Friday, 5 October 2012

Wow! i won a giveaway from Emila Yusof!

Ha! sapa tak happy? not only because this is my first time win an online giveaway, the best part is because its from Emila Yusof! Go here!

http://emilayusof.com/2012/10/september-top-5-commenters/

Alhamdulillah :-)

I'll write more later! now ni bit busy lah..

Tuesday, 28 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Salam kemaafan dari saya sekeluarga... andaikata ada tulisan saya kat entry2 saya yang menyinggung perasaan anda semua.. sorry ye.. saya manusia biasa, dalam pada berusaha nak menjaga hati semua, kadangkala terlajak jugak... Maaf Zahir dan batin :-)

Saya beraya dengan keluarga belah suami di Klang dulu, dah habis round sedara Klang, baru le kami beransur ke johor pada raya ke-dua .. raya kali ni, saya banyak bermuhasabah diri.. teruatama saya panjatkan kesyukuran saya masih ada ibu dan ibubapa mertua.. Alhamdulillah sangat.. time2 perayaan ni, ke manalah lagi kita nak tuju kalau bukan kepada orang2 tua kita kan?

then saya bersyukur jugak saya ada adik beradik dan ipar duai yang ramai.. ok maybe takla seramai mana tapi kira ramai la tu.. suami ada 5 beradik, saya plak 6 beradik ... pendek kata, berpeluh gak le nak susun barisan utk gambo raya family hehehe... ditambah lagi dengan anak2 buah pelbagai umur dan ragam.. frankly speaking, bila tgk balik pic2 raya .mmg tak ada yang betul2 perfect.. hahaha tapi, siapa yang define perfect? so saya rasa semua pic2 dengan pelbagai gaya tu adalah perfect! they make me smile .. bahagia!

dan saya juga bersyukur saya ada ramai saudara mara untuk dikunjungi. hari raya saya tidak hanya di depan tv *tapi tgk gak tv bila sampai rumah sedara mara tu kannn... rancangan tv kali ni not bad lah.. at least tak la manjang citer hindustan mcm yg pernah berlaku 10 tahun yang lepas masa kegemilangan kuchkuchhotahai tuh..ingat tak? - dan jugak tak de la manjang sarkis mcm yg berlaku around 20 tahun lepas.. huhu.. wahh lama kan? tak sangka saya dah dapat baaanyak peluang menyambut hari raya dengan orang2 tersayang* oppss lari sket isi2 penting ni

yup, masa dok dlm kereta saya ada borak ngan suami (kan saya kata dalam kereta is my favorite spot nak borak fokus) - pasal betapa beruntungnya saya ada saudara di banyak tempat.. maybe saya over sket tapi itulah yg saya rasa.. rasa best ramai sedara :-) cuba kalau x de sedara, nak beli baju raya pon malas sebab nanti takde tempat nak pegi nk gayakan baju baru .. ekeke.. ke shopping jugak kekdahnyer ekekeke.. seriously, kemeriahan hari raya, mood raya tu, lebih terasa dengan adanya aktiviti ziarah menziarahi kan?

Ok lah sekian dulu update pendek je sempena Syawal yang mulia ni.. lain kali update lagi.. inshaAllah.. terimahlah pic kami - ni amik raya ke dua before bertolak ke johor... kalau tgk pic no. 2 tu, org lain semua tak ready, saya je ready ekekkee.. biasa la mak over.. insist gak nk amik pic kat tiang pelita tu.. pujuk gak hubby set kan tripod panas2 tuh..  dah panas sbb dah kul 11 masa ni.. anak2 pon malas nak bukak mata sbb panas.. huhuhu..


Thursday, 2 August 2012

Macam mana Ramadhan saya?

Hari ni masuk hari yg ke-11 dalam bulan ramadhan.. yang mana patut saya tanya, ada dua soalan di sini. "Macam mana Ramadhan saya?" hmm soalan ni, macam lambat saya nak menjawabnya.. saban tahun saya berazam nak perbaikan kualiti puasa saya.. tapi frankly speaking, saya rasa tahun ni pun tak banyak peningkatan. sedih jugak. tapi still belum terlewat, kan? ada byk hari lagi untuk saya rebut. tepuk dada, tanya iman. peluang dah ada, sendiri mau ingat nak rebut ke tidak ... astaghfirullahal'azim ...

Satu lagi soalan, "Macam mana preparation raya?" - wah kalau ditanya soalan yang ini, saya boleh terus menjawab tanpa henti. sad, but true..


Saya dah kembali bekerja sejak 4 hari lepas... hmm masih lagi dalam projek yg sama.. projek ni kick off last year pun dalam bulan puasa.. haih lama sangat dah delay .. letih dah rasanya buat projek yg delay2 mcm ni. Bertambah tak best sebab dah cuti 2 bulan, dan banyak changes yang saya kena catch up.. haihh...sorry lah patutnya takleh mengeluh kan? tapi terrrmengeluh jugak.. :D

memandangkan bulan puasa, aktiviti kat ofis pun macam agak mandrom.. UAT dah ada yg dpt sign off for some functions.. cuma ada satu je satu function yg pending.. mudah mudahan yg pending ni cepat2 lah complete. Tapi August ni inshaAllah lah live to production.. sempena bulan kemerdekaan ni mmg patut ler saya pun merdeka dari projek ni.. Ameen..

