Masa darjh empat (1987) cikgu kelas aku bernama Cikgu Mahadi. Cikgu Mahadi ni cikgu baharu kat sekolah aku masa tu, dan seorang cikgu yg dikenali dengan ketegasannya. Selain tu, beliau antara cikgu yg masih muda dan good looking hehehe... tapi tampak ketegasan dia dengan misai tebal hihi... Beliau mengajar kami matapelajaran Alam dan Manusia.
Yang membuatkan aku banyak kenangan dengan beliau adalah kerana beliau lah yang melatih kami (aku, Zaurah & arfifah) untuk ke pertandingan Tunas Alam dan Manusia mewakili sekolah ke peringkat cawangan Senggarang. Masa tu darjah 5.
Tunas Alam & Manusia ni mcm science public presentation la.. kena present kat audiences satu experiment sains dan bercakap menerangkan apa kebaikannya kepada alam. Topik kiterang masa tu ialah "Pencemaran Air" ... ekperimen kiterang pulak ialah menggunakan 7 lapisan tanah untuk menapis air kotor kepada air bersih..
Almost 2 bulan jugak lah kami berlatih... memula sama2 prepare all the materials.. kumpul gambar, cari point.. cikgu pulak tolong buat lapisan tanah tu... then bila siap materials, baru lah berlatih dan menghafal teks yg cikgu dah sediakan. Masa tu guna manila card dan kad board .. mana lah ada lagi projektor lagi hihi...so masa aku cakap, Arfifah dan Zaurah akan sama2 bergilir menukar manila card mcm kita tukar slides kat powerpoint gitu lah..) .. begitulah masa Arfifah dan Zaurah bercakap, aku pun dapat tugas memegang manila card...
Memang masa latihan cikgu Mahadi pastikan semua mesti perfect dari segi kelancaran bercakap, kecekapan handle presentation material dan prop2 lain. Adakalanya masa latihan aku gerammmm sangat ngan cikgu sebab asyik suruh berlatih.. asyik kena pergi dewan berlatih berlatih dan berlatih.. sampai suatu masa rasa mcm tak suka sangat kalau nampk kelibat cikgu rasa mcm nk mengelak hahahaha...aku mmg ada penyakit gitu.. when ppl get too closed to me, aku rimas. LOL. ok tapi husband tak lah.. of koz thats different kan ehehe..
Pertandingannya kat Sekolah lain.. lupa lak nama sekolah... tapi memang seronok sangat sebab kami dapat buat dengan baik, lancar dan kemas.. air kotor yg kami tapis bertukar jadi air bersih mmg mendapat tepukan gemuruh... Alhamdulillah... Keputusannya, kami berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan itu. Sedih lah jugak sebab tak dapat Johan.. dalam pada kami dh buat yg terbaik, ada sekolah lain yang lebih baik lagi.. So kami tak dapat la mewakili cawngan ke peringkat daerah
Tapi aku tetap merasakan itulah pertandingan paling best aku sertai.. paling meresap ke sanubari gitu. Sebab pertandingan lain biasanya berlatih sendiri2 jek... hmm ok selain Tunas Alam Nausia.. musabaqah pun lama jugak berlatih.. ni pun sama laaa sampai aku rasa nyampah kat ustaz sbb asyik suh berlatih.. tak cukup kat sekolah, suh pulak datang rumah dia berlatih waktu petang.. allahu Akbar... time tu geram tapi now ia adalah kenangan manis...
Lepas darjah 6, aku dah tak jumpa lagi dengan cikgu Mahadi.... cuma sesekali dengar2 cerita daripada arwah emak... last few weeks ada jugak plan dengan kengkawan sekolah rendah yg jumpa masa reunion ,, bercadang nak melawat cikgu Mahadi. Kalau masa mengajar dulu dia berumur dua puluhan, mesti sekarang sudah enampuluhan... tapi perancangan demi perancangan.... masih belum menjadi kenyataan...
Semalam, air mata aku menitis.. mendengar khabar yang cikgu Mahadi telah kembali ke Rahmatullah semalam pagi... sedih sebab tak tercapai hajat hendk berjumpa dengan beliau..
