Wednesday 5 April 2006

Di bawah Bayu Sabah

First time aku ke LCC Terminal tu. Mak datuk, jauh tuuu ... Bila masuk tu, teringat plak Terminal 3 Subang Airport. Tapi infrasructure dia OK la.


(Lydia dengan bapak kat LCCT)


Alhamdulillah, Perjalanan ke Kota Kinabalu menaiki pesawat Air Asia sangat smooth. Cakap-cakap orang tentang keadaan penerbangan dengan Air Asia nampaknyatidak aku alami. Adalah sana sini sikit2 kekurangan, tapi itu biasalah, dah nama pun tambang rendah kan ... Asalkan masa kat awan biru tu semuanya smooth,dah cun sangatlah tu. Kebetulan, sebelah aku tu diduduki oleh bekas penyanyi kumpulan rock Mega, Rahmad (Takdir Dan Waktu). Tapi tidak le sampai aku nak mintak dia sign autograph. Tapi geram jugak aku, ada ke dia panggil aku kakak? ishhh .. dia jadik penyanyi pon aku masih sekolah lagik .. hampesss ... tak ngaku tua plak (aku dan dia) hahaha! Selain dia, ada sorang lagi, Shamrin bekas penyanyi Fotograph yang pernah glemer dgn lagu Di Alam Fana Cinta tu.


Kota Kinabalu menyambut kami dengan gerimis-gerimis kecil. Lepas touch down, tiba-tiba jek cabin crew tuh wat announcement,

"Maaf, kami terpaksa menahan semua penumpang aircraft ini selama dua jam kerana ada masalah di luar."

Pemumpang semua dah mengeluh dah .. 2 jam atas kapal? nak buat apa? dengan sempit tuh semua .. dengan anak aku dah tak menyempat2 nak jalan keluar .. dok Jom Jom alan manjang ... aduh!! ... lepas semua dah mengeluh tu barulah mamat tuh kata..

"April fool!!!!" HAMPASSSS giler!!!! Sempat pulak pramugara Air Asia megusik penumpang engan lawak April Foolnya.

Selesai saja proses imegresen tu semua, kami bergegas mengambil teksi dan menuju ke hotel penginapanyang aku baru je booking tak sampai sehari dari tarikh kami nak check in tu. Pertama kali ke KK, kami sememangnya tidak ada sebarang cluetentang Sabah secara amnya mahupun KK secara khasnya. Malah, bila mendengar majoriti pandangan orang yang berpandangan Sabah tidak begitu banyak perkara yang 'worth' untuk dilawati, rasa keterujaan aku seakan-akan kelam gitu. Pernah sebenarnya terlintas untuk membatalkan sahaja plan mahu ke negeri di bawah bayu ini. Terima kasih kepada Alangz, yang sedikit sebanyak mengembalikan minat hendak meneruskan niat kami. Melalui catatan di blog beliau, aku jadi seronok hendakkalau tidak banyak, sdikit merasai keseronokan berada di Pulau Borneo itu.



Setelah mengambil kira banyak faktor, kami memilih untuk menginap di Promenade. Hotel yang terletak dalam bandar KK memudahkan urusan kami untuk melawat sekitar kawasan bandar. Oleh kerana waktu ketibaan kami di hotel sudah pun pukul 3 petang, jadi kami tidak ke mana-mana ditambah dengan keadaan hujan renyai renyai petang itu. Lagipun, pukul 3 petang di sana sudah seperti pukul 4 petang di sebelah sini (semenanjung). Petang itu kami habiskan masa di hotel sahaja. Puas aku berendam dalam bath tub tu. Betul2 macam dalam TV tu, yang penuh buih sampai tinggal nampak kepala, lepas tu dengan air minuman di sebelah, dengan buku cerita di tangan. Fuh! Memang syok! Rasa terbang semua beban2 tekanan harian masa bekerja (stress perjalanan pergi dan balik kerja sebenarnya) ...Aku biarkan suami melayan Lydia .. sementara aku berlama-lama dalam tub itu.



Malamnya, kami mengisi perut dengan makanan di gerai yang terletak betul2 di hadapan hotel, yang juga berhadapan pantai .. Gerai itu juga dikenali sebagai Anjung Senja Night Stalls. Selesai makan, bilik kami dikunjungi oleh rakan sekolej aku, Siti yang sudah hampir 10 tahun tidak bertemu. Seronok betul aku,banyak betul cerita nak diceritakan .. Kami tidak dapat berbual lama kerana memikirkan mata anak-anak kami dan mata suami-suami kami yang tidak dapat dibuka hatta disengkang dengan batang mancis sekalipun. Jadi, Siti berjanji untuk datang lagi keesokan malam untuk membawa kami makan dan ke rumahnya. Aku tidak menolak kerana aku sendiri rasa banyak lagi cerita yang belum kami bualkan. Kalau tidak kerana dia sedang berbadan dua, harus aku tidur terus di rumahnyadan bergebang sampai ke pagi dengan dia. :-)