Beberapa hari yang lepas, mood saya macam ke laut. maybe keletihan dengan rutin baru masuk kerja ni.. taktau lah.. tapi ada sekali tu, saya terjaga awal pagi untuk pump, saya tgk keadaan rumah yang macam tak terurus, kemudian saya melihat anak2 tidur - terus terasa macam i am a bad mom. hehehe.. saya mintak maaf kat hasben pastu saya tido balik. rupanya moody itu tanda saya nak "raya". huhu.

ha, pasal breastfeeding. saya nak cerita ada sekali tu, ibu taska called to inform yang susu Daleela dah tinggal sebotol walhal baru pukul 3PM. apa lagi rushing la saya bersiap2 ke taska. nasib baik la jugak masa tu saya belum kerja, baru cuba2 hantar daleela nak tgk how she's doing.. mula2 saya bekalkan daleela dengan 2.5 oz  x 6 botol untuk dia minum dari 7.30AM sampai 6.30PM .. so bila dah terjadik tak cukup hari tu, saya pun dah menambah kepada 7 botol dengan kuantiti yg sama (atas advise ibu taska). Alhamdulillah, so far ok lah.. kadang2 ada balance 2 botol... kadang2 balance 1 botol.. kadang2 takde balance. saya tau kalau takde balance tu means daleela mesti kurang tido..

kat ofis jadual pam saya cuma buat 2 kali je. maklum la saya ni dok kat ofis orang.. tak leh la nak sewenang2 ikut masa saya.. tapi so far Alhamdulillah boleh la follow jadual tu.. susu banyak atau tak tu perkara ke dua.. yg penting ada .. cuma, mengepam kat ofis mmg tak le seselesa kat rumah. huhu. walaupun ada tersedia tempat yg selesa.. tapi big concern tentulah masa, kan?

Berpuasa, bekerja dan terkejar2 carik masa nak pump, memang boleh.. errr .. BOLEH melemahkan semangat. tapi kalau kita tak benarkan itu terjadi, inshaAllah tak ada masalah .. alah bisa tegal biasa.. mudah mudahan Allah memberi saya kekuatan selalu.

Tu je dulu update saya. Saya berdoa semoga Allah sentiasa tetapkan hati saya untuk sentiasa berada di jalan yg benar... improve kualiti iman kita untuk kebaikan kita , keluarga kita, dan agama kita.

-

Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan, Breastfeeding dan Vitamin

Hi!

Selamat Berpuasa semua! Alhamdulillah saya boleh berpuasa sebab dah habis pantang kan? Puasa kali ni agak mencabar sebab breastfeeding daleela. memang tak boleh missed bangun sahur dan mesti makan yang boleh membantu dalam memberi tenaga dan maintain supply susu dalam badan (tak dehyrate). Sejak kandungan saya mencecah 6 bulan tu, saya dah start dengan vitamin2, dan masih lagi maintain mengambil vitamin selepas bersalin.

Sebelum ni, memang tak pernah nak ambik port kalau orang cakap pasal vitamin.. entah lah.. now ni bila terasa diri semakin berusia.. lepas tu tengok pulak anak-anak yang sedang membesar, kesedaran menjaga kesihatan datang sendiri. Untuk kebaikan saya dan anak2 saya.

Saya bukan jenis yang suka bersukan.. Cuma ALhamdulillah juga lah saya pun bukan jenis yang suka makan yang fancy2. cake pun tak berapa suka tapi lately ni banyak betul cakes yang sedap2 kan? dulu masa saya kecik, kek paling sedap cuma kek oren dan kek buah-buahan, itupun yang emak saya kukus .. yang beli memang tak masuk! jagan harap dulu nak tau apa tu kek cheese lah, kek coklat lah, kek red velvet lah! phewww.. betapa mewah makanan orang2 sekarang... dalam masa yang sama, kesian juga sebab kemewahan makanan tu lah yang akhirnya boleh merosakkan badan. sebab tu lah, saya gagahkan diri saya untuk ambil vitamin, at least vitamin C, vitamin paling popular :-)

hmm.. lepas lebih 6 bulan mengambil vitamin, saya masih tak dapat nak beri sebarang komen tentang perubahan diri baik luaran atau dalaman, eh nanti dulu, saya bukan nak kata vitamin takbagus.. am just being honest lah! huhu.. I discussed this with hubby.. biasalah borak dalam kereta.. hehee.. (saya rasa dalam kereta adalah tmpt paling sesuai utk husband n wife berdiskusi... kan? sebab tu saya jeles dengan those yang pergi balik ofis bersama-sama - dan sebab tu saya tak mau duduk belakang walaupun ramai isteri2 yang duduk belakang bila dah ada anak2.. saya so far lom tergerak lagi nak duduk belakang. :-) )

eh, pasal vitamin. saya salu ngadu kat suami, makan vitamin2 ni tp mcm tak de pun nampak perubahan? membuatkan saya sangsi dengan segala testimoni yang orang2 bagi tu..  honestly, memang saya ni susah nak accept .. mcm ada doubt je .. kadang2 tu terasa mcm testimoni sangat berlebih2.. huhuhu..

