Masa darjh empat (1987) cikgu kelas aku bernama Cikgu Mahadi. Cikgu Mahadi ni cikgu baharu kat sekolah aku masa tu, dan seorang cikgu yg dikenali dengan ketegasannya. Selain tu, beliau antara cikgu yg masih muda dan good looking hehehe... tapi tampak ketegasan dia dengan misai tebal hihi... Beliau mengajar kami matapelajaran Alam dan Manusia.
Yang membuatkan aku banyak kenangan dengan beliau adalah kerana beliau lah yang melatih kami (aku, Zaurah & arfifah) untuk ke pertandingan Tunas Alam dan Manusia mewakili sekolah ke peringkat cawangan Senggarang. Masa tu darjah 5.
Tunas Alam & Manusia ni mcm science public presentation la.. kena present kat audiences satu experiment sains dan bercakap menerangkan apa kebaikannya kepada alam. Topik kiterang masa tu ialah "Pencemaran Air" ... ekperimen kiterang pulak ialah menggunakan 7 lapisan tanah untuk menapis air kotor kepada air bersih..
Almost 2 bulan jugak lah kami berlatih... memula sama2 prepare all the materials.. kumpul gambar, cari point.. cikgu pulak tolong buat lapisan tanah tu... then bila siap materials, baru lah berlatih dan menghafal teks yg cikgu dah sediakan. Masa tu guna manila card dan kad board .. mana lah ada lagi projektor lagi hihi...so masa aku cakap, Arfifah dan Zaurah akan sama2 bergilir menukar manila card mcm kita tukar slides kat powerpoint gitu lah..) .. begitulah masa Arfifah dan Zaurah bercakap, aku pun dapat tugas memegang manila card...
Memang masa latihan cikgu Mahadi pastikan semua mesti perfect dari segi kelancaran bercakap, kecekapan handle presentation material dan prop2 lain. Adakalanya masa latihan aku gerammmm sangat ngan cikgu sebab asyik suruh berlatih.. asyik kena pergi dewan berlatih berlatih dan berlatih.. sampai suatu masa rasa mcm tak suka sangat kalau nampk kelibat cikgu rasa mcm nk mengelak hahahaha...aku mmg ada penyakit gitu.. when ppl get too closed to me, aku rimas. LOL. ok tapi husband tak lah.. of koz thats different kan ehehe..
Pertandingannya kat Sekolah lain.. lupa lak nama sekolah... tapi memang seronok sangat sebab kami dapat buat dengan baik, lancar dan kemas.. air kotor yg kami tapis bertukar jadi air bersih mmg mendapat tepukan gemuruh... Alhamdulillah... Keputusannya, kami berjaya meraih Naib Johan dalam pertandingan itu. Sedih lah jugak sebab tak dapat Johan.. dalam pada kami dh buat yg terbaik, ada sekolah lain yang lebih baik lagi.. So kami tak dapat la mewakili cawngan ke peringkat daerah
Tapi aku tetap merasakan itulah pertandingan paling best aku sertai.. paling meresap ke sanubari gitu. Sebab pertandingan lain biasanya berlatih sendiri2 jek... hmm ok selain Tunas Alam Nausia.. musabaqah pun lama jugak berlatih.. ni pun sama laaa sampai aku rasa nyampah kat ustaz sbb asyik suh berlatih.. tak cukup kat sekolah, suh pulak datang rumah dia berlatih waktu petang.. allahu Akbar... time tu geram tapi now ia adalah kenangan manis...
Lepas darjah 6, aku dah tak jumpa lagi dengan cikgu Mahadi.... cuma sesekali dengar2 cerita daripada arwah emak... last few weeks ada jugak plan dengan kengkawan sekolah rendah yg jumpa masa reunion ,, bercadang nak melawat cikgu Mahadi. Kalau masa mengajar dulu dia berumur dua puluhan, mesti sekarang sudah enampuluhan... tapi perancangan demi perancangan.... masih belum menjadi kenyataan...
Semalam, air mata aku menitis.. mendengar khabar yang cikgu Mahadi telah kembali ke Rahmatullah semalam pagi... sedih sebab tak tercapai hajat hendk berjumpa dengan beliau..
Semoga arwah cikgu dicucuri sejuta rahmat dari Allah SWT. Semoga ganjaran baik menanti nya di akhirat atas segala didikan dan ajaran ikhlas darinya ketika hayatnya....
Alfatihah... Terima kasih, cikgu Mahadi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
EDD aku (based on scan) was supposed to be on May 5th 2018, tapi nothing happened on that day. Monday 7th May aku still gi check up and doc...
-
...sambung entry sebelum ni.. pagi tu kan we ols pegi Paradigm... then balik dari Paradigm.. dah alang2 lalu kat Setia Alam tu.. aku ajak pl...
-
Balik dari Sekolah hari Ahad tu, kami singgah makan kat area belakang panggung wayang lama, Coronation. Dulu kat situ mmg port bebudak SMSJ ...
Banyak kenangan zaman sekolah yang adakala sampai tak ingat dah..
ReplyDeleteApa-apapun Al-Fatihah buat arwah Cikgu Mahadi.
Fara... tunas alam dan manusia yg mula2 cikgu mahadi (almarhum) tu tajuknya 'pentingnya tumbuh-tumbuhan kpd manusia... kita citer dr mula manusia hidup... sampai kita ke linag lahad manusia masih guna bhn berasaskan tunbuh2an... yg penapisan air tu kita buat a yr after... dpt saguhati je... kan ko x nak masuk masa tu...
ReplyDeletewow.. bagusnya topik tu ada maksud tersirat juga sampai ke liang lahad... patutla menang.
DeleteAl fatihah .... beliau seorg guru yg amat meninggalkan kesan dlm hati aku... pertemuan secara kebetulan dlm bas pd 2001... rupanya pertemuan terakhir...
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah Cikgu Mahadi. Smoga doa anak2 murid yang beliau penah didik dolu sentiasa mengiringi.
ReplyDelete