aku ni sememangnya belum boleh dikategorikan dalam golongan ibu mithali lah.
Gelaran ibu mithali tu bukanlah gelaran yang aku nak daripada pemerintah semasa majlis2 pemberian award pada hari Maal Hijarah dan seumpamanya tu. Ni lebih kepada gelaran yang aku beri kepada diri aku sendiri.
Perkara utama yang betul2 kurang dalam diri aku sebagai seorang ibu, tentunya kesabaran. Susahnya nak maintain kesabaran. Itulah aku. Macam manalah nak bela anak 10 orang ni, anak baru sorang dah boleh hilang kesabaran. Itupun anak kecik lagi, masih belum pandai memberontak, masih balum pandai minta itu ini. Paling kuat pun nak tutu (susu) aje...ataupun nak tan (basikal) dan sesekali jek nak andik (adik) .... selebihnya dia masih tak tahu apa-apa.
Dah seminggu Lydia demam. Kesian betul aku tengok bila dia demam. Rasa tak meriah rumah aku sebab dia betul2 lembik, tak bermaya .. bila aku ajak makan, tak nak, ajak baca buku, tak nak, ajak naik basikal pun tak nak .. jawapannya satu aje, nak bam (baring) .. aduh, sedih sangat-sangat aku rasa. Risau pun iye, sebab takut jugak kan ke sekarang nih banyak sangat penyakit2 yang datang, tau je lah budak-budak kat antibody tak sekuat kita orang dewasa... nak lagi pulak anak aku tuh cuma sekejap aje breastfeed, sebulan aje .. mestilah zat zat dalam badan tak sama dengan anak2 orang lain yang fully breastfeed sampai besar.
Memang lain sangat time dia demam dengan time normal. Kalau dia sihat, mulut dia tak berenti. Ada je yang di bebelkan. Paling selalu, dia suka menyanyi sorang sorang. Hubby kata, sebijik aku. Suka berangan sorang2 sambil nyanyi2 gitu. Bila demam ni, diam je. Bila dipanggil pun cuma senyum.
Malam pulak, tidurnya sikit2 terjaga. Especially lately ni batuk dia sekali dengan kahak .. kesian sangat aku tengok. Bila batuk, sure dia muntah sebab ada kahak. Jenuh jugaklah aku nak lap2 muntah dia. Bila aku dudukkan dia sebab tak mahulah muntah tuh masuk kat hidung atau telinga dia, dia pun menangis nak baring, nak bam, nak do ... nanti tak sampai sejam, dah bangun lagi ... Yang aku ni pun satu, kurang sabar sangat bila part terjaga tidur tu .. dalam hati aku selalu geram sorang-sorang. Kesian anak aku. Aku tau bukan salah dia, bukan dia tau pun. Tapi tulah, aku ni yang kurang sabar. Anak demam pun nak cepat geram. Padahal kalau tak demam tu, sikit pun dia takder menyusahkan aku. Baik aje perangainya.
Pagi tadi pun masih selsema, hubby aku pulak demam sebab menjaga Lydia. Sebab Lydia bila aku jaga, dia nak apak (bapak) bila kat bapak dia, dia nak mak pulak.. so kami dua2 pakat berjaga malam sepanjang dia demam ni. bapaknya lebih lagi dari aku, sebab aku selalu mengelat .. tulah satu lagi, aku nih selalu mengelat.. nasib baik dapat husband yang sangat baik hati dan sayangkan aku dan anak. Dia memang tak pernah failed menjaga kami anak dan isteri. Tak pergi kerja on weekends, tak main futsal ngan member office, tak main badminton ngan member setaman .. semua disebabkan nak berada kat sisi anaknya yang demam .. Last2 hari ni dia ambik MC sebab demam .. so, malam ni turn aku pulak melayan 2 orang yang demam .. Hopefully Lydia dah ok lah batuknya.
Itu yang bila dengar lagu ni, aku rasa aku segan nak mengaku aku ni seorang ibu dalam ertikata sebenar, Macam belum layak lagi ... Bila aku dengar lagu ni berkumandang kat radio RTM (KL FM-aku dgr mmg khas sbb nak dgr lagu ni) setiap lagi, aku segan dengan husband aku. Aku, anak aku, dia sure diam senyap bila dengar this song. Sayu sangat dengan suara kanak2 yg menyanyi tuh. Lydia pun suka dengar lagu ni.
Yang aku pasti, mak aku sendiri sememangnya layak aku tujukan lagu ini,
Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to?
After Allah and Rasulullah?
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father
Coz' who used to hold you and clean you
And cloth you
who used to feed you
And always be with you?
