Showing posts with label DEMC. Show all posts
Showing posts with label DEMC. Show all posts

Tuesday, 31 December 2013

Dulu atau kini, tetap teruja!

2004, saya ke DEMC -- yang pada ketika itu masih terletak di seksyen 9 Shah Alam dan namanya masih lagi Darul Ehsan Medical Centre -- untuk pemeriksaan kehamilan ketika mengandungkan Lydia anak sulong saya. Perasaan teruja seorang bakal ibu sememangnya tidak dapat disorok-sorok, sampaikan saya sendiri rasa asyik tersengih hendak berjumpa dengan doktor.


Atas recommendation doktor yang merawat (saya mempunyai masalah hormon tak stabil) saya di Klinik biasa, saya memilih Dr. Norleen untuk menjadi doktor O&G saya. Alhamdulillah tak sia-sia lah sebab saya memang suka pulak dengan cara Dr. Norleen yang lemah lembut melayan pesakit/ibu/bakal ibu.


Ketika itu bilik doktor pakar berada di tingkat 1, dan keadaannya agak tidak selesa kerana ruang yang agak terhad, dan ramai pula para pesakit menunggu giliran. Namun memandangkan saya baru anak pertama, saya tak melihat semua itu sebagai sesuatu yang patut di komplen. Takde hal laa janji dapat tengok baby! huhu!


Dalam pada menunggu, saya berkenalan dengan seorang wanita yang juga sedang hamil seperti saya. Saya melihat dia sudah dalam keadaan yang sarat namun masih berwajah ceria. Saya ringankan mulut bertanya,


"Anak ke-berapa?" Saya mengagak dia akan menjawab pertama atau ke dua. namun jangkaan saya meleset.


"Anak ke-5" jawabnya sambil tersenyum. riak gembira dan bangga terpancar diwajahnya. Tak tau lah sama ada riak bangga itu disebabkan respond muka terkujat saya seperti menggambarkan yang beliau kelihatan seperti baru ada anak 2 atau bangga kerana dikurniakan rezeki sehingga anak ke-5. Mana-mana sebab pun sebab beliau tersenyum, memang beliau berhak. Orang perempuan kekdahnyer, perasaan bangga boleh terbit dari pelbagai sebab, waima yg paling kecil sekalipun.. Maklum le wanita kan sensitivity tinggi.


Ok. So, Beliau sudah anak ke-5 rupanya.


WOW. gitu kata hati saya. Cayalah akak ni anak ke-5 pun masih ceria2 nak ke hospital. Belum puas-puas ke anak pertama sampai ke-4 jumpa doktor? tak letih ke? tak bosan ke? tak penat ke melalui perkara yang sama, check up setiap bulan selama 9 bulan, UNTUK 5 ORANG ANAK?


Itulah antara soalan-soalan yang ada dalam minda saya. minda cetek ibu muda yang tak tau apa-apa tentunya. Lebih teruk lagi, saya bercakap dengan diri saya sendiri, "Mungkin aku tak jumpa doktor kot kalau anak ke-5. Sama je kot dah 5 mesti dah tau semua"


Astaghfirullahal'azim..


Kini, selepas hampir 10 tahun, saya seakan-akan melihat kembali adegan itu, namun kali ini wanita yang mengandungkan anak ke-5 itu adalah saya. Ye, saya. Dan kini saya mengerti. Setelah 4 kali sebelum ini dan ini yang ke -5, perasaan bahagia itu masih sama. perasaan seronok hendak melihat baby di dalam perut ketika doktor scan masih sama. Tak wujud langsung perasaan bosan hendak menunggu giliran berjumpa doktor.


SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. SUBHANALLAH...


Alhamdulillah, saya dikurniakan lagi perasaan itu buat kali ke-5. Ini adalah rezeki kebahagiaan kami sekeluarga. Selepas Lydia, Idlan, Fahren dan Daleela, akan kami sambut seorang lagi permata hati kami yang ke-5 dengan rasa teruja.


