Thursday, 26 January 2006

Yang Terpendam dan Terpadam

..

Kecil-kecil dulu (sekolah rendah), aku memang suka berangan.

Aku selalu main 'orang-orang' ngan anak jiran aku yang sebaya dengan aku. Balik sekolah, belum sempat tukar baju, lekas-lekas ke bawah pokok rambutan, port untuk kitorang main 'orang-orang'. Aku ngan dua orang member2 kampung, suka main tuh. Ambik ranting pokok .. patah2 kan pendek-pendek , untuk dijadikkan 'orang'. Then, pilih antara akar2 besar pokok rambutan or poko durian, sorang ambik satu space antara akar2 tuh, dan jadikkan rumah kepada ranting 'orang2' tadi. Gaya hiasan dalam rumah, ikutlah masing2 punyer kreativiti. Sebijik mcm drama ajer tau main orang2 nih. Setiap ranting tuh, ada watak tersendiri, ada mak, ada bapak, ada anak dara, anak teruna, budak kecik ... so, ranting kenalah berbeza saiz .. yang kurus, yang gemok, yang tinggi, yang rendah...

Aku pegang satu keluarga, maknanya aku kena bermain untuk semua watak dalam keluarga yang aku jaga dalam 'rumah' yang aku hiaskan ... dalam rumah tuh, mesti, wajib, ada ruang tamu utama, ruang tamu keluarga, ruang dapur, bilik-bilik untuk semua watak2 ... kiranya mestinya banglo besar dan mewah la kan ..oh ya, watak orang gaji pon mesti ada hahaha so, ada gak bilik kecik, untuk orang gaji... kan ke akar2 pokok tuh ada yang besar, ada yang berkelok2..so setiap kelok kecik2 tuh, jadik la satu ruang ... dalam setiap ruang pulak, aku letak kerusi, meja, katil ... benda2 nih gunalah apa2 benda pun keliling rumah tuh, batu, daun, serpihan2 pasu bunga, kulit kupang..apa2 aje lah yang nampak dimata .. ikut kreativiti lah.

So, kat situlah aku berangan. Kecik2 aku dah berlakon mcm tu. Semua watak aku pernah buat. Seronok sangat, member aku tuh suka buat watak lelaki mabuk .. so, nanti dia buat lah ranting 'orang2' tuh berjalan gaya terhoyong hayang. dialog pulak, spontan habis. Aku pulak, suuka sangat buat watak puan besar yang garang kat orang gaji ...

Bila hari dah petang, tinggalkan aje tempat tuh, besok petang ke situ, sambung lagi..kan ke macam drama bersiri tuh? bila dah bosan kat situ, carik port lain pulak, sama ada ke rumah jiran aku pulak, or ke pokok2 lain ... bila bertukar tempat, maknanya tukar cerita baru, watak baru lah ..

Selain berangan .. aku suka berdiri atas pentas jugak. Buat aku rasa confident jek bila berdiri atas pentas, macam ada satu kuasa yang tarik semua energy penonton, datang kat aku, dan syok sendiri atas pentas..kehkeh!


Aku rasa, kalau time aku kecik dulu ada karaoke2 segala nih, for sure aku tak lepas microfon tuh. Tapi, time tu, TV pun aku belum ada .. sebab belum ada electric sampai la aku darjah 2. Tapi, tak de mic, pon layan gak la aku nyanyi .. pentas pertama aku, pokok tumbang. microfon pulak, botol kicap kosong yang mak aku buang. Kawan2 aku tuh penonton. Kesian plak aku, diorang tu manjang kena jadik penonton aje, hahahah gila kuasa betul. Dah tu, dorang taknak nyanyi, dorang prefer dok bawah, aku takkan nak halang kan?

