Friday, 31 March 2006
Sejenak Seringkas Lalu
Haaa Chummmm!!!! huh! berhabuk bersarang blog aku ni. Sampai terbersin .. :-)
Tapi aku tak de apa nak diupdate. Hidup aku diselubungi kesibukan yang tak bertepi.
Tapi, aku sebenarnya happy dengan kesibukan aku ni. Rasa penuh hidup aku. Macam orang gila aku rasa, sebab aku happy stress banyak kerja, aku happy kena sembur dek client, rasa semua yang tak bagus tuh aku senang2 aje absorb. Tak payah fikir panjang, aku tau kenapa aku happy. Sebab masa aku terisi, dengan sebenar2 isian. Penuh rasanya waktu2 yang dah terlalu lama kosong terluang...
Cuma blogging activity jadi limited. Yang tu aje aku tak suka. Itupun sebab kat rumah takder internet connection. Kalau tak, boleh jugak aku seimbangkan antara tiga commitment ni. Family, Office and blogging ... hahahha ... Wah, macam hebat aje bunyinya ...
Now aku blogging kat office, di malam Sabtu ... Opss .. bukan aku stay kat office sebab busy, busy tu dah lega sikit dah dengan submission awal pagi tadi... tapi, malam ni ada kenduri doa selamat kat office ... officewarming bersekali dengan kenduri sempena start new project. So, hidung aku ni dah disuapkan dengan aroma-aroma sajian yang bakal dijamu nanti. Otak pun dah dapat isyarat hidung dan memberi isyarat pulak kat perut ... lapaarrrr!!!!
Esok, lusa, tulat dan langkat aku bercuti. Tiket dah beli lama, tapi baru sejam tadi aku reserve hotel. Yang lain-lain aku tak terplan lagi. Just wait and see lah macam mana kat sana nanti. So, sampai jumpa lagi masa bila aku dah balik nanti aje, itupun kalau aku still boleh mencuri2 masa terluang.
Peace!
Sunday, 26 March 2006
Saturday! Saturday!
Dah dapat! anak dara ni sibuk nak bawak beg - aku kasik ke beg plastik CD tuh
Pak!! nak air ilo!!! Habis satu McD dengar jeritan dia
bapak, ammmm ...
Destinasi ke 3
Dietlm PJ Warehouse Sale - ramai sangat manusia, kami borong kellogs corn flakes ngan juices aje ... Tapi, bukan borong mana pun, sebab byknya dah nak expired ... tapi, kalau nak buat party ke, memang berbaloi lah beli banyak2 kat sini.
Lepas tuh ke Carrefour, tapi tak turun sebab Lydia tidur, bapak aje turun beli susu
Then ke Puchong, gi KelambiArts Embroidery and Premium Centre, kedai abang aku, amik design t-shirt untuk kilang husband.
Then ke Jusco Bkt Raja
Then baru balik rumah
Malam ni dah kat rumah MIL balik sebab besok pagi2 (Ahad) nak ke Stadium Shah Alam, car boot sale (tapi skang dah dipanggil Sunday Market sebab sikit aje yang betul2 car boot sale nya)
PENAT!
Friday, 24 March 2006
Bulan Madu
Dah dua hari kot Lydia tak nampak muka aku. Aku balik, dia dah lena, aku pergi dia masih lena .. dah 3 malam aku tidur rumah MIL sebab dah lewat nak balik rumah, kesian nak angkat2 Lydia then pagi2 nak hantar lagi .. so terus jek tidur rumah MIL. Balik, sampai rumah siap2 terus tidur ...
Sibuk tu satu hal. Tak dapat nak beramas mesra ngan family satu hal, Kena smash dengan users satu hal! manalah tak runsing hidup aku. Berterabur betul ni. Nih sempat la aku cilok sket masa nak update kat sini. Update sbb nak mark ke'bz'an aku nih.
