Wednesday 27 September 2006

Kisah itu tidak berakhir di situ VII

Aku sambung Kisah ni

Hampir setiap hari perempuan itu menerima panggilan daripada lelaki itu. Umpama rutin, setiap kali deringan pukul sembilan malam, ketika itulah debar jantungnya menderu laju. Dia mengakui, dia sangat senang menerima panggilan itu, dia sangat senang berbicara dengan lelaki itu.


"Result SPM dah nak keluar, nanti aku pergi sekolah ambik result, aku nak jumpa kau, ok ke?" Cadangan itu terbit daripada lelaki itu di hujung talian sana.


"Tengok lah macam mana. kalau result aku OK, aku nak, kalau result aku tak OK, aku tak nak lah jumpa kau sampai bila-bila, segan." Sememangnya itulah kerisauan yang bertapak di hati perempuan itu. Dia amat bimbang akak keputusan peperiksaan nya nanti. Dia tahu, keputusannya nanti pasti bukan sesuatu yang akan membuatnya tersenyum lebar. Kini, bila lelaki di hujung talian membangkitkan soal itu, kerisauannya bertambah, dan dia yakin, dia tidak dapat berhadapan dengan lelaki itu jika benar segala telahannya.


"Mestilah cun result kau nanti ... lepas tu, boleh la kita apply U yang sama" Perempuan itu tergelak dengan perancangan lelaki itu. Huh, orang tengah risau, dia pulak berangan sampai ke U, hatinya bersuara.


Hari berlalu, hari yang mendebarkan akhirnya tiba juga ... hari itu, keputusan peperiksaan SPM akan diumumkan, dan semestinya perempuan itu juga tidak terkecuali ingin mengetahui apakah hasil usahanya selama ini. Dan seperti biasa, malam itu telefon yang tidak jemu2 berdering, berdering lagi.

"Result dah keluar"

"a ah ..tau"

"Bila nak gi sekolah, tgk result?"

"Esok"

"tunggulah aku, aku sampai sekolah lewat sikit, jauh naik bas, tunggu tau, aku tunggu kau kat public phone depan hostel girls"

"ntah, tgk lah esok"

Dan keesokannya, perempuan itu dihantar oleh kakaknya menuju ke sekolah itu. Ketika kereta memasuki kawasan sekolah, bibirnya tersenyum, dialog-dialog lama terngiang-ngiang berselang seli dengan niat lelaki itu utk menemuinya di sini hari ini. Namun, buat saat itu, hatinya lebih berdebar untuk mengetahui keputusan, bukan untuk bertemu lelaki itu.

Tidak ramai kelibat rakan-rakannya yang datang untuk mengambil keputusan. Mungkin kerana dia sampai lebih awal memandangkan rumahnya yang tidak jauh daripada sekolah. Pintu pejabat sudah dibuka, menandakan keputusan sudah sedia menanti di dalam.


Perempuan itu berjalan lambat menuju ke pejabat. Semakin hampir dengan pejabat, semakin memuncak kegusarannya. Tidak putus-putus bibirnya menyebut selawat, bukanlah untuk mengubah keputusan kerana dia tahu keputusan itulah hasil usahanya. Namun selawat dibaca untuk menenangkan perasaannya yang sedang berdebar itu.


Kakinya dilangkah masuk ke dalam pejabat. Ada beberapa orang guru di situ, termasuklah bekas guru Bahasa Malaysianya, Cikgu Jalil. Entah mengapa dia tidak sanggup hendak memandang wajah cikgu Jalil kerana dia tahu, dia akan menghampakan guru itu. namun, bagaikan air yang mengalir di air terjun, dia tidak dapat mengelak daripada dilihat oleh cikgu Jalil.

"Ha, awak ... mari sini ambil result dari saya, sebab saya pun nak tengok apa awak dapat utk BM" Cikgu Jalil ke hadapan dan menegur perempuan itu.

"Err..cikgu...hmmm.." Belum sempat perempuan itu berkata-kata, Cikgu Jalil sudah mengambil sehelai kertas yang perempuan itu pasti merupakan slip keputusannya. cis pandai2 dia aje desis hatinya.

Tidak berani dia membantah perbuatan gurunya itu. Sedangkan dalam hatinya, dia tidak mahu mengetahui keputusannya daripada orang lain, dia mahu bersendirian melihat kertas itu. Mahu saja dia merampas kertas itu daripada tangan cikgu Jalil dan berlari dari situ, tapi kakinya seperti terikat.