TAPI jawapan suami memang paling saya suka.

Perubahan tu akan ketara kalau keadaan awak dah teruk.. mcm awak ni, memang tgh dalam keadaan sihat.. jadi macam tak nampak lah kesan tu.. tapi vitamin2 tu tetap bekerja dan in long term badan maintain sihat. tak perlu lah nak tunggu ada perubahan baru nak percaya vitamin tu perlu. kesimpulannya, MASA SIHAT LAH KENA AMBIL VITAMIN UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN tu..mencegah lebih baik dari merawat, kan?

dan kerana jawapan suami tu lah yang membuatkan saya terus dengan vitamin. saya percaya, rutin harian saya, semestinya telah dibantu dengan pengambilan vitamin tu semua.. saya tak lagi menungu result utk sama dengan testimoni orang. Setiap badan kita lain2.. lain orang lain lah kesannya dan lain pulak jangkamasa kesan tu nampak. tapi, saya percaya badan saya memerlukan vitamin2.. dan bila dah start makan, memang kita akan mula ada rasa 'NAK TAHU' kenapa vitamin tu perlu, dan mcm mana vitamin tu membantu badan kita.. since sekarang dahg ada google, memang tak susah nak cari maklumat tentang kenapa kita perlu vitamin. seronok jugak :-) bila dah open mind gini, saya leh accept dah testimoni orang.. saya enjoy baca testimoni orang tapi saya tak lah obses nak jadi or dapat yg sama mcm sorang. kena lah ukur baju dibadan sendiri :-)

pemilihan vitamin pun penting, tapi saya dah memilih Shaklee. Satu sebab utama ialah sebab shaklee ni plant based, dan halal. dan yang penting, saya ada kawan yang suka share all the benefits, so kalau malas2 nak google, google kat dia jek lah.. short cut gitu :-) my kawan tu am referring to here http://meandmyvitamins.blogspot.com/  - syok sbb dia mmg suka share apa saja .. dari hal vitamins in general, ke parenting, ke breastfeeding.. huhuhu.. (ini bukan iklan berbayar- saya rasa syukur berkawan dgn org berilmu yg tak lokek ilmu..tak kira la dia muda dari saya, atau anak saya lebih ramai dari dia.. itu bukan bermakna saya lebih tau. kan?- silalah ke sana utk lebih banyak info pasal vitamin, dan juga knp saya pilih Shaklee.

jadi, uols semua dah start taking vitamins? :-)

Akhirkata, selamat menjalani ibadah di dalam bulan ramadhan ni... semoga kita sama2 memperbaiki diri dalam bulan penuh barokah ni.. luaran dan dalaman. badan yang sihat, hati yang bersih, inshaAllah...



Friday, 13 July 2012

Shopping for groceries pun jadiklah! :-D

yes!

eh.

Alhamdulillah... semalam, hari ke 44 so officially dah  habis my days of confinement period.. hmmm.. entah dpt merasa lagi ke tak rasa pahit manis berpantang ni .. :) semuanya saya serahkan pada Nya, .. buat masa ni, syukur sangatlah dah ada 4 ni.. saya akui bertambah mencabar, tapi mudah mudahan saya turut dikurniakan kesabaran yang tinggi dalam membesarkan dan mendidik anak2 tersayang ni, inshaAllah..

seronok melepasi masa berpantang ni bukan apa, sebab dah tak sabar nak tengok dunia luar .. saya rasa ni mmg perasaan stended semua mak2 yg habis berpantang, kan?

Semalam, saya ajak suami jumpa doktor.. hari tu masa sebulan, sepatutnya jumpa doctor for follow up, sekali dengan follow up daleela. Tapi masa tu ramai sangat so saya pospon saya punya part.. lagipun saya rasa sihat je so boleh la tunggu sampai habis pantang utk follow up, kalau rajin :p

nasib baik suami boleh bercuti .. so awal pagi kami ke DEMC.. syukur lah semua OK.. kesihatan saya dah back to normal lah.. balik dari DEMC tu, sebab dh alang2 sampai shah alam, kami ke Laman Seri Business Park tu, pegi One Baby World. actually kebetulan, semua storage utk EM dah habis... nk beli online pon lambat nk tunggu sampai.. so tu yg ke situ terus.. saya malas nak masuk sebab daleela tido, so bapak la yang pi naik beli..

lepas tu nk pi belanja groceries.. maklum le nak puasa ni.. barang2 dapur semua dah habis sbb sy sentiasa masak kan.. maklum le takleh ke mana2.. huhu takde nyer sebab rajin.. kan kan kan.. so utk groceries shopping ni .. kriteria memilih mall, mstilah ada troli sbb kat dlm troli la saya letak anak2 yg tengah aktif tu (idlan n fahren) - so biasanya sama ada giant, carrefour atau tesco lah yg kami pergi.. wakaka.. nk pegi playground pon pilih playground dlm giant or tesco.. mmg x berkembang kan? tak kisah le janji selesa senang nk monitor anak2... and now dah ada daleela, semestinya saya suka tesco sbb troli dia ada tmpt baring baby tu kan.. saya memang tak gemo bawak stroller.. byk kali sgt pengalaman sorong stroller and baby nk gak dukung.. at least kalau kat tesco ni, if dia nak dukung takmo baring kat baby seat tu, takde la saya kena sorong stroller.. hihihi.. eh, pasal stroller pon satu perenggan...

