Setuju tak kalau sy kata, mendisiplinkan anak, memerlukan disiplin diri. Salah satu yg saya alami, saya pernah berazam untuk mengajar Lydia mengaji (sama ada mulakan with muqaddam ataupun Iqra’) dengan titik peluh sy sendiri. Sebabnya, sy pun semasa kecil, diajar oleh mak saya sendiri … mak saya garang dan tegas bila mengajar. kalau saya mengaji dengan suara perlahan dan tak bersemangat, beliau akan sound saya Mak saya akan cakap,
”apa ni mengaji macam nak tidur je.. kalau menyanyi tu boleh pulak melalak2 bukak suara tu beso2” .. masa tu saya rasa sangat annoyed!
Dan saya selalu minta izin daripada emak, untuk ikut kawan2 mengaji di rumah orang, atau mengaji dengan uztaz/ustazah … asalkan bukan dengan mak yang suka sound peril huhuhu..
Jawapan mak,” pegi rumah orang, nak mengaji ke nak main2 dengan kawan2 je..?.. kat sekolah biar cikgu ajar, tapi kat rumah biar mak yang ajar..” sedih saya. Permintaan ditolak …Tapi, disebabkan rasa annoyed itu la saya jadi ingat, dan Alhamdulillah boleh mengaji (mengaji ni pun kalau lama tinggal, leh jadi kurang lancar).
Tapi, azam dan semangat yg sy tanamkan tu, tak pula diiringi oleh disiplin. Jadi, selepas beberapa bulan mengajar Lydia dengan Iqra’ 1 dan 2, entah macam mana, rutin berubah (biasanya saya kerja sampai malam). Daripada skipped semalam, jadi skipped beberapa malam..lama kelamaan, pernah sampai skipped beberapa bulan Lydia tak mengaji. Lama-lama, kami (saya dan suami) mengambil keputusan untuk menghantar Lydia ke kelas mengaji yang khusus oleh ustazah, supaya lebih teratur dan tak missed.
Alhamudulillah la, kelas berjalan lancar. Saban malam, suami (membawa bersama Idlan dan Fahren) memang tak jemu menghantar, menunggu sehingga Lydia habis dan balik semula. Saya? Perjalanan dari office yang panjang menyebabkan saya kurang berpeluang untuk berbuat demikian. Cuma jika ada masa, saya akan bersama-sama suami ke sekolah dan melihat sendiri bagaimana kelas mengaji berjalan.
Di dalam kelas, anak-anak menunggu giliran memperdengarkan bacaan kepada ustazah. Di luar? Ibu-ibu yang menghantar sibuk juga memperdengarkan hal-hal lain. Saya tak kata mereka bergossip. Cuma, saya rasa bersalah sendiri. Melihat diri saya berada di situ menunggu. Biasanya saya menunggu lebih kurang 20 hingga 30 minit barulah Lydia keluar dari kelas. Bila ditanya, hanya satu mukasurat (paling maksima 2 m/s) sahaja yang ustazah semak bacaan. Masa yang lebih adalah untuk menunggu giliran. Dan untuk itu, para ibu semua berkemas2 berdandan2 dan menghantar anak2 ke kelas.
Tidak mengapa jika parents yang menghantar adalah yang tidak celik AlQuran, yang tidak yakin mereka boleh mengajar anak mereka dengan betul.i don’t blame them, in fact I respect them ada kesedaran hantar jugak anak mengaji.
Tapi saya?
Saya meletakkan diri saya, sebagai seorang yang boleh mengaji, boleh memahami arahan2 mudah dalam Iqra’, juga boleh mengenal hukum2 tajwid mudah yang terkandung dalam Iqra’. Jadi, apa yang saya buat? Menunggu selama 30 minit – mengambil masa 45 minit (masa bersiap sehingga pulang semula ke rumah) untuk anak membaca 2 muka surat Iqra’ 4?
Sedangkan dengan berada di rumah dan mengaja sendiri, 45 minit itu boleh saya gunakan untuk menyemak 3 m/s iqra’(bergantung kpd kelancaran Lydia), melipat baju, menyusukan fahren, dan Lydia tak perlu menunggu dalam barisan. Hanya saya dan dia. Ibu dan anak. Dan selepas itu, dia boleh terus focus kat kerja sekolah, (atau menonton TV-sekurang2nya berehat)
Tapi point saya yang lebih penting saya nak share di sini, ialah macam mana pada awalnya saya betul2 took it for granted. Mentang2 lah anak dan mengaji setiap malam tak pernah missed, saya pun senang hati. Memang alfa sungguh.
Saya tak tahu parents lain, tapi saya, untuk beberapa bulan pertama, memang saya serah bulat2 pada ustazah. Kemudian, lama lepas tu barulah saya terfikir untuk menyemak bacaan Lydia. Saya jadi teruja nak tau macam mana pencapaiannya hasil dari belajar di kelas mengaji.
Ketika Lydia memperdengarkan bacaannya, saya jadi sedih. Semua kata-kata mak saya ketika mengajar saya terngiang2. Itulah beza belajar dengan mak sendiri. Emak/atau bapa sendiri, focus untuk kita sahaja, dan lebih teliti, sebab anak dial ah yang diajar, anak dialah yang dia mahu lihat cemerlang.
Saya sedih. Lydia budak yang bijak.. tapi, mengdengar dia membaca dengan suara yang sangat hambar, bacaan yang mendatar.. membuatkan saya sedar, saya perlu kembali disiplin kan diri saya.. sekali lagi, saya berazam, untuk mengajar sendiri anak-anak saya mengaji. Jika mak saya boleh mengajar kami adik beradik tanpa jemu, setiap malam (kecuali malam Jumaat..)..mengapa saya tidak?
Sekarang sudah beberapa minggu saya mengajar Lydia di rumah. Kerap juga saya meminjam kata2 emak … saya tak kisah jika Lydia annoyed.. tapi AllahSWT tahu niat saya, dan saya berdoa Allah membantu saya mendidik anak2… Alhamdulillah, Lydia membaca sudah seperti yang saya inginkan. Sudah bertenaga. sudah pandai menjaga makhraj2 yang betul, dan boleh berlagu2 asas..
Sekarang, terpulang pada diri saya, untuk mendisiplinkan diri saya sendiri.