Nasib baik dalam sibuk2 tuh, ada gak yang dapat mem'fresh'kan aku. Dua hari lepas, time tengah terkejar2, tergaru2 kepala dok siapkan presentation, datanglah package kat ofis. Aku terus tau dah apa dalam tuh ...
(ini je yang tinggal ... yang lain dah 'selamat')
Rupanya dah sampai dah utusan coklat dari Canada, kiriman xy'd ... dia siap ingatkan dah hilang dah .. hahah bila aku wish thanks kat dia dalam tag, soalan pertama dia, 'Cair tak?' hahahha .. aku rasa pernah cair kot, sebab bentuk nya ada yang dah tak mcm asal gitu. Tapi, bila dimakan yummmmyyyy!!! So, thanks zaidee daun keladi (boleh?) ... At least ada jugaklah perkara yang meng'happy'kan aku dengan kedatangan cekelat tuh.
Nak bloghopping pon dah tak dapat berlama2 macam dulu. Tetap memvisit blog member2 .. cuma nak bukak blog2 lain memang tak der lah. Tak macam dulu, semua blogger name tuh aku rasa aku nak click nama dorang dan baca2 ke sana. Dah tu siap baca semua komen2, dah tu siap click lagi pulak kat blog orang2 yang komen..hahaha rajin! Sekarang tidak lagi. Aduh!
Itulah aku rasa masa bulan madu aku dah berakhir dah ... itu yang semalam aku letak kat status YM aku tuh macam tu, Honeymoon's year is over aku tulis. Haa .. terus datang message2 orang2 kepala kuning .. dengan soklan2 yang tak berapa nak bernas .. macam ni ..
"Woi, ko setahun nak berapa kali honeymoon?" (kenyit)
"Sudah2 lah tuh Honeymoon tu ..."
"Habis honeymoon dah? dah dapat hasil dah?"
"...aku tau la ni malam Jumaat ..."
haaa.. yang macam-macam tu la lebih kurang nya .. sabar jek la aku nk merespon orang2 tuh, dah la tengah betul2 busy. Hahahah .. dah lah bila aku kata busy, semakin galak dorang me'message' aku .. aku plak mmg jenis yang tak berapa pandai menolak pelawaan berborak! hahaha tak ke merunsingkan tu? mana nak siapkan kerja, mana nak borak? hahaha .. ok tak alasan aku tuh?
So, itu je lah update nya. Aku nak sambung runsing ni.
salam.
Wednesday, 22 March 2006
Kenyang Perut Senang Hati!
Apa mimpi ntah malam-malam ni aku online pulak. Oh, mana ada mimpi daa..actually aku ni overnite rumah MIL ni. Aku baru je balik, lepas ofis tadi, husband aku ajak dinner, sebab dia pun diajak oleh kawan2 ofis dia, mcm naik meraikan seseorang gitu. Aku ikut je, mula-mula plan nak ambik Lydiadulu, tapi sebab hujan, so jalan jammed, dah kira2, sure lah tak sempat nak sampai ke rumah before maghrib. Itu yang terpaksa mintak tolong MIL jagakan Lydia jer dulu.
Janji pukul 8.30, so pukul 8.25 kot kitorang dah sampai kat situ. Kajang. Jauhkan?Actually maghrib pun dah sampai Kajang. Maghrib kat situ. Husband aku kata, biar kita tunggu orang jgn org tunggu kita. Lagipun cepat sampai adalah excuse nak cepat balik.
Orang yang nak membelanja dan orang yang nak ditraikan pun belum sampai. Kitorang jek over(awal2 dah tahu orang nak belanja, tu yang over sikit tu) ... sampai2 kat restoran Satayhaji Samuri tu, lepak je dulu dalam kereta. Kalau org tgk sure dorang kata kitorang nihdating gitu. Dok diam2 dalam kereta berdua-duaan... :-) Nasib baik tak lama, kalau lama, harus ada orang ketuk pintu kot? hiks!
