Hanya ini buat minit ini.
Sepatutnya ada hadiah besar buatmu kan, sayang?
anak patung besar?
atau melancong mungkin?
atau setidak-tidaknya satu majlis,
Majlis Indah untuk tangan kecilmu memotong kek harijadimu
Tapi kali ini, Maafkan mak ye sayang.
Ini saja hadiah buatmu, nak
karangan kecil yang mak panggil puisi
dari seorang bukan pemuisi
Kerana sayang,
untuk permata mak ini,
Sebolehnya mak mahu jadi pemuisi
yang bisa menggubah bait2 indah bermakna buatmu
kalau boleh mak mahu jadi pemuzik
yang bisa mencipta lagu-lagu enak untuk kau dengar
Untuk kau tahu
Biarpun puisi ataupun lagu
Datangnya ikhlas dari hati ini ...
Kerana kasih seorang mak
Kerana sayang seorang ibu
Kerana cinta seorang bonda
kepada mu, nak
Adalah selamanya
Selamat Ulangtahun sayang
![](http://photos1.blogger.com/blogger/679/771/320/P9010001.jpg)
Belajar main gitar untuk Lagu Happy birthday khas untuk Lydia - nota muzik atas ehsan opismate cum cikgu muzik, Tommy
p/s: Puisi untuk Lydia Husna permata cinta kami suami isteri. Untuk gambar2 Lydia di hari jadinya, sila ke http://amfara.fotopages.com
sungguh touching bila aku membacanya.. anyway, epi belated bday to lydia. sekejap jer dah sethun..
ReplyDelete