Dia datang....
...
Jalan-jalan kat blog-blog orang, masing-masing dan menggambarkan kemeriahan hari raya. Macam dah terasa dekat jer tarikh 1 Syawal. Ada yang dah nak pasang lampu lip lap, ada yang dah assign tugas membuat kuih raya, ada yang dah berkira-kira nak beraya sebelah mana, ada yang sibuk melayan kerenah anak-anak nak bershopping raya, ada yang sibuk menulis kad raya untuk rakan-rakan (aku punyer mana?), ada yang nak deliver kuih raya, ada yang setia menunggu lagu-lagu raya berkumandang di radio ... pendek kata, semua yang berkaitan hari raya mula diperkatakan di blog-blog yang aku singgahi.
Aku pun tak mahu ketinggalan.
Tahun ni, Syawal paling simple untuk aku dan suami. Betullah kata orang, bila dah ada anak, anak lah yang di dahulukan.
Aku cuma ada sepasang baju raya tahun ni. Macam tak percaya je. Itupun, belum beli lagi tudung dengan brooch. Selain itu, husband beri peruntukan untuk kasut dan beg tangan. Dah beli dari Leno kaler cream. Beg dah pun dipakai ke office ni.
Husband belum ada apa-apa untuk hari raya. Baju tahun lepas, boleh di recycle sebab tahun lepas beraya di Klang, jadi orang Johor kan belum nampak? Jadi, tahun ni giliran orang Johor pulak tengok baju yang sama. Selamaaat...
Lydia, 2nd time beraya. Last year dia umur 4 bulan, lom pakai baju kurung. So this year sepasang baju kurung Mak Long Johor (dia ada Mak Long Klang gak) dia jahitkan untuk dia sebab mak dia lupa plak camner nak menjahit. Lydia belum pandai jalan walaupun dah berumur 12 bulan. Husband ada berjanji pada Lydia yang dia (husband) akan belikan kasut baru yang berbunyi nyet nyet ataupun yang berkelip kelip bila dipijak tu raya ni kalau Lydia dah pandai jalan. Cepat lah jalan anak mak ni!...tapi, kalau belum boleh jalan pun, tetap aku belikan juga ... takkan tak ada kasut raya untuk anak kan?
Kuih raya, beli untuk mak dan mak mertua. Untuk rumah sendiri, nanti ambik plak dari kampung. Boleh gitu? ala...ambik rempeyek ngan kerepek pisang dari Johor, then kerepek keladi ngan keropok malinja dari Klang. Kuih moden2 beli sikit .. yang beraya ke rumah bukannnya ramai. Lagipun fesyen orang sekarang nih, kalau beraya bukan nak makan kuih, tapi nak makan berat2 mcm nasi himpit lah, soto lah, laksa la ... kuih muih tu sendiri je makan sambil tgk TV astro ulangan rancangan raya.
Langsir raya tak ada. Last year punyer ada lagi, cuma nak kena basuh pulak.
Perabot baru pun tak ada. Kan baru pindah rumah last year, so mana ada budget nak beli perabot baru.
Selain tu, kawasan bertanah depan rumah yang sekangkang kera tu jer saiznya pun belum di rapikan lagi. Rumput dah panjang, entah bila lah agaknya nak ada masa ke situ. Segan je nanti kalau orang beraya tengok keadaan tak terurus depan rumah tu.
Kalau masa kecik-kecik dulu, 10 hari terakhir ni la paling happening. Tau je lah kanak-kanak kan?
Bila meningkat dewasa, happening bila dengar lagu raya je lah. Itupun sebab lagu2 raya tu betul2 menggamit memori zaman kanak-kanak. Padahal time budak-budak tu dulu bukan sedar pun kewujudan lagu2 tuh.
Agak2 kenapa ek kita rasa happening bila ingat zaman kanak2?
Sekarang ni, happy lah bila tengok anak atau anak2 semua happy. Kita nak over excited pun segan jugak. Nak-nak bila dengar ustaz2 memberi kesedaran bahawa ketibaan Syawal bermakna berakhirnya Ramadan, yang mana semua Syaitan dibebaskan dan bila roh-roh di dalam kubur kembali berhadapan dengan malaikat. Jadi, takkan nak gembira sangat-sangat?
Tapi kan, sebenarnya kita memang disuruh bergembira dengan ketibaan Syawal. Ni aku baru je tambah lepas dengar tazkirah dari ustaz Wan Sohor Bani Leman nih. Antara yang disunatkan di pagi raya;
Mandi sunat raya, gosok gigi, berwangi-wangian untuk lelaki, berpakaian bersih dan baru,keluar berjalan ke masjid untuk sembahyang raya pergi dan balik berlainan route, bertakbir sehingga takbiratul Ihram sembahyang sunat raya ... hmm.. lupa la yang lain ...
fara... aku kasik e-kad kat email ko dapat dak? nak yg snail ke? bg address ko kat email aku eh...
ReplyDeleteBila dah dewasa ni, kenalah beraya macam orang dewasa, kan?
ReplyDeleteRaya perlu diisi dengan yg lebih penting seperti ziarah dan bermaafan.. :)
fara,
ReplyDeleteaku rasa kita happening masa kanak2 sbb bukan duit kita yg habiss..bila dah besar ni, duit sendiri, sendiri mau ingat ok.. ;)
~selamat hari raya ,maaf zahir batin~
not a happy ending...
ReplyDeleteazfa
ReplyDeleteme buy some for kids. Me no buy for my wife bcoz she has plenty inside wardrobe.
Me, buy nothing for me coz, coz, coz....awaiting duit raya from you....peace
Gurau2 jer
Selamat hari raya eid fitri, maaf zahir batin and have a nice trip to Johor