Wednesday 6 September 2006

Kisah itu tidak berakhir di situ VI

Bersambung dari Kisah ini
-------------------------------

Kringg Kringg!!!!

Telefon di ruang tengah berbunyi. Dia berjalan malas menuju ke telefon. Sambil itu, matanya mengerling ke arah jam di dinding. 9 malam. Ish sapa la pulak yang call ni. Hatinya berdetik.

Telefon dijawab, salam disambut. Pemilik suara dihujung talian tidak dapat dikenalpasti. Puas berfikir, masih tidak mahu muncul jawapan yang dicari. ah, malas lah nak fikir lagi, getusnya.

"Siapa ni ek?"

Tatkala suara itu menyebut namanya, jantungnya berdegup kencang. Dia tidak menyangka nama itu akan muncul kembali. Walaupun pemiliknya berada jauh, namun suara itu begitu dekat di hujung sana.

Segala kenangan di sekolah bermain semula. Dia tidak dapat menahan bibirnya daripada menguntum senyuman. Ketika tersedar, dia memandang sekeliling bimbang jika lagaknyer diperhatikan ahli keluarga. Lega hatinya bila melihat ibu dan adiknya sedang leka menonton televisyen

Dia tidak mahu bertanya bagaimana pemilik suara itu mengetahui nombor telefonnya. Seingatnya, tidak pernah dia memberi nombor telefon kepada sorang bernama lelaki. Setelah meninggalkan alam persekolahan beberapa bulan yang lalu, hanya surat menjadi penghubung dia dan rakan-rakannya.

"Sorry, terperanjat aku tiba2 kau call"

"Sorry jugak, aku dah lama nak call tapi segan, kali ni aku call jugak ..."

"Takper"

"So kau tgh buat apa?"

"Tgk TV la..apa lagi nk buat ..."

"Tak kerja ke sementara tunggu result?"

"Tak lah. mak aku surun belajar masak aje"

"So dah power la masak"

"Dah boleh bukak kedai"

Suara di hujung talian menyambut dengan gelak. Dia turut tersenyum. Begitu mudah perbualan berterusan. Setiap kata bersulam derai tawa. Sesekali matanya disorotkan ke arah jam dinding. Sudah 20 minit melepasi jam sembilan. Begitu pantas? dia tahu dia harus menghentikan perbualan lantaran jarak mereka yang bukan dekat. Dia tahuasal lelaki itu, memerlukan masa empat jam jika menaiki kereta. NAmun mulutnya berat untuk berkata sudah.

Sehinnga suara itu berkata,

"OK lah .. dah setengah jam ni ... insya Allah aku call lain kali ... cepat sgt dah detengah jam, kan? boleh ke kallau aku call lagi?"

"Ikut kau lah"

Dan ketika gagang diletak, dia tahu ... ada sesuatu menanti mereka di hadapan ...


berSAmbung sini......

10 comments:

  1. ni citer pasal saper ekk? anak ke mak yg bergayut, conpius, conpius...wakakaka...

    ReplyDelete
  2. makkkkkkkkkkkkk aiiii!! kau tau tak berapa lama aku tunggu sambungan?? perghhhh!! aku kena baca suma dari mula?? hampeh tau! kau dulu paksa aku habihkan blognovela aku cepat2 kan.. kali ni, make sure kau abihkan cepat2! hampeh!

    ReplyDelete
  3. RM: citer psl sapa ek?? hahaha ...

    Angah, aku sambung bila aku dh takder bahan langsung nk update ... muahahahaaa

    ReplyDelete
  4. Bukan ke cite ni dah berzaman..aku ingat ko nak sambung kat novel bebetul..manalah tau ko dah hntr manuskrip kat alaf21 ka..cesb ka....

    ReplyDelete
  5. fara, ni citer ko karanag sendir ka? pandainyeerrrr...

    ReplyDelete
  6. Ed, ishh ... haruslah dibakulsampahkan aje kalau aku hantar ke alaf21 semua2 tuh hehehe

    Anne: Ala, simple2 aje ... ayat2 seharian hehehe langsung x mcm novel ...janji maksud sampai.

    ReplyDelete
  7. nak tunggu takde benda nak update, baru ko sambung citer ni, maknanye berjaman lagi la tu nak abis..

    err panjang lagik ke?

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:25 pm

    waaa...bestnya karang sendiri...leh wat novel ni nanti...

    ReplyDelete
  9. adoq: hahaha .. panjaaaaaangggg!!!! hahaha .. dh nama pun x berakhir kan ..

    sure: jauh sekali tahap novel tuh .. itu bahasa percakapan biasa .. ada cerita nk dishare tapi segan plak nk tulis so kena kias2 sket hahaha ..

    ReplyDelete
  10. Fara,
    punyalah lama baru ada sambungan..muahahhaha...

    ReplyDelete

Popular Posts