Mula-mula satu malam, lepas tu dua malam pulak. So, Khamis tuh aku confident dia balik ... dah melebarlah senyuman aku ni. Iya-iya je petang khamis aku nak balik cepat2 ... tup tup sekali lagi dia call, kata terpaksa extend satu malam lagi. Geram jugak aku. Tapi dia promise Friday pagi2 dia balik so tengah hari sure dah sampai. Aku pun ok kan aje. In fact, Friday tuh aku plan nak EL aje sebabnya kitorang plan nak pergi service kereta dengan pegi klinik nak inject Lydia for her 18th month's imunisasi, and malam tu nak terus bertolak ke Johor so, adalah waktu nak relax2 sambil berkemas-kemas.
Bila tiba hari Jumaat, tunggu punya tunggu punya tunggu, dekat pukul lima petang barulah dia balik. Geram jugak, tapi rindu punya pasal, tak le aku merajuk. Kesian pulak dia kalau balik-balik tengok muka aku monyok. So dah petang, memang tak sempat nak service kereta. Cepat2 pergi klinik. Then balik rumah, kemas-kemas sikit, bagi Lydia makan ubat demam dulu, lepas maghrib terus ke Bandar Kinrara ambik adik aku yang nak balik kampung sekali.
Dah lama betul tak balik kampung. Dah 3 bulan rasanya. Aku mana boleh lama-lama sangat tak balik kampung ... walaupun mak selalu datang KL, tapi aku tetap rasa lain kalau tak balik kampung. Kat dalam kereta, aku suruh adik aku duduk depan, jadi co-pilot, aku dengan Lydia duduk belakang je senang Lydia nak baring. Lagipun, husband aku nak aku tidur sebenarnya. Dia kata kalau aku tak tidur, tak senang dia nak drive,dia kata aku ni mengalahkan JPJ. Kereta depan jarak 1km tekan brek lampu merah aku dah gabra. Cepat2 aku cubit peha dia kasik warning. Itu yang dia rasa tak selesa tu. Kadang-kadang aku tiba-tiba je jerit, boleh? kesian dia ... hehehe...
Sampai kampung, dah pukul 1 pagi. Sampai bukan terus tidur, mestilah borak-borak dulu..last last pukul 3 baru lelap.
Pagi tu breakfast lempeng cecah sambal tumis udang. Sedapnye! :-)
Lepas tu sempat jugak aku online, check emails, sempat gak aku menjengah kat blog-blog orang .. sempat gak aku layan chat kat tag aku biasa lepak. Seronok lepak situ tu. Chatting ramai2 gitu. Topic2 biasa pun ada, suam2 kuku pun ada, panas pun ada ....
Then adik aku ajak gi bandar Batu Pahat. Aku Ok je. Dia nak beli baju kerja, aku kata kat dia berlambak mall kat KL, kat sini jugak dia nak carik, dia kata tak de time nak shopping hari2 kerja... apa laa..Dah alang2 nak keluar ke town, aku ajak mak lunch kat luar, makan kat kedai favorite kitorang satu family. Dulu gerai tu kat bawah pokok besar yang sangat rendang ..so redup aje. Food dia, asam pedas .. nak kata sedap sangat tuh tak la pun, aku masak lagi power kot hahaha .. tapi, kedai dia memang laris sangat. Kebetulan pulak, kedai makan tu terletak bersebelahan dengan stesyen minyak BP. So, selalu kitorang cakap macam ni je kata nak ke situ..
"Jom ke BP, makan kat BP sebelah BP" ( Jom ke Batu Pahat, makan kat Bawah Pokok, sebelah BP stesyen)
Tapi, sekarang ni pokok besar landmark dah takde, kena tebang dengan MPBP (Majlis Perbandaran) .. tapi, still we all panggil dia asam pedas bawah pokok.
Before tu, bawak adik aku ke The Store, Summit Parade. (Kat sini (BP), The Store lah yg paling fofuler .. ada 3 outlets in the same town .. dasyat!) ... ada pulak sales. Lydia pulak sedap je tidur dalam stroller, sedap la aku menjamu mata membelek2 itu ini. Semua aku belek .. paling lama kat bhg. Hangbag dengan kasut. Aku jeling kat hubby, dia angguk ... wohoooo ... ada green light plak! ... So aku amik satu handbag, lepas 50% diskaun, dapat lah rm60..boleh la tu kan?.. aku cuba kasut2 semua, ada yang berkenan tapi sebab lama sangat aku dok menery, sampaikan Lydia terbangun dan nak aku dukung dia plak .. terbatal niat nak beli kasut. Masa nak bayar, aku sempat rembat few things for me and hubby gak. Tak banyak lah shopping, tak sampai pun rm150. And of course for some people, itu bukan dikira shopping pun tu namanya. :-)
Balik, mak nak beli ikan. So kitorang ke tempat selalu kitorang prgi kalau nak ikan fresh yang baru naik dari sungai. Kira tmpt pemborong ikan lah .. kat tepi sungai. Mak beli udang dengan ikan merah, yang mana wajib bila balik nanti, aku kena masak asam pedas jugak. Lunch kat town asam pedas, dinner pun asam pedas. and guess what? malam tu abang aku pun balik kampung, and pagi2 ahad dia ke pasar Rengit ( Tempat ni last week kot masuk Majalah 3 pasal orang asli yang jual perabot2 terpakai tu), beli ikan manyong, and again .. lunch on Sunday pun asam pedas. Tapi, semua pun tak kisah .. asam pedas tuh kira menu favorite family aku ..(aku rasa most of orang Johor kot) .. and it happened that asam pedas lunch tuh aku masak banyak, so dinner pun berlaukkan asam pedas jugak ... hahaha ... puas aku makan asam pedas kalau kat kampung. Ye lah, kat sini, jarang sangat aku masak asam pedas ... sebabnya aku jarang masak hehehe .. selalu makan umah MIL, dia pulak tak pernah masak asam pedas.
