Showing posts with label 5th pregnancy. Show all posts
Showing posts with label 5th pregnancy. Show all posts

Friday, 15 August 2014

Pregnant ke 5: minggu ke 37: Hemoglobin (HB) rendah pulak

Minggu lepas, saya ke DEMC untuk regular check up. Diam tak diam dan masuk minggu ke-37 rupanya.. huhu.. patut la rasa mcm dah berat jek nak berjalan... ekekek (padahal mmg naturally berat pun kot)


Selain dari normal check up ultra sound tu, sekali lagi buat blood test untuk check paras hemoglobin dan blood test untuk check paras gula. Sebelum tu harus le kena minum air gula... hehe.. 1st time saya kena minum air gula sepanjang pengalaman saya pregnant 5 kali. Selalunya sebelum ni cuma dgr je cerita orang pasal seksanya nak perabih segelas air gula semata2... seram saya dengar.. tapi Alhamdulillah takde la seteruk tu, sebab DEMC kasik air gula dengan perisa oren masam2 sikit so boleh la saya laju je habiskan... 


Alhamdulillah, paras gula saya normal je.. cuma HB plak menurun daripada normal.. Saya tau kenapa, sebabnya saya memang kurang food yg ada iron.. dah tu kemain suka minum kopi... haihhh berubah la Fara oiii...  tak bagus ok HB rendah..


Kenapa HB menurun tu tak bagus? 

Hemoglobin tu kan sel darah merah, darah merah ni penting nak angkut oksigen ke seluruh badan, kurang HB akan memang membantutkan kelancaran oksigen untuk di bawa ke sel-sel badan yang lain, lalu kita berisiko untuk mendapat anemia dan boleh jugak membawa risiko kesihatan kepada anak yg kita kandung... na'uzubillahiminzalik.. Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. . 


Macam mana VITA-LEA tolong tingkatkan hemoglobin?

Vitalea with Iron Formula ni ada zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel badan.

Tapi jangan plak ingat HB rendah ni cuma jadi kat wanita pregnant je.. anyone boleh ada masalah ni, terutama kalau coffee lover (saya le tewww) huhu..

Maka, VITA-LEA ni memang sesuai untuk semua golongan lah! :-) Harga not bad tak la mahal sangat tapi tak la terlalu murah, kena lah dengan kandungan dan manfaatnya kan... barang berkualiti kalau murah sangat pun pelik jugak, ye dak?

Contact saya ye kalau nak cuba VITALEA ni.. multivitamin ... in general pun dah memang kita tau kita perlu multivitamin untuk mengisi lompong2 nutirisi dalam badan kita.. 

Kalau nak terus beli, Klik je kat E-Sell (atas kanan) tu dan pilih VITALEA. Harga pun ada kat situ.. kalau nak harga yg lebih jimat.. macam biasa, Whatsapp saya (SMS ke, wechat ke telegram ke.. boleh je..) .. saya boleh beri penjelasan betapa untungnya membeli sebagai ahli :-)

Jangan lupa! order ye! :-)


Salam Ceria!
Fara 0192390107

Tuesday, 31 December 2013

Dulu atau kini, tetap teruja!

2004, saya ke DEMC -- yang pada ketika itu masih terletak di seksyen 9 Shah Alam dan namanya masih lagi Darul Ehsan Medical Centre -- untuk pemeriksaan kehamilan ketika mengandungkan Lydia anak sulong saya. Perasaan teruja seorang bakal ibu sememangnya tidak dapat disorok-sorok, sampaikan saya sendiri rasa asyik tersengih hendak berjumpa dengan doktor.


Atas recommendation doktor yang merawat (saya mempunyai masalah hormon tak stabil) saya di Klinik biasa, saya memilih Dr. Norleen untuk menjadi doktor O&G saya. Alhamdulillah tak sia-sia lah sebab saya memang suka pulak dengan cara Dr. Norleen yang lemah lembut melayan pesakit/ibu/bakal ibu.


Ketika itu bilik doktor pakar berada di tingkat 1, dan keadaannya agak tidak selesa kerana ruang yang agak terhad, dan ramai pula para pesakit menunggu giliran. Namun memandangkan saya baru anak pertama, saya tak melihat semua itu sebagai sesuatu yang patut di komplen. Takde hal laa janji dapat tengok baby! huhu!


Dalam pada menunggu, saya berkenalan dengan seorang wanita yang juga sedang hamil seperti saya. Saya melihat dia sudah dalam keadaan yang sarat namun masih berwajah ceria. Saya ringankan mulut bertanya,


"Anak ke-berapa?" Saya mengagak dia akan menjawab pertama atau ke dua. namun jangkaan saya meleset.


"Anak ke-5" jawabnya sambil tersenyum. riak gembira dan bangga terpancar diwajahnya. Tak tau lah sama ada riak bangga itu disebabkan respond muka terkujat saya seperti menggambarkan yang beliau kelihatan seperti baru ada anak 2 atau bangga kerana dikurniakan rezeki sehingga anak ke-5. Mana-mana sebab pun sebab beliau tersenyum, memang beliau berhak. Orang perempuan kekdahnyer, perasaan bangga boleh terbit dari pelbagai sebab, waima yg paling kecil sekalipun.. Maklum le wanita kan sensitivity tinggi.


Ok. So, Beliau sudah anak ke-5 rupanya.


WOW. gitu kata hati saya. Cayalah akak ni anak ke-5 pun masih ceria2 nak ke hospital. Belum puas-puas ke anak pertama sampai ke-4 jumpa doktor? tak letih ke? tak bosan ke? tak penat ke melalui perkara yang sama, check up setiap bulan selama 9 bulan, UNTUK 5 ORANG ANAK?


Itulah antara soalan-soalan yang ada dalam minda saya. minda cetek ibu muda yang tak tau apa-apa tentunya. Lebih teruk lagi, saya bercakap dengan diri saya sendiri, "Mungkin aku tak jumpa doktor kot kalau anak ke-5. Sama je kot dah 5 mesti dah tau semua"


Astaghfirullahal'azim..


Kini, selepas hampir 10 tahun, saya seakan-akan melihat kembali adegan itu, namun kali ini wanita yang mengandungkan anak ke-5 itu adalah saya. Ye, saya. Dan kini saya mengerti. Setelah 4 kali sebelum ini dan ini yang ke -5, perasaan bahagia itu masih sama. perasaan seronok hendak melihat baby di dalam perut ketika doktor scan masih sama. Tak wujud langsung perasaan bosan hendak menunggu giliran berjumpa doktor.


SUBHANALLAH. SUBHANALLAH. SUBHANALLAH...


Alhamdulillah, saya dikurniakan lagi perasaan itu buat kali ke-5. Ini adalah rezeki kebahagiaan kami sekeluarga. Selepas Lydia, Idlan, Fahren dan Daleela, akan kami sambut seorang lagi permata hati kami yang ke-5 dengan rasa teruja.


2004, 2008, 2010, 2012 dan 2014 - perasaan itu masih sama. bahagia............ Do'akan lah keselamatan dan kesihatan buat kami sekeluarga.. ameen...


-Fara-

Popular Posts