2004, 2008, 2010, 2012 dan 2014 - perasaan itu masih sama. bahagia............ Do'akan lah keselamatan dan kesihatan buat kami sekeluarga.. ameen...


-Fara-

Friday, 2 April 2010

Wonderful Thursday

Yesterday was a wonderful thursday, the 1st of April. No April fool of course thank God I guess people nowadays are getting wiser and do not really play those stupid games of fooling people around anymore..

Dear husband took a day off, and I am still in my maternity leave, and we still sent our kids to school/babysitter. We had the whole morning for ourselves.

he went to car's workshop. Kancil needed some fixing. Same time, I went to Post Office. Both our driving licenses hv overdue since 2 weeks back. I renewed mine, and his. Next time I wont go to PO Kapar. The Q was long. I wud rather go to PO in amcorp Mall or in Giant Shah Alam, with same no. of counters, I dont hv to Q.

I finished in PO about 20 mins later (renewing process took less then 5 mins, the rest were waiting time..hmmm), and headed to workshop to fetch him. We went to some renovation shops. Nothing much on that but we managed to get few appointments for contractors to visit our house and get us the quotation.

Its nothing urgent on the renovation though. Its just that we hv been discussing it always .. its always interesting discussing about renovation even we dont know when its gonna happen. Dreaming is very important :-). even the smallest dream about the smallest renovation such as nak simen tanah depan yg sekangkang anak kera tu .. itu pun syiok! ngeh ngeh!

Its almost 12 and I told hubby we need to be at home by 4 coz well.. i hv a shedule .. actually I can do it in the car but that has to wait until I get the car adapter for my mamivac .. manual?? oh no! it seriously makes me stress which can affect to the production which will make me more stress .. huhuhu!


between 12 and 4 ..

Our last dating-tgk-wayang was ages ago i guess. Last sekali we watched Cicakman 1??? kahkahkah .. and that one pun we watched with Lydia when she was 3 kot.

I thought of going to big cinema, yang grand la like and bit far from home.... tapi after much thinking, kes nak kejar masa ... Bukit Raja la jugak jadik pilihan!.. adeh!!! tempat percintaan tuh, since we were in UiTM lagik dating kat situ .. sabo jek lah ..

I ddidnt know what are the latest movie currently. Tak catch up langsung! except reading some reviews fro Diana's blog jek lah .. kekeke .. plus not many movies now playing. My name is Khan pun dah lama habis hahaha.. well I already bought the dvd frm pasar malam, cuma lom tgk ... I have like 10 dvds at home that I bought and then kept them in the drawer. Tak tgk2 pun sampai ke sudah!


I wanted to watch Daybreaker, but dear hubby said he doubt I will like it bcoz it was about future and knowing me, he knows I dont really into futuristic movie. Its either I tak paham (citer matrix sampai la nih aku tak paham kehkehkeh!) , or I akan jadik takut and got carried away sampai takleh tidoq malam ..

So we picked Clash of the titans ... i wont give any review about it. It was just a simple adventure remake and nothing special pun. (ok no review..) .. the best part was aku ketaq gak tgk citer tuh deknon!!! Aku makan popcorn pun tak lalu sbb ala2 takut.. hmmm apa2 jek kan?


Nothing special about this movie.


We done with movie and took our lunch. kekok la jugak without the kids .. tp layan jek lah! makan2..jalan2..shopping2 .. then, i saw post offcie there! sighh!! .. punyer lama tak ke situ tatau pun dh bukak branch situ ... and no Q! urghh ralat! ... and masa begitu mencemburui kami cewahhhh yuckkss! hehehe!

Sampai rumah already 430 and terus I did what was needed and dear hubby resting. at about 5.30 we made a move to fetch the kids ...not going back home but off we went to shah alam. I've made appointment for Fahren's 2nd month imunisasi. We went to DEMC to see Dr. Koshy. Biasanya,utk 2 bulan ni aku cucuk kat klinik biasa jek as the cost is much cheaper ..tp since Fahren nih berak dia mcm slow sket aku prefer jumpa paed terus. And I like dr. Koshy. Aku mmg rekemen lah dr. koshy nih coz dia nih .. hmm... best lah! hahaha!

