Showing posts with label Firefly. Show all posts
Showing posts with label Firefly. Show all posts

Wednesday, 29 June 2011

10 sebab kenapa lemau nak pi gheja :-)

so, macam akak dh tulis kat title tu, KADANG-KADANG je taww.. a-a-a (jari telunjuk gerak ke kanan ke kiri) .. bukan selalu taww.. ... penting tuh .. kang ada yg ingat akak nih memang manjang malas gi kerja.. (macam la ada orang kesah nak speku kan?).. 
 
btw uols plak camne eh? mood slalu tiptop ke nak bangkit pi gheja? ok meh akak listkan selalunya sebab2 yg buatkan akak rasa lemau sket nak bangkit pi gheja!

1. Bila Hujan di pagi2 hari yg membuatkan besh landing atas katil

2. pening nak pakai baju apa. banyak baju pun pening .. tak banyak baju pun pening! bila dah jumpa baju, tudung plak tak de, so hv to pilih lagi based on tudung plak!  aarrrghh! akak stress cam gini!

3. Bila anak-anak cranky and wat tantrum and tak kasik kita gi kerja

4. perjalanan gi opis yang tak smooth ngan jem.. mula la rasa ngantuk dan fed-up, rasa nak patah balik or melencong pi minum ke apa ..

5. Dah lewat so nanti tak de parking! and kena rushing2 tak dan nak make-up2 bagai ;-)

6. ada meeting, and u r the key person - bosan lah nk kena menjawab2 soklan2

7. ada meeting, and u r just a guest - bosan lah nak kena dgr org lain membebel2 menda2 yg kita pon tak berapa nak amik port!

8. ada submission on that day, but menda yang nak di submit still lom siap lagi

9. kat ofis busy byk giler kerja sampai dah dapat agak akan balik lewat

10. free giler kat opis sampai bosan. sebab? u r too efective and proactive and completed everything, or sebab ur boss is not that effective and not that proactive tak bagi kerja ekeke - betul kan? ada too busy mmg tak besh, tapi too free pon tak besh .. nak yg sedang2 aja.. bila free sangat, end up buat list "Kenapa Malas pegi Kerja?" heh heh

gambar hiasan - anak teruna akak tgh cubaan 'menculik' cabin crew firefly .. bila i ols tgk dia dan abang dia pagi2 iols rasa sedih nk pi opis.. sobss


uols plak, camne?

Thursday, 23 June 2011

Kinabalu Menggamit Memori ... (I)

Lydia @ KLIA before Depart
tak mo dok diam.... tapi good dia tak cranky .. senang sket mak dia nk lenggang kangkung huhu
sangat susah nak suh Idlan to stay still! asyik berlari2 ke sana sini .. haihhh!

Idlan @ KKIA


Lawatan saya ke Kota Kinabalu kali pertama 5 tahun yang lalu betul-betul memberi kenangan indah dalam diari perjalanan saya. Saya selalu menginginkan untuk datang semula ke Sabah menikmati keindahan alam ciptaan Allah, .. Subhanallah ...


Alhamdulillah, Cuti sekolah lepas, kami sekali lagi berpeluang ke negeri di bawah bayu ni. Yang paling saya rindui sudah tentulah udara nyaman di Kundasang dengan pemandangan alam yang sangat mengujakan, berlatarbelakangkan gunung Kinabalu, kemegahan negara.


Perjalanan kali ini dengan penerbangan Firefly, boleh dikatakan tidak banyak berbeza dengan Airasia, kecuali berlepas dari KLIA instead of LCCT. Tapi salah seorang cabin crew dalam flight tu manis betul saya tengok.. eh. maksud saya, sy admire lah ngan gaya dan kelembutan percakapan yg tak nampak mcm dibuat-buat. kalaulah saya pon mcm tu kan best? ekekke ..


Kota Kinabalu, generally macam tak de beza sangat.. tapi bila dah betul2 tengok, hmmm byk gak perubahan sejak 5 years ago. banyak pembangunan. hmmm .. laut pon semakin ditambak2 ..


