Monday, 22 February 2016

buat churros sendiri untuk minum petang Ahad.

Semalam akhirnya dapat jugak buat churros. Sebenarnya takde lah feveret sangat. Makan sebelum ni pun baru sekali kat Zawara Coffee Bukit Jelutong. Time tu rasa macam churros ni over rated. Hahaha! Lepas tu orang dok share sana sini resepinya.. Huk aloh mcm simple ok!! Hahaha! So semalam petang before husband keluar main bola, anak2 kecik pulak tidur, saya pun mulakan projek churros kat dapur..

Resepi simple alhamdulillah semua stok ada kat rumah.. 



Senang nak buat kalau semua dah tersukat siap2 mcm tu. tak de la melilau sana sini kan.. Bab mengadun mmg simple jek gaul je pun apa de hal kan hahaha!! Sekali tu part semperit tu mak aih!! Last2 saya panggil Lydia jadi assistant tolong gunting. (Mana nk picit semperit, mana nak picit kamera mana nak gunting! Hahahaha busy uols!) lydia memula potong suka suki dia jek tak sama panjang.. Pastu saya kata gunting kat hujung bebetul kat muncung semperit tu! Hahaha adui mak lap peluh!! Tapi i can see Lydia enjoyed the process. Haha dia tatau mak dia mcm nk give up ekekeke..


Nasib baik lah buat adunan yg minima. 1 cawan tepung jek. Kalau 2 cawan? Pengsan mak! Ekeke!! Tapi actually puas hati lah dapat merealisasikan impian nak buat churros sendiri. Maklum la untuk saya yg tak berapa kitchen friendly ni.. Bukan senang ok! lol! Husband kata lebih sedap dari Zawara hahahaha saya pun mcm setuju. Well tekak saya lah kan.. Rupa bentuk je la tak cantik mcm zawara yg lurus elok je. 


Oleh kerana letih, saya tak kosser nak buat chocolate sause dia. Lain kali kalau buat (bila lah agaknya) kena make sure buat sause dulu so that lepas penat semperit terus makan hahaha!!

So makan je la dengan taburan cinnamon sugar.. Nutella ada tapi saja je semalam saya makan ngan cili potong hahaha! Marah orang kang ada ke churros makan ngan cili!?? Puiii!! Ekekeke!!

Kesimpulan? InshaAllah kalau ada masa lain kali buat resepi lain pulak. Anak tgh membesar memang berbaloi je buat makanan kudapan mcm ni. Laju je licin.

Alhamdulillah..

Friday, 19 February 2016

Tetap mahu ke kelas (bahasa arab) walaupun sudah ada google translate...

السلام عليكم
كيف حلكم

Hari ni dah hari Jumaat.. Esok dah Sabtu semula.. bermakna ada kelas arab. Memang seronok nak ke kelas, semakin lama semakin bersemangat nak teruskan belajar walaupun sebenarnya semakin mencabar. Kawan2 dalam kelas pun dah mula yang rasa suam-suam.. ada yang dah hint2 nak give up. Memang saya sendiri tak nafikan, nahasa arab ni mcm senang, tapi mcm susah hhaha aduh susah juga nak terangkan. Saya rasa, untuk fahamkan tatabahasa tu in shaa Allah boleh, sebab semuanya pun ada hukum yang dah tetap.. kita faham and ingatkan hukum2 bahasa tu in shaa Allah dapat lah. tapi apa guna faham hukum i'rob (hukum baris atas, bawah, hadapan), nahu (tatabahasa), sorof (perubahan kosa-kata), dhomir (kata ganti) semua tu kalau mufrodat kita tak bertambah?



Ya, penambahan kosa kata adalah nombor satu paling penting dalam menguasai bahasa. dan itulah yang lemah sekali. Allahu... niat nak tambah satu kosa-kata (mufrodat - مفرادت) dalam sehari tu pun tak berjaya sedangkan minima setiap hari kena lah tambah 10 kosa kata baru. haihh camne nk suksess ni?

"كيف أن نجاح؟"

"How to success?"

ok tulis je dalam bahasa arab biar bertambah sikit kosa-kata. 

