hmmm .. tatau dari mana nak start..
mandangkan now is lunch time and aku kenyang, ok kot kalau aku guna masa ni utk tulis sikit2 dalam blog ni..
1st, aku dah tampal header lain..ekceli masa cuti raya cina tu aku saja2 tgk anak buah aku kemain kusyuk ngan netbook dia.. so aku jenguk apa dia buat, rupanya dok godeh2 PS. aku kasik la pic yg aku ada.. pic lama masa pi cameron highland 2010 .. rambut lydia pon pendek sgt.. ekekeke.. tima kasih Yasmin! anak buah aku tu darjah 6.. tapi mcm ada minat ngan benda2 lukis2 ni.. aku nampak dia ni mcm ada bakat melukis dan bermain muzik turun temurun dari mak bapak dia..lukis tu lukis gak tau ameen.... UPSR this year jgn lupa yach! jgn asyik nk KPOP jek huhuhu!
ok cakap pasal raya cina.. i took additional 3 days lepas 2 hari public holiday tu. so hari ni adalah hari pertama kerja lepas cuti raya. kalah cina kan?
tapi aku bukan cuti saja2 utk bergumbira... ada seswatu terjadik yg menyebabkan aku tambah cuti tu. takmo la citer detail2 sangat.. malas nak susun ayat huhuhu.. ok cukup lah kalau aku update kat sini, yg pada awal pagi 23 Jan 2012 tu, pada pukul 3.30 lebih kurang, kereta yg aku naiki, yg dipandu oleh suami tercinta dalam perjalanan pulang dari kampung, telah terlibat dalam kemalangan.
rasanya, itu pengalaman pertama aku terlibat dlm kemalangan jalan raya. semoga itulah yang terakhir. amin. kejadian tu betul2 memberi kesan trauma. tapi sangat bersyukur kerana aku, suami dan anak2 selamat. Jalan tu jalan biasa yg aku lalu hari2 pergi balik kerja.. jalan lurus yang kiri dan kanan adalah kebun kelapa sawit, yang dah dibangunkan sedikit demi sedikit dengan bangunan2 kilang2... lampu jalan memang disediakan, cuma kebetulan, tempat kejadian , ada dalam 6 batang lampu jalan yg sepatutnya menyala. tak pulak menyala... menjadikan kawasan tersebut gelap.. hanya disuluhi dengan lampu kereta Wira aku tu je...dah le gelap.. tiba2 ada seekor anjing liar (berwarna hitam plak tu) melintas, mmg tak terjangka.. tapi mmg anjing tu dekat sgt .. nk elak or nak brake mmg x sempat so nak tak nak terpaksa langgar gak.. hasben dah pegang steering tu kuat supaya tak terbabas.. tapi rupanya dah nak jadi kan.. sebaik saja melanggar anjing, kereta terus out of control.. gagal dikawal! kereta terus mcm terbang ... anak2 yg tgh tidur kat seat belakang tergolek ke bawah.. dan terjaga.. Lydia menangis sbb dia terasa mcm badan dia terkena lampu atas bumbung kereta tu.. maybe badan dia tercampak masa perlanggaran berlaku.. yg juga masa kereta mula 'terbang'
laju betul kereta tu 'terbang' sendiri.. ke arah kiri jalan.. dan menerobos ke celah2 pokok sebelum terhumban ke tepi longkang.. sebelum kereta betul2 berhenti, kereta tu terpusing seakan2 hendak terbalik.. tapi disebabkan ada tanah yg sedikit tinggi di sebelah kanan, tayar kereta jadik stuck and terus kereta stop.. kalau tak kerana tanah tu menahan, mmg terbalik la kot kereta tu.. na'uzubillah..hmm memikirkan segala kemungkinan itu la yg buat aku lebih trauma..
Masa terbang, aku jerit kat hasben, "Ya Allah kenapa ni bang!!!" aku peluk fahren yg tidur kat pangkuan aku tu kuat2.. dah le masa tu aku x pakai seat belt! hasben aku sempat menjawab, "terbabas ni! ada anjing!" and aku terus jerit lagi, "Ya Allah!.." and aku pejam mata rapa2 tak sangggup nak tgk ke mana kereta tu nak 'bawak' kami ... tiba2 aku rasa mcm tak tau aku kat mana.. and aku terimejin aku akan terhumban ke dalam sungai! Ya Allah.. itu paling aku takut!