So kami pun menuju ke Tesco .. walaupun shah Alam pon ada Tesco, saya mmg paling selesa shopping kat Tesco Setia Alam je tuh... satu sebab dia yg agak dekat dgn rumah .. yg pling utama sbb kat situ tak ramai sangat orang kot.. so rasa selesa je.. saya memang kureng sket tempat yg too crowd.. dah takberapa nak muda ni, tak de la saya nk tmpt2 yg happening ..

shopping semalam tak bawak anak lagi 3 org tu.. lydia sekolah, abgLan pon sama.. dah byk kali abgLan missed class sebab aku nak dia kat umah je tak payah pi nursery.. semalam dia yg nak pegi sebab dia nak main ngan kawan2 katanya.. fahren plak bila abgLan pegi, dia mesti nak ikut abang dia..

tinggal le saya, hasben n daleela.. kiranya ni daleela punya 1st shopping outing.. hmm lom leh hantr dia kat taska sebab lom train dia minum susu guna botol.. and blom diskas ngan ibu taska pasal EBM.. later lah..aku bawak je daleela dulu pi shopping ngan harapan dia tak cranky lah..

Alhamdilillah mmg tak cranky..  masa breakfast kat mamak syed sek. 3 pon dia okay jek.. meh lah jom tgk daleela punya 1st shopping experience huhuhu

best aar pilih sayur sebab nampak freshhh jek pagi2 .. daleela tido jek
aman habis! takde orang! daleela menten... :p
Final check before pi kaunter.. semua dalam list (dan yg tak dalam list) pon dah beli.. yey!
daleela menten tido .. tak ubah langsung posisi tuh.. sampai bapak nak bayar dah
sampai le kat carpark ..
ha, alihkan dia masuk dlm kereta pon dia menten tido.. huhuhu... sporting lah anak mak ni.. ekekeke..
before sampai umah tu, hasben bagi cadangan nak tak singgah kat kilang basikal? saya mcm haa?? kilang basikal? kat mana? buat apa?? pastu dia kata jom je lahhh.. saya pon jomm le jugak sbb saya kan tgh kemaruk nk berjalan.. tak gitu?

nantilah entry lain saya citer pasal kilang basikal.. ok? sekian saja!

Salam :-)


Wednesday, 11 July 2012

E-Day for Aseh :-)

dalam hari ke 30 berpantang hari tu, aku balik Johor.. balik Kluang ekceli, sebab anak buah sulong aku, Aseh, bertunang. Alhamdulillah.. semua orang happy :-) semua orang excited ngan majlis ni .. sebabnya dah lama tak ada majlis kawen dalam family.. last was 9 years back.. it was my wedding. :p

Alhamdulillah, jodoh pun dekat je, org Johor gak..

bila tgk2 balik gambo, mcm takcaya Aseh dh nak kawen.. ye la. masa dia lahir, aku kecik lagi.. aku rasa dia lahir aku darjah 3 .. best giler sbb rasa mcm dpt adik baru.. tak mcm aku makcik.. mcm kawan2 jer gitu.. dah tu dia rajin plak balik kampung so mmg bila dia balik kampung rasa meriah jek.. maklum le cucu sulong.. huhuhu.. kalau tk silap aku, dia the only cucu yg arwah bapak aku, sempat tgk.. :-(

pastu masa aku kwen, dia pon ada ckp mcm x caya aku dh kawen sbb diorang (dorang refer to aseh n ana adik dia ) mcm rasa aku ala2 sebaya dorng jer gitu... *kembang*

Dah lepas majlis tunang ni, semua look forward to wedding.. akhir tahun ni inshaAllah.. :-)

jom sambil bercerita sambil tgk gambo jek..