Sekarang ni, baru je module 3. Ustaz kata module 3 ni kalau kat sekolah, baru level form 1 dan beliau kata lagi, biasanya pelajar sekolah pun ramai give up untuk fahamkan topik2 yang kami sekarang sedang hadapi. so, i am not alone .. ehh daripada aku tulis in english lebih baik bahasa arab, kan? at least tambah sket2 mufrodat, tak gitu? hahahahah!

لست وحدا (lasta wahdan)
I am not alone 
Sebenarnya, dalam zaman teknologi ni, takde lah susah untuk sekadar tahu bahasa arab kot kan? google translate tu anytime jek bleh tolong translate. So apa guna kelas? kan? itulah yang selalu keluar dalam fikiran saya. Saya rasa itu fikiran negatif saya. tapi ada betulnya tu. Bila dah ada google translate, apa lagi yang nk gi kelas bagai? Al-Quran pun dah printed dengan makna sekali. so nak buat apa gi kelas?

Selagi tak tambah vocab tu sendiri, pergi lah kelas .. takdenya kau akan kuasai bahasa arab, bahasa apa sekalipun..

hmmmmmmmm astaghfirullah.. memang berperang dengan diri sendiri ok bab ni. LOL. tapi kutetapkan jugak.. aku mahu ilmu ni lama-kelamaan mengalir naturally.. tanpa google translate walaupun tak tahu bila...aku sendiri kena yakinkan diri aku kelas yg kuambil ni ada gunanya....

Dengan kelas lah aku dapat momentum itu..
dengan kelas aku dapat berlatih
dengan kelas aku berjumpa dengan group yang sama
kelas itu bukan sahaja untuk mengajar
tapi untuk menyokong....

Alhamdulillah.. aku rasa aku dah dapat ketetapan ini.. dan tahu ianya bukan yang sia-sia.. 

in shaa Allah..



ahhh.. kata perangsang untuk diri.. nanti aku buat sendiri kata perangsang dalam bahasa arab. biar kukarang sendiri.. untukku.. huhuu! dan mungkin satu hari nanti blog ni banyak jugak entry fi lughotul 'arabiyyah..

in shaa Allah..



Wednesday, 17 February 2016

Char Kuey Teow sedap kat Kopi Street Char Kuey Teow di Jalan Kopi Meru Klang.


Nasib baik le makin banyak dah kedai makan tumbuh mcm cendawan kat area rumah saya. Senang sket tapau dinner or makan situ terus. Ada banyak kedai yang pegi sekali malas nak repeat tapi malam tadi aku makan char kuey teow. Ni kali ke-dua makan kat situ. Sedap char kuey teow dia.

KOPI STREET CHAR KUEY TEOW nama kedai tu. yang ni bukan kedai baru. Tengok papan tanda pun dah lusuh. Kedai ni family bisnes kot. Depan rumah dia jek ekekeke tapi selesa lah. Parking oun ada space tapi kalau lambat susah gak sbb makin malam makin ramai. Saya gi sejurus lepas maghrib still kosong le hehe.. Kedai dia biasa je lah .. Kedai makan kampung.. Takde lah design hipster bagai ekekeke tapi kemas dan bersih...



Ada byk pilihan jenis char kuey teow saya amik yg biasa jek. Sedaap sungguh tak tipu haha! Ada gk special. Maybe lain in terms of size dan isi. Harganya lupa lak maklum la bukan saya bayar huhu..



Walaupun kedai ni khusus jual char kuey teow.. Jgn risau.. Ada gerai lain kat tepi dia.. Gerai lain tu jual western yg standard mcm chicken/lamb chop, fries dan fish&chips. Satu lagi gerai pulak jual sotong kangkung, rojak buah dan tauhu bakar.




Yg amik order lak makcik ni mcm gaya mak2 gitu.. Ramah dan sabo je lah gitu hihihi..

Fara kasik.. 4 bintaaang!!! 

InshAllah akan repeat lagi.. :-) semoga kedai ni terus sukses dan menten sedap!!

Thursday, 11 February 2016

WIFI Smart Selangor (Formerly known as WIFI Selangorku)


Sejak dah jarang VO (Virtual Office - work from anywhere concept) memang letih le iols hari2 kena gi klcc nun... aduhai part paling lemah is to stand in the komuter with high heels! hahaha parah!

Kadang2 tu saya ngelat2 jugak VO .. tapi saya tak le buat kerja dari rumah pun.. haha! saya prefer gi library Shah Alam tuh. Baru le rasa aman tenteram je nak buat kerja..

