Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, 10 November 2016

Terima Kasih Cikgu....

Masa darjh empat (1987) cikgu kelas aku bernama Cikgu Mahadi. Cikgu Mahadi ni cikgu baharu kat sekolah aku masa tu, dan seorang cikgu yg dikenali dengan ketegasannya. Selain tu, beliau antara cikgu yg masih muda dan good looking hehehe... tapi tampak ketegasan dia dengan misai tebal hihi... Beliau mengajar kami matapelajaran Alam dan Manusia.

Yang membuatkan aku banyak kenangan dengan beliau adalah kerana beliau lah yang melatih kami (aku, Zaurah & arfifah) untuk ke pertandingan Tunas Alam dan Manusia mewakili sekolah ke peringkat cawangan Senggarang. Masa tu darjah 5.

Tunas Alam & Manusia ni mcm science public presentation la.. kena present kat audiences satu experiment sains dan bercakap menerangkan apa kebaikannya kepada alam. Topik kiterang masa tu ialah "Pencemaran Air" ... ekperimen kiterang pulak ialah menggunakan 7 lapisan tanah untuk menapis air kotor kepada air bersih..

Almost 2 bulan jugak lah kami berlatih... memula sama2 prepare all the materials.. kumpul gambar, cari point.. cikgu pulak tolong buat lapisan tanah tu... then bila siap materials, baru lah berlatih dan menghafal teks yg cikgu dah sediakan. Masa tu guna manila card dan kad board .. mana lah ada lagi projektor lagi hihi...so masa aku cakap, Arfifah dan Zaurah akan sama2 bergilir menukar manila card mcm kita tukar slides kat powerpoint gitu lah..) .. begitulah masa Arfifah dan Zaurah bercakap, aku pun dapat tugas memegang manila card...

Memang masa latihan cikgu Mahadi pastikan semua mesti perfect dari segi kelancaran bercakap, kecekapan handle presentation material dan prop2 lain. Adakalanya masa latihan aku gerammmm sangat ngan cikgu sebab asyik suruh berlatih.. asyik kena pergi dewan berlatih berlatih dan berlatih.. sampai suatu masa rasa mcm tak suka sangat kalau nampk kelibat cikgu rasa mcm nk mengelak hahahaha...aku mmg ada penyakit gitu.. when ppl get too closed to me, aku rimas. LOL. ok tapi husband tak lah.. of koz thats different kan ehehe..

Pertandingannya kat Sekolah lain.. lupa lak nama sekolah... tapi memang seronok sangat sebab kami dapat buat dengan baik, lancar dan kemas.. air kotor yg kami tapis bertukar jadi air bersih mmg mendapat tepukan gemuruh... Alhamdulillah... Keputusannya, kami berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan itu. Sedih lah jugak sebab tak dapat Johan.. dalam pada kami dh buat yg terbaik, ada sekolah lain yang lebih baik lagi.. So kami tak dapat la mewakili cawngan ke peringkat daerah

Tapi aku tetap merasakan itulah pertandingan paling best aku sertai.. paling meresap ke sanubari gitu. Sebab pertandingan lain biasanya berlatih sendiri2 jek... hmm ok selain Tunas Alam Nausia.. musabaqah pun lama jugak berlatih.. ni pun sama laaa sampai aku rasa nyampah kat ustaz sbb asyik suh berlatih.. tak cukup kat sekolah, suh pulak datang rumah dia berlatih waktu petang.. allahu Akbar... time tu geram tapi now ia adalah kenangan manis...

Lepas darjah 6, aku dah tak jumpa lagi dengan cikgu Mahadi.... cuma sesekali dengar2 cerita daripada arwah emak... last few weeks ada jugak plan dengan kengkawan sekolah rendah yg jumpa masa reunion ,, bercadang nak melawat cikgu Mahadi. Kalau masa mengajar dulu dia berumur dua puluhan, mesti sekarang sudah enampuluhan... tapi perancangan demi perancangan.... masih belum menjadi kenyataan...

Semalam, air mata aku menitis.. mendengar khabar yang cikgu Mahadi telah kembali ke Rahmatullah semalam pagi... sedih sebab tak tercapai hajat hendk berjumpa dengan beliau..

Semoga arwah cikgu dicucuri sejuta rahmat dari Allah SWT. Semoga ganjaran baik menanti nya di akhirat atas segala didikan dan ajaran ikhlas darinya ketika hayatnya....

Alfatihah... Terima kasih, cikgu Mahadi..

