Puasa sudah, beraya kat kampung pun sudah .... cuma beraya kat bandar aje belum bermula ... traffic jammed kat highway sudah, traffic jammed kat jalan2 bandar baru je nak bermula .. esp. bila weekends, ngan insan2 nak berkunjung ke open house di serata Lembah klang.
Raya aku, Alhamdulillah .... raya pertama kat Klang, raya ke-dua bertolak ke BatuPahat sampai la raya ke-lima. Hari ni, raya ke-enam, aku kat rumah, still cuti konon2 nak kemas rumah dan kemas segala baju2 kuar daripada beg. Tapi, sementara tunggu baju dalam washing machine, aku pun online sat ..
OK, now, pasal raya ni la kan ..... perasan tak? skang ni kan, raya dah tak berapa kalerful lah, sebab masing2 nak sedondon2 dengan family, last2 satu kaler je semua .. termasuk la family aku, kami berempat pakai kaler biru, bila kumpul ngan adik beradik kat rumah mertua, dorang pun biru... sampai ke johor, dorang pun biru... ishhhh ... biru je saujana mata memandang .. so raya tahun depan, aku takmo wat sedondon lah .. nak kaler lain2, biar kalerful sket di hari raya ... tu dia, dah cakap pasal raya tahun depan ... well ...semoga panjang umur :-)
Then, orang semakin banyak duit, and daya kreativiti semakin menonjol lah... sampaikan duit raya pun bukan lagi berbentuk duit raya .. ada yang bagi duit raya pun dah berhias2 bagai, ibarat door gift majlis kawen lak.. hiks! and ada gak anak2 aku dapat duit raya, yang bersampulkan purse ... huhuhu ... tak main le sampul2 raya free dari bank dek non! duit raya pun ada revolusi kan... :-)
Dengan adanya kenderaan di setiap family, dah tak banyak orang jalan2 suami isteri sahaja. Kalau beraya, wajiblah berbondong2 sampai 6 kereta .. dah macam marhaban gitu ... cuma kalau marhaban tu, sampai berpeluh2 lah tuan rumah nak melayan .. sampaikan yg ada tu, tak bercakap tak berborak pun dengan tuan rumah, yg tetamu muda2 semakin tak pandai berbual dengan sedara mara, sebab mak2 aje lah yang berborak ... corak beraya pun ada perubahan kan? ...
Lepas raya je, tu dia, kat Facebook masing2 dok upload gambo raya ... :-) maklum lah, dah tak de nyer nak cuci filem bagai kan .. so, pakat tayang kat facebook aje lah kan .. globally bleh tengok ..bukan setakat keluarga aje kan .. :-) Aku, raya pertama petang tuh, aku gi kedai gambo, print gambo yg kitorang pose kat rumah pagi raya tuh .. mak mertua nak suh print beso so that dia leh tayang kat tetamu ... sampai aje kat kedai gambo Meru, aku tgk ramai plak family2 amik gambo kat kedai .. ngan baju raya, ada yang kilat-kilat bagai baju dorang .. last2 aku pun teringin nak amik pic kami berempat kat studio ... jenuh nak kasik Idlan tgk lensa kamera ... adeh ... tapi lepas 5 kali snap, baru le OK sikit ... malas dah nak tunggu2 lagi, sbb dah petang sangat ... patutnya hari jumaat dah boleh ambik hasilnya, tapi sbb aku balik johor khamis.. s0 ni kejap lagi baru aku nk amik, pastu nak frame siap2 .. bila hubby balik kerja kang, suh dia tampal kat dinding ... so, korang datang lah rumah aku ... leh aku show off gambo raya kat studio aku amik di hari raya pertama ahakss! aku tak upload katfacebook kot sbb takdak softcopy.. nak scan pun tatau camner sbb aku print 16R ... harus nampak lobang2 jerawat aku tu kang .. kosser!
Sekian cerita raya aku ... kang, entry2 lain aku selit2 gak citer raya ... aku nak sidai baju, pastu nak mandi, pastu nak kuar gi bank .. nak bayar kereta, nak bayar kad kredit, nak collect cheque, nak ushar2 kot leh shoppping lagi ..opss!
C ya !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
amboiii...sakan sungguh raya yek...cuba tempek sket gambo duit raya yang bersampulkan purse tu, rasa mcm tak jumpa lagi
ReplyDelete