Friday, 16 September 2011

1 Syawal di Batu Pahat :-)

*Peringatan: entry ini panjang. aku terbawa2 ketika menulis. Bear with me.
---

Wah! Syok sungguh aku nengok kawan2 yg dah update citer pasal raya dorang! Paling syok tgk pic2 raya tuh .. syok kan? Tgk pic orang pun aku leh feeling2 syahdu, apatah lagi tgk pic sendiri kan? maka aku pun teruja nk share citer raya aku ...


This year raya kat Batu Pahat.. hmmm mmg tak dapat disangkal lah ke’best’an nyer tuh. Aku pernah buat entry ‘AKU SUKA RAYA KAT BATU PAHAT’ untuk Aidilfitri tahun 2009. So, tahun ni.. sebenarnya aku boleh copy the same entry lah.. ekekekek.. sama jek Cuma kena tukar pic aje lah.. kasik lebih latest, yg mana anak2 cousins semua dah semakin beso.. ada yg aku dah tak cam .. sampaikan ada yg aku terkasik duit raya tapi ekceli dorang tu dah kerja hahaha, tapi tak apa .. utk yg masih bersekolah, aku kasik as sedekah, utk yg dh bekerja, anggap lah itu hadiah hari raya :-)

Pagi raya kali ni aku agak organized lah. Biasanya aku la paling x ready bila abang aku kata time’s up! Masa utk berkumpul dan salam mak …



Awal pagi 1 Syawal, rumah mak dah riuh rendah dengan suara anak cucu ready nk salam

ok, aku paling rendah, tapi aku makcik dorang! my nephews and nieces



nieces and nephews again :-)
 this year, aku dah ready … boleh pose2 lagi sementara tunggu yg lain .. wohoo.. bangun kul 5 lom tentu leh siap by 7 tau .. maklum la byk orang kan ... by 7.30 tuh dah kena siap utk bersalaman.

as usual, part ni mmg aku biasanya rasa berat .. bukan sbb takmo minta maaf, tapi tak suka berperasaan sebak melihat airmata mak bergenang setiap kali anak2 bersalam dengan beliau. kalau dah tgk mak bergenang air mata, apatah lagi aku kan? maklum lah aku pun seorang mak jugak... aku harap aku akan jadik mak yang terbaik dan sangat supporting macam mak aku! dalam pada berat tu, tetap jugak aku mendapatkan emak dan meminta ampun dan maaf, meminta mak menghalalkan segala yang mak dah beri dan masih memberi dan akan tetap memberi aku dan adik beradik lain. aku percaya, mak sayangkan kami semua ... mak akan sanggup memberi apa sahaja untuk kebahagiaan anak2 .. tapi apa yg kami mintak adalah doa dan restu emak utk kami dan anak2 kami.

aku dulu2 tak pandai nak mintak maaf mcm cara orang2 tua tu. aku tgk org2 tua dulu, mesti duduk bersimpuh, lepas tu dalam bahasa jawa, panjang betul ucapan maaf.. dengan berbisik2 . yang aku selalu terdengar ialah,

"aku njaluk ngapuro awal akhir bla bla bla diterimo pangiran...."
"Yo podo-podo aku yo bla bla bla ..."

sampai sekarang aku belom pandai minta maaf dalam bahasa jawa.

Masa aku kecik2, aku kekok nak cakap, "Mak, Aya (panggilan aku dlm family aku je) minta maaf". Biasanya, maksud aku biasanya dulu2, aku cuma cakap, "Mak, selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin"


Ucapan standard kad hari raya.


tapi now, beberapa tahun kebelakangan ni, sejak bersuami, ber anak2... aku tak lagi cakap selamat hari raya. aku terus kepada tujuan aku ... dan berterus terang. tak lagi meminjam kata2 dalam kad raya maaf zahir batin tu ... dengan suami, mak dan mak mertua ucapan maaf aku lebih panjang ... tujuan aku satu, meminta maaf dan minta mak halalkan segalanya... Alhamdulillah.. lain sangat perasaan meminta maaf dengan tulus ikhlas mcm tu. automatik, airmata akan bergenang jugak, tanpa dipinta.

dan paling sedih bila jawapan mak setulis ikhlas, memaafkan segalanya, mendoakan kami dan mak pun meminta dirinya dimaafkan oleh anak2 ... betapa lembutnya hati seorang ibu ... bukan sahaja memaafkan, bahkan meminta maaf sedangkan jelas sekali mak tak pernah ada buat salah kat aku dan anak2 lain ofcourse ..

