Monday, 20 March 2006

Kali Pertama



tension betul!

mula-mula aku dah tulis entry, banyak lah jugak, tiba-jek internet buat hal, hilang padam window aku semua ... so aku memang dah give uplah .. tapi, aku kuatkan semangat lagi ni, memang lain dengan apa yg aku tulis tadi, biarlah! Lagipon orang tuh sindir plak aku kata aku nih jgn payah nak diharap kalau nk tulis pasal gath nih..

aku nak cerita pasal aku pergi gathering ... kenalah cerita, sebab ini 1st time ever ni. Lom pernah aku join any gathering jumpa geng chatting. Dulu kalau ada orang ajak, aku buat2 tak dengar aje ... sebelah mata pun tak berapa nak pandang gitu.

Tapi, gathering yang satu nih, aku tunggu pulak. Aku tak pelik. Aku tau, sebab aku rasa ala2 close gitu dengan para-para peserta yang datang gath tu. Macam ada bonding gitu.

So, setelah berplanning-planning, berpreparing-preparing, berimagine-imagine, dan bermacam ber lagi, Sabtu semalam terjadilah gathering tu.

Kat Manhattan Fish Market Ikano tu. gathering untuk para taggers Blog Joe Perantau.

Aku antara yang awal lah .. aku mmg suka datang awal, selain kerana sifat semulajadi yang berdisiplin dan poyo, aku sebenarnya segan datang lambat...aku kalau dtg lambat selalu perasan macam semua mata akan tersorot ke arah aku. Segan gilerrr .. hhahaha .. sukar nak control tuh!
Masa aku datang dah ada dah dua tiga orang aweks yang lebih poyo berdisiplin drp aku. So teruslah aku bersalam salaman gitu... berlawak lawakan gitu Macam terasa dah kenal lama jek (memang pon kan?) . Yang sorang tuh, dok kata muka aku familiar jek .. (sebenarnya aku pun nak kata muka dia pun familiar, boleh?) sorrang lagi tuh, harus aku tabik spring dengan kerajinannya mewar warkan gathering ni kat dalam tag, patut dapat award the BEst Hailer gitu ... yang sorang lagi tu pulak .. aduhh comelnyerrrr!! geram aku tengok, mcm baby, macam nak sapu2 gitu kulitnya yang gebu putih melepak tuh ...

Selepas sesi2 berkenalan, barulah datang sefamily ni ... sempoii jer dia nie datang bawak sebatalion. ;-) AKu ingatkan kapal aku jek besar, rupanya kapal dia lagi besar daaaa .... ;-)

Then, datang pulak teruna nih. phewiiitt!! ala2 segan gitu aku nak berregur sapa sangat-sangat dengan dia ni. Satunya sebab aku selalu sgt suruh dia update blog dia cepat2 .. especially lately nih ..maklum ler nak jadikan rujukan. Kedua, sebab dia nih rajin berjalan, so luas la pengalaman nak banding aku ni .. Ketiganya, dia nih ada kata, dia kalau ke gath, suka skodeng gitu ..memerhati prilaku orang sekeliling gitu. malu i ols occayyyy!! tapi, bila dah lama2 sikit, aku plak yg over2 dok mengusik dia .. boleh?

Then datang pulak pasangan ni.... amboi amboi amboiiiiii kemain lagi mereka nih! satu kezutan yang tak terjangka! walaupun aku dah ala2 pernah meneka dalam kesamaran, tapi tetap ianya satu kezutan ... tepuk untuk mereka berdua nih! boleh berlakon occayy .. dah la salah seorang tuh memang ada wajah pesona bintang gitu kan arc? .. seorang pulak lagi, ala-ala pesona bulan! .. haha!

Tak lama lepas tuh, barulah muncul ratu2 tag nih. Anak dara dengan Mak Dara tuh .. terus bertambah kemeriahan tempat tuh.

Akhir sekali sampai lah sorang lagi anak dara ... apa lagik, adalah mata2 yg sekodeng tuh kan? yang dah pasang niat gitu harhar!

galaknya suasana, macam dalam tag! YEP! sebijik beb! ada yang mulut tak berhenti, suap pun iye, tangan dok turun naik pun iye, makan pun iye .. ada jugak yang skodeng aje .. tak ke sama macam dalam tag? cuma takder yang terlompat-lompat atau menyeringai macam icon dalam tag tu jek .. yang lain, sama! :-)



(Before order sampai, pose duluuu!!)


Seronok giler! part paling seronok is the suprise lah! walaupun aku pernah agak2 dalam tag pasal suprise ni, bila betul2 dianoounce, tetap jugak aku rasa terharu .. serious, terharu giler! sampai rasa macam tak boleh nak makan ... tapi, aku berjaya jugak makan sampai licin habis.

sedap je makanan tuh bila orang belanja kan?

(Apa??? Joe belanja?? jommmm tambah order!!)

so, selebihnya, macam tu lah .. makan, borak, gelak, pose ... sampai tak perasan kedai nak tutup, sampai tak perasan anak dah ngantuk ...

Diorang sambung lagi kat mamak .. aku terpaksalah sedar diri, berpijak dibumi nyata .. anak dah tak larat nk bukak mata ... kenalah balik..lom sempat kuar dari tmpt parking pon Lydia dah tido! lagi pun aku kan ke bawak anak dara orang jugak? ingatkan ke ada lelaki budiman nak ngantar anak dara tuh balik? hehehehe ...

All in all, it was soooo fun lah! nasib baik aku join! mmg best! Thanks lah Joe, sebab ada tag ko lah adanya gath nih, sebab adanya gath ni lah ko belanja .. sebab ko belanja lah gath jadik lebih meriah! sebab tu semua lah aku happy dan berterima kasih!! .. love u ols!!

dengarnya lepas nih ada sesi boling? aku kan ke juara? Juara Longkang kenalah muncul kan?

*gambar ihsan kamera ima.

6 comments:

  1. yayyyyyy..!! kau update gak eh! tercabar gitu.. kehkehkeh..

    glad that you made it. praktis untuk boling tu mulai sekarang.. aim longkang, harus strike, occayy?? orang selalu aim nak strike tapi longkang, so kita kena guna reverse saikologi le kot.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:57 pm

    memang sesuwaiii.. budak ngan bulan.. memmmangggg sama bulat kekekekeke

    arc

    ReplyDelete
  3. ha,ada pon update :-)

    ReplyDelete
  4. kak fara memang best.. thanks for the ride :)

    ReplyDelete
  5. patutnya aku tumpang superman dtg the curve tu frm BP..kekekekkeke

    ReplyDelete
  6. angah, aku prektis hari2 nih ;-)

    arc, errr.. hehhe .. husband aku menang lagiiii

    Joe, :-)

    Ima, calit!

    Ed, next time ko kena ada!

    ReplyDelete

Popular Posts