sebaik sahaja kereta 'mendarat' secara hentakan.. aku terus tengok kat seat belakang.. Lydia and Idlan terus duduk.. dua2 dah berhenti menangis dan Lydia tanya, "kita kat mana ni mak" .. aku mcm tak jawab tapi aku terus cuba bukak pintu.. tapi gagal! dah le terkunci rapat semuanya.. cermin depan ada pecah2 retak tak still tak pecah habis.. hasben try nk pecahkan tapi tak ada benda berat pulak dalam kereta.. dia try guna kaki pun still x pecah habis.. aku dah tak putus2 dengan selawat.. dan asyik kata, "ya Allah bang tak ada sapa nampak kita ni banggggg.." sebab mmg gelap tapi ada kereta lalu and aku sure kereta2 x nmpk kiterang ...
aku masa aku terbau hangit .. aku jadi makin panik.. aku ketuk2 cermin kereta tu.. sambil cakap dlm diri sendiri, kita kena buat something.. kena selamatkan diri.. kena cepat!.. tapi seriously dlm masa yg sama mcm give up! so aku dah mula menangis .. aku bgtau Lydia, "kita eksiden ni lydia..baca selawat.." dia mcm terkebil2 jek.. abang lan pun sama.. siap carik kasut dia yg sebelah lagi... pastu aku cium fahren nk kasik dia tidur lagi.. dia pun tidur.. tetiba hasben aku bgtau,
"ada orang datang.." masa tu aku rasa jantung aku terussss zapppp berdegup kencang sebab rasa bersyukur yang teramat.. aku nampak beberapa orang cuba bukak pintu kereta.. rupanya dorang ialah pekerja2 asing yang duduk kat rumah pekerja tu... Subhanallah..... masa tu tak terkira betapa leganya aku.. terus aku jerit,
"cepat! tolong pecahkan cermin!" tapi dorang plak mcm tak paham je.. aku pon kata speaking plak.. dorang plak mcm berdiskas sesama dorang.. ahh sudah.. jgn dorang takmo tolong sudah... pastu salah dorang dari dorang bukak bonet depan.. mcm nk sorong kereta tu and suruh hasben start enjin.. hasben kata takboleh!! and aku cakap lagi.. aku nak kuar! pastu baru la dorang amik batu besar .. and mula ketuk cermin depan ...kasik pecah besar sikit..
memula hasben planned nak kuar dari cermin tu.. mcm terlalu panik takleh nk berfikir.. Ya Allah... bila dah rasa selesa sikit sbb udara dah masuk.. and aku rasa 'selamat' sebab ada orang kat luar.. baru aku bgtau hasben bagi je lah kunci kereta kat dorang ..so dorang leh bukak dari luar.... Ya Allahhh.. mmg panik sangat tak terfikir pasal tu! tapi cuma pintu hasben je boleh bukak.. pintu aku kalau bukak mmg aku terus ke longkakng le.. so sorang2 kuar ... keluar je, baru perasan kaki hasben sebelah tak leh nk gerak... lydia plak ngadu sakit2 kat belakang rupanya ada luka2 sket..
keluar je, aku dah bersyukur sangat... and terus cakap terima kasih banyak2 kat pekerja2 asing tu.. (bangla kot) .. and masa tu baru le terfikir nak call abang ipar amik kiterang.. Ya Allah, masa panik tadi mmg tak terfikir pasal telefon.. dalam kepala fikir nak keluar takut terbakar je!!! ...
keluar tu, aku tgk balik betul ke ada anjing yang melintas tadi? .. mmg betul.. anjing tu mati kat situ jugak..and aku notis .. kereta kami terhumban lebih kurang 100m dari tempat perlanggaran tu..
itulah kisah raya cina aku.... aku update kat twitter the following day.. tak update kat FB pun ...thanks kawan2 for the well wishes... kereta mmg teruk sangat tapi yg paling penting nyawa kami selamat.. Allah masih bagi kami peluang hidup.. Alhamdulillah...
so sementara tunggu kereta siap... maybe dalam masa 3 minggu ni aku kena lah naik public transport ke ofis... semoga semua dipermudahkan oleh Nya utk aku mencari rezeki..
sekian....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
alhamdulillah semua selamat..
ReplyDeleteAlhamdulillah Fara sekeluarga selamat. Saya selalu pesan kat hubby kalau nak drive jauh2 elok bertolak arah ke siang (mcm keluar pukul 4,5 pagi, etc..) lebih selamat dari bertolak arah ke mlm (bertolak pkl 10 mlm, etc.) takut if something happen (mintak dijauhkan) at least hari dah terang.
ReplyDeleteYa Allah .. nk nanges KM baca. Sori le baru tau. Tp apa pun alhamdulillah korang selamat. Semoga dijauhkan laa with these experience again ye fara.
ReplyDeleteKM