Sunday tu jugak aku ke pekan Senggarang.. Ini pekan kecik aje. Waktu paling ramai is Sabtu pagi sebab ada pasar minggu. Masa aku kecik-kecik, Senggarang ni lah aku rasa paling meriah. Kalau dapat ke Senggarang ni dah rasa best sangat. Arwah bapak rajin jugak bawak kitorang pergi Pasar Senggarang naik motor lepas dia menoreh getah. Kalau nak beli baju sekolah pun, kat kedai cina Senggarang ni aje belinya ... So Sunday tu aku ke sana, sebab nak potong rambut. Dah naik pulak harga ... last year aku potong, rm6, semalam tu rm7 pulak. Tapi, still murah dari Klang.
Ahad malam, lepas maghrib, baru bertolak balik Klang. Aku nih bab2 nak tinggalkan kampung mmg rasa pilu yang amat. Sedih banget! Dah lah malam, then bila kereta bergerak tinggalkan halaman rumah .. mak pulak sorang-sorang tinggal, duduk kat kerusi kat beranda rumah, melambai-lambai tangan kat kitorang .. hmmm .. tiap kali balik kampung, itu yang aku tak sanggup tu. Bergenang air mata aku masa cium tangan dan peluk cium Mak.
Bila lagi nak balik kampung ni .... sorry la korang, aku dah lama tak update, tapi takder apa nak citer, tuh yg aku citer aku balik kampung ... layan je laaaa okes? :-)
Eh cop!, semalam aku EL lagi ... so kat umah bantai tengok TV jek. Best! LOST new season dah start! tapi, yang tak bestnya, waktunya clash pulak dengan Monk ... adeh!!! dua2 aku suka ... Ala, actually LOST tuh kalau nk baca sinopsisnya mmg complete ada kat net .. tapi..tidak sekali kali aku nak buang thrill masa menonton sebab dah tahu ceritanya ... :-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
wah bestnya org tu boleh senang2 EL..company aku ni hampeh kalau nak EL mesti ada reason kukuh & ada bukti sokongan reason tu..kalau anak sakit mesti ada surat doctor..so mmg aku jarang sngtlah EL...setahun ada gak aku x pernah EL..lecehlah beb...unless aku back date aku nya leave form tu bley arr...hahhahaha
ReplyDeletewei 18hb ni aku balik BP (umah MIL)...ada wedding kat Parit Sulong..aku pernah pergi rengit org asli yg jual barang2 terpakai tu...perabot jati yg banyak..aku pergi thn 2002 dulu..tapi skang hubby aku ckp depa jual dah mahal dah x mcm dulu2..
MM pun dah lama tak balik kampung BP. Last balik masa raya ari tuh, hmm kira dah 3 bulan gak laa kan. Even though ari tuh makabah ada dtg sini tapi balik kampung lagi seronok kan fara. Weekend nih mintak2 jadik laa balik kampung tuh.... Miss laa senggarang tuh ...
ReplyDeleteaku klu naik kereta dgn hubby, jangan orang lain duduk depan, aku jer boleh. hahaha. anak aku nak dok depan pun aku klu boleh tak kasi. agaknya sebab aku suka bersembang dgn hubby dlm kereta kot.
ReplyDeleteedRyna: tak apa ko EL susah, increament ko lumayan beb! hahaha
ReplyDeleteMM: Tak sama parents ke tmpt kita dgn kita balik kampung, sbb kampung tuh byk memori ..
Anne: Wah kedekut! hahaha! baguslah ko suka cerita. Aku kesian anak aku kalau kat depan dia terpeleot gitu tidurnya. Nak suh dia sorang2 kat belakang dia takmo.
memang best gila ....balik kpg...insya-Allah besok aku keluar dari kual ini
ReplyDeletePadan la tadi ko cite pasal masak asam kat tag Joe. Kurang asam betul ko nih makan asam dua hari.
ReplyDeleteAku pun suka masak asam pedas. Aku tak tahu yang lain tapi aku suka masak asam pedas yg org melaka buat.
Nanti bole la ko masak kan utk aku Asam Pedas BP bila aku jln ke Klang nanti.
BTW, SIL pun BP Parit Yaani tapi masak asam pedas dia tak berapa nak kick la
aku kalau makan asam pedas kat umah (ehem.. aku orang melaka), aku suka campur kicap, then hirup kuah tu.. boleh?? hehehe..
ReplyDeleteada time rajin kalau balik kampung, kitorang gi makan asam pedas kat muar.. kat tepi sungai tu.. aku tak ingat apa nama tempat tu.
Pawaka1: Utagha no? kirim buah2an kat Tapah .. hehee
ReplyDeleteBudak: Haa.. tu angah org melaka baik ko test dia punyer asam pedas. Aku ni asam pedas ikut tmpt .. yg aku punyer sendiri pulak, tekak aku sure leh terima, orang lain aku tak tahu hehehe ..
Angah: Hahaha .. weh, u r not alone maa .. aku pun suka letak kicap ape... tapi aku tak hiruplah, abang ipo aku suker sgt hirup ..tekak aku plak yang rasa semacam jek hahahah ...