Kat sekolah rendah pun sama. Cikgu2 kan biasanya ada masyuarat kan? haaaaa time tuh memang heaven laaaaa.... show time!!! hahaha ...best giler time cikgu mesyuarat .. sebab, bila cikgu mesyuarat, cikgu will assign prefect semua jaga kelas2 sbb tak der cikgu .. so pandai2 prefect lah nak buat aktiviti apa time tuh .. mula2 tuh, prefect2 just dok diam jek .. suh budak2 wat kerja rumah lah, baca buku lah... then ada prefect yang kreatif sikit, ajak main jawab2 kuiz kat papan hitam ... tapi, paling best time satu group prefect yang gila2 tuh jaga kelas aku, darjah 2 time tu ... instead of buat kuiz ke apa ke, dorang suruh kiotang nyanyi sorang sorang!!! hahahahaa.... bagai pucuk dicita ulam mendatang je aku rasa .. aku apa lagik ... layannnnn .. aku, ngan ada sorang lagi budak pompuan nama dia pe'ah, and sorang budak lelaki, namanya omar, kitorang 3 org jek la yg suka conquer pentas (depan papan hitam). Dalam sejam ke sejam setengan cikgu mesyuarat, dapat lah aku men'sumbang'kan dua tiga lagu ... Time tuh, kakak aku darjah 6, dia prefect gak .. dia berbulu betul kalau aku nyanyi .. dia kata aku nih tak malu lah..malukan dia jek..tapi, aku kan kanak2 hingusan lagi time tu .. dah permintaan ramai suh aku nyanyi kan? hahahha last2 kakak aku pon surrender .. kehkeh ..

Pernah gak aku menyanyi masa jamuan perpisahan darjah 6 .. nyanyi lagu Gersang, 'Suratan takdir' hahaha! cikgu siap kata, sapa dua org yang awak cinta tuh? harap2 mak ngan bapa je la .. sabar je lah..

Kat sekolah rendah mmg la aktif .. maklum la, sekolah kampung kan .. murid tak ramai sangat yang poyo macam aku. So, lagi2 muka aku je la .. kalau ada pertandingan pentas aje kat sekolah .. jarang sangat aku tak join la kan .. baik menari, nasyid, menyanyi, bercerita, berpantun, bersajak, syarahan, musabaqoh, quiz dan apa2 lagik la... asalkan kat atas pentas .. maka aku sure enterframe nya tuh .. macamm bagus je. Tak la bagus sangat, sekadar wakil sekolah jek la pon .. memang tak bagus pon.. kadang-kadang je tak menang.

Tapi, pentas jek la... kat padang aku memang OUT ... adil la tu kan?

Aku rasa bakat aku ke arah tu la kot. Mula-mula aku masuk pertandingan bersajak, semua orang kena deklamasi sajak tajuk dia 'budi'..aku tengok budak2 dari kelas lain baca style standard yang bila part hujung tuh sure ada naik sket .. aku plak, dengan poyo baca bernada2 segala (camner ntah nk describe ntah, tapi canggih sket la for budak2 time tu .. hahaha! over!) ...

Bila sekolah menengah, aku masuk asrama, nasib baik sekolah pompuan semua .. hah! best gak .. asrama plak mmg full of activities, pentas especially.. syok join sebab bebas kalau kat pentas .. menari ke, berlakon ke ..tak payah nak tutup2 aurat. Aku pernah menari tarian jawa, siap berkemban tuuuuu ... fuhh unsangkerable!

Then bila form 4, aku masuk boarding school, campur lelaki... time nih aku pasif sepasif-pasifnya! standard la sekolah berasrama penuh yang bercampur nih ... orang pompuan memang kena dok diam2 jek .. tak bleh nk lebih2 esp. dalam hal2 pentas nih. Tapi, dalam pasif2 tuh, pernah gak aku wat persembahan tarian sempena hari guru kot .. menari inang, dengan tudung pulak tuuuuuuuuuu!! hahahah .. tapi, ni aku tau ramai tak notice nih, even husband aku pon tak tahu aku pernah wat persembahan tarian kat sekolah dulu.. bagus lah orang tak ingat, kalau ingat aku yang malu lah... tarian tuh 6 orang, 3 lelaki lembut ngan 3 pompuan. Lagunya "Angin menderu..dahan jatuh..menimpa bumi bla bla ".. ngan satu lagu lagi, lagu cha cha .. time dah nak habis lagu, ada gak beberapa cikgu join joget depan pentas .. kahkah .. bila cikgu join joget dalam few seconds, PA system wat hal plak .. kesiannnn potong stim betul!

