Sambungan Dari sini
Kepantasan waktu berlari seperti tidak disedari oleh semua pelajar, tidak terkecuali pelajar perempuan itu. Terasa baru semalam dia menjejakkan kakinya di sekolah ini sebagai seorang pelajar baru. Hari ini, kaki yang sama akan meninggalkan jejak keluar dari sekolah itu, buat selamanya.
Hari ini pelajar perempuan itu akan meninggalkan sekolah ini, setelah selesai bergelumang dengan kertas peperiksaan. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya. Namun kegembiraan dan kesedihan sebenarnya berbaur-baur dibenaknya. Walaupun dalam kegembiraan kerana lega memikirkan beban yang sudah lepas dari bahu, dia tidak dapat menafikan kesedihan kerana kini tibalah saat-saat perpisahan dengan rakan-rakan yang sudah menjadi teman di dalam kehidupan seharian di sekolah mahupun di asrama.
Di kemaskan baju-baju di almari pakaiannya. Sambil tangannya memasukkan baju-baju dari lipatan almari ke dalam beg besar untuk dibawa pulang, sambil telinganya mendengarkan lagu 'Don't Cry' menggunakan kaset walkman yang dipinjam dari rakan sebiliknya. Sudah beberapa kali kaset itu diulang main semula. Sesekali bibirnya turut mengikuti bait-bait lirik lagu kumpulan rock dari Amerika, Guns n Roses itu.
Selesai mengemas beg pakaian, pelajar perempuan itu keluar dari dorm dan menuju ke koridor asrama di hadapan bilik belajar asramanya. Dari tingkat empat itu, dia dapat melihat pemandangan surau sekolah yang tersergam indah di atas bukit. Dari situ juga dia dapat melihat beberapa orang pelajar sedang menunggu giliran untuk menggunakan telefon awam yang disediakan di luar pagar asrama puteri. Dia juga melihat beberapa buah kerete kepunyaan ibu bapa sudah sedia menanti anak-anak mereka untuk dibawa pulang. Semuanya ini dirakamkan oleh mata pelajar perempuan itu. Dia suka memerhatikan keadaan sekeliling dari situ. Dia tidak kisah berlama-lama di situ kerana dia tahu, situasi seperti itu tidak mungkin akan dinikmatinya lagi pada masa hadapan.
Tetapi pemerhatiannya terhenti apabila sorot matanya terpandang seseorang. Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Tiba-tiba dia merasa tidak keruan. Dia menarikkan kepalanya masuk sedikit supaya kelibatnya tidak disedari oleh orang di bawah yang sedang dilihatnya. Hatinya berdoa supaya insan itu tidak sesekali mendongak ke atas. Kerana insan itu adalah pelajar lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa jantungnya bereaksi sedemikan, berdegup dengan kepantasan yang luar biasa. Dia tidak meminta untuk merasa gundah sedemikan rupa, namun, itulah perasaannya.
Ala, bukannya dia datang menegur aku? bukannya dia nampak aku? bukannya dia tahu aku tengah intai dia ni? so kenapa pulak aku nervous lebih2 pulak ni? aduhh!! kata hati pelajar perempuan itu.
Pelajar lelaki itu sedang berjalan menuju ke pondok telefon yang sedang diperhatikannya tadi. Dan yang selebihnya, pelajar perempuan itu tidak berani untuk terus berada di koridor itu. Sepantas mungkin dia beredar dari situ sebelum dirinya dilihat oleh pelajar lelaki itu.
Petang itu juga, keluarga pelajar perempuan itu datang menjemputnya balik ke kampung. Setelah bersalam-salaman dengan kwan-kawan yang ada dan mengucapkan selamat tinggal, pelajar perempuan itu keluar dari perkarangan asrama dan menuju ke hadapan dewan makan kerana disitulah kereta keluarganya menunggu. Sekejap saja beg-beg dan barang-barangnya sudah siap berada di dalam kereta dan dia tahu masanya untuk meninggalkan sekolah sudah tiba. Dipandangnya sekali lalu persekitaran sekolah itu. Terukir senyuman dibibirnya, dan hatinya turut tersenyum. Meskipun cuma dua tahun dia di sekolah itu, sudah cukup untuk membuatkan dirinya terikat dengan keadaan di situ.
"Dah lah jom masuk kereta." Pelajar perempuan itu menurut ajakan kakaknya yang sedari tadi membiarkan dirinya melayan perasaan.
Namun takdir penentu segala...
Ketika kaki pelajar perempuan itu hendak bergerak menuju ke kereta, satu teguran datang menerpa.
"Balik?" Terkedu pelajar perempuan itu mendengar suara itu. Pelajar lelaki itu!
"Kau ni, terkejut aku lah, apa tiba-tiba kat sini ni..ha ah aku nak balik ni. kau bila balik? parents kau ambik ke?" Pelajar perempuan itu menjawab dengan pertanyaan bertubi-tubi, sebenarnya untuk mengurangkan degupan jantungnya dengan kehadiran pelajar lelaki itu.
"Aku balik naik bas, bukan ada barang banyak macam budak pompuan" Pelajar perempuan itu tergelak dengan jawapan pelajar lelaki itu. Hilang sedikit perasaan gemuruhnya tadi. Dia tidak nafikan, barang-barang yyang dibawa balik oleh pelajar-pelajar perempuan sememangnya banyak jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.
"Ye lah, korang suka hilangkan barang2 kot, tu yang balik tangan kosong je. Tak pun korang ni jenis yang tak malu pinjam barang orang aje..hahaha.." Lancar pula mulut pelajar perempuan itu membalas. Kini giliran pelajar lelaki itu yang tergelak.
"Eh, oklah, aku balik lah dulu, tu kakak aku dah tunggu, Good luck la with ur result nanti" Dia tidak tahu mengapa mulutnya terasa berat untuk mengeluarkan kata-kata selamat tinggal, tetapi digagahinya juga dek mengenangkan kakaknya yang sudah menunggu.
"Err..aaa..kau.." Suara pelajar lelaki itu seakan ada sesuatu yang ingin disampaikan
"Kau cakap something ke?" Tanya pelajar perempuan itu.
"Err..tak de lah, tak de apa..oklah, kau pun sama goog luck jugak. Jumpa lagi lain kali" Balas pelajar lelaki itu.
"Insya Allah..kalau kau masih ingat aku la kan" Pelajar perempuan itu cuba berseloroh.
"Aku sure ingat kau..." Balas pelajar lelaki itu pendek, penuh makna.
"Hahaha ye lah tu...oklah, bye" Pelajar perempuan itu lantas meninggalkan pelajar lelaki itu menuju ke kereta.
Di dalam kereta, dia sempat melihat palajar lelaki itu memberikan senyuman untuknya. Dan dia membalas. Mungkin itu lambaian untuk mereka berdua. Ketika kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan sekolah, tergambar kembali segala peristiwa yang dialami sepanjang dia berada di sekolah itu. Seperti sedang menonton kembali kisah-kisah yang bersulam dengan segala peristiwa yang berlaku. Kisah sepanjang dia seoarang pelajar perempuan di situ. Kisah yang sudah pasti tidak dapat terulang kerana selepas ini, dia bukan lagi seorang pelajar sekolah.
Entah mengapa, dihati kecilnya, dia tidak mahu kisah-kisah itu berakhir di situ ........
sambung siri 6 di sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
ini macam panjanggggggg je lagi ni!!! aku tak sabar ni nak menunggu ending ni..
ReplyDeletewaahh..macam kisah ko jer ni..heheheh...
ReplyDelete