Aduh Sakit!
Tangan masih sakit2 nih. Lebam pun nampak lagi. Ni gara2 jadik pemain gantian untuk volleyball sukan antara pasukan kat company ni. YE! company aku macam sekolah...siap ada sukan tahunan. Siap ada rumah pasukan. Aku ni kat dalam pasukan rumah Hijau, sama aje macam pasukan sukan masa sekolah rendah dulu.
Aku kaki bangku. Bukan kaki je, tangan pun bangku gak. Aku tak pernah minat dengan mana2 sukan. Jadi, aku selalu mengelak kalau nak kena join mana2 team untuk pasukan. Aku perasan satu je, dari aku sekolah rendah sampai la sekarang, mana2 rumah yang aku join, sure mundur jer lepas tu.
Contoh,
Kat sekolah rendah, aku rumah Hijau(Laksamana), time aku mula2 masuk dorang kata rumah Hijau power..tapi, bila aku dalam tu...paling power pun dapat no.2 jer...
Then sekolah menengah rendah, aku rumah Biru(Bakawali) ... sama kes lah.
Sekolah menengah atas, aku rumah kuning (Suria) pulak. Ini lagi la pedih, tahun sebelom aku masuk juara, bila aku joined terus tempat tercorot! uik?
Nasib baik kat 'U' takder pasukan sukan...
Ni sampai time kerja pon sama. Semalam aku terrrr..paksa jadik pemain gantian (tak cukup orang, kalau cukup jangan harap aku nak, jangan harap diorang nak offer). Macam biasalah, bila ada aku, kalah la jawabnya. Sorry yer rumah Hijau huhuhuuuuu...(Aku tahu itu semua suatu kebetulan, aku percaya qada dan qadar dari Allah..thanks mr Jibam atas ingatan ikhlas..)Tapi atas nama pasukan, aku sertai jugak lah...Lagipun, Aku kata, aku seboleh-boleh mengelak daripada volunteer nak menyertai mana-mana acara sukan.
Mengelak, bukan menolak.
Masa sekolah rendah, aku pernah diminta joined netball team, wakil sekolah. Aku tak menolak. Walaupun jadik pemain simpanan je .. tapi sebnarnyer aku zero dalam game ni. I know nothing! not even one rule of the game .. haha! - eh cop, rasanya yang tak boleh angkat kaki sebelah bila dapat bola tu, rule for netball ke apa ek? erkk!
Then aku pernah terpaksa ambil bahagian melontar peluru. Walaupun aku tak minat, tapi aku sahut cabaran itu. Kat rumah, sehari sebelum acara sebnar, aku ambil batu besar dan senyap2 practise baling. Dalam hati aku, nak jugak menang. Tapi aku kalah. Tapi kalah bermaruah lah, sebab tak menolak permintaan cikgu.
Selain itu, sukan2 lain yang aku sertai semua sukan yang wajib dan yang aku benci, tapi aku buat jugak. Lompat jauh, Lompat tinggi, Lari 1500M...ala, tu semua orang kan kena masuk .. utk pungut point dalam sukantara - aku benci sukantara...sebab aku tak pernah dapat point .. sadis! Walaupon aku tak suka sukan, tapi aku suka semangat berpasukan.
kalau aku tak suka sukan, aku suka apa?
ada lahhhhh....
Wednesday, 14 September 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...
Sekolah Kebangsaan Pernec (SKP) juga ada pengawas jaga kat pintu pagar sekolah tiap2 pagi. Apa kata kau masuk rumah biru tahun ni, mungkin jadi juara. flex,Jangan anggaplah kau penyebab kalah, seolah2 kau pembawa nasib malang pasukan, itu semua takdir (macam siri crite 'hikmah' astro). Hati-hati, rasa2nya perkara ni ada kaitan dengan akidah iaitu tak percaya pada rukun iman 'percaya pada qada dan kadar'.
ReplyDeletehi tgazfa, johorean ke? me too! sronok bila jumpa org johor nih, jumpa balik perkataan yg org johor je guna..anyway, salam perkenalan
ReplyDeletetgazfa,
ReplyDeletecomel nye dotter...eeii..geram!
Noha chomel: yup, truly johorean n proud to be johorean n love johor alwiz! Dulu member2 kolej suka kata owang johor nih ada semangat asabiyyah (kenegerian) yg kuat..
ReplyDeleteTakper fara....mcm ko mentioned kalau kalah pun dgn maruah...sekurang2nyer ko mmg berani...CAYA ler
ReplyDeletefara....ko jgn lupa merentas desa
ReplyDeletehahahha! yup! merentas desa yg aku pon mmg tak penah dapat point. That bad huh? nak wat camner kan..
ReplyDeletesuria corot???? biler tu fara.... musykil lak aku...
ReplyDeleteeh, bukan corot eh? heheh aku ingat2 lupa plak..err..tp yg aku pasti, mmg bukan juara lah..errmmm..sorry la rakan2 suria yg lain..silap info nampaknyer..dah mentalpaus kot nih
ReplyDelete