Showing posts with label Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Shaklee. Show all posts

Tuesday, 11 March 2014

"A New Beginning": Hi-Tea for Leaders in Puteri And Friends (PAF).

Hari Sabtu lepas, saya berpeluang berkumpul bersama-sama dengan rakan-rakan bisnes Shaklee di dalam majlis yang dianjurkan oleh Master Puteri untuk PAF Great Leaders (PGL) group. Ini sebenarnya adalah reward kepada semua leaders yang bernaung di bawah PAF yang memperolehi prestasi cemerlang dalam cycle 2013/2014, dengan syarat utama minimum mestilah berada pada rank Effective Supervisor pada closing bulan February 2014 (bulan terakhir dalam cycle 2013/2014). Saya percaya reward berbentuk sebegini merupakan salah satu cara untuk memberi semangat kepada distributors agar menyahut cabaran mencapai rank leader di dalam bisnes Shaklee.

Bersama antara rakan seperjuangan di dalam PAF. Business Shaklee menemukan kami, Alhamdulillah... berada di dala satu Group yang sama harapan memastikan kita tidak merasa keseorangan dalam perjalanan.. 

Majlis yang di namakan 'The New Beginning' ini merupakan kick start bagi bermulanya cycle baru bagi tahun 2014/2015 yang bermula pada bulan Mac 2014 dan akan berakhir pada Februari 2015 tahun hadapan. Kick start ini disampaikan kepada leaders, bagi membolehkan leaders merangka pelan dan tindakan yang perlu diambil sepanjang cycle baru nanti dalam memantapkan lagi kumpulan masing-masing seterusnya teguh di dalam bisness Shaklee.


Saya seronok mendapat peluang sebegini. Paling seronok kerana event ni di buat pada hujung minggu lantas membolehkan saya membawa keluarga bersama-sama. Anak-anak tidak dibiarkan begitu sahaja ketika ibu bapa mendengar mesej dari Master Puteri dan Master Aznin. Sebuah bilik khas untuk anak-anak disediakan lengkap dengan aktiviti seperti face-painting, sand art dan clown with balloon. Memang tak bosan la untuk kanak-kanak, dan hasilnya, ibu bapa dapat memberi 100% fokus kepada perkongsian ilmu yang diberikan oleh masters dan speakers jemputan sepanjang sesi berlangsung. Tak lupa juga makanan lazat yang tersedia membuatkan kami tak berasa lapar atau dahaga. Panjang betul meja buffet petang tu..


Idlan dan Fahren seronok lukis spiderman kat lengan dan main belon pedang. Tak kisah kan saya pun! :)

Alhamdulillah, 3 jam memang terisi dengan perkongsian yang hebat termasuk daripada Senior Key Coordinator Aishah Amin daripada group LiSA yg bernaung di bawah PAF. Aishah merupakan calon master pada bulan ini inshaAllah, akan menajadi master ke-dua di dalam PAF selepas master Nurlia pada bulan January lepas. Perkongsian hebat turut diberikan oleh Coordinator CTZ daripada CTZ & Partners.


Saya sebagai leader dan wakil group saya, FAST* - memang sangat terkesan dengan segala pengalaman dan tips yang disampaikan oeh mereka.


Dalam hati, merasa amat bertuah berada di dalam sebuah kumpulan (yang juga layak bergelar organisasi) bernama PAF dengan semua leaders hebat, menjadikan saya sendiri berazam akan menerajui FAST menjadi sebuah kumpulan yang hebat dengan leaders yang hebat. Sekarang ini pun saya sudah melihat potensi yang ada pada distributors di dalam FAST. Saya yakin mereka akan pergi jauh sebagai leaders dalam bisnes ini dan itu merupakan cabaran untuk saya.


Berpegang pada konsep SENTIASA MENCARI ILMU, SENTIASA BEKERJA KERAS dan SENTIASA MEMBANTU ORANG LAIN, saya percaya FAST berada di laluan yang betul, inshaAllah. Untuk merealisasikan ini, saya turut mengadaptasi prinsip SUPPORT, COMMIT AND REWARD. 3 perkara ini sememangnya menjadi tunjang kekuatan sesebuah group dan business.


Semoga diberi kekuatan dalam bsines ini dan sentiasa istiqamah, kerana saya percaya, peluang ini bukan untuk disia-siakan dan masa depan yang gemilang sudah menunggu di hadapan saya. Jika anda sedang tercari-cari ruang memperbaiki kehidupan, mengapa tidak sertai saya di FAST? InshaAllah kalian mesti seronok seperti saya :-). Hubungi saya segera untuk memulakan. Dengan Shaklee, inshaAllah Impian kita tidak mustahil dicapai..

Group photo sebelum bersurai.. muka puas hati semua :-)
Tak ada pulak pic bersama master Puteri dan Master Aznin, hehehe bateri dah kong pulak akhir2 tu.. Terima kasih keduanya.. dan terima kasih semua!

* FAST ialah nama group saya, yang bermaksud "Fly and Success Together"

Fara, 0192390107

Tuesday, 24 July 2012

Ramadhan, Breastfeeding dan Vitamin

Hi!