Mula-mula order batch pertama ... 20 cucuk satay rusa, 80 cucuk mix daging and ayam ... time nihadalah around 8 orang .. zappp!! tak sampai lima minit, order lagi 50 cucuk, then datang lagi dua orangthen order lagi 50 cucuk, then datang pulak lagi 2 orang, then order lagi 50 cucuk .. time ni aku dah slow dah ..aku kira lidi aku, dah lebih 20 cucuk aku makan!!! segan plak aku hehehe .. rekod tertingi tuh sepanjang aku mkn satay .. satay kajang pulak tuu!! Lain la kalau satay kat Johor tuh yang kecik2 comel2 tuh mmg pon aku boleh sebat banyak ...tapi, tak leh lawan tadi nih lah jugak .. so, bila aku segan, aku pun ambik semua lidi2 satay aku,aku letak kat tempat husband aku ... kahkahkah! coverina baekkk punyer! lepas tuh buat muka tak bersalah, boleh?
and last couple sampai, bawak pulak baby dia yg sebaya dengan Lydia. Terus datang balik rasa bersalah aku kat Lydia sebab tinggal dia .. so lepas kiss2 baby comel tu, aku pon jeling2 lah husband aku .. cepat aje dia faham,terus dia kata Jom kita balik, aku pun ON jek lah .. org yg membelanja pon faham, dia kata oklah org yg first datang first balik ... then dia tengok lidi2 kitorang, selamba dia kata, oh ko mmg tak kena bayar sebab makan banyak,!sapa mkn sikit dia kena belanja .. kahkah! Kenalah makan banyak beb! barulah berbaloi datang jauh2 tuuu ...
aku rasa lepas tuh sure ada lagi order kot?
fuhh!!! kenyang satay aku malam nih, terus tak boleh tidur ... Alhamdulillah ...
Minggu nih macam murah jer rezeki .. tak putus2 dapat makan free ... mula2 time gathering, lepas tuh masa mak akudatang KL, SIL pulak panggil ke umah dia, banyak dia masak2, ada lauk pauk kampung, ada western, ada jugak kuih muih yg dia tgh bersemangat nak buat sendiri ... meriah betul hari tuh kat rumah dia sebab semua adik beradik aku ada ..cuma 2 orang anak buah jek tak de sbb tak cuti.
(Antara anak-anak buah aku yg kecik2, yg besar2 dah malu nk enterframe - eh, anak aku pun ada skali)
Then kat office semalam pun dapat makan free jugak sebab ada kick off ceremony ..then today pulak .. hmmm mudah mudahan aku pun dimurahkan rezeki so that bolehlah aku pulak merasa membelanja orang.Ntah ada ke yang sudi kalau aku nak belanja ni?
Aku tengah peninglah, nak pergi ke KK tu? seriously, aku lom ada any planning pon lagi .. semua masih terkapai2je gitu. banyak yang aku fikir, pros n cons nya .. cuti dah mintak, husband plak ikut jek apa yg aku decide.Dia kata, kalau tak ke KK, cuti tuh spend kat Johor aje lah. Aduh dilemanya!Bila baca blog pengembara nih, macam teruja pulak,tapi bila cik ratu ragging nih citer pasal airasia dalam blog dia, aduh, lemah lutut den nih.
Ku..terpinga..tertanya..di dalam dilemaku ..
(Petikan lagu Dilema: KRU)
Kat office pulak semakin bz ahh (kenyit sikit, bilal) ... rasa terbatas aktiviti lepaking aku kat reban ni. Agaknya nanti aku cuma dapat parking nama je kot? macam yang pesona bulan nih selalu buat tu. Ish, tak dapat nak imagine! Habislah kalau lama nanti aku tak menampakkan batang hidung aku kat sana nanti, harus nama aku kena erase dalam survivor tabung ayam tu nanti .. aarrghhhh!!! aduh! kalo terusan ginih, bisa kangen gue sama temen-temen gue di sana ..
Oklah, dah pukul 1 am ni (Wah! tak sangka beb! gua pon wat entry malam2 buta macam minah nih ...) aku nak tidur pulak.
Chio!