mini pelamin ni, memula takde dlm plan, tp jiran depan umah dorng kebetulan mmg bisnes, so amik jer lahh.. dekat katanyerr.. mudah urusan huhuhu... night curtain tuh mmg x tuka pon.. tu yg jadik ceklat pelamin ni huhu..
tunggu rombongan meminang - guests usherers .. makcik pakcik (abg2 n kak2 ipo ku)
sampai dahhhh.. rombongan dari parit yaani yongpeng :p
perbincangan berjalan :)
majlis tunang juga dipanggil majlis hantar tanda.. haaa.. ni ler tanda yg dihnatar.. tanda sudah di booked gitu huhuhu...
sarung cincin oleh kakak izuan
Alhamdulillah.. lancar majlis tadi... :)
3 beradik yg poyo nihh! Dr. Aseh, Cikgu Ana and Chef-to-be Zharif
dorang pelik benonyer tgk kak aseh dorang make up.. aseh ni sempoi habis tak de nak make up2..
alahaiiii sayang adik rupanya Abg Lan ni.. :)
family kakak sulong aku ... aku still ingat kemeriahan majlis perkahwinan kakak sulong aku, tahun 1984 aku darjah 1.. pastu 1985 Aseh lahir..
antara adik beradik aku..eeeii tak aci aku takde dalam ni.. mesti aku tgk feed Daleela kat dalam ... huhuhu..
haa.. ada pun.. sama je kan aku ni sebelom pregnent, masa pregnen ke, lepas pregnen ke.. takde beza... lol
pose atas kosi pelamin plak
Lydia plak join.. idlan dah mula tak sporting huhu
alahaii ciannn cik daleela ni sorang2 kat situ.. hehehe...tak berani nak pose kan betul2 sbb takut jatuh.. ni pon mak aku dah bisisng jerit kat aku suh cepat2 amik.. hehehe...
last but not least.. pic of us .. ada yg takde sbb dah keletihan .. mak aku pon takmo masuk dlm pic ni hehehe ...takpe.. yg penting muka aku ada... lalalalala  

if korang notis aku letak pic credit to Udin.. Udin tu anak jiran kakak aku le.. mak dia besfren kakak aku, so dia pon member baik ngan anak2 kakak aku.. pastu kebetulan dia pon super junior aku n hubby kat SMSJ Kluang.. and kebetulan dia pon mmg buat photography .. tuh yg lepas majlis terus je mintak sofkopi kat dia.. aku punya kamera masa tu le nak kong baterinyer.. sabo jek lah!yg mana aku x letak crdit tu kamera aku le tewww... dpt le seketol dua jek.. kahkah

sekian sahaja update panjang dari aku.. panjang sebab byk pic... merasa la korang kena scroll down.. kalau slow maaf lah ekkk..

daaa!

Monday, 9 July 2012

Seafood Dinner kat Afnan Seafood, Klang

ni citer lama.. jgn plak ingat aku makan seafood masa dalam pantang .. huhuhu..

biasanya dalam seminggu mesti ada satu malam yg kitorang akan makan kat luar.. walaupun aku tak rajin memasak, tapi aku tak jugak rajin makan kat luar.. biasanya tapau je .. the reason malas nak makan kat luar esp. weekdays, sbb kesian kat lydia.. kesian kang dia x de masa nak buat homework.. dah le dia jenis cepat mengantuk.. kalau makan kat luar tu kadang2 masa tgh tunggu food tu dia pon dah lentok.. camtu sekali.. darpada mak geram tgk dia gitu.. better la mkn kat rumah je, waima tapau sekalipon.. huhuhu..

biasanya jumaat malam sabtu le nk makan kat luar pon.. sbb keesokan hari tak sekolah.. relax la sikit..

kat kapar ni takde la byk sgt tempat nak makan kat luar... tu yg malas nak keluar.. kang asyik la muka kitorang jek kat kedai tu hehehe.. kantoi la malas masak, kan? nih aku nak share pic2 makan kat Afnan Seafood restaurant.. kat area Batu Belah, jalan nak ke Port Klang.. kat situ mmg banyak seafood restaurant.. Afnan ni bebudak suka la sebab dia ada option utk meja yang makan bersila.. tapi kena dtg awal le.. huhuhu.. tu yg lepas je maghrib terus zasss jek..

ni pic2 kitorang pegi masa aku pregnant... well.. hahaha.. kan dah kata.. suka suki aku jek nak tulis bila punya cerita.. :-)

tunggu nak order .. servis kat sini tak konsisten.. kdg2 ok kdg2 slow.. huhu


kemain pilih menu.. last2 menu wajib dorang ialah air laici.. itu je la pegi mana2 kedai pon..

masih kosong sbb awal.. tgh ada gak meja kerusi for those yg takmo bersila...

muka ngantuk ...


air laici.. air wajib idlan n fahren ..


ni masa pregnant 8 bulan kot.. lebih kurang le..


kitrang cuma order ikan 3 rasa ngan udang goreng tepung je.. simple je menu sbb tau yg makan kang cuma mak ngan bapak je. budak2 tu makan 2 ke 3 suap dah stop ..

sekian le kisah makan kat Afnan Seafood .. huhuhu ..

Friday, 6 July 2012

Hampir berakhir

Salam Jumaat semua! :-) rasa mcm baru je jumaat, now dah jumaat lagi.. best sbb dah nak weekend.. tapi tak best sebab cuti makin sikit.. huhuhu..

walaupun aku tgh cuti lama ni, aku still looking forward to weekends. sebab weekends semua ada kat rumah.. walaupun takleh nak pi jalan2.. still i like weekends better than weekdays.. :-)

dah akhir2 pantang ni, dah lemau rasanya... lemah lesu bada sbb berkurung je.. huhu.. keluar rumah cuma utk sidai baju ngan buang sampah jek.. ekeke.. tapi aku kira beruntung gak le, dalam masa berpantang sebulan tu, dah 2 kali balik johor.. luas le pemandangan aku ni kan..