Bila masuk college, semakin slow lah.. kalau budak2 boleh la kan nak ber hu ha hu ha atas pentas. Bila dah besar, segan lah. So, kat kolej, sekali jek kot aku join debate. Kan zatil? team kita, lawan team husband ko kan? hahaha best giler, 1st round menang plak tuh .. dapat masuk final...tapi kalah sebab nya bukan kitorang tak power, tapi sebab tajuk tak betul .. kahkahkah!

Then masuk uni, dalam pasif2 tuh, ada gak aku join nasyid, ngan musabaqah .. nasyid tak menang, musabaqah pulak, tak kalah .. heh!

Sekarang, tinggal kenangan lah.. dah tenggelam semua .. macam primadona yang dah hilang taring .. hahahaha!!! daripada bakat terpendam, terus terpadam .. bakatku tenggelam dilautan sepi.

Wednesday, 18 January 2006

Kisah itu tidak berakhir di situ IV

sambungan dari sini
...

Matanya cuba dipejamkan rapat-rapat. Tetapi gagal juga fikirannya mahu berhenti dari memikirkan tentang kejadian awal malam tadi.

---
Malam itu, semua pelajar tingkatan lima yang sedang menghadapi peperiksaan SPM dibenarkan menghadiri satu majlis yang seakan majlis perpisahan untuk mereka, yang hanya dihadiri oleh pelajar tingkatan lima dan guru-guru sahaja. Majlis kecil yang diadakan bersebelahan dengan dewan besar sekolah itu tetap meriah, kerana para pelajar betul2 mungkin kerana para pelajar merasakan malam itulah mereka berpeluang untuk berkumpul beramai-ramai sebelum berpisah membawa haluan masing-masing selepas SPM berakhir nanti.

Selesai majlis, pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama rakan-rakan.

Tidak terkecuali pelajar perempuan itu.

Ketika sedang sibuk bergambar bersama-sama kawan sekelas dan kawan sebilik, pelajar perempuan itu didatangi oleh pelajar lelaki itu.

"Boleh tak kalau aku nak ambil gambar dengan kau?" Lancar sahaja mulut pelajar lelaki itu meminta izin untuk bergambar dengannya.

"Ok je, tapi, aku tak ada kamera, kau ada?" Tidak tahu mengapa, pelajar perempuan itu tidak terdetik untuk menolak pelawaan pelajar lelaki itu. Di dalam hatinya, dia berharap agar pelajar lelaki itu jugak tidak mempunyai kamera.

"Hmm..aku pun, tak ada kamera.." Pelajar perempuan itu mengulum senyuman..Gembira dia kerana tidak perlu berdiri berdua dan diambil gambar bersama pelajar lelaki itu.

"..tapi tak apa, aku boleh pinjam dari budak2 lain, asalkan kau okay." ah!! tidak disangka-sangka cadangan itu yang menyusul.

"hmm..okay, kau carilah dulu, kalau ada, kau datanglah sini..kalau lama2, aku balik hostel terus tau"

"Kau tunggu dulu yer, aku cari kamera okay?"

Belum sempat pelajar perempuan itu menjawab, Pelajar lelaki itu sudah meninggalkan pelejar perempuan itu untuk mendapatkan kawannya yang mempunyai kamera untuk dipinjam. Pelajar perempuan yang berniat untuk menunggu pada mulanya, mula berasa segan dan mengambil keputusan untuk pergi mendapatkan kawan-kawannya berkumpul. Hatinya berkata bahawa jika pelajar lelaki itu tidak menemuinya, sudah tentu dia akan mencarinya di tempat berkumpul kawan-kawannya.

