Friday, 24 March 2006

Bulan Madu

Kesibukan yang melanda hidup aku nih memang merunsingkan betul! hahaha!


Dah dua hari kot Lydia tak nampak muka aku. Aku balik, dia dah lena, aku pergi dia masih lena .. dah 3 malam aku tidur rumah MIL sebab dah lewat nak balik rumah, kesian nak angkat2 Lydia then pagi2 nak hantar lagi .. so terus jek tidur rumah MIL. Balik, sampai rumah siap2 terus tidur ...


Sibuk tu satu hal. Tak dapat nak beramas mesra ngan family satu hal, Kena smash dengan users satu hal! manalah tak runsing hidup aku. Berterabur betul ni. Nih sempat la aku cilok sket masa nak update kat sini. Update sbb nak mark ke'bz'an aku nih.


Nasib baik dalam sibuk2 tuh, ada gak yang dapat mem'fresh'kan aku. Dua hari lepas, time tengah terkejar2, tergaru2 kepala dok siapkan presentation, datanglah package kat ofis. Aku terus tau dah apa dalam tuh ...


(ini je yang tinggal ... yang lain dah 'selamat')

Rupanya dah sampai dah utusan coklat dari Canada, kiriman xy'd ... dia siap ingatkan dah hilang dah .. hahah bila aku wish thanks kat dia dalam tag, soalan pertama dia, 'Cair tak?' hahahha .. aku rasa pernah cair kot, sebab bentuk nya ada yang dah tak mcm asal gitu. Tapi, bila dimakan yummmmyyyy!!! So, thanks zaidee daun keladi (boleh?) ... At least ada jugaklah perkara yang meng'happy'kan aku dengan kedatangan cekelat tuh.

Nak bloghopping pon dah tak dapat berlama2 macam dulu. Tetap memvisit blog member2 .. cuma nak bukak blog2 lain memang tak der lah. Tak macam dulu, semua blogger name tuh aku rasa aku nak click nama dorang dan baca2 ke sana. Dah tu siap baca semua komen2, dah tu siap click lagi pulak kat blog orang2 yang komen..hahaha rajin! Sekarang tidak lagi. Aduh!

Itulah aku rasa masa bulan madu aku dah berakhir dah ... itu yang semalam aku letak kat status YM aku tuh macam tu, Honeymoon's year is over aku tulis. Haa .. terus datang message2 orang2 kepala kuning .. dengan soklan2 yang tak berapa nak bernas .. macam ni ..

"Woi, ko setahun nak berapa kali honeymoon?" (kenyit)

"Sudah2 lah tuh Honeymoon tu ..."

"Habis honeymoon dah? dah dapat hasil dah?"

"...aku tau la ni malam Jumaat ..."

haaa.. yang macam-macam tu la lebih kurang nya .. sabar jek la aku nk merespon orang2 tuh, dah la tengah betul2 busy. Hahahah .. dah lah bila aku kata busy, semakin galak dorang me'message' aku .. aku plak mmg jenis yang tak berapa pandai menolak pelawaan berborak! hahaha tak ke merunsingkan tu? mana nak siapkan kerja, mana nak borak? hahaha .. ok tak alasan aku tuh?

So, itu je lah update nya. Aku nak sambung runsing ni.

salam.

3 comments:

  1. runsing kau tu, masih boleh borak eh? :-)

    ReplyDelete
  2. update fara..jgn tak update...ramai yg buhsan kang tak dapat baca story-mory ko nanti..:)

    ReplyDelete
  3. Azfa

    Aku ingatkan macai macam aku jek sibuk jadi kuli, konsultan pun sibuk gak ekkkk ....... soalan nak kena hempap dgn bola boling

    ReplyDelete

Popular Posts