Tak lengkap le awal tahun kalau blog tak diserikan dengan cerita2 pasal hari pertama persekolahan tahun 2012 ni kan?
Semalam, ramai parents yang amik peluang ambil cuti untuk hantar anak2 ke sekolah.. Untuk yg anak darjah 1, dah mmg sbb nk hantar lah kan - keseronokan paling ketara - yang bukan darjah 1 pun, nak gak pegi sekolah, settlekan apa yg patut.... yuran, beli buku dan sebagainya..
Semalam jugak, adalah hari pertama Lydia ke sekolah sebagai seorang pengawas. Mcm tak percaya bila tengok dia lengkap beruniform pengawas, berkasut hitam bagai. aku pakai kasut hitam masa aku form 4, bukan sbb aku pengawas, tapi sbb sekolah aku mmg wajibkan senior students pakai kasut hitam.. aku jadik pengawas masa aku darjah 6, itu jek lah.. masa sekolah menengah mmg tak de talent seorang pemimpin pun ahakss...
So masa amik Lydia petang semalam, kemain happy dia berceloteh pasal pengalaman dia bertugas hari pertama... Aku noticed dia keluar dari kawasan sekolah tu sorang2 lone ranger... tak macam selalu masa darjah 1, selalu keluar dgn at least sorang kawan. so aku tanya, kenapa Lydia jln sorang2?
"Yang lain semua dah balik la mak.. Lydia lambat sikit.."
"kenapa?"
"Lydia kena jaga kelas tadi sebelum balik cikgu ada mesyuarat .. lepas jaga kelas, Lydia balik semula kelas Lydia nak ambik beg, semua dah balik.."
"Lydia jaga kelas darjah 1 ke?"
"Tak, Lydia kena jaga kelas darjah 3"aku pulak yang kecut perut anak kena jaga kelas budak lebih besar.
"Lydia tak takut ke jaga kelas darjah 3?"
"Tak lah"
"Lydia duduk ke berdiri je masa jaga kelas"
"berdiri je lah mak..jalan sana jalan sini"
"lama tak cikgu mesyuarat?"
"lama sikit aje"
"penat tak?"
"penat.. tapi seronok"
"Lydia kena buat apa masa jaga kelas?"
"cikgu kata Lydia kena kawal supaya kelas tak bising"
"kelas bising tak?"
"bising .."
"Lydia buat apa."
"Lydia pergi kat budak yang bising tu, lydia cakap baik2 suruh dia senyap"
"senyap tak dia..?
"mula2 dia senyap, lepas tu dia bising balik.. Lydia pun terus pergi bilik guru, Lydia bgtau cikgu."
"Lydia buat mcm tu, Lydia tak takut ke nanti budak tu marah Lydia.."
"Tak lah, cikgu yang suruh buat mcm tu..lepas Lydia bagitau, cikgu kata, cakap kat semua dalam kelas tu, kejap lagi cikgu masuk jadi diaorang senyap."
aku sebenarnya risau lah... sebab takut budak2 buli dia.. sebab dia baru je darjah 2 .. kalau aku, mmg le seram je nk tegur2 orang leih besar.. huhuhu.. aku takut org tak suka dia pulak.. tapi aku tak le cakap mcm tu kat dia.. aku takmo dia jadik mcm aku plak.. so aku biar je dia cerita sampai habis..
"ada budak tanya Lydia dajah berapa, Lydia cakap darjah 2.."
"budak tu gelakkan Lydia tak? atau ejek2 Lydia?"
"mana ada mak.. dia cuma tanya je"
"oh.. budak perempuan la tu, sebab tu dia cuma tanya je tak ada ejek2.."
"budak tu lelaki la mak..."