beruntung orang sekarang berpantang rasanya.. nama je duduk kat umah tapi semuanya dihujung jari jek.. nak borak, nak shopping.. mmg takde la merasa dok termenung je.. even tho tak de laptop pon leh hidup ngan phone.. kalau lah phone pun takde or tak brp nak smart, paling koman pon tengok TV kan? point aku, mmg tak sempat le nk merasa bosan patutnyer..

ce bayangkan zaman2 mak aku mak mertua aku dulu.. berpantang dalam tahun 50-an, 60-an.. huhuhu memang mencabar!! based on mak and mil punyer story.. aduhhh! dah le masa 40 hari tu mmg takleh ke mana-mana.. tak leh ke mana2 as in takleh bangun dari tempat duduk kecuali nak pi toilet jek.. dengan tak de tv .. internet JAUH sekali la kan.. mmg hebat kesabaran org dulu2.. no wonder skang ni masa cepat berlalu.. sebabnya takde masa menunggu..

kali ke-4 dalam pantang ni, aku rasa dah lebih independent lah.. ok maybe ada org yg independent sejak anak pertama lagi hehehe.. aku tak de la seindependent itu.. masa anak pertama dulu memang lembik esp. dari segi emosi lah.. stress manjang.. anak nangis stress, laki pi kerja stress, hehehe.. mmg no wonder la susu pon stress nak kuar.. lama kelamaan, anak ke-2, ke-3.. dah ok lah.. takde la stress mana.. dok je la umah mil tu mcm ratu gitu.. bertuah le badan dpt mil yg layan aku lebih daripada anak sendiri.. Alhamdulillah..

pantang kali ke-4 ni, aku bgtau mil yg aku nak pantang kat rumah je lepas seminggu tu.. memula aku tgk dia ok jek.. tapi masa aku nak balik tu, dia peluk aku .. aku dpt dgr suara dia tahan sebak masa nasihatkan aku jaga diri baik2 kat rumah sorang2 tu.. aku pun sedih.. paling sedih dia bleh plak mintak maaf kat aku if dia ada marah anak2 aku yg lain masa kat situ.. aku mcm oh tidaakkkk! tidak sama sekali.. mak mertua aku tu dah mcm mak aku sendiri .. marah dia mesti la sebab dia sayang.. aku pun lagi suka mil aku strict sket ngan anak2 aku.. mil aku tak mcm nenek2 yg manjakan sgt cucu2 dorang.. which is good.. tapi yg best tu, cucu2 still suka kat dia.. aku rasa mak mertua aku ni ada persamaan ngan mak aku.. hehehe which is garang.. tapi dalam garang tu ada kasih sayang.. dalam pada ikut cakap anak2 tu, terselit ketegasan dia yg anak2 tak leh nak lawan ..

so balik le aku ke rumah .. hehehe... now dah 3 minggu kat rumah sendiiri ... rindu lah pulak kat mil.. so, esok aku nk balik umah mil!! :)

by the way, ada few days lg before aku 'lepas hari' .. aku nak ucapakan terima kasih lah kat kawan2 yg datang menjenguk aku and daleela masa kat umah mil atau kat umah aku.. ada gak yg nk dtg tp sbb aku asyik balik johor je so x dapat dorang nk dtg.. its ok.. its tought tht counts.. :-) jom tgk pics.. tp ni yg aku teringat nk snap.. ada yg dh balik baru tingt nk kuarkn kamera.. duh!

omar, edi n family from hubby's ofc - dorng konvoi dtg like 5 families tp ramai dh balik br aku tingat nk suh dorng pose.. hoho

edwin n family

D dtg ngan hubby n Ilyas.. Shara drg ngan mak dia n Hannah

D n I

Tuesday, 3 July 2012

Satu Purnama Sudah Berlalu..

Hello!

dah July? huhuhu.. semalam aku tanya Lydia, "sekolah lydia takde sports day ke?",

jawapan dia, "tak ada kot mak.. dah nak bulan December ni.." aku marah le dia.. baru je july apa plak december perginya.. dia kata ye la mak, july, aug, sep,oc,nov, december.. kan dah dekat tu...
"ada plak gitu.. org cakap dah dekat tu kalau bulan depan tu december.. hishh.. "

huhu.. confirm cik kak tu lom paham...

anyway, dah sebulan lebih aku cuti.. kejapnya masa berlalu.. kan? Alhamdulillah masa berpantang smooth je.. 2 minggu pertama tu duduk dengan MIL. hari ke-2 daleela lahir tu, lepas discharged terus ke umah MIL.. then hari ke-3, mak bidan datang rumah .. urutkan aku and daleela sekali.. kali ni berurut 5 kali je.. tak mcm before2 ni semua 7 kali..