Dr. Koshy in action :)

Fahren weighted 5.5 kgs compared to 4.7 kilos last month. Doctor asked to not to worry about berak dia since his development is positif and normal as per graft ..dia kata as long as I fully BF fahren, takder apa nk dirisaukan .. insya Allah ..

we went off to dinner after maghrib prayer at masjid negeri. Idlan happy sungguh nampak masjid tu, dia kata

"mak, ni la!!, owohukakbal!" (Allahuakbar panggilan idlan untuk masjid)

idlan yg keletah! (mulut takmo diam)


Senja Di masjid negeri

After that we thought of going to iCity but cancel since idlan dah kelayuan and its almost 9pm, friday is school day for lydia and she has some works frm school need to cmplete. iCity next time lah!

I love the day because the way I spent it .. with my beloved ones .. same day, different time, different way ..

Love!

Friday, 19 February 2010

Fahren Adly

Lama betul aku delaykan nak cerita pasal latest newborn. Today dah hari ke 19 aku berpantang. Pengalaman berpantang
more or less sama jek ngan pengalaman yang lepas2 during lydia and idlan .. sebelum aku gi ke pada citer tuh,
better lah aku tulis pasal pengalaman bersalin dulu .. best baca balik in future .. even now bila aku baca balik
pengalaman melahirkan lydia dan idlan aku rasa best je .. kalau aku baca 10 tahun lagi, sure lagi best :-)


ok,
dari awal check up, based on ultrasound, baby akan dilahirkan pada 7 february 2010. Aku kena follow ultrasound sbb
aku takleh nak follow ikut kiraan kitaran haid aku ... mmg kalau ikut tak datang period, mau aku dah 4 bulan pregnant masa tu walhal ultrasound kata aku baru pregnant 2 bulan saja .. :-) dari Lydia sampai ke Idlan sampai la
this one, mmg mcm tu ler kes aku .. kena kira umur baby dalam perut based on scan saja ...


Masa umur kandungan mencecah 4 bulan, aku dah diberitahu yang insya Allah kali ni sekali lagi aku akan mendapat
seorang boy .. Alhamdulillah .. aku bersyukur, akan ada lebih ramai kaum adam dalam rumah nanti :-) semoga kaum adam dalam rumah nanti, akan menjadi pelindung kepada kaum Hawa .. insya Allah ..


Perjalanan sepanjang masa mengandung, Alhamdulillah tak ada yang sukar .. memang bersyukur sangat ... cuma aku ambik MC sehari masa kandungan dah 8 bulan .. hari2 lain, tetap macam biasa ... dan kebanyakan rakan sekerja
menyuarakan rasa terkejut mereka bila diorang cuma tau aku pregnant masa aku dah 8 bulan .. ada jugak yang tahu masa aku tgh tunggu hari .. ekeke lawak je! sama ada badan aku mmg sentiasa mcm orang mengandung, ataupun
perut aku kecik je sampai ke 9 bulan .. aku rasa dua2 pun iye ekekkeke! tapi, boleh dikira la berapa hari sangat
aku ke ofis ngan baju pregnant .. rasanya 3 minggu terakhir tu baru aku pakai baju pregnant everyday .. before tu
mmg baju kurung je ... maklum ler baju kurung aku besar2 sizenyer ..


ketika kandungan mencecah 37 minggu .. aku mula risau ler gak ... paling aku risau kalau tetiba waterbag pecah masa kat opis .. aduh sure panik giler kann .. Alhamdulillah ia tak terjadi :-) at the same time hari2 aku ternanti2
sakit contraction tu datang ekekeke ... sebabnyer mcm malas nak gi kerja huhuhu .. tapi semakin ditunggu, tak datang2 plak rasa sakit tuh .. adeiii .. setiap malam aku berdoa, kalau nak sakit, biar le malam atau awal pagi, mcm masa Lydia dan idlan juga ...


