Wednesday 3 February 2016

Cerita Bekal anak-anak ke sekolah

"Lydia, abang Lan, Fahren!... dah masukkan bekal ke dalam beg (sekolah) belum!??" 

Setiap pagi memang ni antara yang saya dok remind kat anak-anak yg bersekolah.  semua benda pun nk remind ngan diorang ni. kejap2 remind dah Actually Fahren tu tak yah bawak bekal pun tak apa sebab kat PASTI ada makanan disediakan tapi dia selalu nak bawak jugak, kadang2 dia makan bekal yg saya bawakkan tu masa dalam kereta nak ambik saya petang lepas kerja.. haha bagus jugak mcm tu, tak la dorang mengadu lapar dalam kereta. 

So pagi tadi pun sama le.. dok teriak kat bebudak remind bekal diorang.. pastu Lydia lak jawab,

"belum mak.. mak dah amik gambo ke?"

errrkkk dalam hati tergelak saya. amboi bebudak ni rupanya perhati je apa mak dia buat. iye saya memang suka jek selfie bekal2 yg saya sediakan tu.. hmmm biasanya mmg saya upload kat dalam IG dengan hashtag #bekalanakfara gitu. hmm itu untuk record saya sendiri saja lah nnt tgk2 balik mcm best jek padahal menu saya boleh katakan 90% berasaskan sandwich jek. bukan menu yg dabomb mcm pakar2 bento tu. malahan saya segan nak sebut bekal anak saya sebagai bento sbb takde pun ciri2 bento as in hiasan2 mcm orang lain. so saya remain je la guna word bekal. kampung sikit lah.

kan syok tgk pic2 lama dalam satu group kat IG ni..

kenapa saya prepare bekal?

hmmm.. sebenarnya frankly sepeaking saya risau dengan badan anak yang mcm mudah naik. Bila saya tanya dia kat sekolah rehat (pagi) makan apa, dia suka beli nasi goreng. hmmm nanti lunch pun of course la nasi goreng kat taska (transit).. yang lunch tu saya tak kisah lah.. tapi kalau boleh tak nak lah biasakan dia makan banyak kali sangat nasi. itu la sebab musabab kenapa saya bawakkan bekal. errmm saya tahu, nasi dengan roti sama jek kot karbo gak.. hmmmm yg saya nk control tu is nafsu makan nasi dia hahahah... haihh takpe lah i dont need to justofy kot hahahahha #dahkenapa

dan ini lah jugak sebab kenapa bekal saya almost everyday ringkas2 sahaja.. hehehe.. saja lah supaya dia boleh control takde la asyik nak heavy meal.. saya bawakkan 1 set sandwich (yg dipotong 2 atau 4) pun dia OK jek.. siap share ngan kawan.. ok la tu kan? meaning perut dia boleh accept makanan yg sedikit.. janji alas perut.. tapi bila tahu dia share ngan kawan, saya lebihkan sikit lah bekal tu ngan harapan dia akan mkn lebih la sikit.. tapi rupanya dia mai ajak ramai lagi kawan hahaha muia betul anak-anakku.. then i cannot say anything lah.. asalkan dia rasa kenyang then ok lah..

Bekal saya selalunya Sandwich tuna, sandwch telur, sandwich mentega, sandwich choclate, sandwich kaya. kadang2 bekal saya, saya  buat lah jugak bihun goreng dan pasta.. pernah jugak bawakkan keledek rebus.. 



Tapi sekolah sebelah petang memang saya tak dapat nak buat apa.. cuma saya pesan ngan dia kalau boleh elak amik nasi goreng dan nasi lemak. Not that i say nasi tu tak elok tapi kalau dah setiap kalu waktu makan, dia makan nasi.. hmm kesian lah pulak perut dia asyik nasi.. tapi kadang2 dia beli gak nasi goreng huhuhu.. then again .. i takde lah marah ke apa.. nantilah kalau ada rezeki masa .. mana lah tahu dapat jugak bekalkan untuk sekolah belah petang jugak.. 

Sebenarnya, kalau ikutkan niat saya, saya nak bawakkan makanan2 rebus kat dorang mcm keledek rebus ke, ubi rebus ke.. hahahahahha over lah pulak kan? haisshhh mcm kesian pulak kat bebudak ekkk kecik2 biar lah diorang happy2 makan sedap2.. hmm betul la jugak.. saya kasik je anak saya makan jajan segala bagai tu.. cuma maksud saya.. nak control sikit, sikiiit pun jadiklah.. huhu harap jangan kecam saya ekekekekeke... #macamleadaorangkesah? lol.

ALhamdulillah dah masuk Februari ni semangat membekal masih ada.. last year tak sampai februari dah kecundang wakakakka! tak kuat iman nak bangun awal. kali ni seems better but we'll see how far i can go. doakan lah istiqomah!

bekal paling disukai anak-anak dan kawan2 dia.. sandwich telur.. yumm yummmm!!! 



3 comments:

  1. Hi.. Ni mak fahrin adli ke? Hehe..anak saya Qayyim selalu cerita pasal sahabat baik dia yang sorang ni. Tapi this year mereka dah tak sekelas lagi. Salam kenal.

    ReplyDelete
  2. ohhh ni mama Qayyim yer.. hahahha kecik dunia jumpa dalam blog plak ekeke.. a ah fahren pun last year salu jek sebut Qayyim.. tapi this year fahren daftar lambat so terpaksa masuk kelas Ali kat atas tuh.. huhu.. mana URL blog mama Qayyim ni....

    ReplyDelete
  3. Oh patutla..masa 1st day tahun ni saya tak nampak Fahren dalam kelas bawah tu. Rupanya dia kat atas. Hampir selalu juga nampak Fahren bila hantar Qayyim kesekolah, diorang melambai-lambai aje. Hehehe..comel jer. Blog kite lebih menjurus jadi diari kak, jadi macam tak sesuai nau nau nak open reader. Sendiri tulis sendiri baca je konsepnya. Hahaha.
    Btw nice blog u have kak.

    ReplyDelete

Popular Posts