Sebak. tersayat hati.






Kemudian baru lah bermaafan dengan adik beradik lain ... Alhamdulillah, keluarga aku masih bersama semuanya. Keluarga semakin besar, dan Alhamdulillah aku mempunyai abang2 dan kakak2 yang aku kira sangat bertanggungjawab. Dan Alhamdulillah, aku ada ahli keluarga yang boleh mengubah kesedihan kepada kegembiraan. Biasanya bila melihat mood anak2 dan anak2 buah yg belum memahami erti kemaafan, kerenah merekalah yg mengubah mood dipagi raya. Usai bermaafan, sesi memberi duit raya untuk anak2 buah .. anak2, itulah kegembiraan mereka selain dpt menggayakan baju dan kasut baru, kan?...


dan selepas tu zass ke rumah Wak Ajis (abang sulong arwah bapak, tempat kiterang mengadu nasib dipagi raya sbb beliau bagaikan pengganti arwah bapak) .. kat rumah Wak Ajis laaaagi lah meriah! Malas nk tulis banyak, yg tu tgk je lah kat entry 2009. Its about the same, Cuma makin bertambah ramai!

Secara fizikal, wak Ajis sihat, namun sedang menghadapi dugaan lain dari Allah S.W.T. kami sebagai anak2 beliau, tetap berdoa agar beliau sihat dan dapat bersama-sama kami lagi di masa-masa akan datang. Ucapan daripada wakil wak Ajis, yaitu Hj Khamim, cousin aku, sangat mendalam. beliau dalam nada sebak menahan tangis, cuba memberitahu kami, betapa eratnya ikatan kekeluargaan yang terjalin antara kami, sehinggakan kami dapat berkumpul dan bertakbir beramai sebagai sebuah keluarga yang sangat besar dan dapat merasakannya pada setiap pagi hari raya, adalah kerana kehadiran "bapak" (Wak Ajis). Ucapan beliau amat menyentuh hati aku. Dalam beliau berucap, diruang mataku menari2 hari2 yang pernah berlalu ketika aku kecil, ketika arwah bapak dan abangnya, Wak Ajis masih sihat membanting tulang dikebun.

Pantas masa berlalu. Semoga Allah memberi kesihatan untuk ibu, kedua ibu bapa mertua, ibu bapa saudara, keluarga, dan saudara seislam seluruhnya, Amin. (doa ini general utk semua ibu2 dan saudara2 uols pembaca ... )

gambar2 lain di pagi 1 Syawal


Di rumah Wak Ajis, usai takbir dan bersalaman dengan Wak Ajis dan cousins. tgk background, sesi bersalaman masih berjalan utk cucu2 yg kecik :-) lps habis tu, dorang plak duduk nk dpt duit taya :-) best nyer masa aku kecik dulu pun aku mcm dorang :-) - begitulah putaran masa.

eerrkkkk -- ni dah balik dari umah Wak Ajis, sementara tunggu orang lelaki pegi solat, aku posing ngan kuih raya :p

sambil melayan anak yg aktif bermain - Fahren dah ready nk beraya umah aweks kot ni ;)

from left: my 1st niece Aseh, my sister Shila, and my latest niece, Qisya (background belakang, aku tgh mengorek balang kuih raya)

sangat susah nak dapat pic yg perfect. sampai ke sudah tak dapat! yg menten ready adalah maknyer jek lalalalala
Aksi Fahren mkn ketupat sampai licin! dialah yg paling beraya sakan tahun ni! makan makan dan makan!
kan aku dah kata, makan makan dan makan! sampai camtu sekali .. ni kat rumah Wak Miah, the closest neighbour, wajib pegi raya pertama ..she is like my mak sedara jugak
Lydia and cousin, Dahlia

posing tak jadik. Lokasi: kat rumah wak Miah. Rumah mak yang aku nampak dari tingkap tu :-) dulu masa aku kecik2 aku salu jek lepas balik sekolah, terus jalan sini siap makan tgh hari bagai... wat mcm rumah sendiri...