"Apa ni, tak ada pun angka tegak2 ni .. semua angka belok2 aje ni ..." Arrghh! perempuan itu tidak sanggup mendengar kata-kata guru itu. Mana boleh jadi? dia tengok result aku? pastu dia komen2 sebelum aku tengok? Tak habis-habis hatinya berkata sendirian. Melihatkan perempuan di hadapannya bungkam, guru itu menyerahkan kertas slip keputusan itu kepada perempuan itu.

"Saya frust la dengan awak ... kan saya target awak BM dapat A1" hampir mengalir airmata perempuan itu mendengar kata-kata gurunya. Dan ketika itu dia melihat pada kertas itu, tertera C3 bersebelahan dengan subjek Bahasa Malaysia. Dia terkedu.

"Dah lah, apa-apa pun, tahniah lah kat awak ... semoga dapat U yang best-best" Guru itu seakan mengerti bekas anak muridnya itu diam kerana sedang menahan sebak, lantas dia berlalu dari situ.

Dan perempuan itu, ketika melihat keputusan yang lain, tidak juga dapat memberikan senyuman kepada dirinya sendiri. Perlahan-lahan kakinya melangkah meninggalkan pejabat menuju ke kereta di mana kakaknya menunggu.

"Macam mana?"

"Tak OK la kak .... tak ada A1 pun ... " keputusannya dihulurkan kepada kakaknya.

DAn ketika kakaknya membelek kertas itu, airmatanya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Dia menangis di situ juga, mengenangkan keputusannya yang tidak begitu membanggakan. Entah bagaimana mahu berhadapan dengan ibunya yang sedang menunggu di kampung. Ketika itulah sesalan hinggap ... kesal kerana tidak bersunggu-sungguh bersedia untuk peperiksaan. Akan tetapi, menysal kemudian tidak berguna, dia tahu dia harus redha dengan apa yang diperolehi.

"Ok la ni ... still pangkat satu" Kata kakaknya.

"Tak OK kak, kat sekolah ni, sapa egriget lebih 15, orang tak pandang lah kak" Perempuan itu menjelaskan kepada kakaknya.

"Dah lah kak, jom lah balik"

"Eh, kata nk jumpa member-member dulu ... kata nk balik naik bas aje nanti ... "

"tak nak lah, tak de mood"

Kakaknya hanya tersenyum dan mengangkat kedua bahunya. PErempuian itu laju masuk ke dalam kereta dan menymbamkan mukanya ke tapak tangannya. Hati yang kecewa tidak dapat di tahan lagi. Tidak sanggup rasanya hendak terus berdiri di sekolah itu lagi, apa lagi untuk bersua dengan kawan-kawan lain. Tidak, tidak mungkin.

Bersambung Sini plak

10 comments:

  1. :) selamat berposa...

    psst...cute nya anak2 awak...dalam gambar tu..

    eh, bila nak habis novel ni?

    idham

    ReplyDelete
  2. :-) thanks. bukan anak2 ... anak aje huhuhu ...

    novel? bukan novel pun ... kisah benar nk cover2 sbb segan nk tulis ..

    ReplyDelete
  3. haáh...sah2 ni bukan novel, tapi stail novel la citer ni...rasanyer citer ni ader kaitan ngan tuan punyer blog ni kan, kan?? watak pompuan tu rasanya tuan punyer blog ni jugak...lelaki tu mesti bf lame dia...kekekeke...

    ReplyDelete
  4. RM: eerrrr... errr... errr... hahahahah ... segalanya mungkin ..cewah!

    ReplyDelete
  5. rasanye bukan bf lama dia laa...tapiiii...hehehehehe

    ReplyDelete
  6. adoq, hehehehe ... kosser tauuu

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:33 pm

    akakaakkaakakakakakkakakakakakakakakakakakakkakka pisang!

    ReplyDelete
  8. kalah cite usop selam ni :) ke ke ke erkkk bila sambungannya Fara?

    ReplyDelete
  9. ih,

    bukan novel tp kisah benar.

    wah,

    sayang kerna perempuan itu menyembam wajahnya ketapak tanganya sendiri,

    apa tidak ada bahu atau dada lagi untuk di tuju.

    hihihi

    ReplyDelete
  10. Lando: dusyummmm!!!

    Alin: Insya Allah ... sat lagi habis tuh .. mukekee

    Dingin: MAKASIHHH sebab sudi membaca dan mengomen entry saya ... bahu dan dada lom ada lagi la time tuh hehehehe

    ReplyDelete

Popular Posts