"Es, jomlah balik, dah nak pukul 11 lah .." ajakan dari rakan sebilik pelajar perempuan itu memaksanya untuk melihat kalau-kalau ada kelibat pelajar lelaki itu berdekatan situ. Namun tidak kelihatan. Di dalam hatinya, pelajar perempuan itu merasa bersalah untuk terus pergi mengikut rakan sebiliknya kerana tidak mahu pelajar lelaki itu mencarinya pula. Dikerling jam ditangan, sudah sepuluh minit pelajar lelaki itu pergi untuk mencari kamera, dia tidak tahu alasan apa hendak diberitahu pada rakan sebiliknya untuk terus berada disitu, sedangkan ramai pelajar sudah mula meninggalkan kawasan dewan untuk balik ke asrama.

Dengan lambat dia berjalan menuruti rakan sebilik menuju ke asrama puteri. Dia tidak tahu mengapa dia perlu merasa bersalah kepada [elajar lelaki itu. Bukankan aku sudah beri amaran padanya, yang kalau dia lambat, aku balik dulu? jadi kenapa nak rasa guilty pulak? hatinya berkata sendirian.

---

aku bersalah ke? atau ... aku ke yang frust tak dapat nak posing ngan dia? kalau iya, kenapa nak kecewa pulak? hishhh...lantak lah...Dipembaringan, hatinya masih berkata-kata sendirian. Dan bibirnya terukir senyuman.

Eh, syok sendiri pulak dah .. mintak-mintaklah tak terserempak lagi dengan mamat tuh, segan ah pulak sebab pergi macam tuh aje. Lagi-lagi hatinya berkat.

Malam itu, tidurnya diiringi seribu satu persoalan. Seakan menanti kisah-kisah seterusnya...

Bersambung ke siri 5











Monday, 16 January 2006

I'm Sorry I Love You




The saddest love story i've ever seen. Jarang-jarang aku nak review cerita yang aku tengok. Before nih aku tengok Full House, best jugak, sedih jugak, but not sad enough to make me write in here. But this one, mmg umphhh dia lain sikit. Memang sedih giler!

Aku tak sure lah drama nih ada tayang kat TV ke tak .. tapi, aku tengok nih sebab adik aku kasik the whole 16 series in one shot. Drama Full House dulu pon aku tengok kat laptop jek sambil2 nak tido tuh aku layan lah dua tiga siri, kalau esoknya tak kerja, aku layan sampai 6 siri, sampai hubby aku bangun balik or sampai anak aku bangun nak susu, barulah aku stop. Tak boleh la .. feel dia sama macam kalau aku baca buku cerita. Once u started, u just cant stop. Kadang kadang tuh aku sengaja je ulang-ulang satu-satu sence tuh banyak-banyak dua tiga kali, sebab aku takmo cerita tuh cepat habis. Sebab aku sedihlah bila habis, aku sedih nanti dah tak dapat nak tengok hero yang hensem pelakon-pelakon dorang yang hebat-hebat tu.

Ok, back to 'I'm Sorry I love You' nih, mula-mula tuh aku biar jek dah lama dah drama tuh dalam laptop aku adik aku copykan.. ada satu hari (last weekend) tuh, hubby balik lambat, so while waiting for him, lagipon Lydia dah nyenyak, aku malas nak lipat baju yang dah basuh tak tahu nak buat apa, nak tengok TV, aku takut. Aku ni kalau sorang-sorang memang suspends nak bukak TV, sama ada aku takut bila aku tukar2 channel tuh aku tertukar channel yang tayang citer horror, or time tgh tengok2 tuh iklan citer horror kuar, karang aku yang tak dapat tidur terkebl-kebil. So biasanya aku layan buku cerita or tengok dvd yang confirmed takder iklan and bukan horror movie. So malam tuh aku layan lah drama nih, sebab buku cerita melayu yang aku beli tuh tak best, tak boleh nak challenge Gelora Jiwa atau Ombak Rindu, jadi aku malas nak continue baca.

