapak dapat kerja dekat, amin" Menambah kesayuan kami berdua.
Hari ini, hari pertama suami bekerja, Lydia demam .. aku selimutkan dia dengan pelikat milik ayahandanya ... semoga lena tidur anak kecil itu. Dan aku, dalam pada menerima segala yang terjadi, sbenarnya payah untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.
Detik 12 Malam 3 Ramadan ini, bersama kesyukuran yang aku panjatkan, Ya Allah, maafkan aku jika aku masih mahu meminta, agar kami bersama semula, tidak kira di mana sahaja. Kerana, tidak lengkap aku tanpanya.
Amin.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Fara
ReplyDeleteAku doakan keluarga ko dapat bersama² kembali macam sebelum² ni. Ish, sedih pulak aku. Harap ko tabah ek.
Aminnnnn
DeLinn
Sedih pulak...semuga semuanya OK. Sabar...
ReplyDeletezure
:( sabarlah Fara... insyaAllah berkat Ramadhan, rezeki orang baru... semua akan jadi macam biasa balik :) aminnnnnnnn!!!
ReplyDeletedulu akak rasa akak dah visit blog ni sebab ada dalam list akak..tapi baru ni jengok...apapun...salam ramadan untuk fara sekeluarga...harap semua nya kembali ok ye...lydia dapat bersama ayahnnda nya kembali..
ReplyDeleteAminnnnnn------> aminkan doa Lydia
ReplyDeletearc
Amin -----------> doakan doa Lydia dgn Arc...
ReplyDeleteLimah
Salam Ramadhan Al Mubarak pada Fara sekeluarga
ReplyDeleteKrozz faham perasaan fara, sebab krozz pun pernah berpisah jauh dengan suami tercinta dek kerana tuntutan kerja.
Krozz doakan fara tabah menghadapinya dan sentiasa lah berdoa kepadaNya agar keluarga fara dapat bersama semula...amin
Sabar ye Farah,
ReplyDeleteAlhamdulillah dia dah dapat kerja semula, take, dalam pada tu, terai lagi carik keje dekat2.
Semoga semuanya ok.
Aku pun sayu kalau husband aku pergi outstesen seminggu kadang tuh, dan every month mesti ada kena kemana2..Inikan pulak ko punya situasi kan..
HArap semuanya kan ok, kay?
Selamat Berpuasa Fara :-) (Ko ingat aku dak lagi nih?)
ReplyDeleteAmin -----------> doakan doa Lydia dgn Arc dan limah...
ReplyDeleteSalam fara...
ReplyDeleteSemoga segala doa ko sekeluarga dimakbulkan insya-Allah. Hows everything now??
-ellyn-