Selamat Berpuasa semua! Alhamdulillah saya boleh berpuasa sebab dah habis pantang kan? Puasa kali ni agak mencabar sebab breastfeeding daleela. memang tak boleh missed bangun sahur dan mesti makan yang boleh membantu dalam memberi tenaga dan maintain supply susu dalam badan (tak dehyrate). Sejak kandungan saya mencecah 6 bulan tu, saya dah start dengan vitamin2, dan masih lagi maintain mengambil vitamin selepas bersalin.

Sebelum ni, memang tak pernah nak ambik port kalau orang cakap pasal vitamin.. entah lah.. now ni bila terasa diri semakin berusia.. lepas tu tengok pulak anak-anak yang sedang membesar, kesedaran menjaga kesihatan datang sendiri. Untuk kebaikan saya dan anak2 saya.

Saya bukan jenis yang suka bersukan.. Cuma ALhamdulillah juga lah saya pun bukan jenis yang suka makan yang fancy2. cake pun tak berapa suka tapi lately ni banyak betul cakes yang sedap2 kan? dulu masa saya kecik, kek paling sedap cuma kek oren dan kek buah-buahan, itupun yang emak saya kukus .. yang beli memang tak masuk! jagan harap dulu nak tau apa tu kek cheese lah, kek coklat lah, kek red velvet lah! phewww.. betapa mewah makanan orang2 sekarang... dalam masa yang sama, kesian juga sebab kemewahan makanan tu lah yang akhirnya boleh merosakkan badan. sebab tu lah, saya gagahkan diri saya untuk ambil vitamin, at least vitamin C, vitamin paling popular :-)

hmm.. lepas lebih 6 bulan mengambil vitamin, saya masih tak dapat nak beri sebarang komen tentang perubahan diri baik luaran atau dalaman, eh nanti dulu, saya bukan nak kata vitamin takbagus.. am just being honest lah! huhu.. I discussed this with hubby.. biasalah borak dalam kereta.. hehee.. (saya rasa dalam kereta adalah tmpt paling sesuai utk husband n wife berdiskusi... kan? sebab tu saya jeles dengan those yang pergi balik ofis bersama-sama - dan sebab tu saya tak mau duduk belakang walaupun ramai isteri2 yang duduk belakang bila dah ada anak2.. saya so far lom tergerak lagi nak duduk belakang. :-) )

eh, pasal vitamin. saya salu ngadu kat suami, makan vitamin2 ni tp mcm tak de pun nampak perubahan? membuatkan saya sangsi dengan segala testimoni yang orang2 bagi tu..  honestly, memang saya ni susah nak accept .. mcm ada doubt je .. kadang2 tu terasa mcm testimoni sangat berlebih2.. huhuhu..

TAPI jawapan suami memang paling saya suka.

Perubahan tu akan ketara kalau keadaan awak dah teruk.. mcm awak ni, memang tgh dalam keadaan sihat.. jadi macam tak nampak lah kesan tu.. tapi vitamin2 tu tetap bekerja dan in long term badan maintain sihat. tak perlu lah nak tunggu ada perubahan baru nak percaya vitamin tu perlu. kesimpulannya, MASA SIHAT LAH KENA AMBIL VITAMIN UNTUK MENGEKALKAN KESIHATAN tu..mencegah lebih baik dari merawat, kan?

dan kerana jawapan suami tu lah yang membuatkan saya terus dengan vitamin. saya percaya, rutin harian saya, semestinya telah dibantu dengan pengambilan vitamin tu semua.. saya tak lagi menungu result utk sama dengan testimoni orang. Setiap badan kita lain2.. lain orang lain lah kesannya dan lain pulak jangkamasa kesan tu nampak. tapi, saya percaya badan saya memerlukan vitamin2.. dan bila dah start makan, memang kita akan mula ada rasa 'NAK TAHU' kenapa vitamin tu perlu, dan mcm mana vitamin tu membantu badan kita.. since sekarang dahg ada google, memang tak susah nak cari maklumat tentang kenapa kita perlu vitamin. seronok jugak :-) bila dah open mind gini, saya leh accept dah testimoni orang.. saya enjoy baca testimoni orang tapi saya tak lah obses nak jadi or dapat yg sama mcm sorang. kena lah ukur baju dibadan sendiri :-)

pemilihan vitamin pun penting, tapi saya dah memilih Shaklee. Satu sebab utama ialah sebab shaklee ni plant based, dan halal. dan yang penting, saya ada kawan yang suka share all the benefits, so kalau malas2 nak google, google kat dia jek lah.. short cut gitu :-) my kawan tu am referring to here http://meandmyvitamins.blogspot.com/  - syok sbb dia mmg suka share apa saja .. dari hal vitamins in general, ke parenting, ke breastfeeding.. huhuhu.. (ini bukan iklan berbayar- saya rasa syukur berkawan dgn org berilmu yg tak lokek ilmu..tak kira la dia muda dari saya, atau anak saya lebih ramai dari dia.. itu bukan bermakna saya lebih tau. kan?- silalah ke sana utk lebih banyak info pasal vitamin, dan juga knp saya pilih Shaklee.

jadi, uols semua dah start taking vitamins? :-)

Akhirkata, selamat menjalani ibadah di dalam bulan ramadhan ni... semoga kita sama2 memperbaiki diri dalam bulan penuh barokah ni.. luaran dan dalaman. badan yang sihat, hati yang bersih, inshaAllah...



Popular Posts