Tuesday, 26 August 2014

Terima Kasih!

Diam tak diam, dah hari ke-7 sejak saya melahirkan seorang lagi cahayamata penyeri rumahtangga kami.. Genap seminggu dah umur baby, alhamdulillah..

Terima kasih kepada semuuua kawan2 dan kenalan yg tak putus2 beri likes serta ucapan tahniah dan selamat atas kelahiran baby baru saya yang saya beri nama Dyan Halina binti Mohd. Hamid

Semoga anakandaku Dyan Halina ini sentiasa dilimpahi rahmat daripada Allah S.W.T, dan seperti maksud namanya, moga dia sentiasa dikurniakan cahaya (Dyan) keimanan. Semoga diri dan hatinya akan sentiasa dipenuhi dengan sifat kelembutan (Halina) dalam memberi dan menerima perkara2 yg baik di dalam hidupnya..

Amin.. Ya rabbal 'alamin...

Salam ceria!
Fara

Wednesday, 20 August 2014

She is here!!

Post pendek je ni just to share the happiest news...

Alhamdulillah, hari ni 20 ogos 2014 bersamaan 24 syawal 1435H, saya selamat melahirkan baby sihat 3.19kg pada jam 2.32 petang tadi..

alhamdulillah dipermudahkan semua urusan... Terima kasih kepada dr. mazita yg menyambut baby dan semua nurses yang terlibat, yg sangat berhemah dan bekerjasama..

Alhamdulillah.. Thank you Allah..

Search by Keywords, from Nuffnang

hahaha.. antara yang seronok berblog ni ialah feeling2 syok sendiri.. macam mana? ha mcm ni lah.. dok tgk orang datang ke blog kita kenapa? apa yg diorang cari? kadang2 tu lagi la pelik2 keluar.. kat abwah ni adalah keyword carian sepanjang minggu ni... hahaha Pandora di tempat teratas.... LOL.. 

(haihh bila la nak ke pandora .. nanti2 lah lepas habis pantang.. ekekeke... self reward gitu... LOL)


Keyword from nuffnang


Rupanya masih belum ramai yg datang blog ni sebab nak carik vitamin Shaklee... hmmm takpe, ini bermakna aya kena tingkatkan lagi jumlah entry berkenaan produk2 shaklee.. untung la ada keywords list ni kan... boleh buat self analysis... untuk improve...


apa2 pun, harapan saya, blog saya ni memberi mafaat kepada semua yang membaca.. semoga bukan digunakan untuk mencari maklumat yang salah.. wallahu'alam... takut juga kang disoal di 'sana' nanti apakah yang blog kita sumbang? sejauh manakah kita mewar-warkan kebenaran dalam blog kita? oh semoga sentiasa kita beringat... yang baik2 aje kita blog kan supaya yang baik2 juga kita beri kepada orang, yg baik2 lah kita dapat... inshaAllah, amin amin ya Rabb..


OK sekian itu sahaja untuk kali ini!

Salam ceria!
Fara 0192390107

Friday, 15 August 2014

Pregnant ke 5: minggu ke 37: Hemoglobin (HB) rendah pulak

Minggu lepas, saya ke DEMC untuk regular check up. Diam tak diam dan masuk minggu ke-37 rupanya.. huhu.. patut la rasa mcm dah berat jek nak berjalan... ekekek (padahal mmg naturally berat pun kot)


Selain dari normal check up ultra sound tu, sekali lagi buat blood test untuk check paras hemoglobin dan blood test untuk check paras gula. Sebelum tu harus le kena minum air gula... hehe.. 1st time saya kena minum air gula sepanjang pengalaman saya pregnant 5 kali. Selalunya sebelum ni cuma dgr je cerita orang pasal seksanya nak perabih segelas air gula semata2... seram saya dengar.. tapi Alhamdulillah takde la seteruk tu, sebab DEMC kasik air gula dengan perisa oren masam2 sikit so boleh la saya laju je habiskan... 


Alhamdulillah, paras gula saya normal je.. cuma HB plak menurun daripada normal.. Saya tau kenapa, sebabnya saya memang kurang food yg ada iron.. dah tu kemain suka minum kopi... haihhh berubah la Fara oiii...  tak bagus ok HB rendah..


