Aku suka sangat membaca pengalaman mak-mak or mama-mama yang baru hantar anak2 dorang masuk sekolah tadika ... suker sangat! aku ni, cita2 besar nak hantar Lydia ke tadika yang bagus2 awal tahun semalam ni .. tapi, disebabkan dugaan2 yang mendatang ... rasanya kenalah aku holdkan dulu niat aku tu ... even aku tak letak pun dia kat nursery dia yg aku letak before, sbb husband aku kata biar dia jaga, kat umah MIL ... at least tak payah bayar monthly .. maklum le kena berjimat cermat now nih.
Terkilan jugak sebenarnya tak leh nak hantar Lydia ke sekolah .. sebab aku rasa dia dah ready nak ke sekolah, and dah boleh sangat terima pelajaran. Kesian and rasa unfair kat dia kalau aku biarkan aje dia tak belajar. Untuk tak nak dia ketinggalan dengan kawan2 sebaya, tahun ni, aku punya azam ialah supaya Lydia boleh membaca, walaupun tak gi sekolah, at least bahasa melayu .. dan Iqra'.
Mula2, Iqra'. Alhamdulillah, Lydia dah tak payah disuruh2 kalau nak mengaji. Lepas solat Maghrib aje, dia dah ready ngan Iqra' 1. Kalau last year, sebelum bapak dia ke Johor, dia dah sampai huruf رَ ... Tapi, sebab Hamid ke Johor, and aku everynite balik lewat je, tergendala mengaji dia ... so bila je husband aku dah ada balik, kami mulakan daripada awal, dari huruf اَ
mula2 tuh aku sedih sedih gak sbb dia lupa balik apa yang diajar dulu ...
Alhamdulillah, kali ni, kejap je nak refresh balik ... and dia pulak dah volunteer nak mengaji ... memudahkan kami lah ... kalau aku siap solat dulu, aku lah duduk depan semak dia baca .. kalau aku solat lambat, bapak dia plak la ajar dia ... tapi salunya aku la yg dok semak dia ngaji ... Aku target sebulan lagi khatam Iqra' 1 tuh ... impian aku, nak Lydia khatam Al-Quran sebelum darjah 3. Lewat sangat ke eh? hmmm aku rasa itu cabaran untuk aku tu .... Mudah mudahan tercapailah impian aku ... sebab aku dulu khatam Quran pun lebih kurang umur tuh gak ... itupun setiap malam ngaji, kecuali malam Jumaat jek mak aku bagi cuti (apsal eh?? huhuhu) ... tapi Lydia ni, tatau lah kan .. maklum ler gaya hidup skang beza... now nih OK la sbb aku balik awal jek ... maghrib jek sure kat rumah ... hopefully leh berkekalan le keadaan mcm ni ...
Pasal bacaan bahasa melayu pulak, aku dah start gak ... aku tak reti camna nak ngajar actually. So aku guna jek buku2 for early education kat kedai buku tu .. yg ada panduan mengajar tu ... kenalkan huruf A,E,I,O,U .. gaya phonic tuh ... Alhamdulillah dah melekat dah tu ... now nih dah move on to mengeja ngan B,C, so on ... tatau la betul ke tidak cara aku.. satu hari aku kenalkan satu huruf aje.. ntah, aku rasa mcm tu kot sekolah ajar ... baru sangat start, takleh nak bgtau performance lagik. Itupun dia macam tak berapa focus, tak berapa nak bagi kerjasama ... last2 aku terpaksa jadik kreatif sket .. aku tunjuk huruf, pastu aku buat2 aku lupa, so dia ingatkan balik apa yg aku cakap ..pastu, aku paksa plak bapak dia jadik anak murid, aku jadik cikgu, aku suh bapak dia berlakon jawab cepat2 ..so dia pon teruja nak jawab cepat ... pastu bila dia jawab cepat, aku kata YEY!! Lydia menang!!!! .. mcm tu barulah dia nak bagi kerjasama .. kalau tidak, asyik la nak bukak buku yang dua suka aje, lepas tuh suh aku cerita Sang Kancil Sang Buaya. .. itupun, aku jadikkan umpan.. lepas dia bagi kerjasama, and aku puas hati, aku plak puaskan hati dia, ceritakan sang kancil sang buaya ... lepas tu aku tunjuk huruf2 yang dia dah belajar .. nak tgk dia leh recall tak ... tapi aku tak berani nak paksa2 ... ishh tatau la aku, .. aku tak kisah dia lambat, asalkan dia dapat pengetahuan .. taklah kosong aje padahal umur 4 tahun ni, imaginasi dia tinggi, so mmg sangat sesuai la kot kasik input kat dia ... and from pembacaan blog2 kawan2 ... rasanya budak pompuan lebih senang nak ajar compared to boys ..so aku kenalah take advantage from it.
Cuma prob aku ialah, canmer lah nak ajar dia english eh. Dah la aku sendiri pun lemah in english. pastu, aku tatau camner sekolah punya teknik. So, aku tak start pun ajar dia membaca in english. Padahal buku Peter and Jane tu ada ... kakak aku kasik anak2 dia punya ... tapi aku tak guna pun, aku rasa english ni, kena banyak borak la kot, kan? Aku ada gak borak2 in english ngan dia .. tapi dia takmo respon. dan kadang2 aku sendiri tak tau word2 in english yang makes things harder.
Yang lain2, macam kira2 kenal warna, kenal bentuk .. semua tuh informally aje ... dia coloring mmg ler sangat cermat, sikit pon tak kuar daripada border... tapi semua kaler sama ajek .. takmo tukar2 kaler lain ... nombor, dia lom kenal lagik walaupun dah pandai kira ... tapi dia kira pastu tak leh relate. contohnya, kalau naik kereta, dia suka kira tiang lampu tepi jalan, bila habis kira, aku tanyalah ada brapa tiang lampu? dia terkulat2 nak jawab ... maknanya dia cuma kira tapi taktau apa purpose mengira tuh ... hmmm normal ke gitu eh? cuma kalau benda2 kurang dari 4 jek dia leh jawab kalau kita tanya berapa.
Harapan aku dan impian aku, tahun 2008 nih Lydia leh la membaca. Itu azam aku tu, dah nak bulan 2 barulah aku dapat azam ni ekekeke .. kalau u ols ada tips2 tertentu, share lah ...
Friday, 25 January 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
gunakan konsep cahaya ku Fara utk Bahasa Melayu.
ReplyDeleteKaedah dia tak menghafal abjad tapi mengenal bunyi dari abjad. Kaedah ini tidak mengajar mengeja tetapi mengajar mengenal abjad dan suku kata dan keluarkan bunyi.
Untuk BI, gunakan Peter and Jane. Ko baca keluarkan bunyi sambil ko tuding ke words itu, lama lama dia kenal huruf tuh dan sound nya sekalai.
Kedua dua kaedah dominance kepada visual dan auditory. Ko kena tunjuk dan sebut.
Gud luck
aku setuju apa lb cakap, tuding dan baca.... jangan tuding dia dah hehe..
ReplyDeletecuma apa ke bendanyer konsep cahaya tu? sungguh chim bunyinyer..ada website?anak aku lemah malay w/pun cakap bahasa melayu 95%
LB: ha, cahayaku tu la yg kat nursery dia gunakan masa aku hntr dia ke nursery kejap tu ...
ReplyDeleteOK aku akan start la baca peter n jane tu ... thanks
Makcik: ahahahha ... tapi kadang2 geram gak rasa mcm nk tuding wakakka ...