Bulan ramadhan dah masuk minggu ke-2. Memang cepat! Anak2 pun dah mintak dibelikan bunga api. Tapi bunga api adalah sangat berisiko skang ni. Baru2 ni ada yang kena tangkap sbb membeli bunga api kan?. Hmmm takut jugak. Eh, antara kena tangkap dengan tangan putus, mana satu lebih takut? Renung-renungkan lah .. Semua orang tau, banyak tak eloknya bermain mercun/bunga api ni. Tapi semua orang rela hidup dalam penafian. Termasuk aku.
Aku balik kampung weekend semalam ni. Berpuasa dengan mak. Alhamdulillah mak dah boleh berpuasa tahun ni.. syukur lah. Aku pun sempat visit Wak Som. Wak Som ialah biras kepada mak aku, iaitu isteri kepada PakLong aku. Few weeks before puasa hari tu dia dimasukkan ke ICU sbb ada masalah jantung. Alhamdulillah dah OK .. tapi sbb aku tak berkesempatan nak balik tgk hospital, so aku melawat la hari tu… maklum lah, dialah sedara paling dekat ngan mak aku. Apa2 hal salunya anak cucu dia la yang tolong mak aku .. semoga WAk Som sihat dan panjang usia :-)
Lydia so far masih belum missed berpuasa.. kalau hari sekolah memang dia macho je .. tapi bila weekend .. bila dah pukul 6.30 ptg tu la dia mula merengek mintak buka … aku rasa dia takleh bau2 makanan .. tapi dia bertahan gak lah … budak2 sure la merengek .. tapi aku kagum ngan dia.. waktu berbuka memang tak makan banyak .. minum pun tak banyak.. so far, yang dia makan nasi cuma sehari je masa kat kampung hari tu. Kebiasaannya dia makan kuih 2 ketul or roti jala … Tapi sahur memang aku make sure dia makan nasi, dan banyak.. ermm tak de la banyak giler.. biasanya satu senduk lah .. kalau dia slow sangat.. aku suapkan dia.. yg penting kena habis satu senduk .. favourite lauk dia ofkoz telur huhu..and aku suh dia minum air banyak2 .. maklum le siang kan panas terik takmo le dehydrate..
Aku sendiri, so far berbuka mmg beli je. Tapi hasben yang tukang beli .. dia ni tahan iman ,, beli mmg ikut bajet sbb takmo membazir .. biasanya dia Cuma beli nasik ayam/nasik tomato sebungkus (untuk Fahren dan idlan), murtabak sekeping, kuih (6 to 9 ketul) – itu je lah … average daily spend kat pasat Ramadan is rm12 … tapi itu kalau dia lah.. kalau aku harus tak tahan iman hahaha! Habis semua aku nak borong .. so we decided dia jek la membeli .. pastu air buat je kat rumah ..hopefully this year tak membazir … sahur je aku masak .. so far lom missed sahur lah .. masak simple2 aje tapi aku mmg berselera waktu sahur .. maybe sbb memasak bagai pagi2 kan .. so time makan kul 5 tuh, badan dah cargas ..
Shopping raya? itu lengkali la aku story kan? Now ni kan patutnya tgh part ramadhan kan? Semoga kita semua semakin dibuka pintu hati untuk bertaubat dan menambah amal ibadah di bulan Ramadan ni.. rmmm.. itu peringatan utk diri aku.. so far aku lom begitu menambah amalan sangat .. tapi aku harap akan berlaku jugak ..
dah masuk citer ramadhan...kan. alhamdulillah....mmg anak2 ni kita kena start praktiskan dr kecik.
ReplyDelete