PLUS THE FREE WIFI! HAHA gotcha! 


Sejak mengenali free wifi Selangorku ni lagi best le dtg library. tapi actually bukan saya jek enjoy free WIFI ni Rupanya husband saya pun enjoy the free Selangorku whenever he waited for me at the komuter station in seksyen 19. Nope Selangorku WIFI is not available at the station, BUT IT IS AVAILABLE AT THE FEEDER BUSES (RapidKL) there! hahaha best kan? kalau bas ada ..ada la WIFI, kalau bas dah jalan.. takde dah WIFI ekekekek comel... tapi most of the time ada je bas kat situ at least sebijik.

Kan best kalau free WIFI ni sampai ke rumah huhu,,, aritu hasben kata free wifi ni dah sampai kat kedai makan depan rumah tu.. tapi idok le sampai ke rumah pulak huhu... tapi everytime login mmg kena bagi nama, phone number and email address ler.. hohoho maklumat kita di tangan kerajaan negeri kekdahnyer. tapi i is ok jek la.. bukan nak browse pelik2 pun.. kaannn.. 

Tuesday, 9 February 2016

Balik Johor sebelum Chinese New Year

Sehari sebelum Chinese New Year kami gerak ke Johor selepas Lydia selesai dengan tiusyen dia. Bertolak dalam pukul 11 pagi.. Memang mata pun dah ala2 kelayuan gitu.. Mujurlah perjalanan lancar je walaupun kereta kat highway banyak tapi tak slow.. Kami singgah kejap kat hentian sebelah Kg. Bemban, biasalah nak tapau Putu bambu World tu. walaupun tak boleh beat putu bambu Juriah kat Ayer Hitam, yang ni pun saya suka jugak! 

Sampai Rengit pukul 3 la lebih kurang, terus tuju ke Pejabat Tanah dan Galian daerah (kechil) Rengit. Tujuan utama nak ambil geran tanah yang dah tukar kuasa. Alhamdulillah settled dah. Lepas tu, dah alang2 kat pej. tanah, bayar sekali lah cukai tanah. Bagus jugak la cuti hujung minggu di Johor berlainan dengan Selangor/KL. at least boleh la buat urusan hari Ahad.. Banyak jugak urusan saya yg berkaitan dengan negeri kelahiran saya ni.. (Eh masa tulis ni, terasa rindu sangat dengan johor dan semua kenangan di Johor..sebak pulak....) 



Oleh kerana kawasan pejabat tanah tu lapang, anak2 saya ni amik kesempatan bermain2 kat luar tu sementara saya berurusan kat dalam. Cuaca pulak berangin dan redup, so mmg seronok bebudak tu lari sana sini. Dah habis urusan tu kami gerak ke masjid Rengit, bersih2 kan diri, solat dan sebagainya..


Bangunan pejabat tanah ni lain dari yang lain kat pekan Rengit ni. Dia mcm tersergam indah gitu sebab warna dah le merah lepas tu design tak macam bangunan pejabat. Btw, Rengit ni salah satu pekan dalam daerah Batu Pahat, lebih kurang 45 minit dari exit Ayer Hitam, dan lebih kurang 15 minit dari rumah arwah emak saya....

Selesai urusan kat Masjid Rengit, kami ingatkan nak terus ke Kluang rumah kakak saya, tapi sebelum tu nak le isi perut ngan real food. Sepanjang jalan asyik mengunyah junkfood jek huhhu.. So kami singgah dulu Pantai Punggor. punggor ni tempat lahir arwah emak. Kalau ikutkan, ramai saudara mara saya berada di Rengit dan Punggur tu.. 

Pantai punggur ni dulu dikenali dengan nama Pantai Berangan hehehe tapi tak dikomersialkan dengan nama tu. bagus le.. Saya pun prefer nama Pantai Punggur. Lebih klasik. Pantainya hanyalah Pantai nelayan bukan pantai untuk mandi manda.. Dan pantainya pendek jadi tak sesuai sangat utk aktiviti pelancongan. Tapi penduduk tempatan tetap gemar ke situ utk riadah amik angin petang. Adalah jugak gerai2 menjual makanan. Kami lunch kat situ. Nasi ayam, ABC, kerang goreng jadi menu lunch lewat kami.