Monday, 20 March 2006
Kali Pertama
tension betul!
mula-mula aku dah tulis entry, banyak lah jugak, tiba-jek internet buat hal, hilang padam window aku semua ... so aku memang dah give uplah .. tapi, aku kuatkan semangat lagi ni, memang lain dengan apa yg aku tulis tadi, biarlah! Lagipon orang tuh sindir plak aku kata aku nih jgn payah nak diharap kalau nk tulis pasal gath nih..
aku nak cerita pasal aku pergi gathering ... kenalah cerita, sebab ini 1st time ever ni. Lom pernah aku join any gathering jumpa geng chatting. Dulu kalau ada orang ajak, aku buat2 tak dengar aje ... sebelah mata pun tak berapa nak pandang gitu.
Tapi, gathering yang satu nih, aku tunggu pulak. Aku tak pelik. Aku tau, sebab aku rasa ala2 close gitu dengan para-para peserta yang datang gath tu. Macam ada bonding gitu.
So, setelah berplanning-planning, berpreparing-preparing, berimagine-imagine, dan bermacam ber lagi, Sabtu semalam terjadilah gathering tu.
Kat Manhattan Fish Market Ikano tu. gathering untuk para taggers Blog Joe Perantau.
Aku antara yang awal lah .. aku mmg suka datang awal, selain kerana sifat semulajadi yang berdisiplin dan poyo, aku sebenarnya segan datang lambat...aku kalau dtg lambat selalu perasan macam semua mata akan tersorot ke arah aku. Segan gilerrr .. hhahaha .. sukar nak control tuh!
Masa aku datang dah ada dah dua tiga orang aweks yang lebih
Selepas sesi2 berkenalan, barulah datang sefamily ni ... sempoii jer dia nie datang bawak sebatalion. ;-) AKu ingatkan kapal aku jek besar, rupanya kapal dia lagi besar daaaa .... ;-)
Then, datang pulak teruna nih. phewiiitt!! ala2 segan gitu aku nak berregur sapa sangat-sangat dengan dia ni. Satunya sebab aku selalu sgt suruh dia update blog dia cepat2 .. especially lately nih ..maklum ler nak jadikan rujukan. Kedua, sebab dia nih rajin berjalan, so luas la pengalaman nak banding aku ni .. Ketiganya, dia nih ada kata, dia kalau ke gath, suka skodeng gitu ..memerhati prilaku orang sekeliling gitu. malu i ols occayyyy!! tapi, bila dah lama2 sikit, aku plak yg over2 dok mengusik dia .. boleh?
Then datang pulak pasangan ni.... amboi amboi amboiiiiii kemain lagi mereka nih! satu kezutan yang tak terjangka! walaupun aku dah ala2 pernah meneka dalam kesamaran, tapi tetap ianya satu kezutan ... tepuk untuk mereka berdua nih! boleh berlakon occayy .. dah la salah seorang tuh memang ada wajah pesona bintang gitu kan arc? .. seorang pulak lagi, ala-ala pesona bulan! .. haha!
Tak lama lepas tuh, barulah muncul ratu2 tag nih. Anak dara dengan Mak Dara tuh .. terus bertambah kemeriahan tempat tuh.
Akhir sekali sampai lah sorang lagi anak dara ... apa lagik, adalah mata2 yg sekodeng tuh kan? yang dah pasang niat gitu harhar!
galaknya suasana, macam dalam tag! YEP! sebijik beb! ada yang mulut tak berhenti, suap pun iye, tangan dok turun naik pun iye, makan pun iye .. ada jugak yang skodeng aje .. tak ke sama macam dalam tag? cuma takder yang terlompat-lompat atau menyeringai macam icon dalam tag tu jek .. yang lain, sama! :-)
(Before order sampai, pose duluuu!!)
Seronok giler! part paling seronok is the suprise lah! walaupun aku pernah agak2 dalam tag pasal suprise ni, bila betul2 dianoounce, tetap jugak aku rasa terharu .. serious, terharu giler! sampai rasa macam tak boleh nak makan ... tapi, aku berjaya jugak makan sampai licin habis.
sedap je makanan tuh bila orang belanja kan?
