Tuesday 2 February 2016

Kursus Bahasa Arab module ke-3 KUISCELL di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar

InshaAllah..Untuk module ke tiga Kursus Asas Bahasa Arab (KAMBA) ni, kelas dah bermula. Tak macam module 1 dan 2 yang lebih santai.. Module 3 ni nampak mencabar! Saya notis, kat buku pun dah tak ada gambar! Hahahaa! Masa module 1 & 2, mcm buku tadika uols ada gambar-gambar ceria ekekeke..



Dua minggu yang pertama dalam module 3 ni, ustaz masih kat dalam bab 1. Hahaha memang challenging! Masa ni lah baru nampak pentingnya untuk top up dengan new vocab (mufrodat jadidatun - مفردات جديدة - ) untuk lebih mudah membuat ayat-ayat. Selain tu, rules untuk nahu (grammar) dan isim (kata nama) pun dah kena hafal terutama penggunaan Dhamir (kata ganti). 

Tough!! Rugilah kalau sampai module 4 nanti tak boleh buat ayat bahasa arab... Bercakap lagi le tough! Kena bergaul dalam bahasa arab baru boleh kuasai kan... Now ni inisiatif saya hmmmm byk kan membaca karangan-karangan bajasa arab untuk lebih banyakkan mufrodat.


Tapi tak senang pun! Terutama karangan2 yang banyak guna kata terbitan.. Aiyoh mak pening!! Tapi syukur sangat ustaz Zahari yang mengajar kami tu tak kedekut ilmu! Seronok sgt belajar dengan beliau. Tak cukup dalam kelas, dalam whatsapp pun dia tambah dengan latihan. Tapi, sebenarnya utk belajar bahasa ni paling penting ialah kemahuan diri kita, kan? Kalau sekadar pergi kelas yang seminggu sekali ni... Nipis lah kot harapan nak kuasai. Kelas sebagai asas yg selebihnya... Tepuk dada.. Tanya selera..

Semoga Allah memberi saya rezeki untuk menerima ilmu ni. 

Uhibbuka lughatul 'arabiyyah wa uridu an adrusu ila najjah.. Ba'da fasli ashtari dajaajun mashwiyyun ahyana.. Akulu ma'a usroti.. ☺️

Hahaha itu ayat basic yang saya pun taktau betul ke tidak. Nanti saya copy pate dalam whatsapp grup tanya ustaz.. Dalam ayat di atas saya beritahu "saya suka bahasa arab dan mahu belajar hingga berjaya. Selepas kelas kadang2 saya beli ayam bakar dan makan bersama keluarga."

Ekekeke depan masjid tu mmg ada jual ayam golek saya mmg suka singgah dan beli untuk lunch. Maklum lah kelas habis kul 12 mmg ngam lunch gitu hehe...


Ok dah dulu lah cerita pasal kelas arab saya ni.. Lain kali sambung lagi yea.. Komuter dah sampai ke KL sentral pun
Nih.. .. Best gak update dalam train.. Tak le terasa letih sangat berdiri dengan high heels ni uolsss!!! Hahaha!! Bye!! 

1 comment:

Popular Posts