Susu start kuar banyak bila dah 2 kali diurut.. bengkak, tapi kali ni tak demam.. tak mcm masa fahren yang aku demam sampai menggigil2..

hari ke-3, hasben pegi JPN, daftarkan nama Hasyadaleela .. kena cepat sebab hasben bukan banyak cuti.. so sementara dia cuti, pergi lah.. lagipun nama dah ada.. huhuhu..actually nama daleela ni option ke-2. masa daleela lahir.. lepas nurse kasik kat aku, aku tgk dia merah betul.. paling merah compared to kakak and abang2 dia.. so mcm terdetik nak namakan dia Delima, sempena buah delima yg merah.. :) tapi lepas tu tak jadik, aku nk kasik nama yg lebih bermakna lah.. tapi nak dekat2 gak nak ada "D', "L" .. huhuhu kengkonon nak match ngan adik beradik dia yg lain... so datang le Daleela .. and nak melembutkan sket nama tu, tambah lah hasya.. mcm feminin sket :), with good meaning as well, inshaAllah ...

hari ke-5, mak aku kat johor buat kenduri, bila dia tanya aku nama baby dah ada ke, aku kata dah ada nama.. dia pun berhajat nak sembelih kambing, utk akikah daleela.. Alhamdulillah.. rezeki .. so kenduri akikah daleela dibuat kat johor .. aku ngan daleela kat klang.. hehehe.. 

Hari ke-8, tali pusat daleela tanggal .. lega sangat bila dah tanggal tali pusat tu.. orang kata masa tali pusat lom tanggal, adalah masa2 kritikal utk baby.. kritikal as in sensitif... so mmg kena extra care.. so bila dah tanggal,, lega lah... bila lega, hilang la stress mak.. bila stress hilang, susu pun makin laju.. Alhamdulillah.. tapi ada gak yg kata, kalau baby yg lama lom tanggal pusat, nanti dia sayang mak dia lebih, sebab mak dia jaga dia betul2 lebih lama.. hehehehe... macam2 kan.. tapi doa aku, anak2 akan sayangkan ibu bapa dan hormat sesama makhluk dalam dunia ni... tak kira lah lama or kejap tali pusat tu ada. kasih sayang aku sama je untuk semua anak2 aku.. inshaAllah..

Hari ke 12, nenek belah klang plak berhajat nak buat kenduri .. oleh kerana akikah dah dibuat kat johor, so nenek Klang buat pulak kenduri cukur jambul.. tentulah dengan niat bersedekah.. (sedekah sekurang2nya sama nilai dengan timbangan berat rambut bayi) .. Alhamdulillah, rezeki jugak utk daleela.. :-)

Hari ke 18, kami bawak Daleela balik Johor, jumpa nyai (nenek dalam jawa) johor plak.. kat situ 2 hari, pastu balik Klang lagi .. takbleh lama sbb lydia dan idlan kena sekolah..

Hari ke 24, kami bawak Daleela ke klinik An-nur kat Meru, untuk berkhatan.

Hari ke 27, bapak decided nak cukur semua rambut Daleela, supaya senang nak bersihkan kepingan2 kulit (sel-sel mati) kat kepala Daleela. juga mak aku suka bagitau dalam bahasa jawa, "Hilang bajang sawane, garek warase" maknanya, buang semua sakit2 or sawan2 dari dalam perut, tinggal yg sihat2 saja.. hehehe..

Hari ke 31, kami bawak Daleela ke DEMC, berjumpa dengan paed dia, Dr, Koshy utk. follow up checkup sekali dengan ambil injection imunisasi.... at 1 month, Daleela dh 4.15 kg .. semangat! :)

hmm gitu lahhh sebulan berlalu dlm masa berpantang ni .. :) Now daleela dh makin sihat..susu makin kuat.. yg kelala tu, mcm berlumba2 berebut2 dgn pump. tgh2 lena dia tido, bila aku start pegang pam jer, terus dia bunyi.. huhuhu.. so, bermula lah kembali my breastfeeding journey :) happy sgt dpt peluang lagi.. kali ni harapan tinggi smoga dipermudahkan.. ameen..

sekian, update sebulan Daleela :)


bye! :)
 

Wednesday, 27 June 2012

Discharged

Heh, berbolak balik entry aku.. kejap2 masa pregnant, kejap2 after delivery.. hehehe.. mana yg terlintas nak blog, yg tu la aku blog.. now aku nak tulis pasal hari aku discharge dari DEMC. pagi2 tu aku dah tak sabo nk discharge.. maklum lah ada 3 org anak2 kat rumah yg menunggu.. mesti lah tak sabo nak jumpa dorang.. walaupun dorang dah datang ptg semalamnya lepas aku bersalin tu... rindu tetap rindu..

kul 8 gitu lps aku mandi (syoknyer mandi air panas kat ward.. ngan shower beso.. fuuhh rasa puas dan segarr jek..) .. Paed utk Daleela datang.. sama mcm Fahren, paed daleela adalah dr. Koshy.. aku suka dr. koshy ni. satu, sebab dia support breastfeeding... sangat2 support.. 2nd, sebab dia suka bagi detail explaination .. pastu dia cergas dan pantas bila handle budak2.. huhu..



lps dr. Koshy check and everything ok ngan daleela.. tiba masa dr.Jumeah plak dtg utk check aku... pun ok Alhamdulillah.. mmg tak sabo nk kuar.. hehehe.. tapi still kena tunggu lps lunch jugak sbb maklum le dah pakej sekali ngan lunch kan.. sayang oo tak makan.. sedap2 menu dia.. hehehe..

