السلام عليكم
كيف حلكم
Hari ni dah hari Jumaat.. Esok dah Sabtu semula.. bermakna ada kelas arab. Memang seronok nak ke kelas, semakin lama semakin bersemangat nak teruskan belajar walaupun sebenarnya semakin mencabar. Kawan2 dalam kelas pun dah mula yang rasa suam-suam.. ada yang dah hint2 nak give up. Memang saya sendiri tak nafikan, nahasa arab ni mcm senang, tapi mcm susah hhaha aduh susah juga nak terangkan. Saya rasa, untuk fahamkan tatabahasa tu in shaa Allah boleh, sebab semuanya pun ada hukum yang dah tetap.. kita faham and ingatkan hukum2 bahasa tu in shaa Allah dapat lah. tapi apa guna faham hukum i'rob (hukum baris atas, bawah, hadapan), nahu (tatabahasa), sorof (perubahan kosa-kata), dhomir (kata ganti) semua tu kalau mufrodat kita tak bertambah?
Ya, penambahan kosa kata adalah nombor satu paling penting dalam menguasai bahasa. dan itulah yang lemah sekali. Allahu... niat nak tambah satu kosa-kata (mufrodat - مفرادت) dalam sehari tu pun tak berjaya sedangkan minima setiap hari kena lah tambah 10 kosa kata baru. haihh camne nk suksess ni?
"كيف أن نجاح؟"
"How to success?"
ok tulis je dalam bahasa arab biar bertambah sikit kosa-kata.
Sekarang ni, baru je module 3. Ustaz kata module 3 ni kalau kat sekolah, baru level form 1 dan beliau kata lagi, biasanya pelajar sekolah pun ramai give up untuk fahamkan topik2 yang kami sekarang sedang hadapi. so, i am not alone .. ehh daripada aku tulis in english lebih baik bahasa arab, kan? at least tambah sket2 mufrodat, tak gitu? hahahahah!
لست وحدا (lasta wahdan)
I am not alone
Sebenarnya, dalam zaman teknologi ni, takde lah susah untuk sekadar tahu bahasa arab kot kan? google translate tu anytime jek bleh tolong translate. So apa guna kelas? kan? itulah yang selalu keluar dalam fikiran saya. Saya rasa itu fikiran negatif saya. tapi ada betulnya tu. Bila dah ada google translate, apa lagi yang nk gi kelas bagai? Al-Quran pun dah printed dengan makna sekali. so nak buat apa gi kelas?
Selagi tak tambah vocab tu sendiri, pergi lah kelas .. takdenya kau akan kuasai bahasa arab, bahasa apa sekalipun..
hmmmmmmmm astaghfirullah.. memang berperang dengan diri sendiri ok bab ni. LOL. tapi kutetapkan jugak.. aku mahu ilmu ni lama-kelamaan mengalir naturally.. tanpa google translate walaupun tak tahu bila...aku sendiri kena yakinkan diri aku kelas yg kuambil ni ada gunanya....
Dengan kelas lah aku dapat momentum itu..
dengan kelas aku dapat berlatih
dengan kelas aku berjumpa dengan group yang sama
kelas itu bukan sahaja untuk mengajar
tapi untuk menyokong....
Alhamdulillah.. aku rasa aku dah dapat ketetapan ini.. dan tahu ianya bukan yang sia-sia..
in shaa Allah..
ahhh.. kata perangsang untuk diri.. nanti aku buat sendiri kata perangsang dalam bahasa arab. biar kukarang sendiri.. untukku.. huhuu! dan mungkin satu hari nanti blog ni banyak jugak entry fi lughotul 'arabiyyah..
in shaa Allah..
No comments:
Post a Comment