minggu ke 39 ... to be specific, hari sabtu 30 jan 2010 perut aku manjang memulas .. tapi mmg memulas sakit nak gi toilet la .. tapi ikut pengalaman aku, kalau aku dah asyik rasa nak berak jek tuh maknanya dah dekat le tu .. sabtu tu aku tak ke mana2 sebab laki aku main badminton ngan opismate dia ... aku plak dok rumah ngan bebudak .. tader wat apa sangat ... malam tu aku malas nak masak .. aku tulis kat FB status aku malas masak .. lps maghrib tuh terus ke wak lemon pekena soto .. balik dari wak lemon, check FB, baru nampak rupanya delinn komen, suggest suh makan kat wak lemon .. kebetulan gitu ekeke!


pagi2 ahad, 31 jan 2010 ...bangun2 jek aku ajak hubby gi pasar stadium shah alam .. biasa ler, mesti nak pekena nasik lemak kukus kat situ .. tapi sampai sana aku tak makan pon nasi lemak, tapi aku pekena char kuey teow .. hmmm sedap jugak ler .. then jalan2 kejap tgk2 barang tapi tak beli apa2 pun .. time ni la, aku mcm terasa contraction mula datang .. tp tak de le kerap .. and tak de le sakit sangat .. gerakan lemah gitu huhuhu .. tapi, itu dah cukup buat aku tersenyum .. dalam hati aku rasa aku akan bersalin hari tu ...aku tak bgtau pun hubby .. kami terus berpusing2 kat situ .. aku nak banyakkkan jalan, sebabnya aku nak contraction tu datang lagi .. huhuhu! lepas dah pusing, hubby ajak gi MPH warehouse sale kat stadium tuh jugak .. tapi aku malas sbb Sol tulis kat blog dia waredouse sale tuh biasa2 jek tak de la dasyat beno harga .. and aku plak rasa sakit pinggang jadik aku ajak balik rumah je ... lgpun dah tgh hari ...


sampai rumah jer aku rasa sihat le plak .. sikit pun rasa sakit2 tu tak datang .. cisss nih takbleh jadik .. kalau aku duduk je kat rumah nih harus sampai ke esok tak sakit .. and yg aku takut, kang sakit datang masa aku dh gi kerja plak .. ishhh ...so, takmo hal tu terjadik, aku ajak lagi hubby gi jalan2 ... dia pelik tp dia ok jek .. lps zohor tuh kami ke Subang, carrefour. Sampai je carrefour, perut aku memulas lagi .. terus aku cari toilet .. then kami ke nagoya .. aku ingat kan nak carik kain, nak jahit wat sarung bantal utk baby .. tapi masa tgh pilih2 tuh memulas2 lagi perut aku .. so aku ke toilet lagi ... cancel nak beli kain. laki aku mmg biasa ngan keadaan aku yg suka je sakit perut masa tgh pilih barang . so dia takder la syak apa2 ... lps aku kuar toilet kali ke 2 tu, baru aku bgtau dia ...


"semacam je sakit perut saya ni ... "

"dah masa kot .. nak balik ke?"

"ntah.. nanti la dulu tgk camner ..." aku kata gitu ..


kami round2 carrefour. belikan basikal utk idlan. then aku ajak balik sbb tak selesa gitu pinggang aku ... dia pun sorong troli tu lajuuu jek bawak brg2 ngan idlan. Aku ngan Lydia kat belakang tetiba ada plak orang dari MAKNA approach aku .. adeh! suh sign up utk derma ke MAKNA guna credit card .. lama gak ler dia dok briefing ... yang aku ni mmg tak reti nak stopkan conversation tu .. mcm kesian gitu .. ekekek padahal pinggang dah rasa tak selesa sangat dah ... then laki aku call suh cepat .. budak MAKNA tu nak jugak teruskan briefing walaupun aku bgtau dia aku tak nak sign up .. last2 aku bgtau dia aku nak gi spital .. baru dia lepaskan aku .. hmmmm ...