Mula-mula citer dia slow lah. and lagi pulak hero macam kureng lah. Yang sorang macam gangster sangat2, siap aku kata lagi dalam hati, janganlah ia nih hero, tak hensem, muka macam bagus je.. yang sorang tuh plak ala2 gay gitu dengan ear-ing lagik. Tapi aku layan jek lah .. bila dah episod ke 6 tuh, makin syok plak, nak pulak esoknya Saturday .. which aku cuti, so aku decided nak tgk banyak siri lah. Bila hubby balik, baru aku stop walaupon actually berat hati nak stop. Tapi lepas tuh aku sambung gak, rasanya sampai nak ke Subuh aku layan.

Saturday aku sambung lagik. Tapi cuma dapat tgk 4 siri je sebab everytime aku on laptop, mulalah Lydia pon nak tekan-tekan keyboard, so aku cuma tgk time dia tidur je lah.

And malam nih la aku baru habiskan another 2 episodes. Ini pun sebab sementara dok tunggu info for tender nih. kan ke aku stay kat opis, and aku bawa laptop plak, so aku ngadap lah drama nih.

Alalalalaaaa.... sedih giler beb!! even hindustan and dama filipina pon kalah lah. malay drama jangan cakaplah, so far aku rasa belum ada drama(cinta) melayu yang berjaya buat aku sedih giler macam nih.


(gambar2 aku amik dari site nih yang ada bg sinopsis sekali)


Yang buat aku suka, drama-drama korea nih, expression dorang tuh! excellent lah! tuh gambo hero tuh. Sedih sedih! itu jek aku cakap dari tadi. Tuh mamat gangster tuh lama-lama semakin hensem plak, dengan mata kuyu, dengan rambut srabai, tu yang buat aku syok sendiri tuh.

Tu je lah. Dalam laptop ada satu lagik citer yang adik aku kasik, Lovers in Paris tajuk dia, Korea gak. Tak tahu bila nak start.

*ngantuklah...uhh..patutlah, dah pukul 5 am nih. Tender lom siap2 lagik. ok ah, chow duluh*

Wednesday, 11 January 2006

Everyday I Love You

I told before i'm always late for everything kan? at least almost everything. Same goes to putting song into blog. So today i get it done, when others dah berkurun. Congratulations Fara! Its maybe nothing but its something to me ... kehkeh ... applause applause!!! thanks yer noha for the guidance. Helpful.

And Everyday I Love you .. is i guess the right song for this blog. Betul2 kena lah, tak caya? see the lyric lah kat kanan bawah (blog) ni.

I dedicate this song to everyone, all of you who ever visit this blog. Also to those who are still havent find this blog (haha..) hoping one day you'll find me. .. manalah tahu kan.. kan ke to know is to love?

And Everyday I Love you, to this blog ...

And Everyday I Love you to husband

And Everyday I Love You to Lydia

And Everyday I Love You to all people who are so close to me. Well, most of them are not reading this hahaha ..

And to the rest of the world .. World Peace .. ceh.. ala2 miss universe ..

wah mcm song dedication plak. Apa salahnya kan? token of appreciation. Siapa kata melayu tak suka show appreciation to others? see? I'm doing it terang-terangan nih. Tapi, sebab aku nih perempuan melayu, kalau lelaki melayu, taktau lah kan, angah? hahahha ...

Friday, 6 January 2006

I have come this far

At first it was only for fun.

time tuh kat office client, kat shah alam. Project memang dah lama habis. So duduk sajer goyang kaki, but still I need to sit there, for the sake of maintenance support lah (kononnya).

it started like that, in the time where I had nothing to do except for ... (let me think let me think) .. okay, nothing. really.

