Monday, 3 October 2005

LiFe GoEs On
...

Dah beberapa hari lepas, aku tak berkesempatan nak online. Sebabnye aku kan baru jer move in to new project site office...pindah2 rupanya prsarana blom complete. Network connection ngan internet connection lom ready. Hari Jumaat tuh actually dah ready, tapi time tu plak busy nak buat officewarming la, office cleaning la, terus la tak bleh nak catch up with all the blogging matters.

Bercakap pasal opis baru, ok tu memang la ok ... 31st floor, wah! berdengung gak la telinga ni haa..pastu pening2 lalat pun iye gak .. waklum ler before this paling tinggi pon tkt 5 jer ..

Bila pindah sini, aku dh malas nak drive, sebab nak jimat masa, tenaga dan belanja. So aku naik LRT, tapi LRT station tuh bukan ada kat sebelah umah aku jek..so nak menyampaikan ke LRT tuh, aku sekali ngan husband jer... hehehe..so bermula la era kami berdua bermotorsikal je.

Mula-mula bila husband bgtau niat kami nak bermotorsikal ke tempat kerja tu kat mak mertua aku, terperanjat gak la orang tua tuh..hehehe....dia kata la, apa hal plak kami nak naik motor pada hal keta ada, dua plak tu..dah la kami ni laki bini nih badan bukan kecik..so dia risau la kan..dia kata bahaya la for us ... dia kata lagi, lagipun kitorang kan tak pernah naik motor before..

Time tu aku senyum jek ngan husband...ye la..mak tak tahu, aku ngan husband bukan baru sekali ni nak naik motor, dulu time2 bercinta dulu, motor la kenderaan rasmi kitorang nak keluar dating.

Ni aku nk imbas kembali niii...

Awal2 zaman berdating tu, kitorang still keluar dating naik kenderaan awam je... most of the time memang naik cab sampai kat stesyen komuter Shah Alam tu, then sambung plak naik komuter, biasanya sampai ke subang jaya .. then naik lagi cab plak kalau nk ke sunway pyramid...mcm tu la.. kalau nak ke kompleks plak, naik je la bas mini pink tuh.

Tapi, beberapa bulan lepas tu, si dia dah berani pulak ngajak aku bonceng motor dia .. aku tolak je, bukan sebab apa, sebab segan lah.. kan ramai member2 nanti kang jatuh la air muka aku ... time tu si dia naik motor hoda ex5. Dia ingatkan aku tolak sebab aku segan naik motor dia tu.. tapi sebenarnya aku segan sebab bilik aku betul2 tepi jalan, so kalau aku naik motor, sah2 la kan budak2 bilik aku nampak pulak .. alahai mana nak letak muka niii ...

Tapi aku ni kerak nasi je.. lama2 aku ok je naik motor pun..ok gak naik motor, boleh la kitorang pegi jusco bukit raja instead of subang or KL. Nak ke situ, kalau tak naik ur own transport, memang susah sebab takder bas nak ke sana. Si dia lepas tu tukar plak motor dia dari honda tu ke RXZ plak. So selesa sket, lagipun actually kalau pakai baju kurung, better naik RXZ, lebih selesa dan sopan gitu...

habis dah mengimbas ....

So sekarang, naik motor balik, rasa macam muda plak kembali.. romantik maa..bila lalu balik kat jalan motor federal highway tuh...wah..terimbas segala kenangan silam (macam la lama sangat..baru jer dalam 5 ke 6 tahun lepas) .. so rasanya ada hikmahnyer la jugak kan? instead of kami membawa haluan masing2 macam selalu, sekarang kami bersatu, sehaluan walaupun cuma sampai ke PJ, sebab lepas tu aku naik LRT plak ke ofis, dia plak ke ofis dia terus kat PJ tu.

So today aku dah dapat balik blogging time dah..Wajiblah aku gi lawat2 blog2 biasa yg aku tengok .. blog MA, blog adik aku, blog kawan2 opis, blog member2 chat kat blog Joe..dalam dok tgk2 tu, laaa...err...kat blog noha nih, ada ke dia dok menge'tag' lak 7 things dot dot dot tuh kat sesapa penama2 kar sidebar dia....walaupon indirectly, pun dh mendatangkan kerisauan gak sebenarnya. Nak sahut kang dikata aku over2 plak, taknak sahut kang dia kata aku not responding ... nanti la aku fikir2 kan pasal tu..

nantilah...

3 comments:

  1. Anonymous5:41 pm

    alah fara...buat tak tahu jek...i letak kat situ, saje cakap jek. i tahu betapa sengsaranya nak abiskan benda tuh, seminggu lebih baru abis!..iiskk...takyah la risau2 nak buat, take it easy , ok?..;)

    ReplyDelete
  2. ish kau ni fara.... hehe welkam to da club again! pegang erat2 abg tu nanti dia buat willy tercicir plak kau...

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:38 am

    macam mana nak kontrol kalau naik pakai baju kurng ..hik hik...tak reti la fara...

    ~rahah

    ReplyDelete

Popular Posts