Oh ye, ada satu kejadian sebenarnya .. kami tiba di KK tanpa salah satu beg kami. beg yang penuh dengan pakaian anak2  boleh pulak tertinggal kat KL. salah Firefly la tu .. tapi mood holiday menten je .. x de rasa marah ke apa ... cool ... jadi, lepas je urusan report kehilangan, kami amik kereta sewa, dan terus menuju ke Parkson dan beli baju utk dipakai malam tu. tak pasal2 budak2 ni dapat baju baru!


Masa tu pun dah pukul 4 pm.. which kalau ikut semenanjung, dah mcm kul 5 kan? tapi gigih gak kami terus tuju ke Kundasang, oh hoo .. kali ni, saya make sure hubby took the correct route. hmm ye lah, 5 tahun lps, kami pergi ke Kota Belud dulu, baru la ke Kundasang .. jalan yg sunyi dan asing ... menyusuri perkampungan bidayuh, perlahan2 kereta mendaki ke kaki Kinabalu... dengan minyak tak sampai setakuk ..errmm.. walaupun itu adalah pengalaman yang paling mahal, namun untuk mengulangi kembali, saya berat hati. biarlah itu jadi kenangan, dan biarlah kali ini kami betul2 ikut jalan yang sepatutnya, dengan melalui Tamparuli dan terus ke Kundasang. :-)


Perjalanan ke Kundasang kali ini, Subhanallah ... cuaca yang sangat baik .. walau senja menghampir namun Gunung Kinabalu seakan menyambut kedatangan kami .. tersergam, tanpa diselindungi awan, walaupun awan nano ekekke.. memang clear sangat! leka sangat saya melihat .. dengan diiringi gunung2 hijau yang melengkapi keindahan petang itu. Ketika remang senja berlabuh, pemandangan menjadi semakin indah.. warna jingga memenuhi ruang langit .... Sememang hati sgt meronta untuk berhenti di tepi jalan dan merakam keindahan itu, namun senja sudah terlalu menghampiri dan kami tidak mahu tercari2 chalet di dalamm gelap pekat malam...


Kami tiba di chalet disambut renyai2 kabus malam. Ketika itu sudah menghampiri pukul 8 mlm. Kesejukan malam menyucuk2 tubuh. hmmm .. hawa malam yang segar ... syoknya ... lebih lebih lagi bersama insan2 tersayang ..


Oh ye, bilik kami .. sempoii sangat tau .. it was a dormitary .. with 6 double decker beds.   hahah! but it was great! kami pun ramai .. actually ada sedikit kesilapan teknikal pada awalnya. Adik ipar yg sepatuunta menempah bilik/chalet, telah tersalah tarikh ... jadi kami terpaksa lah ambik apa saja yg available... macam tadi, mood holiday tak kacau.. kami anggap itu lumrah, and we were still enjoying! kalau tak kerana itu, tak ada lah saya nak merasa duduk dorm lepas tinggalkan hostel lebih 15 tahun lalu, kan?


Saya tidak mengambil pic dalam bilik. ... asyik berborak ,, maklum lah ,.. it was like a reunion .. adik ipar dan isterinya datang direct, drived dari Bintulu .. so banyak citer .. hmm syok juga dengar dia citer pasal driving took them 24 hrs nk sampai ke KK .. hmmm ...


Jom saya share pic2 awal pagi, sebelum kami gerak ke Poring untuk mandi manda ..

We Stayed here!

ooppss.. frankly speaking, kami tak biasa amik pic berduaan esp. depan2 parents .. hiks! tapi kat tempat romantik cam Kundasaang, takkan nak biarkan ia berlalu, kan? kasik can ehhhh ...

OK. Sneak Preview - kat Poring Hot Spring - 2011 - Fahren

Poring Hot Spring - 2006 - Lydia yg masih tembam! hhhaha! more pics masa tu, ada kat link saya letak kat parangraph atas tuh


ok saya sambung later?


----

OK Sambung sini KInabalu Menggamit Memori II


...

Popular Posts