Semoga arwah cikgu dicucuri sejuta rahmat dari Allah SWT. Semoga ganjaran baik menanti nya di akhirat atas segala didikan dan ajaran ikhlas darinya ketika hayatnya....
Alfatihah... Terima kasih, cikgu Mahadi..
Thursday, 10 November 2016
Tuesday, 8 November 2016
Lunch at Killiney Kopitiam Aquaria KLCC sempena Zaza datang KL
Hari ni update real time. Dok dalam komuter sambil update story. Awal pagi tadi lepas hantar Lydia sekolah, balik semula ke rumah sementara tunggu pukul 9. Kenapa? Sebab kul 9 kena fetch emak mertua kat klinik kesihatan Meru. Awal pagi dia dah kuar sekali ngan abang ipar gi kerja seawal kul 7 sbb nk dpt giliran awal. So by 930 dia dh kuar and aku amik.. Nak temankan pun dia takmo. Mak mertua iols tu mmg independent hehehe.. Kalau ikut dia, dia naik je motor gi KK tu tapi kami tak kasik. Jalan Meru tu makin sibuk nowadays ngalahkan highways ok huhu.. Now tgh dalam pembinaan jadikan 4 lane..
Lepas hantar MIL ke rumah, aku kuar balik, gi KLCC. Pertama sebab ada mtg after lunch and kedua sebab Zaza pun ajak lunch sama. Buku GLC ada kat aku so kenalah aku join... Wy not pun kan sebab lama sangat dh x jumpa zaza..
Sembang mostly on beauty products hahaha... Aku mmg naive bab beauty. Most of the time aku ignore bab2 ni.. Sebab tau tak berapa rajin nk istiqamah jaga skin.
Alhamdulillah lama jugak spent kat Killiney Aquaria KLCC tu.. Puas borak gelak makan posing semua... There were Zaza, Dani, Diana n myself.
And then dapat email, meeting postpone to esok. Hoh! Gumbira hehehe..
Saturday, 5 November 2016
PETRONAS ICT Sport Day
Ada hari sukan company hari ni tapi tak dapat pegi walaupun dekat Shah Alam jek.. pagi aku ada kelas arab.. husband pulak kerja sampai petang.. Lydia pulak ada hari graduasi ..
btw aku team rumah kuning (bravery) hehehe...
Friday, 4 November 2016
Pantai Sungai Lurus, Senggarang Batu Pahat.
Alamak dah kul 11.30 and i havent write anything here today hehe..
Today nk cerita pasal balik kampung last week. The main purpose was to attend reunion tapi nope am not gonna write about the reunion. Yet.
Reunion on saturday and on Sunday we headed back to Klang. Tapi malas ikut highway. Instead kiterang pusing ke arah Senggarang, kat Senggarang ni la tmpt aku tunggu bas untuk ke balik ke asrama. Aku sekolah kat TIGS which located about 25km from Senggarang, kat bandar. Kat pekan senggarang la arwah emak akan turunkan aku dengan motor utk naik bas pulak.. Dari rumah aku ke Senggarang ni dalam 20
Minute lah naik motor... Senggarang ni pekan yg agak dekat dengan pantai. Pntai awam terletak kat Kampung Sungai Lurus.. Nice view sbb ada jeti tu. Pantai ni mmg aku familiar sangat sejak kecik. Tapi guess what walaupun namanya familiar tapi aku x pernah pun sampai hehehe.. So for the record, last week was mh first time there! Hahaha!!
Habis lepak kat pantai (kejap je sbb panas) then kuar and makan asam pedas kat depan kampung. Habis tu baru lah ke arah Batu Pahat Town then ke Muar ikut jalan dalam.. Lepas pekena mee bandung kat Tg Agas Central baru lah kami keluar ke highway ikut exit Tangkak..phewww hehehe...
Thursday, 3 November 2016
Pocobox Cafe, Klang.