sampai rumah nak dekat asar dah .. aku bgtau laki aku yg lps asar nanti nak gi jalan2 lagi .. nak bawak budak2 gi dataran muzium shah alam .. mmg tmpt lepak fvorite aku tu huhuhu! dalam fikiran aku cuma satu yaitu nak jalan banyak biar sakit datang .. masa tuh aku rasa pinggang aku sakit lagi. so aku start ler kemas2kan beg baju utk Lydia dan Idlan .. just in case aku kena gi hospital, senang ler terus je hantar dorang ke rumah MIL. masa tgh kemas2 baju tuh aku rasa few times contraction. kali ni aku ala2 confirm yang itu adalah contraction .. ekekek tak de la mcm pregnancy yg lps2 aku asyik la confuse contraction ke bukan .. kali ni aku tau itu mmg contraction. so aku terus bgtau laki aku ... dia cepat2 mandi dan solat .. aku plak kengkonon nak on laptop nak online tapi adeh tak selesa ngan rasa contraction yg tenggelam timbul. bila dah siap semuanya, dalam kul 5 gitu kitorang gerak ke rumah MIL. dalam kereta, tak dtg plak rasa sakit tu .. grrrr nih aku lemah ni .. so aku dah tau dah .. kalau aku duduk dan bersandar, mmg tak datang sakit tuh .. so sampai jek rumah MIL, aku suh lepak situ sat nak monitor kekerapan ... dalam 20 mins nak umah MIL, adalah 2 kali aku rasa contraction tu ... hubby siap makan nasik lagi sementara aku dok monitor kekerapan ... masa dia nak habis makan tuh, aku suh cepat sket sbb makin sakit dah ...


aku bgtau lydia aku nk gi hosp. dia dah paham so dia kata ok nanti dia tolong nenek jaga idlan. kul 6 kot kitorang kuar dari umah MIL menuju ke DEMC. dalam kereta, contraction tak dtg pun sampai le ke shah alam. tapi takde la aku nak melepak kat kedai mamak mkn roti canai mcm masa idlan dulu huhuhu! kali ni parking je terus aku menuju ke DEMC tkt 2. nurse wat CTG, and mcm yg aku sangkakan, and sama mcm masa idlan .. contraction tak de pun masa CTG 20 mins tu .. adalah few gerakan lemah je dikesan .. aku tau, sure sebab aku baring. kan aku dah kata, kalau aku duduk bersandar or baring, sakit tu tak datang .. then bidan kata nak check laluan .. aku doa mudah mudahan dah bukak more than 3cm. hmmm bidan kata dah bukak 3 to 4 cm .. lega aku dgr .. meaning aku terus kena tahan ler and akan bersalin malam tu gak .. aku bajet dalam kul 12 or kul 1 pg aku bersalin la kot .. maklum la biasanya it takes 1 hour to open 1 cm ... depends lah kat orang ...


mandangkan hari tu hari Ahad, time nak maghrib plak tu .. mmg ler doktor takder .. so nurse kata dia dah called doctor mazita .. the same doctor yang sambut idlan ... sementara tunggu doktor sampai, aku dok ler dalam wad menunggu tuh, laki aku dah turun gi wat admission ngan gi solat maghrib. time tu dah kul 7.30pm kot ... aku kat wad tak dok diam and tak baring .. aku keep on walking mundar mandir .. mmg rasa sakit sgt kerap tapi aku rela gitu rather than baring and tak sakit. aku assume, bila sakit tuh meaning baby tgh menolak2 ler .. and membantu mencepatkan bukaan .. so aku jalan je mundar mandir sambil mulut aku tak sudah2 baca selawat .. sebab tahan sakit .. bukan le nak kata alim pun.. tapi dari kecik, sejak pengalaman kampung aku kena puting beliung tuh, aku sentiasa ingat pesan mak aku agar banyakkan berselawat kalau tgh risau, atau cemas ... Alhamdulillah tips tuh berkesan utk aku sbb selawat memberikan ketenangan jugak. betul ni weh!


