Wednesday, 27 January 2016

Friday Lunch at Swensen Avenue K with girlfriends!

Another friends gathering! It was last Friday... Kali ni dekat je ngan ofis iols. Kat Avenue K jek.. kat Swensen tu, unlike other places, jumaat pun agak lengang.. Ok la kan bleh sembang selesa sket. Tak la mcm pasar borong sangat. Kalau pun bising, it comes from us so its ok hahaha ngelat!

So kiranya its our first meeting in 2016. Our 2015 meeting was attended by myself, sol, diana, shara and Mas.. And tak lama selepas tu, Soul delivered Zafeer.. So this session jumpa sol dia baru habis pantang pulak! Hahaha!!

And kali ni, Shara and Dani pulak yang dh nampak baby bump. Wow makin besar family #GLCBabes ni kan.. Alhamdulillah..

Diana pulak, kali ni datang sebagai new SAHM/WAHM !! Good for her! Seronok bila kawan2 move on with their life! Rezeki Allah tu luas.. InshaAllah.. Bagus le diana tgh 'free' so dia blen tolong picked up Mas dan Dani kat PNB. 

Mauze berjaya memberi kejutan dengan kemunculan yg impromptu.. Kelllass kau moji! Hahaha Cuma Zaza dan Jannah jek takde.. Yang lain ada Alhamdulillah dh lama x jumpa memasing tak dan tunggu turn bercakap. Semua bercakap! Sapa dgr sapa tak dengar pandai2 hahaa!! iols makan jek. Sambil busy2 dengan buku GLC dan kiterang punya annual resolution setting/resetting tu. kali ni i keep my list very short. Itu kalau x terlaksana gak tatau laaa kan.. Ekeke..

Bila ramai2 jumpa, yg meriah gambar lah kot. Bab bercerita takleh nak fokus sangat (pada iols lah) sikit2 je la dapat surface story jek.. Maklum la weekday masa mencemburui kan uols! Masing-masing nak masuk ofis semula kan. Takpe lah inshaAllah ada waktu lain kita jumpa lagi... 

Sebelum balik.. tak tau lah bila lagi nak jumpa....



1 comment:

  1. Laaaa sekeping je gmbr???!! Xberbaloi tul baca entry nih! hahahaha :p

    ReplyDelete

Popular Posts