 


ha, bosan dah kan? byk beno pic biru sajork! meh kiter pose kat bawah kehijauan alam fauna  ... bawah pohon belimbing, "nun di sana lah tempat ku bertemu... aku dan diaaaa" .. oopss sekadar nyanyian jek, tak mcm tu pun.. ekekke...
  
Waaahhhh! entry balas dendam kot ni? ekekke.. harus lah aku stop dulu... tak kosser nak terus sampai ke Syawal 2, 3, dan ke 15 ekekekke ...
 
Sehinggal bertemu di lain siaran hadek2 semua... Selamat Hari Raya! daa!
 
---

Monday, 12 September 2011

Berlalu Ramadhan - Syawal tiba - a Pre-Raya entry


Alhamdulillah, Raya kali tahun ni, kami sambut kat Johor, rumah mak aku. Well, mana2 pun sama, tapi honestly, tak tipu la kalau rumah family sendiri, for sure lebih exciting lagi.. feeling dia pun lain ..


Kami balik kampung hari sabtu, lepas berbuka. Alhamdulillah lancar sangat perjalanan. Kereta boleh kira ngan jari jek esp. lepas Ayer Keroh. Sampai kat rumah mak, dalam kul 1 AM … yg dah ada Cuma adik aku jek. Biasa la orang single ni, senang jek balik tak yah nk plan detail2 sgt … kan? Aku dulu masa single (cewah) .. selamba je balik kampung teruuus dari opis .. kuar opis kul 4, sampai umah terus berbuka …


Ok, persiapan raya kat kampung, yg best tuh ofkos la time menganyam ketupat.. this year mak aku sihat… dah boleh anyam ketupat, puasa pun full .. Alhamdulillah sangatttt! .. yg banyak menganyam mestilah kakak ipar aku, Kak Vivi .. dia la yg every year rajin tolong mak aku anyam ketupat.. sbbnya tiap tahun family abang aku tu beraya Johor .. raya haji baru la dorang raya Kedah plak.. 


My Hasben pun antara penyumbang utama menganyam ketupat gak .. aku maybe Cuma anyam dalam 20 bijik je  kot .. huhuhuhu … borak je lebih… ala, adik aku paling ngelat, anyak 2 bijik je kot tp makan dia plak juara .. lalalala … 


antara persiapan lain, adalah memacak tiang lampu raya di halaman, dah jugak memasang lampu raya lip lap .. hmm mcm sinonim ke lampu lip lap ngan raya kan? Padahal tak de makna apa2 pun .. maybe dulu2 org pasang lampu sbb dulu takde letrik so nak kasik terang jalan utk orang beraya waktu malam? Tapi lepas TV dah kasik byk rancangan raya, org pon tak berapa nk beraya waktu malam.. 


Petang Isnin, berbuka lah secara berjemaah .. well, dengan seorang mak, 6 orang anak, 5 orang menantu, 16 org cucu dan seorang bibik .. dapur rumah mak aku yg sebenarnye agak luas itu, sudah menjadik cramp! Tapi dlm cramp itu pun kami still duduk bersila dilantai bersama2 meng amin doa sebelum berbuka untuk hari terakhir Ramadhan tahun ni … 


hmmm  aku suka time ni .. lauk pauk sangat banyak sebab campur dengan juadah daripada jiran-jiran juga .. kemeriahan sebab main passing2 lauk.. mulut masing2 bising sbb tanya mangkuk ni, lauk dari jiran mana.. hahah sebab kami nak merasa semua orang punyer lauk .. syok lah gitu .. ok part ni aku x snap pic sbb aku sendiri sibuk makan!  Lauk feveret family aku mestilah lemak/tetel masak merah, dengan ayam masak kicap!! Peehhh kalau time x raya mmg x buat le tetel msk merah ni .. so bila makan tu mmg feel raya habiisss!


