Alhamdulillah, kejap je dah 7 Syawal! Dan ramai yang masih lagi di dalam mood raya. Bagi anak2 yg bersekolah di asrama, esok dah mula kena balik hostel.. Hahaha teringat lak zaman2 balik hostel dulu.. Dalam pasa 'berat hati' cuti dah habis, tetap ada rasa excited sebab nak cerita pengalaman raya dengan kawan-kawan, di samping nak show off jumlah duit raya, dan nak tayang baju raya, pakai masa prep. Hehehe, indahnya raya budak sekolah, kan? -- ke saya sorang je macam tu? Hahaha saya mmg semangat raya sentiasa tinggi.. Sejak kecil sampai la ada empat anak kecil ni.. Raya memang memberi kegembiraan kepada saya! :-)
Orang kata, bila dah ada anak, raya kita lebih tertumpu kat anak, ye ke? Hahaha saya tak rasa lak macam tu. Sebagai isteri, sebagai orang rumah (home maker), saya tetap ada perasaan happy selain untuk anak2... Happy nak shopping, happy nak jumpa saudara mara, happy nak terima tetamu, happy nak hias rumah... Pendek kata, semua yg ada di sekeliling saya, inshaAllah menggembirakan saya! :-)
Ok, jom story raya 2014 ni apa yg best!?
Oh, tentulah best sebab saya sedang menantikan seorang lagi penyeri rumahtangga kami, inshaAllah seorang lagi zuriat amanah Allah akan kami sambut dalam waktu terdekat ni..
Semasa jalan-jalan raya tu, ramai yang mmg dah tahu keadaan saya memberikan doa buat saya dan kelahiran baby nanti. Alhamdulillah.. Tak kurang juga yang terkejut melihat perut saya sudah berisi lagi. Hahaha ini lah jadinya bila 'selalu' sangat jumpa ngan sanak saudara, kan? Hehehe.. Apa2 pun, rata-rata memang seronok dengan berita nak dapat baby... Ialah, siapa lah tak suka baby, kan? Kalau tak, masakan ada org yang anaknya sampai 10 orang, kan? Fuhhh meriah! Saya suka lah meriah2 gitu!
Tapi bukan semua pasangan dapat merasa rezeki anak ramai. Ye lah, rezeki kan dtg dlm pelbagai bentuk.. Ada yg mewah kewangan namun rezeki anak tidak berpihak pada mereka. Mudah-mudahan kita redha dengan perancangan Allah ni.. Tapi, dalam masa yang sama, jika kita benar2 mahu, jangan pulak kita terus give up dan berhenti berusaha..
Sejak saya jadi distributor Shaklee, memang saya sering juga mendapat banyak pertanyaan tentang supplements untuk kesuburan. Mungkin sebab mereka tengok saya subur hehehehe (segan gak kalau ada yg label saya kilang, tapi mentaliti gitu kita tak leh layan. Sebaliknya saya sangat bangga dikurniakan ramai anak..)...
Berbalik pada supplements, lebih mudah saya terangkan kepada mereka yang bertanya, tentang hubungkait kesuburan dengan keseimbangan hormon seseorang wanita. Memang saya yakin sangat bahawa hormon yg seimbang adalah kunci kesihatan wanita.. Ini termasuk dalaman dan penampilan luaran.
Eh dah panjang pulak entry ni... Kena berhenti dulu kot. Next entry inshaAllah saya akan sentuh lebih mendalam tentang kesuburan wanita dan bagaimana supplements (shaklee) dapat membantu. Stay tune ye!!! Sebelum pen off, sdkali lagi saya ambil kesempatan mengucapkan selamat Hari Raya kepada semua yg sudi membaca coret2 borak2 kosong saya, dan saya berharap sudi memaafkan kekhilafan dalam penulisan saya... Semoga ukhwah kita tetap berkekalan biarpun mungkin kita belum pernah bersua..
Selamat Hari Raya aidilfitri, Maaf Zahir & Batin dari saya seisi keluarga! :-)
Bergambar pada hari raya pertama dengan ibu dan bapa mertua saya :-) |
No comments:
Post a Comment