Kenapa HB menurun tu tak bagus? 

Hemoglobin tu kan sel darah merah, darah merah ni penting nak angkut oksigen ke seluruh badan, kurang HB akan memang membantutkan kelancaran oksigen untuk di bawa ke sel-sel badan yang lain, lalu kita berisiko untuk mendapat anemia dan boleh jugak membawa risiko kesihatan kepada anak yg kita kandung... na'uzubillahiminzalik.. Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hinga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. . 


Macam mana VITA-LEA tolong tingkatkan hemoglobin?

Vitalea with Iron Formula ni ada zat bei yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel badan.

Tapi jangan plak ingat HB rendah ni cuma jadi kat wanita pregnant je.. anyone boleh ada masalah ni, terutama kalau coffee lover (saya le tewww) huhu..

Maka, VITA-LEA ni memang sesuai untuk semua golongan lah! :-) Harga not bad tak la mahal sangat tapi tak la terlalu murah, kena lah dengan kandungan dan manfaatnya kan... barang berkualiti kalau murah sangat pun pelik jugak, ye dak?

Contact saya ye kalau nak cuba VITALEA ni.. multivitamin ... in general pun dah memang kita tau kita perlu multivitamin untuk mengisi lompong2 nutirisi dalam badan kita.. 

Kalau nak terus beli, Klik je kat E-Sell (atas kanan) tu dan pilih VITALEA. Harga pun ada kat situ.. kalau nak harga yg lebih jimat.. macam biasa, Whatsapp saya (SMS ke, wechat ke telegram ke.. boleh je..) .. saya boleh beri penjelasan betapa untungnya membeli sebagai ahli :-)

Jangan lupa! order ye! :-)


Salam Ceria!
Fara 0192390107

Wednesday, 13 August 2014

Hampir 10 tahun sebagai blogger!

Ha! tu la dia!


Diam tak diam, dalam pada kejap ada kejap takde, kejap merudum kejap mencanak, dah hampir 10 tahun ku berblog, dah layak kot dapat gelaran blogger ganyut! hahaha!


Tapi, daku hanyalah blogger picisan je rupanya, sebab tak fofuler pon macam celebrity2 blogger yang lain tu ahaksss.. dah tu tak de plak jana pendapatan dari blog.. apa laa.. nampak sangat naive.. blog atas dasar cinta pada penulisan hahahaha amboi ye la tuh...

archieve akak.... hiks! now akak cuma perlu beat tahun 2005, 2006, 2008 dan 2009.. weehoo!


Cuba uols tgk tu... ada tahun2 yang bilangan entry pun tak semenggah jek.. hahaha.. tahun 2008 paling unggul paling akitf.. mmg pun masa ni asyik ngadap blog je.. rasa mcm semua benda yg jadi nak diblog kan.. 


Tahun 2014 ni mcm nampak ada kebangkitan di situ hahaha... (analysis la sangat ni kan) ... mungkin sebab nak betul2 fokus dan gigih dengan bisnes Shaklee.. semoga dapat peluang dan ruang mencari rezeki melalui blog.. macam orang lain jugak.. amin amin...


Jadi, kawan2 pembaca budiman, sudilah apa kiranya luangkan masa untuk klik pada follow blog ini... supaya akak (ceh tetiba jadi akak) dapat bangkit, daripada blogger picisan, kepada blogger terhebakk! ha gitu.. impian besar ni hadek2 semua..

10 tahun, ini je followers?? hahahaha picisan sangat ni!!! moh le tambah statistik.. Follow akak meh ... kihkih.. 


apa lagi? JOM FOLLOW BLOG INI! inshaAllah akak tak membawa pembaca kepada perkara2 yg melalaian dan memberi saham tak bagus... inshaAllah.. sama2 lah kita dapat bertanggung jawab dan mendapat manfaat daripada tulisan kita... kan?

TERIMA KASIH!