(Apa??? Joe belanja?? jommmm tambah order!!)
so, selebihnya, macam tu lah .. makan, borak, gelak, pose ... sampai tak perasan kedai nak tutup, sampai tak perasan anak dah ngantuk ...
Diorang sambung lagi kat mamak .. aku terpaksalah sedar diri, berpijak dibumi nyata .. anak dah tak larat nk bukak mata ... kenalah balik..lom sempat kuar dari tmpt parking pon Lydia dah tido! lagi pun aku kan ke bawak anak dara orang jugak? ingatkan ke ada lelaki budiman nak ngantar anak dara tuh balik? hehehehe ...
All in all, it was soooo fun lah! nasib baik aku join! mmg best! Thanks lah Joe, sebab ada tag ko lah adanya gath nih, sebab adanya gath ni lah ko belanja .. sebab ko belanja lah gath jadik lebih meriah! sebab tu semua lah aku happy dan berterima kasih!! .. love u ols!!
dengarnya lepas nih ada sesi boling? aku kan ke juara? Juara Longkang kenalah muncul kan?
*gambar ihsan kamera ima.
Monday, 13 March 2006
Remind me, I am a Mother
Tuesday, 7 March 2006
Sireh Pulang Ke Gagang ...
Bila tiba hari Jumaat, tunggu punya tunggu punya tunggu, dekat pukul lima petang barulah dia balik. Geram jugak, tapi rindu punya pasal, tak le aku merajuk. Kesian pulak dia kalau balik-balik tengok muka aku monyok. So dah petang, memang tak sempat nak service kereta. Cepat2 pergi klinik. Then balik rumah, kemas-kemas sikit, bagi Lydia makan ubat demam dulu, lepas maghrib terus ke Bandar Kinrara ambik adik aku yang nak balik kampung sekali.
Dah lama betul tak balik kampung. Dah 3 bulan rasanya. Aku mana boleh lama-lama sangat tak balik kampung ... walaupun mak selalu datang KL, tapi aku tetap rasa lain kalau tak balik kampung. Kat dalam kereta, aku suruh adik aku duduk depan, jadi co-pilot, aku dengan Lydia duduk belakang je senang Lydia nak baring. Lagipun, husband aku nak aku tidur sebenarnya. Dia kata kalau aku tak tidur, tak senang dia nak drive,dia kata aku ni mengalahkan JPJ. Kereta depan jarak 1km tekan brek lampu merah aku dah gabra. Cepat2 aku cubit peha dia kasik warning. Itu yang dia rasa tak selesa tu. Kadang-kadang aku tiba-tiba je jerit, boleh? kesian dia ... hehehe...
Sampai kampung, dah pukul 1 pagi. Sampai bukan terus tidur, mestilah borak-borak dulu..last last pukul 3 baru lelap.
Pagi tu breakfast lempeng cecah sambal tumis udang. Sedapnye! :-)
Lepas tu sempat jugak aku online, check emails, sempat gak aku menjengah kat blog-blog orang .. sempat gak aku layan chat kat tag aku biasa lepak. Seronok lepak situ tu. Chatting ramai2 gitu. Topic2 biasa pun ada, suam2 kuku pun ada, panas pun ada ....
Then adik aku ajak gi bandar Batu Pahat. Aku Ok je. Dia nak beli baju kerja, aku kata kat dia berlambak mall kat KL, kat sini jugak dia nak carik, dia kata tak de time nak shopping hari2 kerja... apa laa..Dah alang2 nak keluar ke town, aku ajak mak lunch kat luar, makan kat kedai favorite kitorang satu family. Dulu gerai tu kat bawah pokok besar yang sangat rendang ..so redup aje. Food dia, asam pedas .. nak kata sedap sangat tuh tak la pun, aku masak lagi power kot hahaha .. tapi, kedai dia memang laris sangat. Kebetulan pulak, kedai makan tu terletak bersebelahan dengan stesyen minyak BP. So, selalu kitorang cakap macam ni je kata nak ke situ..