Its normal, kebiasaan, kalau in between ke’busy’an orang-orang kat office tuh, for sure there will be a mind-relaxing session lah. Biasanya my place was the spot. 2 to 5 mins time for borak-borak (yang kadang2 tuh boleh bawak ke 10 to 20 mins) depends on the situation lah (read:boss ada ke tak der) So, in one fine day... time sedang berborak bercerita isu2 setempat dan semasa, ada my friend nih mentioned about her new blog. And I was like, haa? Blog? Apa tuh?

Sorry, aku tak ingat pulak apa ko jawab Anom, tapi, whatever ur answer was, dah buatkan aku teruja nak tahu lebih lanjut. And from that moment, I have my own blog.

It was a year ago.

For the first few entries and months, I was the only reader. Then aku tunjuk pulak kat member yang dah ada blog tuh .. then kat member sorang lagi tu yang sampai sekarang pun belum ada blog .. lama jugak macam tu aje. Dua orang (termasuk aku) aje yang baca. Ngeh ngeh ngeh.

Seronoklah ada blog. Rupanya bila ada blog, rasa macam ada tanggungjawab, tanggungjawab nak update blog, walaupun yang baca aku aje pun, tapi aku rasa tak best kalau tak update blog. Mula lah aku gali2 cerita-cerita yang menarik (pada aku) untuk aku pindahkan dalam blog, biar senang aku nak baca balik nanti.

Masa tu macam aku syok sendiri pulak. Asyik2 bukak blog sendiri aje, paling-paling pun, bukak blog my friend yang introduced kan blog pada aku ( and she seems not really look in to her blog any more .. bz banget yeh nom?) dah lama sikit tu, barulah aku pandai bloghopping. Surf2 masuk baca blog orang, klik kat nama2 kat blog orang, dari satu blog ke satu blog. Baru aku tahu langit tu tinggi ke rendah. Punya lah selama ni aku buta (blog) .. berjuta2 manusia ada blog. Lambat betul baru aku nak ada blog.

Lepas tuh mulalah aku nak low self esteem, nak very down to earth, rasa macam kecil, kerdilnya aku dalam dunia blog. Lebih-lebih lagi bila baca blog2 orang bijak pandai .. oh ye, antara blog-blog terawal yang aku baca, ialah blog Pok ku dah ahli keluarganya yang sememangnya aku tahu kehebatan dorang .. even salah sorang anak pok ku tuh went to the same college with me. Selain Pok Ku, blog Mak Andeh and brood adalah blog yang sampai sekarang aku tak pernah missed. So, macam mana lah aku tak very the humble kan? Siapalah aku when compared to them kan?

Terus aku rasa malas sangat nak continue blogging. Hilang semangat betul. Kelakar kan? Macam real jek blog blog nih, It makes me smile, and it also can makes me feeling down. Even kerja pun seldom gives me that kind of effect. Bila berblog, aku rasa macam bercakap dengan the whole world aje..(perasan je tu, padahal aku je yang baca blog aku time tu)

Tapi, lama kelamaan, minat aku berblog tak dapat dibendung jugak. Semakin aku tak mahu tulis, semakin aku rasa tak best, so, aku buat dek aje kat perasaan rendah diri aku tuh. Aku tulis jugak, ikut suka aku aje. So, teruslah hidup blog aku nih.

Blog ni rupanya macam medium untuk aku bermuhasabah pasal diri aku dan hidup aku dulu dan kini. When I write about the past, barulah aku terasa betul atau salahnya benda2 yang aku dah buat .. berblog forces me to decide. Decide what stories to write, what experience to reveal, what good and bad things to share and what are not. Believe me, its not easy.