Salam ceria!
Kak Fara 0192390107

Saturday, 2 August 2014

Hari Raya, kemeriahan, kesuburan dan supplements Shaklee

Alhamdulillah, kejap je dah 7 Syawal! Dan ramai yang masih lagi di dalam mood raya. Bagi anak2 yg bersekolah di asrama, esok dah mula kena balik hostel.. Hahaha teringat lak zaman2 balik hostel dulu.. Dalam pasa 'berat hati' cuti dah habis, tetap ada rasa excited sebab nak cerita pengalaman raya dengan kawan-kawan, di samping nak show off jumlah duit raya, dan nak tayang baju raya, pakai masa prep. Hehehe, indahnya raya budak sekolah, kan? -- ke saya sorang je macam tu? Hahaha saya mmg semangat raya sentiasa tinggi.. Sejak kecil sampai la ada empat anak kecil ni.. Raya memang memberi kegembiraan kepada saya! :-)


Orang kata, bila dah ada anak, raya kita lebih tertumpu kat anak, ye ke? Hahaha saya tak rasa lak macam tu. Sebagai isteri, sebagai orang rumah (home maker), saya tetap ada perasaan happy selain untuk anak2... Happy nak shopping, happy nak jumpa saudara mara, happy nak terima tetamu, happy nak hias rumah... Pendek kata, semua yg ada di sekeliling saya, inshaAllah menggembirakan saya! :-)


Ok, jom story raya 2014 ni apa yg best!?


Oh, tentulah best sebab saya sedang menantikan seorang lagi penyeri rumahtangga kami, inshaAllah seorang lagi zuriat amanah Allah akan kami sambut dalam waktu terdekat ni..


Semasa jalan-jalan raya tu, ramai yang mmg dah tahu keadaan saya memberikan doa buat saya dan kelahiran baby nanti. Alhamdulillah.. Tak kurang juga yang terkejut melihat perut saya sudah berisi lagi. Hahaha ini lah jadinya bila 'selalu' sangat jumpa ngan sanak saudara, kan? Hehehe.. Apa2 pun, rata-rata memang seronok dengan berita nak dapat baby... Ialah, siapa lah tak suka baby, kan? Kalau tak, masakan ada org yang anaknya sampai 10 orang, kan? Fuhhh meriah! Saya suka lah meriah2 gitu!


Tapi bukan semua pasangan dapat merasa rezeki anak ramai. Ye lah, rezeki kan dtg dlm pelbagai bentuk.. Ada yg mewah kewangan namun rezeki anak tidak berpihak pada mereka. Mudah-mudahan kita redha dengan perancangan Allah ni.. Tapi, dalam masa yang sama, jika kita benar2 mahu, jangan pulak kita terus give up dan berhenti berusaha..


Sejak saya jadi distributor Shaklee, memang saya sering juga mendapat banyak pertanyaan tentang supplements untuk kesuburan. Mungkin sebab mereka tengok saya subur hehehehe (segan gak kalau ada yg label saya kilang, tapi mentaliti gitu kita tak leh layan. Sebaliknya saya sangat bangga dikurniakan ramai anak..)...


Berbalik pada supplements, lebih mudah saya terangkan kepada mereka yang bertanya, tentang hubungkait kesuburan dengan keseimbangan hormon seseorang wanita. Memang saya yakin sangat bahawa hormon yg seimbang adalah kunci kesihatan wanita.. Ini termasuk dalaman dan penampilan luaran.


Eh dah panjang pulak entry ni... Kena berhenti dulu kot. Next entry inshaAllah saya akan sentuh lebih mendalam tentang kesuburan wanita dan bagaimana supplements (shaklee) dapat membantu. Stay tune ye!!! Sebelum pen off, sdkali lagi saya ambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua yg sudi membaca coret2 borak2 kosong saya, dan saya berharap sudi memaafkan kekhilafan dalam penulisan saya... Semoga ukhwah kita tetap berkekalan biarpun mungkin kita belum pernah bersua..


Selamat Hari Raya aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya seisi keluarga! :-)

Hari Raya 2014
Bergambar pada hari raya pertama dengan ibu dan bapa mertua saya :-)

Popular Posts