nak dekat kul 8 gitu hubby aku masuk .. bawak beg baju aku .. and masa tu nurse dah suh ganti baju hospital .. dia tanya aku nak ke mkn ubat berak aku kata tak payah sbb takde apa nak diberakkan huhuhu... dia kata just be ready aje lah nanti jap lagi dia nak sorong aku masuk labor room.. ntah kenapa tetiba aku rasa seram plak .. tetiba terbayang balik rasa sakit contraction bila ari ketuban dah pecah nanti .. aduh! so aku ckp kat nurse

"takut ar nurse ...hehehhee" nurse tu pun gelak je .. dia skata,

"ni sure akak teringat sakit masa dulu2 .." aku gelak gak ...dia keluar je bilik, aku sambung lagi jalan2 sambil posing2 ngan laki aku ekekeke ...


dlm kul 8.15 kot nurse datang bawak kerusi roda .. nak sorong aku masuk labor room .. adoiii aku dah gabra ... aku tanya dia, doktor dah sampai ke? dia kata doktor dah nak sampai .. masa kat labor room aku still takmo baring..aku jalan2 lagi sampai la dia suh baring sbb nak masukkan air and aku tak ingat dia pecahkan air ketuban tu kemudian or masa ni .. ntah le lupa plak .. tapi yg aku tau time tu dah mula rasa heavy contraction le sbb air ketuban dah takde and air yg masuk tu dah menolak2 ... check lagi laluan, dah bukak 6 to 7 cm gitu .. then aku dgr suara doktor .. masa aku tgh sakit2 tuh, dia datang salam tangann aku sambil bagi salam .. aku pun jawab dalam sakit ekekeke ..


kali ni, aku rasa aku cool sikit lah menghadapai saat2 sakit tuh .. maybe pengalaman yg lepas2 mengajar la kann .. bila contraction yang heavy datang je, aku tarik nafas dalam2 menahan supaya tak pushing ... selawat mmg tak putus and tangan aku mmg genggam tangan laki aku tak hingat .... aku takmo dah menjerit mcm apa jek huhuhu! then doktor kata


"cepat juga bukaan puan .. tadi masa nurse called kata baru bukak 3 cm .. now dah 8 cm" aku senyum je ..senyum kelat tahan sakit huhuhu


ada few times yang aku mmg tak tahan nak push tapi aku sehabis baik aku tahan ... tahan dan tahan sampai keluar air mata aku .. hubby dok coolkan aku .. aku jadik sayu terus aku nangis betul ekekeke! time tu aku rasa mcm nak mintak maaf kat dia, tapi tak terkata sbb segan le plak kat nurse .. harus kang dia kata aku drama queen plak .. ntah apa2 je kan ... tapi aku realize, bila aku menangis, rasa sakit tu kurang ler plak .. wahhh nih dah bagus .. tapi takleh le plak nak nangis buat2 .. huhuu.. asyik plak aku dok fikir2 dan berangan2 gitu ler sampai ler bidan kata,


"ok, now awak dah boleh push ..."
lor masa tuh tgh tak berapa sakit .. tapi aku push la jugak .. sekali push tak de apa2 .. then tarik nafas dalam2 .. and push .. lama betul aku push tuh .. aku rasa dah kepala baby dan keluar .. then push lagik baru keluar semua sekali .. yesss!!! lega giler! terus doktor letak baby kat dada aku .. dia kata boy ... aku tgk jam, tepat kul 9.00 pm.


Alhamudlillah, baby selamat dilahirkan pada 16 safar 1431H bersamaan 31 January 2010 jam 9 malam. Kami namakan dia Fahren Adly. nurse amik baby mandikan dia and hubby azankan and bila dah settle kasik kat aku balik baru ler aku cium huhuhu! then aku kata kat hubby,

"bang, Merlin dah start .. malam ni miss ler satu episode .."

Popular Posts