oh cakap pasal pakej.. aku amik pakej SVD biasa tu lah.. yg single room tu kan.. masa pre admission during final check up 39 week tu , dorang tanya aku, company ada GL ke.. aku sejak kerja kat i*erintis ni baru le merasa ada benefit utk maternity.. so aku bgtau dorang aku ada GL.. pastu dorang tanya nk guna GL ke nk guna cash.. sebabnya since aku dah besalin 3 kali sebelum ni cash kat DEMC, so dorang nak offer loyalty program, which is room upgrde drp. single room kepada executive room.. hmmm.. menarik gak.. aku kata GL tak de ke upgrde.. dia kata takde.. infact GL tu tak cover room pun.. cuma cover cost bersalin.. hmm.. aku malas nk fikir2.. if nk GL, nk kena pi opis dulu bagai padahal aku dah start cuti and malas nk pi opis lagi.. so aku decide proceed je la cash mcm biasa... kalau nanti lps cuti maternity, baru check of bleh claim.. kalau boleh claim, claim la.. kalau x bleh claim.. diam2 jek lah.. huhu..


so merasa lah iols masuk bilik 603 .. takde la beza sgt pon single room ngan executive room KOT. hahaha.. so takde la aku nk detail sgt cerita.. cuma aku rasa its a good initiative by DEMC to appreciate customers dorang yg byr cash.. terubat sket hati those yg tak merasa company maternity benefit kan.. hehehe.. in a way, its a business strategy jugak sbb org tertarik nk bersalin kat situ lagi dan lagi.. HAHAHA...

teringat dulu masa bersalinkan Lydia.. masa tu dr. Norleen, pernah bgtau aku DEMC nk pindah building baru.. ha tu dia.. daripada Lydia, Idlan, Fahren.. tak jugak pindah2.. hahaha last2 tiba masa daleela baru le ada .. wakakka.. maybe sbb tu la aku asyik la pregnant lagi dan lagi.. nak merasa spital baru gamaknyer.. LOL

ok dah cukup.. lps dr.jumeah kuar.. Sol plak called.. dia nak drop by melawat aku n daleela.. dia otw ke opis.. maklum le umahnyer sekangkang kera je dari spital ehehe.. bagus gak sol dtg.. tak le kebosanan menunggu nak balik.. tapi sol rushing la sbb nk pi opis kan.. anyway thanks Sol sbb dtg :-)


olo bucuk bucuk..


lps tu, customer service exec. plak datang.. bertanya khabar (lebih kepada nak survey) mcm mana layanan semua.. huhu aku kata ok je la... malas nak bgtau lps deliver tu aku takleh tgk tv sbb tv rosak.. LOL.. apa daaa.. tapi sbb dorang repair cepat,,, so ok la kira tu ...

kul 11.30 lunch dtg.. licin aku makan wakaka.. berselera...

lps tu baru le segala proses pembayaran dan pemberian ubat, cenderahati what not.. senang sgt sbb semua dibuat di bilik sajork.. tak payah nak pegi kaunter bagai.. sistematik lah jugak.. improved.. and last sekali, baru lah dtg wheelchair bawak aku turun... and kul 12.30 gitu aku pun meninggalkan DEMC... begitu lahh :p

 pose dulu before kuar ..pose ngan anak baru .. :-)

duh! kain batik jer .. huhu ...


meninggalkan DEMC - yey! daleela nak balik umah nenek jumpa kakak and abang2 :-)


Monday, 25 June 2012

Demam Photobook

masa dah akhir2 pregnant hari tu, aku kemain gila demam photobook projects.. hehehe.. well, not only aku la sebenarnya. ofkos virus demam photobook tersebar dek bebudak GLC yg masing2 pun bukan saja demam photobook, tapi demam promo/deal internet yg semakin trending nowadays..

masa memula beli deal, rasa menyesal sebab rasa mcm tak akan rajin nak spare time buat photobook ni. plus aku tak berapa ada pic2 yg berkualiti tinggi.. tapi lepas tgk diana punya photobook (dia 1st person yg buat dulu) aku pun rasa bersemangat.. so saja2 start with one project.. amik je pic2 lama masa family gath kat cameron highlnds. lama dh .. tahun 2010... ohh once buat.. mmg ralit!balu siap tak tido malam dok ralit ngan menda alah tu ehehe.. 2 malam siap! terus hantar.. bila dh hntr mmg sabo2 nk tgk hasil.. seminggu lepas tu dapat.. mmg excited habis! lps tu, hari2 dok tunggu promo/deal for photobooks..

lps tu, makin byk plak co. yg offer servis ni.. tapi mmg kena tgk2 gak before buying.. mm at least tgk komen2 drp org yg dh pernh order.. si far aku baru je beli drp 2 co. ok lah.. deliver on time ..

Before bersalin, dpt jugak aku siapkan sebijik so masa dlm pntang dh siap.. now ada 4 photobooks yg aku dh buat.. and ada lg 3 vouchers yg pending.. tp semangat nk mmbuat dh tak begitu membuak2 .. kena start cari balik semangat tu :)


Popular Posts