Dah puas men bubbles baru le gerak tuju ke Kluang. Suami stop kat Ayer Hitem beli jersi JDT untuk anak-anak. Haha suami tu walaupun orang Selangor tapi ada sikit jiwa johorean gitu ekeke.

Sampai rumah kakak saya kat Kluang dah pukul 6 lebih. Terus bebudak ni mandi sebab masing2 teruja nak sarung jersi JDT yang baru!

Hoyeah JDT!!

Biru - home
Merah - away
Putih - alternate



Wednesday, 3 February 2016

Cerita Bekal anak-anak ke sekolah

"Lydia, abang Lan, Fahren!... dah masukkan bekal ke dalam beg (sekolah) belum!??" 

Setiap pagi memang ni antara yang saya dok remind kat anak-anak yg bersekolah.  semua benda pun nk remind ngan diorang ni. kejap2 remind dah Actually Fahren tu tak yah bawak bekal pun tak apa sebab kat PASTI ada makanan disediakan tapi dia selalu nak bawak jugak, kadang2 dia makan bekal yg saya bawakkan tu masa dalam kereta nak ambik saya petang lepas kerja.. haha bagus jugak mcm tu, tak la dorang mengadu lapar dalam kereta. 

So pagi tadi pun sama le.. dok teriak kat bebudak remind bekal diorang.. pastu Lydia lak jawab,

"belum mak.. mak dah amik gambo ke?"

errrkkk dalam hati tergelak saya. amboi bebudak ni rupanya perhati je apa mak dia buat. iye saya memang suka jek selfie bekal2 yg saya sediakan tu.. hmmm biasanya mmg saya upload kat dalam IG dengan hashtag #bekalanakfara gitu. hmm itu untuk record saya sendiri saja lah nnt tgk2 balik mcm best jek padahal menu saya boleh katakan 90% berasaskan sandwich jek. bukan menu yg dabomb mcm pakar2 bento tu. malahan saya segan nak sebut bekal anak saya sebagai bento sbb takde pun ciri2 bento as in hiasan2 mcm orang lain. so saya remain je la guna word bekal. kampung sikit lah.

kan syok tgk pic2 lama dalam satu group kat IG ni..

kenapa saya prepare bekal?

hmmm.. sebenarnya frankly sepeaking saya risau dengan badan anak yang mcm mudah naik. Bila saya tanya dia kat sekolah rehat (pagi) makan apa, dia suka beli nasi goreng. hmmm nanti lunch pun of course la nasi goreng kat taska (transit).. yang lunch tu saya tak kisah lah.. tapi kalau boleh tak nak lah biasakan dia makan banyak kali sangat nasi. itu la sebab musabab kenapa saya bawakkan bekal. errmm saya tahu, nasi dengan roti sama jek kot karbo gak.. hmmmm yg saya nk control tu is nafsu makan nasi dia hahahah... haihh takpe lah i dont need to justofy kot hahahahha #dahkenapa

dan ini lah jugak sebab kenapa bekal saya almost everyday ringkas2 sahaja.. hehehe.. saja lah supaya dia boleh control takde la asyik nak heavy meal.. saya bawakkan 1 set sandwich (yg dipotong 2 atau 4) pun dia OK jek.. siap share ngan kawan.. ok la tu kan? meaning perut dia boleh accept makanan yg sedikit.. janji alas perut.. tapi bila tahu dia share ngan kawan, saya lebihkan sikit lah bekal tu ngan harapan dia akan mkn lebih la sikit.. tapi rupanya dia mai ajak ramai lagi kawan hahaha muia betul anak-anakku.. then i cannot say anything lah.. asalkan dia rasa kenyang then ok lah..

Bekal saya selalunya Sandwich tuna, sandwch telur, sandwich mentega, sandwich choclate, sandwich kaya. kadang2 bekal saya, saya  buat lah jugak bihun goreng dan pasta.. pernah jugak bawakkan keledek rebus.. 



Tapi sekolah sebelah petang memang saya tak dapat nak buat apa.. cuma saya pesan ngan dia kalau boleh elak amik nasi goreng dan nasi lemak. Not that i say nasi tu tak elok tapi kalau dah setiap kalu waktu makan, dia makan nasi.. hmm kesian lah pulak perut dia asyik nasi.. tapi kadang2 dia beli gak nasi goreng huhuhu.. then again .. i takde lah marah ke apa.. nantilah kalau ada rezeki masa .. mana lah tahu dapat jugak bekalkan untuk sekolah belah petang jugak.. 