Malam raya, lepas dgr takbir raya kat surau .. (surau sebelah rumah je.. dari dapur leh dgr dorang bertakbir .. ) .. aku kumpulkan bebudak semua.. untuk nnyanyi besday.. besday Lydia was on 27th Aug, masih puasa, so tak dan nak  potong kek, so malam raya la aku potong kek utk dia .. itu saja lah.. :) .. SELAMAT HARI ULANGTAHUN ke-7 untuk LYDIA!..


Then, as usual lah, sebab cukup korum, berborak aja lah.. tapi ada gak yg pegi pekan Rengit, last minit shopping .. ada plak la yg kirim butang baju melayu la, sampin la, peniti tudung la.. benda2 kecik yg sangat perlu dipagi raya noks! Lepas tu, kecoh plak men bunga api.. bila kita main, jiran pon tumpang menonton, pastu bila turn dorang, kita pon menonton sama.. jiran sepakat mmebawa berkat katanyer! Tapi pengawasan org dewasa sgt perlu .. kejap jek kasik pun.. 


lps tu kaum2 ibu plak sibuk ler amik nombor nak iron baju.. hahahah every year gitu.. dah tau yg iron Cuma satu, tak plak bawak iron sendiri.. nak gak amik nomor,, hahah tapi itulah  kemeriahan kan? Ringan sama dijinjing berat sama dipikul.. kalau dah semua nk bwk iron sendiri, tak syok la kan? Sbbnya, aku mmg biasa duduk sembang borak masa kakak2 aku dok iron baju.. tolong teman katanyerrr!


Aku rasa malam raya tu aku tido pukul 2 kot .. :-)


OK, habis dah cerita pre-raya aku .. nanti lah aku sambung entry raya.. saja lah masukkan entry raya time2 ni .. so suasana raya menten jek sampai habis syawal nanti .. okeh?

Monday, 5 September 2011

Kad Ucapan Syawal

Hi! Dah masuk kerja semua? Camne episod raya uols? Aku sangat busy menjelang nak raya hari tu, sampaikan tak ada update langsung nak wish uols Selamat Hari Raya ..

So meh aku nak kasik backdated entry sket .. Owh aku ada mentioned pasal kad Raya kan? So my GLCbabes friends dah menyahut cabaran Shara babe utk menghantar handmade kad raya to each GLC babes.. hahah.. banyaknyer babes! So minggu before raya tu, meriah mail box rumah aku asyik dapat kad raya jek .. feeling glemer uols! Ada sekali tu, hari Jumaat (aku dah amik EL) .. so aku ada kat rumah ... pagi tu posmen dah dtg, dah dapat kad from Diana .. tapi ada kad from Zaza ngan Maz yg aku lom terima .. petang tu ada bunyik motor benti kat gate,, aku kat dalam saspek itu posmen datang hantar kad raya aku lagi .. wahh siap puji lagik dalam hati kata baguih la POS Malaysia ni, sehari sampai 2 kali nak hantar kad raya aku.. aww! maka berkejar kejaran la aku keluar rumah nak amik surat .. pastu aku siap notis yg jiran sebelah pun kebetulan berkejaran jugak (dia pon dapat kad daaa... caihhh!!!) .. kat mail box ada 2 kad .. hah.. confirm la nih dari zaza and Mas ... bila aku kuar kan .. aik?? awat kad aku takder address pon!!! pelik ahhh! so aku bukak aje lah... .. ek elemakkk.. rupanya tekaan aku meleset daaa .. yg datang bukan yg aku tunggu .. TAPI ITU ADALAH KAD RAYA DARIPADA ADUN kawasan .. pastu aku tgk semua rumah ada kad tu HAHAHAHA! adehhhhhh!!! tertipuuuu!! (mesti jiran aku pon kecewa gak lalalalalla) so, iols tarik balik pujian kepada POS Malaysia tadi noksssss!!! Kad Mas dan Zaza aku terima the next day, before aku balik kampong .. huhuhu!

jom tgk kad raya yg aku dapat dari GLC babes .. JOM!