Alamak, dah missed sehari semalam busy sangat tak sempat nak update aduhai. Haha baru hari kedua dah failed acaner .. Takpe kita catch up. #siscuba Hehehe.. Nih nk stori pasal cafe yg agak agak hispter kat kampung cheq duduk.. Hehe jgn memain tau. Bukit Kapar tu, semua ado okay.. Lagi2 jalan Iskandar mmg happening!
Overall... Food sedap.. Bleh la repeat sbb dh itu terdekat hehehe..
Last week, the same day yg saya gi makan kat Bangsar South tu, petangnya lepas amik anak2 kat taska and lepas hasben balik dari kerja, kami decided to makan kat luar (dasar malas masak kan ada jek idea makan luar).. Tapi malas nak gi jejauh. Anak2 nk mkn western pulok.. Seb baik le POCOBOX cafe yang cuma few mins away from home tu dah bukak..
Walau dekat, idok pernah le ahkak makan kat situ hehe sebab prking space dia kecik tu yg salu malas singgah.. Tapi aritu clear so why not gitu..
Kids happy la sbb ada small sections for them to play or read..
Portion food dia tak banyak.. Tapi mmg reasonable la ngan harga.. And ekceli kita makan pun kenyang je..
Yang tak berapa best, kopi dia is not kopi ori yg kisar kat situ.. Kopi nya yg standard instant tu.. Potong sket aaa..
Bab suap2 anak mmg bapak terer.. Hehe
Ni pandangan dari luar. Kami keluar tu masa tgh azan maghrib so ada la notification board kat luar tu kata cafe ditutup sementara waktu maghrib. Terbaik je kan? Tapi ada sorang customer yg dtg time tu, dia bagi je masuk cuma takmo amik order sampai la kul 8pm baru kembali amik order....
Overall... Food sedap.. Bleh la repeat sbb dh itu terdekat hehehe..
Tuesday, 1 November 2016
Amber, Nexus Bangsar South
November!!
Saya cabar diri untuk menulis di blog ini SETIAP HARI. Hehe..
Hari ni saya nak story about last Friday. Saya cuti hari tu dan anak-anak lun cuti sekolah. Tapi oleh kerana ada few errands nak buat, saya hantar anak2 ke taska kecuali Lydia.
Termasuk dalam agenda hari tu ialah lunch dengan GLC friends. Memula Shara yg nak jumpa Sol dan Dani. Biasa lah mesti la sebab nak pass hasil tangkapan online shopping secara berjemaah bagi menjimatkan postage hehe.. Memula plan nak ke Nu Sentral tapi aku yg cadangkan Bangsar South sebab aku nak join hhhahahah... Aku dari Klang mcm malas kot nak ke Nu Sentral. Lagipun Sol kata lunch hour dia agak rushing nk ke NS. So dari NS kami ke BS la huhu..
Aku cadangkan jugak makan kat Amber sebab aku tingin nk mkn mee tarik dia. OK la sedap cuma daging dia sikit la pulok ekekke..
So peserta kali ni were Sol, Mas, Shara, aku dan tak lupa peneman aku, Lydia.
Lepas makan Sol ajak posing pulak kat tasek dalam office area tu. Not bad kat situ.. Tapi cuaca agak mendung so kami pun posing secara berhemah je lah.. Man-man gitu.. Makin meriah lah Bangsar South aku tgk. Dulu masa Sol baru mula2 kerja kat situ, yg ada cuma The Sphere jek akakakaka.. Skang ni hotel pun ado! Hoho siapa lah sangka Pantai Dalam jadi gitu kan ekeke..
Lepas bersurai tu, terus hujan lebat.. Huhu.. Syukur lah jalan tak jem so sampai klang dalam kul 3.30 terus la kami ke kedai jahit utk tempah baju Lydia..
More piccas kat blog Sol isoulde.blogspot.my
More piccas kat blog Sol isoulde.blogspot.my
Ok daaa.. Nak publish before 12.00 hahahaha now is 11.51 PM 1/11/2016...
See you tomorrow!!
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
semalam, aku appreciate traffic jam. betul ni. aku berkata2 kat hubby, mula-mula okay aje sebab aku cuma tegur something yang yg dia patut b...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu.. biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang a...