Showing posts with label Malas pegi kerja. Show all posts
Showing posts with label Malas pegi kerja. Show all posts

Monday, 4 July 2011

Terujanya nak pergi kerja!! ... kenapa yeah!

ah ha! kan dah kata, bukan selalu akak lemau nak gi kerja uols! kebiasaannya, akak memang teruja je nak gi kerja ... meh lah akak nak share plak 10 sebab2 biasa yg buat kita teruja nak gi kerja .. kalau ada kena mengena, anggaplah you makan cili ehh .. eerkkk ...

1. boss you kata dia cuti -- oopss

2. key client you kata dia cuti -- oopss

3. you dapat solution lepas semalaman asyik berfikir pasal tu jek ... sampai tido pon termimpi2 - sapa wat programming for sure merasa menda ni punya! It's like petang sebelom tu you balik dengan masalah di dada, sampai terfikir walaupun waktu mandi .. and tetiba ilham you datang and you think you can solve the issue and you tak sabar2 nak test your solution tapi takleh plak nak wat kat rumah sbb tak de VPN, so you tak sabo2 lah nak pi ofis to test it! kan? --wah wahh ini niat paling murni!

4. Ada sort of briefing dari CEO ke, sapa2 ke .. yang main agenda is BONUS

5. Hari tu gaji masuk ... and lebih dasyat kalau hari tu bonus pon masuk!

6. Tak de pending task at your side .. its like your mind is as clear as sky and its like you are as free as bird .. macam indahnya duniaku ini gitu ...naik LRT pon senyum2 je .. siap dah bercadang2 nak lunch out dengan sesapa saja yg free .. ataupon kalau tak de yang free pon its okay... u can survive! gitu ... kan?

7. Semalam nya you dah kasik email panjang giler dekat boss .. kasik update BAEK PUNYER kat boss ... and ko mengharapkan ada reply dari boss walaupun satu line yang berbunyi, "Good, bonus you this year UP sket!"

8. One of your colleague balik dari vacation overseas dan you rasa macam dia nak kasik you fridge magnet ke .. coklat ke .. heh!

9. Hari tu ada new staff nak join your very own team .. and dia kena report kat you, and your boss ask you to 'buat apa2 yg patut' kat new staff tu .. HEH!

10. Hari tu hari jumaat! woot!

ada yang sama tak?

Gambar hiasan - keadaan ketika teruja .. ha .. itu pandangan biasa utk kami yang kerja ngan penuh dedikasi sampai selirat sana sini uols!
:-)

Wednesday, 29 June 2011

10 sebab kenapa lemau nak pi gheja :-)

so, macam akak dh tulis kat title tu, KADANG-KADANG je taww.. a-a-a (jari telunjuk gerak ke kanan ke kiri) .. bukan selalu taww.. ... penting tuh .. kang ada yg ingat akak nih memang manjang malas gi kerja.. (macam la ada orang kesah nak speku kan?).. 
 
btw uols plak camne eh? mood slalu tiptop ke nak bangkit pi gheja? ok meh akak listkan selalunya sebab2 yg buatkan akak rasa lemau sket nak bangkit pi gheja!

1. Bila Hujan di pagi2 hari yg membuatkan besh landing atas katil

2. pening nak pakai baju apa. banyak baju pun pening .. tak banyak baju pun pening! bila dah jumpa baju, tudung plak tak de, so hv to pilih lagi based on tudung plak!  aarrrghh! akak stress cam gini!

3. Bila anak-anak cranky and wat tantrum and tak kasik kita gi kerja

4. perjalanan gi opis yang tak smooth ngan jem.. mula la rasa ngantuk dan fed-up, rasa nak patah balik or melencong pi minum ke apa ..

5. Dah lewat so nanti tak de parking! and kena rushing2 tak dan nak make-up2 bagai ;-)

6. ada meeting, and u r the key person - bosan lah nk kena menjawab2 soklan2

7. ada meeting, and u r just a guest - bosan lah nak kena dgr org lain membebel2 menda2 yg kita pon tak berapa nak amik port!

8. ada submission on that day, but menda yang nak di submit still lom siap lagi

9. kat ofis busy byk giler kerja sampai dah dapat agak akan balik lewat

10. free giler kat opis sampai bosan. sebab? u r too efective and proactive and completed everything, or sebab ur boss is not that effective and not that proactive tak bagi kerja ekeke - betul kan? ada too busy mmg tak besh, tapi too free pon tak besh .. nak yg sedang2 aja.. bila free sangat, end up buat list "Kenapa Malas pegi Kerja?" heh heh

gambar hiasan - anak teruna akak tgh cubaan 'menculik' cabin crew firefly .. bila i ols tgk dia dan abang dia pagi2 iols rasa sedih nk pi opis.. sobss


uols plak, camne?

Popular Posts