This is from Sol .. the 1st kad i dapat .. thanks Sol // simple and sweet jek .. pilihan kaler yg ceria! even the envelop pun dah ceria .. :-) i like!! thanks Sol!!!

This is from Mas! lalalalla.. dalam pada busy tak hingat tu, dia tetap merajinkan jari jemari dia utk melukis .. daripada kad kampeni dia.. dia handmadekan dengan melukis lembu .. lembu marah tu .. maybe dia marah sbb dia tak terpilih utk direndang .. :-) .. btw, Thanks Mas! mmg cantek drawing ko .. kalah kartunis babe! and thanks jugak for the kad raya PNB tu .. i like .. :0

oh 4 di atas (aku tak maik pic individually pasal nak cepat !! sorry olss!) ,.. ikut clockwise ,.. memula tu, kad PNB, dari DAni,.. yang dia dah creatively turn into a nice handmade kadraya .. dia potong kad yg beso jadik comel (membuang nama kampeni..amboiiiii) .. and she added a transparent layer on top on it and write down her message there .. cute! i like! Thanks Dani!!!!  >>> Next is from Zaza .. dia kasik 2 in 1 kad .. dalam kad kampeni yg cantuik tu, ada satu lagi kad cantik yg handmade .. comellll je kad handmade dia .. kalerful and ceria! i like! thanks Zaza! then bawah, kaler maroon tu, is from Shara!!! ha, FULLY handmade ye anok-anoksss .. sangat original rajin la Shara nih, dalam pada cuti menjaga baby baru .. rajin gak dia buat utk kami.. nice .. thanks Shara.. i like! NeXT, yang pink karer tu .. adalah dari Dianaaaa!!! .. walaupun kad tu dia beli dah siap .. tapi aku tabik sbb dia beli yg cantikkkk!! ada doodle! round shape lagik .. cam ada effort disitu .. and handmade juga lah sbb kat belakang kad tu, dia tulis guna tangan .. hand made la tu kan?? aci? lalalalalal.. hahahahahha! i ike! thanks Dianaaa!!

Dan yang ini ... daripada Jannah!! .. unique and special origamicard ... awww .... siap karer favorite lagik lilac tuh ..  .. mmg BETUL-BETUL HAND kan .. dah la dua buat by hand.. dia kasik pon by hand .. ekekkeke .. dia kasik extra lagik burung tu utk anak2 aku .. i like!!! thanks Jannah!

Errrkkkk .. yg atas ni .. errkk.. ekceli aku nak kasik semua orang mcm ni .. tapi last2 ada jek yg jadik aku tak dapat nk siapkan .. dapat siap 2 keping jek .. so last 2aku decided to cancel .. and change to plan B.. yaitu kasik kad beli .. tapi aku tak amik plak pic kad yg aku kasik .. alah.. kad biasa jek .. cuma dalam tu aku tampal jugak le bas merah/biru ngan bunga .. adalah handmade nya di situ kan? ekekkekeke ..

So, sekian la kisah Kad raya utk Syawal tahun ini .. selain tu, ada lah 2 kad lain dari insurance agents aku .. huhuhuhuhu ..

OK, nanti ada masa aku update pasal raya ek .. KALAU ADA MASA lah ...

Salam ..

Tuesday, 23 August 2011

Emping Untuk Raya

Dulu masa kecik-kecik, 2 minggu before puasa tuh, kebanyakan rumah kat kampung dah start jemur tepung .. aku ingat lagi mak aku jemur tepung kat belakang rumah ... bila nampak dia dah jemur tepung tu, dah tau la, tak lama lagi sure nak buat kuih raya .. rasa excited semacam! kat sekolah dah start discuss ngan kawan-kawan, mak ko dah buat kuih apa? huhuhu .. antara kuih yang mak aku wajib buat ialah kuih makmur, kuih suji dan kuih bangkit .. lepas tu baulu lah ...