"Jom ke BP, makan kat BP sebelah BP" ( Jom ke Batu Pahat, makan kat Bawah Pokok, sebelah BP stesyen)
Tapi, sekarang ni pokok besar landmark dah takde, kena tebang dengan MPBP (Majlis Perbandaran) .. tapi, still we all panggil dia asam pedas bawah pokok.
Before tu, bawak adik aku ke The Store, Summit Parade. (Kat sini (BP), The Store lah yg paling fofuler .. ada 3 outlets in the same town .. dasyat!) ... ada pulak sales. Lydia pulak sedap je tidur dalam stroller, sedap la aku menjamu mata membelek2 itu ini. Semua aku belek .. paling lama kat bhg. Hangbag dengan kasut. Aku jeling kat hubby, dia angguk ... wohoooo ... ada green light plak! ... So aku amik satu handbag, lepas 50% diskaun, dapat lah rm60..boleh la tu kan?.. aku cuba kasut2 semua, ada yang berkenan tapi sebab lama sangat aku dok menery, sampaikan Lydia terbangun dan nak aku dukung dia plak .. terbatal niat nak beli kasut. Masa nak bayar, aku sempat rembat few things for me and hubby gak. Tak banyak lah shopping, tak sampai pun rm150. And of course for some people, itu bukan dikira shopping pun tu namanya. :-)
Balik, mak nak beli ikan. So kitorang ke tempat selalu kitorang prgi kalau nak ikan fresh yang baru naik dari sungai. Kira tmpt pemborong ikan lah .. kat tepi sungai. Mak beli udang dengan ikan merah, yang mana wajib bila balik nanti, aku kena masak asam pedas jugak. Lunch kat town asam pedas, dinner pun asam pedas. and guess what? malam tu abang aku pun balik kampung, and pagi2 ahad dia ke pasar Rengit ( Tempat ni last week kot masuk Majalah 3 pasal orang asli yang jual perabot2 terpakai tu), beli ikan manyong, and again .. lunch on Sunday pun asam pedas. Tapi, semua pun tak kisah .. asam pedas tuh kira menu favorite family aku ..(aku rasa most of orang Johor kot) .. and it happened that asam pedas lunch tuh aku masak banyak, so dinner pun berlaukkan asam pedas jugak ... hahaha ... puas aku makan asam pedas kalau kat kampung. Ye lah, kat sini, jarang sangat aku masak asam pedas ... sebabnya aku jarang masak hehehe .. selalu makan umah MIL, dia pulak tak pernah masak asam pedas.
Sunday tu jugak aku ke pekan Senggarang.. Ini pekan kecik aje. Waktu paling ramai is Sabtu pagi sebab ada pasar minggu. Masa aku kecik-kecik, Senggarang ni lah aku rasa paling meriah. Kalau dapat ke Senggarang ni dah rasa best sangat. Arwah bapak rajin jugak bawak kitorang pergi Pasar Senggarang naik motor lepas dia menoreh getah. Kalau nak beli baju sekolah pun, kat kedai cina Senggarang ni aje belinya ... So Sunday tu aku ke sana, sebab nak potong rambut. Dah naik pulak harga ... last year aku potong, rm6, semalam tu rm7 pulak. Tapi, still murah dari Klang.
Ahad malam, lepas maghrib, baru bertolak balik Klang. Aku nih bab2 nak tinggalkan kampung mmg rasa pilu yang amat. Sedih banget! Dah lah malam, then bila kereta bergerak tinggalkan halaman rumah .. mak pulak sorang-sorang tinggal, duduk kat kerusi kat beranda rumah, melambai-lambai tangan kat kitorang .. hmmm .. tiap kali balik kampung, itu yang aku tak sanggup tu. Bergenang air mata aku masa cium tangan dan peluk cium Mak.