Tuesday, 4 October 2016

Sekolah Menengah Sains Johor - back to school

Weekend panjang semalam ni uols buat apa? iols balik Johor tapi bukan balik Batu Pahat. We went to Kluang and visited our school. Tak ada lah sebab utama sangat pun kat situ tapi few friends ajak ke sana sempena ada event Viking 10. huhu Viking tu rugby club sekolah and my batch plak yg organized the championship this time around. and selain viking, ada banyak lagi clubs lain from other SBPs.. and ofkoz highlight of the game was kemunculan team legends. team yg consist of alumni termasuklah my batch.

so i ke sana sebagai pemeriah suasana jek. Neither me nor my husband play rugby hahahahha! my husband ada lah main kejap during his uni days.. but not during school. kiterang masuk form 4 so mmg susah sket kot bab sukan. rugby normally starts at a very early stage, form 1 gitu.

but i still excited to go back to SMSJ coz i nak tgk keadaan sekolah nowadays, after 22 years.

Also ambik peluang masuk ke hostel sampai ke bilik... wohooo mmg kenangan mengusik jiwa sungguh.. walaupun kat SMSJ cuma 2 tahun je tapi tetap aku rasa sayang dan best.. haha.. dulu aku rasa mcm hostel tu beso.. bilik tu beso.. tapi kali ni aku tgk eh mcm kecik la pulak haha.. sebenarnya aku yg dah beso kan.. ekekek.. 

Ambik gambo kat basketball court at girls' hostel. My dorm was at 4th floor hujung sana near to the staircase tu.. huhu.. semalam masa memanjat rasa ouchhh lenguh mak! dulu mcm laju jek hahaha!! aging factor..



Hah bawah ni pose depan ex-dorm with my ex-dormmate, Azel. Sebelah pulak pic depan dining hall.. 




sambil round2 tu sambil cerita2 ngan kengkawan yg sama2 dtg.. masing datang ngan anak2 haha meriah mcm rombongan cik kiah.. while geng2 mak2 melawat asrama puteri, geng bapak2 pulak melawat asrama putera...

Oleh kerana sampai tu dah kul 5 plus hujan lebat.. kami tak dapat tunggu kat tepi padang.. and tak dapat jugak nak round kat academic buildings. lagipun nak gi rumah Naniz our x-skulmet.. rumah dia dekat je ngan skolah.. and she invited us for tea time.. tapi the tea time dah jadi early dinner pulak hehe

with Naniz
TQ for warm hospitality Naniz! she prepared mee hailam and cempedak goreng ,... mmg laju kami ngap hahaha... maghrib kat rumah Naniz before we made a move back to school for dinner. Dinner ada org sponsor makan kat dewan makan hostel.. wuhuu mmg best la dpt mkn kat dewan makan penuh nostalgia haha.. (alamak takde pic pulak masa dinner.. i mean pic nya kat phone lom transfer,, nih yg maleh ni haha... )

Lepas dinner tu baru la check in kat hotel nearby. Hotel kecik je lah budget. haha kalau ikutkan mmg nk dok je rumah kakak sulong aku yg dekat  Kluang tapi friends kata meh le dok otel bersama-sama.. so iols ok jek lahh.. huhu.. so satu malam hotel, satu malam lagi rumah kakak pulak ahakss..

Hotel Setia nama hotel. satu malam RM135 for family room. hotel rumah kedai tapi not bad lah sebab baru lagi.. and the room pun standard hotel, bukan cikai lah.. cuma size bilik je kecik..maybe 2 stars hotel kot.. tapi bbudak ni komplen hotel apa ni mak keciknya hahahahah.. amboi korang ni kannn... tapi pastu dorang pun OK jek la tido nyenyak jekk...


The nexy day, lepas breakfast pegi lagi sekolah.. kali ni dapat la round classrooms and dapat tgk games.. best la team otai legends memang setiap game last2 sampai ke finals and then dapat jadi champion.. woot! Otai masih berbisa!



Then hari tu makin ramai yg datang to watch the game.. tapi aku x dapek nk jumpa semua sebab dok busy jugak jaga anak2 haha. 



And aku pun tak lupa mengabadikan kenangan kat depan kelas masa form 5 huhu... banyak sejarang kekdahnyer kelas ni kan.. LOL



Then tak lupa pose ngan hasben depan nama sekolah.. poyo sket laaa.. tapi nak wat camne.. ini la tempat yg menemukan kami 22 tahun lalu... walaupun tak couple masa sekolah tapi ada lah jugak bunga2 tu wakakakaka... All in alll alhamdulillah diberikan umur panjang berpeluang melawat sekolah nih... sekolah pun dah lain, dah beso.. sama la ngan aku n somi pun dah beso ehehhehe... (actually dia la yg dah beso aku sama jek mmg dari dulu pun beso.. huhu)


OK habis dah jalan2 kat sekolah... sambung pulak next entry bebila aku free dan rajin nak tulis2.. 

Popular Posts