Sebenarnya, kalau ikutkan niat saya, saya nak bawakkan makanan2 rebus kat dorang mcm keledek rebus ke, ubi rebus ke.. hahahahahha over lah pulak kan? haisshhh mcm kesian pulak kat bebudak ekkk kecik2 biar lah diorang happy2 makan sedap2.. hmm betul la jugak.. saya kasik je anak saya makan jajan segala bagai tu.. cuma maksud saya.. nak control sikit, sikiiit pun jadiklah.. huhu harap jangan kecam saya ekekekekeke... #macamleadaorangkesah? lol.

ALhamdulillah dah masuk Februari ni semangat membekal masih ada.. last year tak sampai februari dah kecundang wakakakka! tak kuat iman nak bangun awal. kali ni seems better but we'll see how far i can go. doakan lah istiqomah!

bekal paling disukai anak-anak dan kawan2 dia.. sandwich telur.. yumm yummmm!!! 



Tuesday, 2 February 2016

Kursus Bahasa Arab module ke-3 KUISCELL di Masjid At-Taqwa Bukit Kapar

InshaAllah..Untuk module ke tiga Kursus Asas Bahasa Arab (KAMBA) ni, kelas dah bermula. Tak macam module 1 dan 2 yang lebih santai.. Module 3 ni nampak mencabar! Saya notis, kat buku pun dah tak ada gambar! Hahahaa! Masa module 1 & 2, mcm buku tadika uols ada gambar-gambar ceria ekekeke..



Dua minggu yang pertama dalam module 3 ni, ustaz masih kat dalam bab 1. Hahaha memang challenging! Masa ni lah baru nampak pentingnya untuk top up dengan new vocab (mufrodat jadidatun - مفردات جديدة - ) untuk lebih mudah membuat ayat-ayat. Selain tu, rules untuk nahu (grammar) dan isim (kata nama) pun dah kena hafal terutama penggunaan Dhamir (kata ganti). 

Tough!! Rugilah kalau sampai module 4 nanti tak boleh buat ayat bahasa arab... Bercakap lagi le tough! Kena bergaul dalam bahasa arab baru boleh kuasai kan... Now ni inisiatif saya hmmmm byk kan membaca karangan-karangan bajasa arab untuk lebih banyakkan mufrodat.


Tapi tak senang pun! Terutama karangan2 yang banyak guna kata terbitan.. Aiyoh mak pening!! Tapi syukur sangat ustaz Zahari yang mengajar kami tu tak kedekut ilmu! Seronok sgt belajar dengan beliau. Tak cukup dalam kelas, dalam whatsapp pun dia tambah dengan latihan. Tapi, sebenarnya utk belajar bahasa ni paling penting ialah kemahuan diri kita, kan? Kalau sekadar pergi kelas yang seminggu sekali ni... Nipis lah kot harapan nak kuasai. Kelas sebagai asas yg selebihnya... Tepuk dada.. Tanya selera..

Semoga Allah memberi saya rezeki untuk menerima ilmu ni. 

Uhibbuka lughatul 'arabiyyah wa uridu an adrusu ila najjah.. Ba'da fasli ashtari dajaajun mashwiyyun ahyana.. Akulu ma'a usroti.. ☺️

Hahaha itu ayat basic yang saya pun taktau betul ke tidak. Nanti saya copy pate dalam whatsapp grup tanya ustaz.. Dalam ayat di atas saya beritahu "saya suka bahasa arab dan mahu belajar hingga berjaya. Selepas kelas kadang2 saya beli ayam bakar dan makan bersama keluarga."

Ekekeke depan masjid tu mmg ada jual ayam golek saya mmg suka singgah dan beli untuk lunch. Maklum lah kelas habis kul 12 mmg ngam lunch gitu hehe...


Ok dah dulu lah cerita pasal kelas arab saya ni.. Lain kali sambung lagi yea.. Komuter dah sampai ke KL sentral pun
Nih.. .. Best gak update dalam train.. Tak le terasa letih sangat berdiri dengan high heels ni uolsss!!! Hahaha!! Bye!! 

Popular Posts