Satu lagi, bila baca tulisan orang lain, sering jugak aku rasa ter'tembak', ter'pukul', tersindir dan kawasan yang sewaktu dengannya. Aku tahu yang menulis tu bukan kenal aku pun, dan aku pun tak kenal dorang (agaknya lah, maklumlah virtual, semua boleh jadik) diorang tu tak tahu pun aku ke blog dia, tapi, tulisan dorang kadang2 ter'relate' dengan diri aku. Ada blog aku tinggal jejak, ada blog aku tak tinggal jejak .. ikut aku lah. Tak semestinya yang aku tinggal jejak tuh aku suka, tak semestinya jugak yang aku tak tinggal jejak tuh aku tak suka. Semua tuh aku je lah yang tahu.

Sekarang, aku dah tak kisah lagi. Everything I had posted and will do in future, are after my decision to share them with the rest of the (virtual) world.

So, January 2006, birthmonth of my blog. The place i introduced myself to myself.

Wednesday, 4 January 2006

Nawaitu

...

Laaaa, dah tahun baru yeh , tapi aku tengok tahap ke'jem'an dijalanraya masih mcm tahun2 dulu, gayanya tuh mcm peningkatan berkadar langsung plak dengan penambahan tahun .. semakin lama, semakin jammed .. Geram aku, sepanjang dari Klang, sampai ke KL jammed ajer yang aku jumper, baru je aku berkira2 tanam azam nak jadikkan tahun 2006 nih perfect dari segi punctuality especially ke office ..tup tup dah bolos satu hari ni .. hampressss!

Musykil aku, kenapa azam mesti ditahun baru? Lama sangat jarak masa tuh. Bayangkan, kita fikir macam ni,

alaaa..ada satu tahun aku nak capai azam aku nih before tahun baru lagi muncul .. relax lah dulu ..

Sebab tuh la kot azam tak banyak yang tercapai .. lagi2 untuk org2 last minute macam aku ni.

Sebab tu lah, aku realized, kan bagus kalau azam tuh setiap pagi bangun tidur tuh buat azam baru. Sama ada cipta baru, atau renew azam yang semalam tuh, haaa cuba tengok, for sure dalam list renew tuh banyak gilerrrr bila akhir tahun .. jadi, bila azam nih on daily basis, benda kecik2 tuh tak la rasa macam kecik jek, maklum la jarak masanya pendek..

nih aku quote balik apa yang budak quote kat aku dalam komen kat bawah .. thanks budak for sharing

Siapakah org2 yg berjaya itu, sahabat nabi bertanya, lalu Rasullah menjawab,
"Org yg BERJAYA itu adalah harinya itu lebih baik dari semalam,
Org yg CELAKA itu itu adalah harinya sama seperti semalam dan
org SIAL itu adalah harinya lebih buruk dari semalam".

Mudah mudahan kita tergolong dalam orang yang berjaya..

Orang kecik, azamnya kecik, orang besar, azamnya besar. Betul ke? Kalau tak betul masakan timbul peribahasa kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga ..

Tak salah berazam kecik kalau kita orang kecik. Tapi, kalau azam kecik tuh dibuat dalam timeframe yang kecik, maka banyaklah azam akan terlaksana dalam timeframe yang besar .. sebab tu lah kena wat azam on daily basis. So bila setahun, sebenarnya banyak azam dah terlaksana ..

Cakap degar-degar nih, azam tu apa? Aku senang jek, azam tuh niat lah. Pasang niat dalam hati, normally untuk improvement lah. So, betul ke ada orang tak ada azam? .. yang tak der mungkin kalau azam tuh dilihat sebagai satu benda yang besar .. entahlah .. lain lah jugak kalau orang lain kelaskan azam tahun baru sebagai satu perkara berbeza dengan niat kita nak berubah untuk future.

Azam aku biasa-biasa aje lah. Bukan something yang extravaganza gitu. Ingat hari2 yang mendatang nih aku nak put more priority on discipline. Satu disiplin tuk saving..satu lagik disiplin utk punctuality yang mana dah tercalit sket kesuciannya pagi tadi, satu lagi disiplin tuk diet dan exercise .. ngeh ngeh ngeh...

Popular Posts