Bila dah start membakar kuih .. aaahhh ... terliurnyer! tapi mmg tabik spring kat mak-mak dulu yang buat baulu secara tradisional .. guna loyang acuan tu, yang nak kena letak api atas dan bawah, sbb tak ada oven uols! haishh di bulan puasa,  nk kena menahan terik api .. nak kena menahan bau baulu yg harum tu kan... aaarghh.. dasyat kan.. maybe sbb tu la indah sangat beraya zaman dulu .. preparation sangat ketara! (nowadaays pun ramai parents buat kuih sendiri tapi mudah kot sbb tak perlu jemur tepung, tak perlu carik sabut kelapa nak buat bara bakar baulu ...)

Now, mak aku memang lah dah stop from buat kuih .. kesihatan tak mengizinkan .. anak2 plak jauh .. balik dua or 3 hari before raya, mana dan nak buat kuih bagai kan? - tapi MIL aku, masih gigih .. tapi bukan la buat biskut or baulu .. mereka sangat gigih membuat EMPING. Yup... emping malinja...or maybe korang sebut kerepek malinja.. tau tak? ala, yang kaler putihkuning, rasa dia lemak2 pahit tu? kan?

Masa aku kecik, mmg aku anti habis kalau mak aku goreng kerepek malinja/malinjo ni .. eeeuuuwww! pahiiit! tapi semakin aku tua, lidah aku pun dah boleh menerima rasa tu..in fact aku suka ngan rasa dia yg lemak2 tu .. tapi aku cuma tau makan, taktau la plak nk membuatnyer... dulu masa aku kecik2 ada lah kot zaman2 mak aku baru kawen dulu dorang buat sendiri .. tapi aku takpernah nampak.

Lepas kawen baru aku nampak camner proses pembuatan emping malinjo ni ekekekek ... jom, aku share ngan korang .. ye la, bukan nk suh korang try .. just for knowledge sajork .. betapa gigihnya orang zaman dulu nak mendapatkan makanan dari source keliling rumah :-)

1. Pic daun pokok malinja ni - or dipanggil Daun Soh. sangat sedap dimasak campur2 ngan sayur lain.. masak bening ke, lemak ke ...


2) Pic buah malinja - buah ni kalau muda dia hijau, bila dah masak, dia berwarna merah saga ... bila dah masak, dia jatuh sendiri..so mengutip la... lepas kutip tu, kena rendam barang satu malam untuk membuang kulit luar yg berwarna merah ... semasa merendam, akan keluar bau sangat busuk, mcm bau getah lama/getah beku tu



3) lepas rendam, basuh dan dia akan jadik warna gelap cam dalam pic .. warna gelap itu ada lah kulit jugak, dipanggil kulit dalam ...


4) nak buang kulit dalam pun tak mudah. kena 'sangan' dulu .. yaitu menggoreng tanpa minyak ... sangan dalam 5 minis gitu .. semasa panas2 tu, masukkan dalam lesung batu, dan tumbuk2 sikit kasik kulit tercabut ... then pisahkan la kulit yg dah tercabut sket tu, ngan tangan - so kena la tahan panas :-)




5) hasil tanpa kulit adalah buah sebenar, kaler putih kekuningan. dia mcm bola getah kalau dipegang dipicit tak akan pecah :-)



6) proses meng'emping' pun bermula, ambil beberapa biji malinjo tadi, ketuk ngan tukul besi, kasik penyek .. kemudian cantum kan beberapa keping menjadik satu keping yang besar .. ikut suka lah besar mana nak ..



7) pastu, susun dalam dulang, untuk dijemur ditengah panas... - satu dulang penuh tuh boleh mengambil masa selama 3 jam utk disiapkan. MIL salu start kul 8 pagi and habis kul 10.30 gitu ..gigih!



