Friday 23 March 2012

Idlan dan Tadika Cahayaku

aku nak story pasal Idlan la pulak. Idlan dah 4 tahuh, and start Januari hari tu aku dah masukkan dia dalam tadika Cahayaku. Sama la mcm kakak dia dulu, 4 tahun masuk Cahayaku.

hmmm.. camne eh nk cakap. aku memula tu assume yang Idlan ni macam kakak dia la jugak.. mudah gitu bab2 terima pelajaran sekolah.. mmg masa Lydia dulu aku tak de nak monitor sgt.. tup2 tau dia dah pandai baca masuk half year dia 4 tahun tu..

tapi dengan Idlan ni a bit tough. kat buku2 dia, byk message dari cikgu, "kurang lancar" gitu... so bila aku test kat rumah.. betul le, dia mcm agak lemah sket nak mengingat.. mmg kena byk bersabar dengan Idlan ni..not that aku compre.. of coz aku tau setiap budak ada peringkat berbeza.. lelaki and pompuan some more kan... mmg tak leh la nk pukul rata.. tapi apa2 pun, attention yg kita kasik tu.. takmo la sampai ada jurang . kot.. kan? hmmm aku ni nama je anak dah 3.. tapi bukan nya pro pun bab2 tumbesaran anak.. so aku ni more on kaedah.. eh jap.. nan  ado kaedah pun kaedahnyer dek nonn!! hahaha!

ok back to Idlan..

Tapi, yang bagus nya pulak, Idlan ni plak tak cepat putus asa.. dia jenis yang tak pulak bosan bila kita mintak dia ulang banyak2 kali.. malahan dia mcm sentiasa happy gitu bila kita ajak cuba lagi dan lagi...

so aku rasa, mmg kesabaran parents dan cikgu la yg utama..kena keep on supporting him.... 

hmm bila tulis pasal budak2 mula la aku rasa rindu je kat dorang.. sejak meja kerja dah bawak masuk bilik Lydia.. semua rajin plak berkumpul dalam bilik tu.. maklum le ada ekon ekeke.. dulu, meja kerja kat bilik buku (bilik yg ada rak buku, sbb tu aku panggil bilik buku.. LOL) - and bilik tu takder ekon and jauh nak dekat ngan dapur so bebudak ni lebih suka bawak kerja and buku2 pi kat ruang tamu yg akhirnya leceh aku nak kemas balik...

so bawak masuk bilik Lydia pulak ... nak sepah2 pun dalam bilik je ... letak buku2 sekolah Lydia, Idlan and buku conteng2 utk Fahren kaler2 bila abang and kakak buat kerja sekolah...

so aku pun join sekaki, parking kan laptop aku kat situ gak so while tunggu dorang wat kerja, kalau rajin aku pon online..tapi salunya aku tak rajin.. yg aku rajin ialah masa dorang wat kerja sekolah, aku  baca twitter baca novel atau baring2 atas katil Lydia layan Fahren pot pet2 .. bleh tahan gak si Fahren ni.. kalau aku atau kakak dia mengajar Idlan.. mulut dia pun follow.. contohnya, Lydia bgtau abang Lan,

"ok cuba bang Lan baca yang ni pulak.. "
so fahren pun menyampuk.. "abang lan, ni apa ni?.." sambik tunjuk tempat yg Lydia tunjuk.. dia ponnk jadik cikgu gak kekdahnyer..muehehehe!

lawak je tgk gelagat anak2 nih..aku relax sket la bila Lydia yg ngajo adik dia.. Lydia ingat lagi kot mcm mana dia belajar buku cahayaku tu, so dia pun ajar adik dia..

last2... ruang tamu plak aku ignore.. hahaha.. TV mmg jarang gila bukak.. dorang siap ngan kerja sekolah (kalau takde kerja sekolah pun dorang main2 gak dalam bilik dok conteng2 apa yg patut - which aku pon follow sekali dorang dok dlm bilik tu), dlm kul 10.. mmg dah bed time.. so terus la aku tidorkan fahren and idlan (Lydia sgt senang tido..) ... ngan aku sekali tertido.. so mmg tak bukak TV .. huhuhu..

la..campur aduk la citer aku ni .. ekeke..

tgk la nanti by akhir tahun mcm mana pencapaian Idlan.. hopefully dah boleh membaca lah.. senang sket bila budak dah pandai membaca ni.. lagi2 budak yg banyak tanya mcm Idlan tu.. dua hari lepas dia tanya aku,

"mak, betul ke kalau duduk asrama kita tak boleh balik"

"boleh la.. sekali sekala.."

"asrama tu apa?"

benda2 gitu lah.. so kalau aku leh kasik info thru pembacaan pun ok la jugak kan.. now ni bila dia tgk buku, dia kuar ler citer dia sendiri.. yg biasanya berkisar pasal oltromen walaupun buku tu gambo kucing.. huhuhu

ok dah .. lengkali aku coret2 lagi..

2 comments:

  1. tadika cahayaku...mmg fokus on belajar membaca ker? Aku mcm plan nk masukkan qiqi skool awal skit. Dia nmpk mcm excited je nk gi skool

    ReplyDelete
  2. ada gak aktiviti2 lain.. ikut tadika kot.. cahyaku ni program belajar membaca 2 tahun.. so kalau start awal, grad awal.. tp ada certain tadika buat aktiviti sampingan lain, mcm playskool gak.. ok la if qiqi excited nk skul.. senang sket nk guide bila dorang minat :)

    ReplyDelete

Popular Posts