Monday, 22 February 2016

buat churros sendiri untuk minum petang Ahad.

Semalam akhirnya dapat jugak buat churros. Sebenarnya takde lah feveret sangat. Makan sebelum ni pun baru sekali kat Zawara Coffee Bukit Jelutong. Time tu rasa macam churros ni over rated. Hahaha! Lepas tu orang dok share sana sini resepinya.. Huk aloh mcm simple ok!! Hahaha! So semalam petang before husband keluar main bola, anak2 kecik pulak tidur, saya pun mulakan projek churros kat dapur..

Resepi simple alhamdulillah semua stok ada kat rumah.. 



Senang nak buat kalau semua dah tersukat siap2 mcm tu. tak de la melilau sana sini kan.. Bab mengadun mmg simple jek gaul je pun apa de hal kan hahaha!! Sekali tu part semperit tu mak aih!! Last2 saya panggil Lydia jadi assistant tolong gunting. (Mana nk picit semperit, mana nak picit kamera mana nak gunting! Hahahaha busy uols!) lydia memula potong suka suki dia jek tak sama panjang.. Pastu saya kata gunting kat hujung bebetul kat muncung semperit tu! Hahaha adui mak lap peluh!! Tapi i can see Lydia enjoyed the process. Haha dia tatau mak dia mcm nk give up ekekeke..


Nasib baik lah buat adunan yg minima. 1 cawan tepung jek. Kalau 2 cawan? Pengsan mak! Ekeke!! Tapi actually puas hati lah dapat merealisasikan impian nak buat churros sendiri. Maklum la untuk saya yg tak berapa kitchen friendly ni.. Bukan senang ok! lol! Husband kata lebih sedap dari Zawara hahahaha saya pun mcm setuju. Well tekak saya lah kan.. Rupa bentuk je la tak cantik mcm zawara yg lurus elok je. 


Oleh kerana letih, saya tak kosser nak buat chocolate sause dia. Lain kali kalau buat (bila lah agaknya) kena make sure buat sause dulu so that lepas penat semperit terus makan hahaha!!

So makan je la dengan taburan cinnamon sugar.. Nutella ada tapi saja je semalam saya makan ngan cili potong hahaha! Marah orang kang ada ke churros makan ngan cili!?? Puiii!! Ekekeke!!

Kesimpulan? InshaAllah kalau ada masa lain kali buat resepi lain pulak. Anak tgh membesar memang berbaloi je buat makanan kudapan mcm ni. Laju je licin.

Alhamdulillah..

No comments:

Post a Comment

Popular Posts