Keesokan pagi, aku dan suami terlewat bangun. Kami sebenarnya masih mengikut waktu KL. Kami sangkakan pukul 6 masih gelap, rupanya bila menyelak langsir,keadaan di luar sudah cerah, matahari sudah betul2 menampakkan sinarnya. Kami bingkas bangun dan bersiap-siap untuk memulakan aktiviti kami. Aktiviti apa,kami sendiri sebenanya tidak ada perancangan yang jitu di dalam kepala. Aku ada berkira-kira untuk berjalan kaki sahaja di sekitar bandar KK .. tetapi tidak dipersetujuioleh suami. Dengan adanya Lydia, bejalan kaki bukanlah satu idea yang bernas katanya. Ditambahlagi dengan niat dan cita-cita aku yang meluap2 untuk membeli belah di Pasar Filipina, sudah tentu 'hasil borongan' kami nanti tidak larat dibawa ke sana ke sini dengan berjalan kaki.



Akhirnya, suami mengambil keputusan untuk menyewa sebiji kereta. WIRA manual menjadi milik kami Ahad itu. Dengan berpandukan peta yang dibekalkan olehpemilik kereta sewa, kami berjalan mengelilingi bandar KK. Memandangkan hari itu hari Ahad, maka banyak tempat2 sebagai tarikan untuk orang luar seperti kami. Kami ke Gaya Street di mana di situ diadakan Sunday Market Street Fair. Satu kesukaran berkereta adalah untuk mencari parking. Sudahnya, kamihanya melihat lihat sahaja kawasan Fair tersebut. Gaya Street fair menjual pelbagai cenderahati dan krftangan yang intimewa dan unik hasil tangan orangSabah. Aku tidak membawa pulang apa-apa pun dari situ.



Dari situ, kami ke Filipina Market. Aku memilih untuk ke Filipina Market pada waktu pagi kerana tidak mahu bersesak sesak dan berpanas kerana menurutkata Alangz, keadaan di stu panas dan kurang sesuai untuk membawa kanak-kanak kecil. Alhamdulillah, pagi itu ketika kami ke sana, masih lapang dan selesauntuk kami membelek-belek dan melakukan tawar menawar untuk barangan kesukaan kami. Ketika kami keluar dari situ, matahari betul-betul berada di atas kepala,dan orang ramai sudah mula ramai mahu membei belah di situ.


(Lydia kat Filipina Market - banyak dia dapat free gelang mutiara sebab kakak2 makcik2 tuh geram kat dia)

Kami meneruskan perjalanan kami menuju ke Kota Belud. Niat kami sudah tentu untuk melihat Pasar tamu Mingguan di situ. Perjalanan ke Kota Belud dari KK mengambil masa selama setengah jam melalui Jalan di persisir laut Likas dan Tuaran. Sampai di Kota belud, kami terus memasuki pekan kerana sangkaan kami, sudah tentu Pasar tersebut terletak di Pekan Kota BElud. PEkan Kota Belud merupakan satu pekan yang kecil tetapi ada potensi untuk membangun. Sekejap saja kami sudah memusingi keseluruhan Pekan Kota Belud. Namun, tidak ada kelibat PAsar Tamu Mingguan di situ. Yang ada hanyalah Pasar Tani Kota BElud. Terus aku membuat anggapan bahawa Pasar Tani itu jugalah sebenarnya Pasar Tani. Aku merasakan tiada sebarang keistimewaan pada pasar Tani tersebut, jadi, mengapakan Pasar Tamu Mingguan itu begitu di gahkan bukan sekadar oleh oleh kerajaan negeri Sabah, malahan Kerajaan Malaysia juga. Nama Pasar Tamu sememangnya dekat dengan aku kerana kerap sangat mendengar nama itu semasa di sekolah (salah satu subjek, aku lupa subjek apa... Perdagangan? Geografi? Sejarah? Alam dan Manusia? .. entah! tapi adalah)

Oleh kerana kurang berminat, kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kami ke Ranau, melalui Tuaran, bermakna kami harus patah balik ke Tuaran.Suami pula bercadang untuk ke Ranau terus dari Kota Belud, tanpa perlu ke Tuaran semula. Aku Ok saja. Rupanya ada hikmah suami memilih untuk ke Ranau terus dari Kota BElud. Tidak sampai 1KM kami keluar dari pekan Kota Belud, tertera papan tanda Tamu Mingguan. Laaa.. rupanya sangkaan kami tadi meleset.Aku rasa, pihak perbandaran sepatutnya meletakkan papan arah ke Tamu Mingguan ini di Pekan, bukan saja di jalan masuh ke pasar itu sendiri.