8) bila dah kering, ready utk digoreng!!! sedaaaap!



tips:
- jgn kena air langsung semasa menjemur, air akn menyebabkan tumbuh lumut dan tak sedap bila digoreng
- buah yg dah lama sangat jatuhnya pun tak sedap bila digoreng walaupun still boleh buat ..
- buang yg baru, tapi dibiarkan rendam terlalu lama pun tak sedap bila digoreng ..
-pendek kata, yg fresh mmg sedap :-)


Sekian saja info masak utk uols! - kalau ada terjumpa kepek melinjo ni time beraya, ingat2 lah kesukaran membuatnya yach! tapi kalau beli yg kat pasar tu, kecik2 .. maybe sebijik tak de cantum2 ... maybe kilang yg buat so tak la susah mcm yg MIL aku buat ... tapi kesedapan pun berbeza .. percayalahhhh ..


Monday, 22 August 2011

On Puasa and On GLC Dinner July 2011

Dah nak raya kan? Alhamdulillah so far puasa masih full lagi .. kalau full sampai akhir nanti alangkah syoknyer! .. korang dapat byk kad raya? aku nan ado! ceh! even ejen insurans pon dah malas nak kasik kad raya eh nowadays? kalau previous years ada gak dapat sekeping dua dari ejen insurans ekeekkeke ...

Kuih raya? dah banyak ke buat? - haa! ini kan soklan2 wajib dalam kad raya untuk kawan2 masa kecik dulu .. ehehehe.. nowadays kalau kasik kad raya, dah takder apa nk tulis .. segala benda dah diupdate kat FB la, twitter lah .. huhuu .. baper hari tak puasa pon ada dlm twitter kan? nak tanya apakah lagi dalam kad raya? kalau kad raya kecik ok lagik.. kad raya beso? merasalah tercanguk dua tiga jam perah idea nak menulis!

oppss pasal kuih raya .. iols shopping baaaanyak kuih raya this year uolssss!!! ekekek .. saya mmg suka makan kuih raya .. 

Uols berbuka kat luar banyak kali ke? aku ada lah sekali berbuka ngan kawan2 rebanamaya ... selain tu, semua berbuka kat rumah or rumah mak or rumah mak mertua ... berbuka hotel nan ado ..ada few yg company ajak tapi aku had to let go sbb kena balik umah jaga anak sebab suamiku tiada di sisi.. ohh shedih! jadiknya maybe hari Sabtu 27hb tu, before balik kampung, nak gak berbuka ngan family kat luar ... maybe berbuka kat R&R Dengkil kot? on the way to Johor kan? HEHEHEHE .. best je aku ni, tak demanding pun .. lalalalala ..

Eh am not gonna update pasal my raya preparation - yet. Now nak update pasal aktivity ngan my GLC babes frends ... Dont know what is GLC? no its not THAT well known GLC .. this is me and my BFFs group name ... more details here ...

We had makan-makan like on monthly basis .. thanks to my dear hubby yang salu kasik izin iols bermakan2 ngan kawan2 ni ...

For July we went to Bangsar South .. our 3rd time dining there together ... but all to different places. First time we went to Bali Feel few years back .. owh I remember time tu DD declared dia couple ngan hasben dia now .. hehehe. .. and then 2nd time we went to Little Taiwan in June .. oh time ni aku potong kek lapis as my bday kek (%^%^E%&@#) and then berebut2 nak balik sbb nak tgk Mahaaraja Lawak ... ekekeke ..

and last month, we went to Simply Mel's .... a brand new restaurant ... a very last minute decision - originally we planned to have it at Midvalley but last minute Sol couldnt make it due to some issues (kerja) .. so we detour to Bangsar South ... sbb nak gak Sol join walaupun kejap! kehkeh!

errmm ... please check it out kat Soul's blog for more stories and nice piccas! cantik gak (restoren) tuh! tengok lah katblog Sol ekkkk ... TQ!

Friday, 19 August 2011

Bapak is Away - 2

He is away again ...