Bila lagi nak balik kampung ni .... sorry la korang, aku dah lama tak update, tapi takder apa nak citer, tuh yg aku citer aku balik kampung ... layan je laaaa okes? :-)
Eh cop!, semalam aku EL lagi ... so kat umah bantai tengok TV jek. Best! LOST new season dah start! tapi, yang tak bestnya, waktunya clash pulak dengan Monk ... adeh!!! dua2 aku suka ... Ala, actually LOST tuh kalau nk baca sinopsisnya mmg complete ada kat net .. tapi..tidak sekali kali aku nak buang thrill masa menonton sebab dah tahu ceritanya ... :-)
Wednesday, 1 March 2006
Good Morning Malaysia!
tak best lah bila husband aku keluar outstation.
satunya tentulah sebab tak larat menanggung rindu
satu lagi sebab aku rasa tak secure, sebab bila dia takde, means akulah satu2nya orang dewasa kat dalam rumah tu, dengan anak aku.
tapi, yang paling aku tak tahan ... bila dia outstation, aku kenalah pergi kerja sendirian. tak dapatlah aku nak bonceng motor kapcai dia, tak dapat nak be very very closed to each other memeluk pinggangnya, membelah angin pagi yang sejuk dan menyusuri kegelapan subuh nak ke tempat kerja.
malas betul bila kena drive sendiri ke tempat kerja. Ni ha...
sebab perkara2 dalam gambar tuh lah aku malas drive pagi-pagi. Ingatkan la keluar rumah seawal minit pertama tuh aku dapat mendahului 'jem' .. punyerlah bergegas2 keluar rumah betul2 sesudah subuh... rupanya tak .. 'jem' tetap lebih dulu sedia menanti aku, punyalah bosan dalam jammed, padahal baru pukul 7.00am kat Subang tu .. dah mcm tuh sekali, pesta lampu brek ... iihhhh!!! Lagu2 Mawi pun tak dapat nak menenangkan perasaan aaku yg kecewa .. sempat aku snap gambo2 pemandangan 'indah' di awal pagi tuh.
jammed kat jalanraya tu satu hal ... aku sampai PJ pukul 7.30am tu, sah sahlah tak dapat nak sampai KL before 8.15, so mmg la i have to use public transport plak. LRT Tmn Jaya tuh.. fuiyoohhh!! sejak minyak naik harga, ramai plak orang naik LRT agaknyer .. tapi, still kat jalan raya pon penuh!! hishhh ... gambo atas tu, org tengah Q tunggu LRT ... itu baru kat Tmn Jaya .. kalau tengok kat Bangsar dengan kat station KL Sentral ... fuhhh .. mau sakit jantung tengok! Q dia dah berkali-kali ganda panjangnya .. bila LRT datang, dah penung macam sardine .. memang takder nya nak dapat masuk .. nasib baik aku naik kat Tmn Jaya, penuh2 pun boleh lagi aku menyusup masuk .. itupun after lepaskan satu trip ... hishh .. dasyatlah sistem publik transport kat Malaysia nih. Sepatutnya diorang tambahkan lah gerabak tu ... Dah la tu, kadang-kadang tu, dah la manusia dalam macam sardine, ditambah pulak dengan panas sebab tak der aircond ..then LRT tuh jalan tersemput2 pulak .. pagi tadi lagi la best, tengah-tengah berjalan tuh, tiba-tiba dia buat emergency break!! nasib baik tak tumbang manusia2 dalam tuh.. ada yang berpaut kat orang lain aje ... sabar je la ..
itu yang aku bosan kalau kena drive sendiri, sebab nanti sure jumpa jammed kat jalan, nanti aku akan lewat sampai ke stesyen LRT, manusia pun dah ramai .. Semua jadi tak kena.
sebab tu aku bosan bila husband aku outstation.
Kejap tadi, aku baru dapat call,
"ada bad news ni... " husband.
"kenapa bang ..." aku.
"Abang kena extend my stay kat sini sehari lagi ni... Esok baru bleh balik PJ ..." husband.
aduhhhh!!!!
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...