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That's right, No other
My Mother
Who should I take good care of
Giving all my love
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah?
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father
Coz' who used to hear you?
Before you could talk
Who used to hold you?
Before you could walk
And when you feel
Who'd pick you up?
Clean your cut
No one but your mother
My mother
Who should I stay right close to
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasulullah
Comes your mother
Who next?Your mother
Who next?Your mother
And then your father
Coz' who used to hug you
And buy you new cloth
Comb you hair
And blow your nose?
And when you cry,
Who wipe your tears?
Know your fears Who really cares?
My mother
Say Alhamdulillah
Thank you Allah (2x)
For my mother
(Yusuf Islam - Your Mother)
ala fara, kau ni buat aku sayu di pagi selasa ni lak.. don't think too much about not being an ibu mithali. kesabaran orang tak sama antara satu sama lain. bak kata adik aku pada aku, aku ni sabar lebih. sebabnya, banyak yg aku tolerate as compare to dia.
ReplyDeletesebenarnya tak, tapi i learned that kita boleh train diri kita pasal sabar ni.. sabar aku senipis kulit bawang tapi, bila aku nak marah budak-budak tu or anyone i love for that matter, aku imagine that kalau orang tu pergi forever time aku marah kat dia, aku akan menyesal forever gak.. so, that helps, at times.
apa-apa pun, i am sure you are doing great as a mom...!!
Bukan ko sorang je rasa ko bukan "Ibu yang Terbaekkkk". Aku selalu gak rasa mcm tu. My cousin boleh ckp I treat my daughter as she is one of my cousin. Cousin aku ramai yg kecik2. KAlau we all gather kat rumah nenek aku, selamba je aku dgn anak aku. I let her play & just dont bother about her. Actually bukanlah x bother lagsg cuma aku taknak lah terlalu protective sampaikan dia bermain2 pun aku nak kawal sangat. Cuma perhati dari jauh ajalah kan.
ReplyDeleteYg. buat aku terasa sngt bila aku balik dr. kerja anak aku lagi suka minta apa2 dr mak aku. Adalah juga dia minta kat aku buat susu ke apa ke. But kalau 10kali tu 6 kali kat mak aku and 4 kali kat aku. Kadang2 terfikir gak kalaulah aku berhenti kerja mesti semua perhatian tu berpindah kat aku kan. Tapi ialah ikut kewangan masih jauh lagi utk aku bergelar housewife...
angah: bukan niat dihati maaa .. tapi kan, aku lagi sedih bila baca ur komen nih tau .. :-) thanks.
ReplyDeleteEdRyna: kalaulah RM ke USD ke jatuh berdebuk dari langit, aku dah lama jadik housewife ...
fara..
ReplyDeleteapasal tak letak nick name je nama fara kat tag joe tu... :0
err sebenarnya kesabaran tu penting., teringat masa baby aku demam and dia nak dukong je..,kdg2 aku mcm nak marah aja...tapi bila memikirkan dia tak paham lagi.. kenalah bersabar banyak2., emm rupenya memang susah nak jaga anak ni..,baru tahu jasa ibu yg menjaga dgn baik masa kita kecil2 dulu. Apa apa pun hope lydia akan pulih kembali..(salah satu ujian juga tu etceli.. k banyak2 bersabar ek
JiJo, dah lama guna tgazfa, malas nak tukar2 hehehe .. tapi u can call me fara jugak. no harm.
ReplyDeleteyep, mencabar jaga anak..ini baru baby, kalau dah besar lain pulak cabarannya .. mudah-mudahan semua ok.
thanks for the nasihat and sharing cerita. :-)
fara
ReplyDeletetake good care of your daughter....
anak aku kalu batuk or selsema memang aku risau sebab dia asthma trait...dah 1 year dia pakai inhaler tu...not sure sampai bila nak kena pakai benda tu....sabag ye...
Semoga Lydia cepat sembuh.
ReplyDeleteErina pun last week demam jugak. 2 malam jugak la kami tidur kat tingkat bawah, depan tv sebab dia nak ada orang teman dia. Skang alhamdulillah susu pun dia nak minum.
Aku doakan Lydia akan kembali ceria tak lama lagik.
you're a mother.
ReplyDeleteaecoque: Insya Allah .. kau pun, take care of ur kid. Parents manalah yang suka tgk anak tak sihat kan?
ReplyDeleteRyu_hana: Timer kasih for the concerns. :-) Erina demam kenapa? nak merangkak ke?
Kunci: :-) terharu pulak u kata mcm tu. I hope so. I really do. Thanks.
:)
ReplyDelete