Saw this in my blog's traffic Feed this morning :-



I know it was him ... and am sure, he is missing us ..
and i want him to know that we're missing him too :-)
he called us last nite but i was already into lala land .. very tired la without him .. haihhh ..
now i feel very very lucky to live near to my MIL, and parent in law is always there,
offering help whenever they can whenever we want .. tima kasih ibu mertua ..

I hope he will be back as per schedule,
i want him to know without him my days aren't cool,

and i wish he's with me
esp. weekend esok ni
err.. so we can continue our raya shopping spree!
hehehe!


Tuesday, 9 August 2011

Ramadhan 1432H - Week 2


Bulan ramadhan dah masuk minggu ke-2. Memang cepat! Anak2 pun dah mintak dibelikan bunga api. Tapi bunga api adalah sangat berisiko skang ni. Baru2 ni  ada yang kena tangkap sbb membeli bunga api kan?. Hmmm takut jugak. Eh, antara kena tangkap dengan tangan putus, mana satu lebih takut? Renung-renungkan lah .. Semua orang tau, banyak tak eloknya bermain mercun/bunga api ni.  Tapi semua orang rela hidup dalam penafian. Termasuk aku.

Aku balik kampung weekend semalam ni. Berpuasa dengan mak. Alhamdulillah mak dah boleh berpuasa tahun ni.. syukur lah. Aku pun sempat visit Wak Som. Wak Som ialah biras kepada mak aku, iaitu isteri kepada PakLong aku. Few weeks before puasa hari tu dia dimasukkan ke ICU sbb ada masalah jantung. Alhamdulillah dah OK .. tapi sbb aku tak berkesempatan nak balik tgk hospital, so aku melawat la hari tu… maklum lah, dialah sedara paling dekat ngan mak aku. Apa2 hal salunya anak cucu dia la yang tolong mak aku .. semoga WAk Som sihat dan panjang usia :-)

Lydia so far masih belum missed berpuasa.. kalau hari sekolah memang dia macho je .. tapi bila weekend .. bila dah pukul 6.30 ptg tu la dia mula merengek mintak buka … aku rasa dia takleh bau2 makanan .. tapi dia bertahan gak lah … budak2 sure la merengek .. tapi aku kagum ngan dia.. waktu berbuka memang tak makan banyak .. minum pun tak banyak.. so far, yang dia makan nasi cuma sehari je masa kat kampung hari tu. Kebiasaannya dia makan kuih 2 ketul or roti jala … Tapi sahur memang aku make sure dia makan nasi, dan banyak.. ermm tak de la banyak giler.. biasanya satu senduk lah .. kalau dia slow sangat.. aku suapkan dia.. yg penting kena habis satu senduk .. favourite lauk dia ofkoz telur huhu..and aku suh dia minum air banyak2 .. maklum le siang kan panas terik takmo le dehydrate..

Aku sendiri, so far berbuka mmg beli je. Tapi hasben yang tukang beli .. dia ni tahan iman ,, beli mmg ikut bajet sbb takmo membazir .. biasanya dia Cuma beli nasik ayam/nasik tomato sebungkus (untuk Fahren dan idlan), murtabak sekeping, kuih (6 to 9 ketul) – itu je lah … average daily spend kat pasat Ramadan is rm12 … tapi itu kalau dia lah.. kalau aku harus tak tahan iman hahaha! Habis semua aku nak borong .. so we decided dia jek la membeli .. pastu air buat je kat rumah  ..hopefully this year tak membazir … sahur je aku masak .. so far lom missed sahur lah .. masak simple2 aje tapi aku mmg berselera waktu sahur .. maybe sbb memasak bagai pagi2 kan .. so time makan kul 5 tuh, badan dah cargas ..

Shopping raya?  itu lengkali la aku story kan? Now ni kan patutnya tgh part ramadhan kan? Semoga kita semua semakin dibuka pintu hati untuk bertaubat dan menambah amal ibadah di bulan Ramadan ni.. rmmm.. itu peringatan utk diri aku.. so far aku lom begitu menambah amalan sangat .. tapi aku harap akan berlaku jugak ..

Popular Posts