Rasa berbunga hati aku, ye lah, dapat juga aku tengok sendri macam mana keadaan Pasar Tamu yang di conquer oleh masyarakat pendalaman suku kaum Bajau. Di sana, terpana sekejap aku... bilangan manusia dan lembu lebih kurang sama sahaja. Di mana da manusia, di situ ada lembu, dan di situ juga ada 'bom hijau' hasil kumuhan sang lembu. Bila aku ceritakan perkara ini kepada Siti bila kami bertemu malam itu, katanya kalau Tamu Mingguan Besar, lebih seronok kerana bukan saja lembu, malah kuda juga sama banyak dengan manusia. Menurut Siti lagi, Tamu Mingguan besar hanya berlaku sekali dalam setahun. Kami tidak habis me'round' pasar tamu kerana malas nak berjinjit-jinjit kaki mengelak tahi lembu. Sudahnya, kami keluar semula dari situ. Namun sempat juga kami meninjau2 keadaan wanita2 penjual yang pastinya berketurunan Bajau. Puas hati kami kerana betul2 sudah melihat Pasar Tamu Kota Belud. BArulah senang hati kami untuk meneruskan perjalanan ke Ranau.


Perjalanan ke Ranau bertemankan langit mendung. Kereta kami berjalan menyusuri Sungai Tintapon, Sungai yang jernih, bersih dan berbatu-batu. Pemandanganyang sangat indah! .. Jalan raya sunyi kerana tidak banyak rumah yang ada di sepanjangnya. Sesekali, kami melintasi perkampungan yang aku percaya merupakan perkampungan orang Bajau yang menjual hasil di Tamu Mingguan. Nama-nama seperti Kampung Lasau Tentapon dan Pekan Taginambur yang sememangnya asing bagi kami itulah antara beberapa kampung yang kami lewati. Suami kata tak apa kalau nak berhenti sekejap di bahu jalan untuk mengambil gambar, tapi aku tak berani. Jadi, pemandangan indah itu hanya terabadi di kotak ingatan kami sajalah ..

Tidak kami sedari, rupanya perjalanan kami semakin lama semakin tinggi, jauh meninggalkan Sungai Tintapon menuju ke arah kaki gunung Kinabalu. Ketika ini, rasa cemas mula menyelubungi aku. Aku melihat meter minyak kereta sudah hampir benar dengan E .. sedangkan kami tidak tahu berapa lama lagi kami harus berjalan sebelum sampai ke pekan Ranau. Lebih mencemaskan apabila melihat kiri dan kanan adalah gunung-ganang yang menghijau dan diseliputi awan dan kabus putih. Kenderaan juga tidak banyak melalui jalan itu, menyebabkan bibir aku tidak henti-henti membaca selawat ke atas nabi. Siaran Radio juga tidak dapat menembusi kawasan itu. Suami yang meyedari kerisauan aku cuba untuk menenangkan keadaan.


"relax lah .. cuba nikmati keliling kita ni dulu .. tak selalu kita dapat tengok pemandangan cantik macam ni ..."


Aku tersenyum, tapi hati aku tetap berdebar debar. Debaran lebih kencang apabila melihat beberapa kesan kejadian tanah runtuh yang turut menghakis bahu jalan raya, sehingga tiang-tiang elektrik yang terpacak di bahu jalan turut hampir tumbang menyembah bumi yang nun jauh di bawah gaung. Oh, lama lagi ke Pekan Ranau ni! aku menjerit dalam hati. Kalaulah apa2 terjadi pada kami, entah siapalah yang akan tahu ni!...

(bersambung ...)

8 comments:

  1. best giler...cuti cuti msia

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:52 pm

    comelnya lydiaaaa...takde gelang mutiara untuk auntie ke? ;D

    fara, bestnye jalan-jalan. Takde lagi ke poster Felix? Hehehehe...tak sabar nak tunggu apa jadik. Sempat ke ko sampai Pekan Ranau?

    ReplyDelete
  3. kau ni punya debar-debar faraaa oi, tak leh pakai! asik berdebar je! risau lak aku! kehkehkeh..

    ReplyDelete
  4. syok tu....kalaula aku punyer wang dan harta yg byk suma ingin kuterokai...janji...Made in SABAH (amacam????)

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:29 pm

    Ko makin mempopularkan aku fara... mekasih... populer kan lagi... populer kan lagi... hahahhahaaa.....

    Aparah... orang patut enjoy tengok view.. peduli kan minyak keta tu. tu org cakap.. pompuan nie cepat sangat cemas nyer.. releks... kalau habih minyakpun paling tidak mesti dapat merasa naik kuda yang ketot-ketot tuh.. hehehee.....

    Cepat sambung... ahakzz...

    ReplyDelete
  6. pawaka: memang best, bila balik tengok wallet kempis tu yang tak best

    adoque: aku jenguk2 tak der plak poster felix hahaha

    angah: nak buat camner, dah sebati beb!

    ellyn: kalau harta dan wang banyak, sabah tak pandang laaa.. hahaha

    alangz: haa? kuda ketot? eeiiii hahahha ...

    ReplyDelete
  7. Takpe ko dgn alangz rondo dulu Sabah.

    Nanti dah cukup maklumat aku pulak pegi.

    ekkkk tapi bila bah

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:23 am

    Farah .. ko lalu tak depan x-school aku, All Saints High? hahaha! Dah lama aku tak 'balik' Sabah. one of the best place aku pernah tinggal. :) - zurachomel :)

    ReplyDelete

Popular Posts