"oh.."
aku jeling kat bapak dia yg dari tadi cuma diam je ngan soal jawab aku..bapak dia senyum jek..
kerisauan aku ialah, dia kecik lagi, and takmau lah dia hilang kawan kot2 la dia mcm poyo sgt ker dalam menjalankan tugas, kan? maklum la budak kecik kan lom ada fikiran sendiri.. dia kana folow sebijik2 arahan cikgu .. lps tu aku sedapkan hati sendiri, aku kata, mcm tu jugak budak2 lain.. kot.. darjah 1 hingga 3, rasanya masih suci, dgr cakap cikgu.. so bila cikgu tugaskan pengawas, dorang automatik rasa pengawas adalah cikgu.. jadik tak ada lah perasaan dengki atau ejekan atau anti..
aku teringat, masa aku sekolah menengah .. hidup sebagai pengawas mmg sangat tough ... eh bukan le aku dulu pengawas, tp aku perhatikan kawan2 yg pengawas.. ikut peraturan boleh hilang kawan, kalau pejam mata bila kawan2 buat salah kang rasa mcm x bertangggungjawab plak.. kesian dorang dalam dilema.. last2 ada pengawas yang letak jawatan sbb pressure mcm tu.. tapi itu dah form beso.. dah ada pengaruh daripada kawan2... masa aku sekolah rendah, tak ada lah aku rasa mcm tu... huhuhu..
Terlebih risau pon tak baik kan? jadiknya, biar le dia galas sedikit tanggungjawab masa fikiran dia masih putih ni.. kalau dah beso2 nanti baru jadik pengawas, masa tu dia dah tau kawan mana dia lebih prefer, takut plak dia terlalu fikirkan org sekeliling sebelum membuat tindakan yg wajar..
"mcm mana cikgu bagikan tugas kat Lydia?"
"masa perhimpunan, cikgu panggil semua pengawas beratur kat depan, lepas tu berkumpul, cikgu pun bagi2 kan tugas lah.."
"tugas pengawas tu apa lydia, selain jaga kelas?"
"hmmmmm....pengawas kena menolong guru, .. hmmm lepas tu... kena menolong murid2 lain supaya mengikut peraturan.."
"macam mana tu?"
"ye lah, contohnya kalau kat kantin, Lydia kena la tgk kalau diorang tak beratur, Lydia kena la jaga.."
"lagi?""dah itu je... cikgu cakap mcm tu lah.. masa cikgu cakap tu, Lydia tengok je cikgu.. lydia dgr betul2..." sambil dia buat gaya bercerita dgn gaya2 tangan sekali... sabau jek lahhh...
so, aku pon tambah le..
"Lydia, jadik pengawas ke tak jadik pengawas ke, paling penting Lydia jangan sombong tau.." YE, AKU PALING TAKUT DIA JADI SOMBONG.
"taklah mak..lydia tak sombong... " aku tak tau la kan sampai mana dia faham mcm mana tak sombong tu... tapi aku rasa, itulah yg aku kena selalu ingatkan dia..
"ok kalau camtu, mak nk Lydia jadi pengawas kat rumah jugak..tugas2 nya sama mcm kat sekolah.. menolong ibu bapa, dan menolong adik2 supaya adik2 ikut cakap ibu bapa.. OK?"
"alaa.. mak niiiiiii.. "
hahahha! terkena di situ...
pic kat mobile blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
1st time aku dgr sekolah rendah ader pengawas darjah 2 :D
ReplyDeletetapi lydia nie cepat matang lerr... pandai lak tu handle tugas2 pengawas! kagum aku!! :D
aku ingatkan normal budak2 yg sekolah 2 sesi ada pengawas darjah 2 .. lydia sesi petang cuma darjah 1,2 dan 3 so darjah 2 jadik la pengawas.. adehh..
ReplyDeletebudak2 pompuan matang cepat kot..
normal ler zat...anak buah aku jadi pengawas masa darjah 2 gaks. Dorg skolah petang 1-3 tu yg ader pengawas muda. Agreed dgn zat...mmg nmpk lydia matang...mcm maknya
ReplyDeleteLydia so suci je kan cara dia jawab tu...aku pun akan tiru pesanan jgn sombong tu...very important!!
ReplyDelete