Wednesday 18 January 2006

Kisah itu tidak berakhir di situ IV

sambungan dari sini
...

Matanya cuba dipejamkan rapat-rapat. Tetapi gagal juga fikirannya mahu berhenti dari memikirkan tentang kejadian awal malam tadi.

---
Malam itu, semua pelajar tingkatan lima yang sedang menghadapi peperiksaan SPM dibenarkan menghadiri satu majlis yang seakan majlis perpisahan untuk mereka, yang hanya dihadiri oleh pelajar tingkatan lima dan guru-guru sahaja. Majlis kecil yang diadakan bersebelahan dengan dewan besar sekolah itu tetap meriah, kerana para pelajar betul2 mungkin kerana para pelajar merasakan malam itulah mereka berpeluang untuk berkumpul beramai-ramai sebelum berpisah membawa haluan masing-masing selepas SPM berakhir nanti.

Selesai majlis, pelajar-pelajar tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenangan bersama-sama rakan-rakan.

Tidak terkecuali pelajar perempuan itu.

Ketika sedang sibuk bergambar bersama-sama kawan sekelas dan kawan sebilik, pelajar perempuan itu didatangi oleh pelajar lelaki itu.

"Boleh tak kalau aku nak ambil gambar dengan kau?" Lancar sahaja mulut pelajar lelaki itu meminta izin untuk bergambar dengannya.

"Ok je, tapi, aku tak ada kamera, kau ada?" Tidak tahu mengapa, pelajar perempuan itu tidak terdetik untuk menolak pelawaan pelajar lelaki itu. Di dalam hatinya, dia berharap agar pelajar lelaki itu jugak tidak mempunyai kamera.

"Hmm..aku pun, tak ada kamera.." Pelajar perempuan itu mengulum senyuman..Gembira dia kerana tidak perlu berdiri berdua dan diambil gambar bersama pelajar lelaki itu.

"..tapi tak apa, aku boleh pinjam dari budak2 lain, asalkan kau okay." ah!! tidak disangka-sangka cadangan itu yang menyusul.

"hmm..okay, kau carilah dulu, kalau ada, kau datanglah sini..kalau lama2, aku balik hostel terus tau"

"Kau tunggu dulu yer, aku cari kamera okay?"

Belum sempat pelajar perempuan itu menjawab, Pelajar lelaki itu sudah meninggalkan pelejar perempuan itu untuk mendapatkan kawannya yang mempunyai kamera untuk dipinjam. Pelajar perempuan yang berniat untuk menunggu pada mulanya, mula berasa segan dan mengambil keputusan untuk pergi mendapatkan kawan-kawannya berkumpul. Hatinya berkata bahawa jika pelajar lelaki itu tidak menemuinya, sudah tentu dia akan mencarinya di tempat berkumpul kawan-kawannya.

"Es, jomlah balik, dah nak pukul 11 lah .." ajakan dari rakan sebilik pelajar perempuan itu memaksanya untuk melihat kalau-kalau ada kelibat pelajar lelaki itu berdekatan situ. Namun tidak kelihatan. Di dalam hatinya, pelajar perempuan itu merasa bersalah untuk terus pergi mengikut rakan sebiliknya kerana tidak mahu pelajar lelaki itu mencarinya pula. Dikerling jam ditangan, sudah sepuluh minit pelajar lelaki itu pergi untuk mencari kamera, dia tidak tahu alasan apa hendak diberitahu pada rakan sebiliknya untuk terus berada disitu, sedangkan ramai pelajar sudah mula meninggalkan kawasan dewan untuk balik ke asrama.

Dengan lambat dia berjalan menuruti rakan sebilik menuju ke asrama puteri. Dia tidak tahu mengapa dia perlu merasa bersalah kepada [elajar lelaki itu. Bukankan aku sudah beri amaran padanya, yang kalau dia lambat, aku balik dulu? jadi kenapa nak rasa guilty pulak? hatinya berkata sendirian.

---

aku bersalah ke? atau ... aku ke yang frust tak dapat nak posing ngan dia? kalau iya, kenapa nak kecewa pulak? hishhh...lantak lah...Dipembaringan, hatinya masih berkata-kata sendirian. Dan bibirnya terukir senyuman.

Eh, syok sendiri pulak dah .. mintak-mintaklah tak terserempak lagi dengan mamat tuh, segan ah pulak sebab pergi macam tuh aje. Lagi-lagi hatinya berkat.

Malam itu, tidurnya diiringi seribu satu persoalan. Seakan menanti kisah-kisah seterusnya...

Bersambung ke siri 5











7 comments:

  1. Anonymous4:58 pm

    ko nak buat sampai baper ratus siri ni..wei cepatlahhhhhh. kalau nak sampai kahwin mesti beratus2 siri..ni time form je dah 5 siri...ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:36 am

    blognovela nih aku nk wat beratus2 siri macam citer 'yo soy betty la feya' tuh hahahahaaa....

    ReplyDelete
  3. tgazfa,

    sebagaimana aku tak khatam lagi sesapa punya blog, begitulah gak aku tak khatam lagi kau punya blog. tapi, sebab cite ni, kau telah memaksa aku cari link cite yg sebelumnya.. penat wehhhh!!! tapi sebab cite kau menarik, aku gagahkan jugak.. keh keh keh..

    bila nak sambung ni??

    angah

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:51 am

    angah, ye lah, aku pon nak gagahkan jugak habiskan nih banyak isi2 penting aku dah ingat2 lupa .. keh keh keh..

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:23 pm

    Laa punya laa berdebar2 tunggu time part amik gambo berdua tuh.. tgk2 rupernya tak dpt kamera lak, pastu si pelajar perempuan tuh plak balik jer asrama dia.. .iskkkk ...

    ReplyDelete
  6. Tgazfa
    Ya Allah, terus nostalgia aku dibuatnya. Terngat kesah chenta aku dan Ed masa kat sekolah. nak jumpa takut, nanti kena kutuk. Tapi last2 bebudak tau, aku jugak yg kena kutuk kononnya aku tergila-gila dekat Ed. Jahat betul lah. Situasi kat sekolah tu sebijik cam sekolah aku, tolonglaaa... kekekekkeke...

    sila sambung dengan kadar segera.

    ReplyDelete
  7. Anonymous10:25 am

    MM, iskkk ... hehehe

    Arena, thanks jenguk blog nih .. mcm ur komen dalam blog angah tuh, mana2 boarding school camtu lah gayanya kot? hehehe ... aku x sabor nk ko habiskan blognovela ko gaks.. huhuu

    ReplyDelete

Popular Posts